Sabtu, 25 April 2026

ANWAR BIN IBRAHIM LARI KE AFRIKA ?


WOIT

BETUL KE

ANWAR BIN

IBRAHIM DAH

RANCANG NAK 

LARI KE AFRIKA?

AMIN

RAKYAT TAK

SABAR MENUNGGU

KHALAS

LAPORAN POLIS OLEH ADT PUTRA

VIDEO BERDURASI 0.46 SAAT MEMAPAR SEORANG WANITA YANG DIKENALI SEBAGAI SOFIA dakwa Farhash bawa duit berbilion yang disonglap ke Afrika dan Sofia dakwa Anwar bin Ibrahim yang suruh songlap. Sofia juga dakwa Farhash telah menjadi warganegara Turki, sekiranya apa-apa terjadi, Anwar bin Ibrahim  dan Farhash akan pergi ke Afrika atau Turki.

1. Kandungan percakapan dalam video ini oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Sofia membuat dakwaan yang amat serius dan boleh menggugat kepentingan dan keselamatan negara.

2. Seorang Ahli ADT PUTRA, Sdr. Norsharizal bin Nordin, telah membuat laporan polis pada 24hb April 2026 di Balai Polis Dang Wangi pada jam 2051 malam, menggesa pihak Polis segera membuka kertas siasatan dan menahan wanita yang bernama Sofia serta lelaki yang sedang bercakap dengannya untuk merekod kenyataan serta mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.

3. Bagaimana individu bernama Farhash Salvador, mantan SUPOL kepada Anwar bin Ibrahim sebelum menjadi PMX, kini seorang jutawan ‘mee segera’ yang dinamakan dalam video itu boleh mempunyai dua kewarganegaraan, sedangkan perkara itu merupakan satu kesalahan besar di sisi undang-undang Malaysia. Lebih membimbangkan, bagaimana pula seorang Perdana Menteri didakwa memiliki berbilion-bilion ringgit serta bersedia pada bila-bila masa untuk berhijrah ke Afrika atau Turki sekiranya berlaku sesuatu.

4. Ini adalah isu yang sangat serius berhubung dengan dakwaan terhadap Perdana Menteri sakau dan songlap duit bilion ringgit. Ini merupakan dakwaan isu jenayah rasuah atau penggubahan wang haram yang sangat berat, memberi kesan besar terhadap negara dan nama baik YAB PMX. Pihak PMX menafikan dakwaan ini dan siasatan telus boleh membantu membersihkan integriti PMX yang saban hari terkait dengan berbagai kontroversi.

5. Parti Putra memohon semua lapisan masyarakat baik Ahli Parlimen, Parti-parti Politik, NGO-NGO dan Mahasiswa-mahasiswa, dan rakyat yang prihatin bersuara mengambil tindakan yang sewajarnya demi kepentingan dan keselamatan negara.

Terima kasih.

Oleh: Shahrulutfi Sharif
Ketua Penerangan PUTRA
25hb April 2026

TERAM GILA TALAK


TERAM JADI

GILA TALAK


NAK RUNDING


DAMAI KAH


KAH KAH


PADAN MUKA

LAPANGAN TERBANG DI IRAN MULA DIBUKA


LAPANGAN TERBANG

DI IRAN 

KEMBALI DI BUKA

AMIN

RAACUN DITABUR TANPA KITA SEDAR


RACUN DITABUR

TANPA KITA 

SEDAR

AMIN

Unknown commented on
 "PAGI INI"
Itu bukan chemtrail. Itu contrail. Wap enjin jet. Namun apa apa benda dibakar tetap beri kesan alam sekitar. Berapa ribu jet diangkasa.

HAPUSKAN FREELOADER


HAPUSKAN

FREELOADER

KHALAS


Unknown commented on
 "IKUT CONTOH NEGERI SEMBILAN"

Terlalu ramai free loader ditanggung negara, maksud negara keseluruhan rakyat menanggung free loader sekian lama, penjawat awam ada usia pencen, ada pencen, tetapi golongan freeloader tiada kesudahan, berterusan dan akan berterusan, golongan freeloader semakin selesa mewah tanpa sebarang sumbangan, cuba fikirkan sejenak amin kah kah kah kah

PERANG JADIKAN IRAN KUASA DUNIA


PERANG JADIKAN

IRAN KUASA DUNIA

Beberapa jam sebelum Gencatan Senjata berakhir pada 22 April 2026  Presiden Donald Trump telah memberi  dua arahan melalui laman Truth Social. Arahan satu : Gencatan Senjata di teruskan. Arahan ke dua :   Navy Amerika terus mengawal dan menutup Selat Hormuz.

Mengikut arahan Trump gencatan senjata diteruskan hingga persetujuan tercapai.  Trump menunggu sehingga  Iran muncul dengan cadangan damai. Secara tuntas tidak  ada butiran apa yang akan berlaku seterusnya.

Trump menulis di laman Truth Social : “Oleh itu, saya telah mengarahkan Tentera kita untuk meneruskan Sekatan dan, dalam semua aspek lain, kekal bersedia dan mampu, dan oleh itu akan melanjutkan Gencatan Senjata sehingga masa cadangan mereka dikemukakan, dan perbincangan dimuktamadkan, satu cara atau yang lain.”

Ini adalah watak Trump. Beberapa jam sebelum arahan baru di Truth Social ini di buat   Presiden Amerika ini  telah mengancam untuk mengebom semua loji  jana kuasa leterik Iran. Untuk memastikan Iran kembali ke zaman batu.

Iran dan dunia telah dan sedang melihat tindak tanduk Presiden Amerika ini. Awalnya dunia agak risau tapi kebelakangan ini  Iran dan warga dunia melihat Trump ini sedang membuat lawak berdiri. Nak ketawa salah. Tidak  ketawa pun salah kerana Trump sudah menjadi Pelawak Dunia yang menakutkan.

Belum pernah dunia dan  badan politik dunia berhadapan dengan watak seperti Donald J Trump. Apa yang menakutkan dan menggerunkan kita semua  ialah sosok ini adalah Komander Agong Tentera Amerika.  Askar Darat, Laut dan Udara Amerika semua di bawah arahan Donald Trump. 

Paling menakutkan  Trump juga boleh memberi arahan untuk meledakkan bom nuklear  kemana saja yang dia berahi.  

Keadaan ini mewajibkan  Hishamuddin Rais memberi cadangan kepada semua pembaca untuk mencari dan menuntun kembali filem Dr. Strangelove garapan Stanley Kubrick. Filem komidi seram  tahun 1964  ini membawa kesah  Bom Atom dengan kuasa politik Presiden Amerika.

Ketika ini  gencatan senjata masih berjalan. Pakistan masih berusaha untuk membawa Amerika dan Iran ke meja rundingan. 

Tetapi dalam masa yang sama bentrokan masih berjalan di antara Israel dengan Hizbullah di Lebanon.  Israel juga masih menyerang Gaza. Paling terkini wartawan Lebanon  yang cuba menyelamatkan diri dari  serangan Israel telah di bunuh mati.

Dalam masa yang sama Selat Hormuz masih di ditutup. Navy Amerika melarang kapal untuk berlabuh di pelabuhan milik Iran. Dalam masa yang sama  soldadu Iran juga telah  membedil   kapal dua buah kapal  yang ada kaitan dengan Amerika dan Zionis Isreal.

Jelas dan terang gencatan senjata yang di pupuk oleh Pakistan ini dilihat goyah.


Hakikatnya dunia kita hari ini semakin tegang. Mak Cik, Pak Cik, Amoi,  Wong dan  Mutthu  di Malaysia mungkin masih belum merasakan dampaknya secara keras. Harga minyak sudah naik. Harga diesel NAIK mendadak. 

Kita di Malaysia masih selesa dan bertahan. Dampaknya mengambil masa untuk turun dari pembuat kepada pembekal kepada peruncit dan kepada pengguna.

Tetapi pakar ekonomi dan ahli perniagaan yang arif dalam hal jual beli minyak telah meramalkan jika keadaan seperti hari ini  berterusan pasti akan memporak-perandakan ekonomi dunia.

Malah ada yang berani berkata ekonomi kita hari ini lebih nazak dari Krisis Minyak tahun 1973. Lebih  nazak  ketika dunia dilanggar oleh Covid 19. Jika keadaan  yang wujud sekarang ini tergelincir  di luar kawalan  mungkin Zaman Meleset 1939  akan berulang.

Tidak disangka rupa-rupanya Iran telah memiliki senjata yang lebih bahaya dari bom nuklear.  Bila Iran mencekik leher Selat Hormuz  seluruh dunia  susah bernafas. 

Dari awal lagi – ketika Perang  Iran  dengan Iraq   Selat Hormuz telah memainkan  peranan. Ketika itu  dari 1981-1988 Tanker War – perang kapal minyak berjalan. Tetapi Selat Hormuz tidak di tutup.

Iran dari awal lagi telah memberi amaran terbuka kepada Amerika dan Israel jika di serang Selat Hormuz akan di tutup. 

Malah para pemikir dan para Jeneral di Pentagon sedar dan tahu perkara ini. Mereka  juga tahu dampaknya ke atas ekonomi dunia.

Tetapi Presiden Trump telah berjaya  di tipu oleh Netanyahu dan David Barnea   Pengarah Mossad. Malah ada akhbar Amerika yang melaporkan  Pengarah Mossad ini selalu  berkampung di Washington DC dan di Rumah Putih.

Dua Zionis ini meyakinkan Trump bahawa perang ini akan selesai  tidak lebih dari seminggu.  Untuk Israel,  Netanyahu  dan kaum Zionis   mereka merancang agar bala tentera Amerika masuk mengebom dan memusnahkan Iran.

Memusnahkan Iran sebagai sebuah negara adalah matlamat akhir Zionis Israel.  Ini kerana Republik Islamik Iran adalah satu-satu negara yang terus  menyokong memberi bantun moral dan material kepada  perjuangan kemerdekaan Palestin.

Perancangan  dan konspirasi   projek Zionis ini kita lihat telah terbalik kot. Hasilnya hari ini Iran telah di lihat dan di baca sebagai kuasa dunia ke empat sesudah Amerika China dan Rusia.

Bila saya menulis tentang kemunculan Iran sebagai kuasa dunia ada yang memanggil Hishamuddin Rais  sebagai  Penganut Baru Syiah.

Biar saya nyatakan bahawa saya tidak perlu menjadi Syiah untuk menulis dan merakam kebenaran. Malah  saya  ajukan soalan : Apa-kah Profesor Richard A Pape dari Universiti Chicago ini kini menjadi  Syiah?

Saya bertanya ini kerana tulis dan pandangan Profesor inilah yang meyakin saya tentang kedudukan Iran  pada ketika ini.

Profesor itu ialah  Robert A. Pape, seorang profesor sains politik di Universiti Chicago.  Pakar  dalam keselamatan antarabangsa. Dia terkenal dengan analisisnya tentang keganasan politik dan pemberontak di Amerika Syarikat. Dia juga memberi kuliah kepada pasukan keselamatan Amerika.

Hakikatnya ilmuwan  yang bukan kecik anak.

Profesor Richard  telah menulis esei tetamu di The New York Times  pada 6 April 2026.  Ini adalah akhbar yang sama yang telah menulis tentang Najib, Jho Low dan 1MDB.

Esei tulisan Profesor  Richard ini bertajuk  : The War is Turning Iran into a World Major Power -  perang ini telah menjadikan Iran sebagai satu kuasa dunia.

Profesor ini berpendapat Iran boleh menjadi "pusat kuasa global keempat" bersama Amerika Syarikat, China, dan Rusia kerana pengaruhnya ke atas Selat Hormuz.

Hujah utama  Profesor Richard bukan kerana Iran tiba-tiba menjadi lebih kaya atau lebih kuat dari segi ketenteraan, tetapi kerana satu faktor strategik:

Kawalan geografi Iran ke atas Selat Hormuz.

Kira-kira 20% daripada bekalan minyak dunia melalui laluan air yang sempit itu. Jika Iran boleh mengganggu atau mengancam penghantaran ke sana, ia boleh mempengaruhi: Harga  minyak dunia – ekonomi negara Barat – logistik ketenteraan di Telok Parsi dan ini  adalah pengaruh diplomatik  ke atas kuasa besar.

Pandangan Profesor Richard ini dikongsi oleh ramai pemikir, para strategis  geo-politik dan intelektual liberal di Amerika.

Saya nyatakan disini pandangan Profesor Richard ini  di setujui  dan disokong  oleh Profesor Mearsheimer yang  juga  dari Universiti Chicago.

Apa yang menarik tentang Mearsheimer ialah dia lulusan Maktab Tentera West Point. Bertugas sebagai soldadu tentera  udara Amerika 1970-75  berpangkat Kapten. Satelah bersara  menyambung pelajaran untuk menjadi ahli akademik hubungan antarabangsa.

Mearsheimer penulis buku yang prolifik. Tahun 2007 menulis buku  : Israel Lobby and American Foreign Policy. Buku yang kini menjadi rujukan untuk memahami bagaimana kaum Zionis berjaya meresap untuk   mempengaruhi politik Amerika. 

Ketika tulisan ini di garap Selat Hormuz masih di tutup. Amerika melarang kapal minyak atau  kapal barang masuk dan keluar dari pelabuhan Iran. Amerika mahu mencekik ekonomi minyak Iran. Jika minyak Iran tidak terjual maka Iran akan jatuh muflis. Tangki simpanan minyak Iran akan penuh dan akan  membawa mudarat.

Sebagai jawapan Iran pula akan menghalang keluar masuk kapal ke pelabuhan negara Arab Teluk seperti Bahrain, Saudi, Kuwait  dan UAE. Negara-negara ini adalah sekutu Amerika dan sekutu Israel.  

Kau kepung aku – aku akan kepong  kawan kau.lah Ini dasar yang sedang dilakukan oleh Iran sekarang.

Pemerhati politik dari London, Paris, Berlin dan New York semua sependapat bahawa Trump telah kalah dan silap langkah bila menyerang Iran.  Mereka juga sependapat bahawa Trump sedang mencari jalan keluar untuk menamatkan perang ini.

Pakar ekonomi juga sedang memberi pandangan yang jujur.  Perang ini jika berterusan malapetaka besar akan sampai.

Beberapa negara di Timur Tengah seperti  Iraq, Jordan, Kuwait, Bahrain, dan Qatar, telah menutup ruang udara mereka kepada lalu lintas awam.  Gangguan besar  kepada  Syarikat penerbangan utama seperti Emirates, Qatar Airways dan Etihad.

Lufthansa telah menangguhkan banyak penerbangan kerana tidak ada bahan petrol. Manakala penerbangan ke hab utama seperti Dubai, Abu Dhabi dan Tel Aviv menghadapi pembatalan dan laluan semula yang teruk.

Ekonomi sedang memberi tekanan kepada Trump. Dalam masa yang sama Netanyahu juga tidak mahu projek menghancurkan Iran ini terhenti sebelum Iran musnah sebagai sebuah  negara.

Inilah dilema yang sedang di hadapi  oleh Presiden Donald J Trump Presiden ke 47 Amerika.  Dunia menunggu apakah langkah yang akan di ambil  oleh Sang Presiden. Amin. (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/773576





REBUT JANGAN TAK REBUT


BEREBUT

MACAI SAPA

NAK JADI

 KEPALA SPRM?

KAH KAH KAH

KHALAS

LANGKAH BIJAK DARI AMERIKA


SATU LANGKAH

AMAT BIJAK

AMIN

MAKNANYA PERANG

AKAN MELEDAK 

KEMBALI

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK RAKYAT

NEGARA SELATAN

AMIN

SUASANA KACAU

BUKA PELUANG

  UNTUK GULING

KERAJAAN ZALIM

AMIN

GULING KERAJAAN

ZIONIS TEMPAAN

KHALAS


Sekatan laut AS terhadap Iran kini diperluas ke peringkat global


WASHINGTON: Sekatan laut Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran kini diperluaskan ke peringkat global, kata Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth.

Beliau menegaskan, Iran masih mempunyai peluang untuk mencapai perjanjian dengan Washington. "Sekatan kami semakin meluas dan kini global. Tiada kapal boleh belayar dari Selat Hormuz ke mana-mana tempat di dunia tanpa kebenaran Tentera Laut AS," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata rundingan damai antara Iran dan AS mungkin disambung semula di Pakistan, menurut beberapa sumber, selepas pusingan rundingan sebelum ini yang dijadualkan awal minggu ini gagal dilaksanakan.

Berdiri di sebelah Jeneral kanan AS, Dan Caine, Hegseth berkata AS tidak tergesa-gesa untuk mencapai perjanjian dengan Iran, sambil mengulangi kenyataan Presiden Donald Trump bahawa Washington mempunyai semua masa di dunia.

"Iran tahu mereka masih mempunyai ruang terbuka untuk membuat pilihan yang bijak di meja rundingan. "Apa yang perlu mereka lakukan ialah meninggalkan program senjata nuklear dengan cara yang nyata dan boleh disahkan," katanya.

Sementara itu, Caine berkata Komando Pusat AS terus melaksanakan sekatan ketat terhadap semua pelabuhan di Iran, dengan 34 kapal telah diarahkan berpatah balik setakat pagi Jumaat.

Beliau berkata, tentera AS akan terus memintas kapal Iran di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi."Kami menguatkuasakan sekatan ini terhadap semua kapal tanpa mengira negara yang menuju ke atau dari pelabuhan Iran.

"Kami sedang memantau rapat kapal yang menuju ke Iran dan juga yang meninggalkan Iran, termasuk kapal yang berada di luar kawasan sekatan ketika arahan dikeluarkan, dan kami bersedia untuk memintasnya," katanya.

Sekatan tentera laut AS ke atas Iran bermula pada 13 April lalu. Hegseth turut memberi amaran bahawa sebarang usaha Iran meletakkan periuk api di Selat Hormuz akan dianggap melanggar gencatan senjata.

"Pergerakan di Selat Hormuz masih berlaku, tetapi jauh lebih terhad dan lebih berisiko, kerana Iran melakukan tindakan tidak bertanggungjawab menggunakan bot kecil dan laju yang dilengkapi senjata," katanya.

PARTI POLITK KINI SEDAR KUASA JALAN RAYA


BERITA BAIK

PARTI POLITIK 

KINI SEDAR 

POLITIK JALAN RAYA

KHALAS




HASUT RAKYAT KE JALAN RAYA


GUNAKAN 

KES INI UNTUK

HASUT RAKYAT

KE JALAN RAYA

KHALAS

Unknown commented on
 "ANWAR BIN IBRAHIM DAN
 FARHASH - ADA APA ?"

Sudah gatal garu pula, sudah tahu bertanya pula, engkau jenama bodoh atau sengaja membodohkan diri sendiri? Memang setiap PM ada proksi pegang duit, pegang beg tangan, diatur sebegitu rupa, supaya tidak nampak mencuri, 

Mahathir pun ada proksi wang tunai, ada ufti emas cuma cukup lincah tutup, dia tidak percaya bangsa sendiri, dia lagi percaya Cina boleh dipercayai walaupun menipu, orang sendiri suka bercakap bangga menonjolkan diri, 

Cina sekaya mana pun pakai seluar pendek tapi poket ada berjuta-juta, orang-orang kita pula poket kosong tetapi gaya cara sembang kaya manusia terkaya di dunia kah kah kah kah

AGAMA BANYAK GUNA


AGAMA BOLEH

DI GUNA UNTUK

MENIPU MENINDAS

MERASUAH

AMIN

AGAMA JUGA

BOLEH DIGUNA 

UNTUK HASUT

HUMBANKAN

ANWAR BIN

IBRAHIM

KHALAS


Unknown commented on 
"PERASUAH & PENYELEWENG DUIT ZAKAT PASTI AKAN DI SEKSA - LEPAS MATI DALAM KUBUR"

Pekerjaan tertua mendapat habuan, agama pelaris kesinambungan kekayaan, kepala agama siapa? Adakah gaya hidup mencerminkan agama? Kah kah kah motivasi kepada pengikut agama mengikuti gaya hidup mewah pejuang kah kah kah

PAGI INI


PAGI IN



PAGI INI

SABTU 25 APRIL   2026

PERANG HARI KE 56

GENCATAN SENJATA BERJALAN


DEMO  PETANG INI DI SOGO JAM 3
Turun ramai ramai kita berdemo – Gua hanya gunakan nama AZAM BIN BAKI untuk hasut orang ramai ke jalan raya.

Ini kerana gua sedar AZAM BIN BAKI akan berhenti dari BERTUGAS ganti orang lain – tapi rasuah tetap berjalan. BUKAN BUKAN BUKAN Azam bin Baki punca rasuah – SISTEM  EKONOMI POLITIK yang kita guna pakai ini adalah punca rasuah.

PENGGANTI AZAM BIN BAKI
Lihat bagaimana tipu helah berjalan – MEDIA MELAPOR AGUNG  AKAN UMUM nama Pengerusi SPRM baru.

Sehari kemudian media melapor  Anwar bin Ibrahim telah pergi menghadap Agong dengan  beberapa nama cadangan – JENG JENG JENG.

INI SEMUA TIPU HELAH – nanti jika MALAON BARU pengerusi SPRM ini buat taik maka Anwar bin Ibrahim kata ini TAIK bukan dia yang pilih – kah kah kah.

JUSTERU PETANG INI MARI  TURUN KE SOGO KITA DEMO – BUKAN UNTUK TANGKAP AZAM BIN BAKI – KITA HANYA GUNA NAMA AZAM BIN BAKI.

Tujuan kita ialah menghumbankan Anwar bin Ibrahim – Jangan lupa TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHANRAYA – turun turun turun ! Amin

SELAT HORMUZ MASIH DI TUTUP
Ini baik untuk ganggu ekonomi kapitalis sedunia – sana sani makin  kacau. KACAU  BILAU ADALAH BAIK UNTUK HASUT RAKAT UNTUK GULING KERAJAAN  dan dirikan    DUNIA BARU.

RUNDINGAN DAMAI
ISLAMABAD – di lapor rundingan akan bermula sekali lagi di Pakistan. Menteri Luar Iran dah terbang ke Islamabad.  JD Vance juga dalam perjalanan ke Pakistan.

TERAM SEDANG MENYEMBAH IRAN UNTUK TAMATKAN PERANG INI – kah kah kah PADAN MUKA. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah – kemarin hujan petang agak lebat. Langit cerah biru berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Suara Tuk Tuk Tuk didengar – juga suara Terkukur.
  
Ha ha – Emak dan keluarga datang berlari. Pagi ini ramai – mereka dah tahu gua akan datang – semua menunggu dekat lorong masuk.

Gumbira ialah melihat ramai warga Hokkien datang makan.

Siti dan Jantan Baik ikut gua ke Wakaf Tiga  - Mereka tahu pulang singgah di Wakaf Pertama dapat Friskies dan hati ayam.

Di Wakaf Pertama  Tiong Suami Isteri datang berlabuh sama – tapi gua tak dapat tangkap gambar.  

Berjalan pulang gua nampak langit di atas Le Chateau  biru   RACUN SEDANG DI TABUR – ini projek meracun warga – projek jahat Amerika dengan kerjasama MADANI  untuk memasti kita rakyat akan menyedut racun yang di tabur dari udara : TUJUAN : untuk kita tak bangun melawan. AMIN.

HARI ini gua tak pergi pasar  - GUA nak pergi demo. Kawan kawan mari bersama.  Gua harap tak hujan – panas okay – gua suka panas ketika berdemo – ini senaman. Khalas.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
 PAGI SABTU

BRO
Cinta sejati  ialah kebahagiaan orang  lebih penting dari kebahagiaan diri lu.

BRO
Lu cinta dia bukan kerana sapa dia tapi kerana dia beri lu peluang untuk jadi diri lu.

BRO
Bila lu jatuh cinta semua yang susah jadi senang. Semua yang berat jadi ringan. Amin.


LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
MARI SAMA BERDEMO