TIGA LOJI
MINYAK SAUDI
SEDANG TERBAKR
DI SERANG YAMAN
AMIN
LAUT DI TUTUP
DARAT DI BEDIL
KHALAS
Trafik kapal di Laut Merah kurang selepas Houthi serang Arab Saudi
SINGAPURA: Jumlah kapal yang melalui Selat Bab el-Mandeb berkurangan semalam selepas kumpulan Houthi Yaman menyerang kemudahan minyak Arab Saudi di pesisir Laut Merah.
Data perkapalan Kpler yang dikeluarkan hari ini menunjukkan hanya 11 kapal komoditi melalui Selat Bab el-Mandeb semalam, jumlah terendah dalam tempoh beberapa bulan.
Daripada jumlah kapal yang melalui Bab el-Mandeb, tujuh daripadanya ialah kapal tangki minyak, dengan tiga daripadanya memasuki Laut Merah.
Dua kapal itu ialah kapal pengangkut minyak mentah bersaiz sangat besar (VLCC) yang menuju ke pelabuhan Yanbu untuk memuatkan minyak mentah Arab Saudi, manakala sebuah lagi kapal mempunyai kaitan dengan Russia, menurut data berkenaan.
Empat kapal yang meninggalkan Laut Merah semalam termasuk VLCC berbendera Hong Kong, New Explorer, yang membawa dua juta tong minyak mentah Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Ningbo di timur China.
Turut meninggalkan kawasan itu ialah sebuah kapal tangki membawa sejuta tong minyak mentah Russia untuk China serta sebuah lagi kapal tangki yang membawa kira-kira 750,000 tong minyak mentah Arab Saudi ke Pakistan.
Satu lagi VLCC berbendera Hong Kong, New Pearl, yang membawa dua juta tong minyak mentah Arab Saudi kini meninggalkan Laut Merah melalui Selat Bab el-Mandeb menuju ke pelabuhan Zhoushan di timur China.
Ia menjadi kapal tangki besar keempat milik China yang meninggalkan laluan berkenaan sejak Houthi mengisytiharkan sekatan laut.
Gangguan laluan perkapalan di Laut Merah berhampiran pesisir Yaman berlaku sejak minggu lalu selepas Houthi yang disokong Iran berusaha menyekat eksport Arab Saudi.
Tindakan itu meluaskan lagi konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sebelum ini sudah menjejaskan bekalan minyak melalui Selat Hormuz.
Gangguan perkapalan berkenaan menyebabkan harga minyak mentah fizikal di Asia Barat, Eropah dan Afrika meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan minggu lalu.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, berkata kumpulan itu menyerang kemudahan milik syarikat minyak negara Arab Saudi, Aramco, di bandar Jizan dan Yanbu pada Sabtu.
Sementara itu, menurut data Kpler, kurang daripada 10 kapal komoditi melalui Selat Hormuz setiap hari sepanjang hujung minggu walaupun AS dan Iran menghentikan sementara serangan di Asia Barat.
Tujuh kapal melalui selat itu pada Ahad, termasuk tiga kapal tangki produk minyak yang mempunyai kaitan dengan Iran dan meninggalkan kawasan berkenaan.
Pada Sabtu, hanya tiga kapal dilaporkan melalui Selat Hormuz dengan sistem pengesan automatik mereka dimatikan.
Antaranya sebuah VLCC yang menuju ke Qatar untuk memuatkan minyak, sebuah kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) ke pelabuhan Ruwais di UAE bagi mengambil muatan, serta sebuah kapal tangki membawa nafta dari Qatar menuju ke Jepun.
Pada Jumaat, tujuh kapal melalui selat itu, kebanyakannya meninggalkan kawasan Teluk, termasuk dua VLCC yang membawa minyak mentah dari Iraq dan UAE serta sebuah kapal tangki membawa minyak bahan api. — REUTERS

Sesama Arab serang menyerang pun, bukan orang Yahudi atau Amerika kah kah kah sesama buka pintu neraka kata Teram? Neraka ada di benua Arab? Lain-lain manusia hidup aman damai senang makan enjoy saja lah. Apapun semuanya khidmat bakti kaum agama sendiri, tak payahlah salahkan orang lain percaturan politik sendiri ajak Amerika masuk campur kah kah kah satu sahaja soalan OIC buat apa? Adakah masih wujud atau sudah dikuburkan? Kah kah kah kah
BalasPadamBakar bakar bakar. Dunia sedang terbakar. Benar benar, Perang Teluk ke-3. Secara rasmi. Tiada trompet, tiada gendang.
BalasPadam