INI CONTOH
TAJUK BERITA
SALAH !!!
AMIN
BUKAN TELUK
KEMBALI
TEGANG !!!
AMIN
TAPI PERANG
KEMBALI
DISAMBUNG
KHALAS
Negara Teluk kembali tegang, Iran dakwa 18 sasaran ketenteraan AS diserang di Kuwait, Bahrain
ISTANBUL: Iran mendakwa sebanyak 18 sasaran utama ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Kuwait dan Bahrain telah diserang awal hari ini ketika ketegangan di rantau itu terus memuncak.
Menurut kenyataan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), sasaran yang diserang termasuk Pangkalan Udara Ali Al Salem dan Ahmad Al Jaber di Kuwait serta Pangkalan Sheikh Isa di Bahrain.
Secara berasingan, pihak tentera Iran memaklumkan bahawa mereka turut menyasarkan sistem pertahanan udara Patriot dan kemudahan komunikasi milik Armada Kelima Tentera Laut AS yang berpangkalan di Bahrain.
Tentera Iran juga berkata, dron berani mati telah dilancarkan ke arah Armada Kelima AS sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika ke atas wilayah selatan Iran.
Menurut kenyataan itu, pasukan Iran bersedia untuk menghadapi musuh "hingga titisan darah terakhir" dan tidak akan berundur sehingga pihak yang bertanggungjawab menerima balasan.
Perkembangan terbaharu ini berlaku susulan peningkatan ketegangan selepas serangan AS ke atas selatan Iran dan tindakan balas Tehran yang menyasarkan aset ketenteraan Amerika di beberapa lokasi di rantau Teluk. - BERNAMA-ANADOLU

apa pulak bersatu lawan zionis..
BalasPadamBersatu lawan PAS lah woi
kah kah kah
Tajuk yang betul Kote kembali tegang
BalasPadam