Ahad, 3 Mei 2026

TUKAR KERAJAAN TUKAR MENTERI


TUKAR KERAJAAN

TUKAR MENTERI

NEGARA BARU

KHALAS 

PRU16 UMNO BERTANDING SOLO ZAHID KATA


PRU16

GEROMBOLAN

TANDING SOLO

TAK JADI UMDAP

KHALAS

BAIK UNTUK

PAS DAN AMANAH

KHALAS 

BESAR MANA PENJARA ITU NANTI ?


ORANG BENCI

PADA KITA BUKAN

PERKARA BARU

AMIN

GUA LIHAT GAMBAR

SULTAN PAKAI

SELUAR DALAM

AMIN

GUA JUGA LIHAT

GAMBAR TERAM 

JADI MAK NYAH

AMIN

SEMUA HASIL

TEKNOLOJI 

INTERNET

AMIN

APAKAH PEREKA

PEMBUAT SEMUA

AKAN DITANGKAP ?

AMIN

ADA BERJUTA

GAMAR IMEJ

VIDEO  DALAM

DUNIA INI YANG

DIANGGAP

 TAK SOPAN

AMIN

APAKAH AKAN

JADI KESALAHAN?

AMIN

BESAR MANA

AGAKNYA PENJARA

ITU NANTI

KHALAS




Lagi hantaran hina Sultan: Exco Selangor gesa siasatan segera

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak tegas terhadap individu yang menyebarkan kandungan menghina Institusi Kesultanan Selangor yang kembali tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Fahmi berkata, pihaknya memandang serius dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penghinaan tersebut yang disifatkan sebagai tindakan biadab dan melampaui batas.

"Perbuatan sedemikian bukan sahaja mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, malah jelas bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara khususnya kesetiaan kepada Raja dan Negara serta keluhuran Perlembagaan.

"Institusi diraja adalah tonggak kedaulatan negeri dan negara. Ia bukan sekadar simbol, tetapi payung yang memelihara keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Justeru, sebarang cubaan untuk memperlekeh atau menghina institusi ini tidak boleh dipandang ringan.

"Saya menggesa PDRM agar menjalankan siasatan secara segera, telus dan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat. Pada masa yang sama, MCMC perlu mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kandungan digital yang melanggar undang-undang," katanya dalam kenyataan media semalam.

Dia berkata demikian mengulas hantaran di Facebook yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah mengaitkan baginda dengan pesta air yang menjadi pertikaian.

Semakan Malaysiakini mendapati hantaran tersebut telah pun dipadamkan.

Sebelum ini satu lagi hantaran menghina Sultan Selangor melibatkan isu penternakan babi mendapat kecaman ramai pihak.

Menurut laporan The Star, polis telah merakam keterangan daripada 21 individu bagi membantu siasatan berhubung hantaran tersebut .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar berkata, kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 (Seksyen 4(1)), Kanun Keseksaan (Seksyen 504) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233) .

Mengulas lanjut, Fahmi berkata kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan sehingga mencetuskan provokasi atau ketegangan dalam masyarakat majmuk.

"Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang bersesuaian harus diperkasa bagi memastikan pengesanan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.

"Sekiranya insiden sebegini terus berulang, saya berpandangan bahawa kerajaan Persekutuan wajar mempertimbangkan langkah-langkah penambahbaikan termasuk memperkukuh kerangka perundangan dan penguatkuasaan sedia ada demi menjamin keharmonian masyarakat serta mempertahankan kedaulatan negara.

"Marilah kita bersama-sama memelihara adab, menghormati institusi, dan memperkukuh nilai kenegaraan dalam setiap tindakan kita," katanya.


LAGI KES LANGGAR MATI MABUK


APAKAH HUKUM

BERAT AKAN

MENAKUTKAN

SANG MABUK ?

AMIN

YANG MATI

MAKIN RAMAI

YANG MABUK JUGA

MAKIN RAMAI

KHALAS


Suami isteri maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Menara Great Eastern.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.34 pagi semalam, penunggang motosikal berusia 61 tahun dan isteri berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai hilang kawalan, lalu melanggar bahagian belakang motosikal mangsa.

"Akibat daripada perlanggaran berkenaan, kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, pemandu dan dua penumpang di dalam kereta juga cedera.

Katanya, pemandu kereta dan penumpang hadapan berusia 23 tahun cedera di kepala dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur.

"Pemandu disyaki mabuk tetapi masih menerima rawatan di HKL. Polis sudah mengambil sampel darah dan air kencing untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

"Penumpang belakang iaitu lelaki berusia 24 tahun luka di bibir dan lidah serta dibenarkan pulang. Dia juga hadir membuat laporan polis serta dirakam percakapan pada hari kejadian bagi membantu siasatan," katanya.

Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai atau saksi kejadian boleh tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau tampil ke balai polis berhampiran.

IRAN JAWAB ANCAMAN TRUMP


TERAM ANCAM

LAGI

KAH KAH KAH

IARN JAWAB:

LANCAHAU LU

TERAM

KHALAS 


AS sambung serangan jika Iran 'tidak berkelakuan baik' - Trump


WEST PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau telah dimaklumkan mengenai konsep satu perjanjian dengan Iran, namun masih menunggu perincian sebenar.

Pada masa sama, beliau memberi amaran terdapat kemungkinan tinggi serangan ke atas negara itu disambung semula jika Tehran 'tidak berkelakuan baik'.

Seorang pegawai kanan Iran berkata, cadangan Tehran yang setakat ini ditolak oleh Trump akan membuka semula laluan perkapalan di Selat Hormuz serta menamatkan sekatan AS terhadap Iran, sambil menangguhkan rundingan berhubung program nuklear negara itu ke satu tarikh lain.

Ketika ditanya mengenai cadangan Iran sebelum menaiki penerbangan ke Miami dari West Palm Beach, Florida, Trump menjawab: "Mereka memaklumkan saya mengenai konsep perjanjian itu. Mereka akan memberikan perincian sebenar kepada saya sekarang".



BERKEMPEN AWAL


BERKEMPEN AWAL

KAH KAH KAH

KHALAS 

PROGRAM PAGI ESOK


SOLIDARITI 

BERHIMPUN

BERDEMO KINI

BUDAYA KITA





BULAT TUNGKU


YA AMPOOON

BULAT TUNGKU

KHALAS 





Unknown commented on
 "YAM DIPERTUAN BESAR 
DAH KENA PECAT !!!"
1
Rindu zaman FAKE sultan melaka ... 😍💕

KERAJAAN TITAH SONDOL NAJIB !!!

 

DULU BANGGA

MADANI KLIM INI

KERJAAN TITAH

AMIN

PADAN MUKA

ADA TITAH

BUAT PROJEK

ADA TITAH 

SONDOL  NAJIB

ADA TITAH

TEBUK  ATAP

KAH KAH KAH

KHALAS

Krisis N Sembilan strategi Umno paksa Anwar bin Ibrahim buat PRU awal - Rafizi

Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, memberi amaran bahawa krisis politik di Negeri Sembilan bukan sekadar pergolakan biasa, tetapi kemungkinan strategi awal Umno untuk memaksa Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan seawal Oktober ini.

"Saya percaya, kemelut Negeri Sembilan adalah strategi besar Umno untuk membina gelombang kemenangan sepertimana di PRN Johor dan Melaka empat, lima tahun lalu. Tujuannya adalah untuk memaksa Perdana Menteri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU.

"Sekarang menggunakan strategi yang sama. Nak membina gelombang besar. Itu akan paksa Anwar bin Ibrahim  sama ada nak atau tak nak kena adakan PRU awal, dan Umno nak sapu satu Malaysia.

"Jadi, ada kemungkinan PRU diadakan bulan Oktober sekali dengan PRN Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sekali," kata Rafizi dalam podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) semalam.

Namun, bekas menteri ekonomi itu berpendapat bahawa strategi Umno di Negeri Sembilan tidak membuahkan hasil yang diingini mereka.

"Nampaknya, gelombang Umno bermula di Negeri Sembilan ini tak nampak cantik.

"Tapi, ia membawa kesan yang tidak diingini kepada Umno. Krisis ini ingatkan rakyat semula kepada watak dan wajah dan juga masalah dalaman Umno," katanya.

Untuk rekod, krisis politik di negeri itu memuncak apabila kesemua 14 Adun Umno Negeri Sembilan di bawah pimpinan pengerusi Umno negeri Jalaluddin Alias mengumumkan penarikan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Tindakan ini menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini memiliki majoriti selesa 31 daripada 36 kerusi DUN (17 PH + 14 BN) merosot kepada hanya 17 kerusi, iaitu di bawah majoriti mudah 19 kerusi.

Keadaan ini sekaligus membuka ruang kepada Perikatan Nasional (PN) yang memiliki lima kerusi untuk menyatakan kesediaan bekerjasama dengan BN membentuk kerajaan baru.

Aminuddin bagaimanapun mengumumkan akan meneruskan tugasnya atas nasihat Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dengan sokongan minoriti.

Terbaru, pucuk pimpinan Umno membuat ketetapan untuk meneruskan sokongan kepada kerajaan perpaduan pimpinan PH.

Namun, 14 Adun Umno Negeri Sembilan termasuk timbalan presiden parti Mohamad Hasan (Adun-Rantau) masih kekal dengan keputusan menarik balik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

Mengulas lanjut, Rafizi melabel krisis negeri itu sebagai 'Langkah Jalal' (nama panggilan Jalaluddin) dan menyifatkannya sebagai pramatang.

"Jalaluddin yang dikenali tidak sekutu dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mempunyai cita-cita lama untuk menjadi menteri besar.

"Tindakan dia ini tembakan pramatang dalam usaha menyusun sesuatu yang lebih besar, tetapi gagal mengambil kira kesan buruk jangka panjang.

\"Isu besar ialah kesan kepada Umno secara keseluruhannya. Label 'tebuk atap' ini negatif kepada pengundi progresif. PRN lalu, pengundi progresif ini sokong PH. Kemenangan Umno di Negeri Sembilan baru-baru ini banyak bergantung kepada undi bukan Melayu dan Melayu progresif," kata Rafizi.

Untuk rekod, selepas PRU15, Jalaluddin yang juga ahli parlimen Jelebu adalah antara yang menandatangani akuan sokongan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan.

"Timbalan Presiden Umno mungkin tahu isu di peringkat negeri, tapi tak bincang di pusat. Zahid kata beliau tak tahu. Ini semua akan kembalikan trauma rakyat kepada wajah-wajah Umno dulu – tebuk atap, rebut jawatan, tindakan sana sini.

"Lebih bahaya lagi apabila mereka guna 'pertahan institusi raja' untuk kepentingan peribadi. Kamu kata pertahankan institusi di raja. Tapi, lawan Yang di-Pertuan Besar. Itu kenyataan yang lebih bahaya kepada Umno," katanya.