Isnin, 11 Mei 2026
CUKONG KAYA KERANA MENIPU
NEGARA
TANPA CUKONG
MALAYSIA
AKAN LEBIH
AMAN BAHAGIA
AMIN
CUKONG
KAYA KERANA
MENIAGA MENIPU
KHALAS
JANGAN LUPA KATA-KATA MARIO PUZO
PENULIS NOVEL THE GOD FATHER
BEHIND ALL WEALTH IS A CRIME
TERJEMAHAN
DI BELAKANG SEMUA KEKAYAN
IALAH JENAYAH
AMIN
PROJEK SCAM JUAL VAKSIN SAMPAI KE MALAYSIA
WABAK KENCING
TIKUS ADALAH
SCAM GLOBAL
MACAM KOBID
AMIN
TUJUAN UNTUK
JUAL VAKSIN
AMIN
TUJUAN UNTUK
TAKUTKAN DAN
KAWAL RAKYAT
SATU DUNIA
AMIN
DISANA SINI
ORANG RAMAI
SELALU TURUN
KE JALAN RAYA
AMIN
INI BAHAYA
UNTUK KELAS
PEMERENTAH
AMIN
MAKA WABAK
KENCING TIKUS
DI MULAKAN
KHALAS
Hantavirus: P Pinang perketat pantauan pintu masuk antarabangsa - Exco
Pulau Pinang memperketatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa termasuk lapangan terbang dan pelabuhan, susulan penularan penyakit Hantavirus di beberapa negara Eropah.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen berkata langkah itu dilaksanakan selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan sebarang risiko penularan penyakit berjangkit dapat dibendung lebih awal.
“Walaupun risiko penularan virus Hanta di Malaysia ketika ini adalah rendah, kita tetap mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memperketatkan pemantauan di pintu masuk antarabangsa dan meningkatkan kapasiti makmal bagi membantu pengesanan kes.
“KKM juga telah memaklumkan bahawa hanya strain tertentu virus itu menunjukkan potensi penularan antara manusia memandangkan ia merupakan virus zoonotik,” katanya kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di George Town, hari ini.
Beliau juga menjelaskan protokol kesihatan di pintu masuk antarabangsa sebenarnya telah lama dilaksanakan termasuk penggunaan kamera inframerah bagi mengesan individu bergejala seperti demam.
Gooi berkata setiap pintu masuk antarabangsa utama termasuk terminal kapal persiaran di negeri itu turut mempunyai pegawai kesihatan yang ditempatkan secara tetap bagi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkaitan.
Beliau turut memaklumkan berdasarkan data KKM, sebanyak 22,367 kapal dan bot telah diperiksa di pintu masuk antarabangsa seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 2 Mei lepas.
Dalam tempoh sama, katanya 2,421 sijil pratique dan 1,146 Sijil Sanitasi Kapal (SSC) dikeluarkan bagi memastikan kapal yang memasuki negara ini mematuhi keperluan kesihatan awam, sanitasi dan kawalan infestasi selaras dengan Peraturan Kesihatan Antarabangsa.
Semalam, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia dalam tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi ancaman penularan jangkitan hantavirus walaupun tiada kes melibatkan rakyat negara ini direkodkan.
Media antarabangsa melaporkan negara Eropah meningkatkan langkah pemantauan dan pengasingan selepas berlakunya wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran milik Belanda, MV Hondius. - Bernama
JANGAN HANYA CAKAP NAK DEMO - BUAT SUSUN DAN BERDEMO !!
JANGAN HANYA
CAKAP NAK DEMO
AMIN
SUSUN ATUR
TURUN BERDEMO
AMIN
BAWA SAKAI
JAKUN TEMIAR
SENOI TURUN
BERDEMO
KHALAS
Usir Orang Asli: Aktivis gesa RCI, ancam protes di Putrajaya
Aktivis dan peguam hari ini menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera berhubung perobohan rumah Orang Asli di Pekan, Pahang, selain mengancam akan mengadakan protes di Putrajaya jika tuntutan itu tidak dipenuhi.
Dalam sidang media anjuran Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Greenpeace, Presiden Peka Rajesh Nagarajan berkata siasatan perlu dibuat kerana kes itu melibatkan dakwaan rampasan tanah adat Orang Asli dan perobohan rumah tanpa mengikut prosedur.
Menurutnya siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 mesti dilakukan dan diketuai Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi atas kapasitinya selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
“Ini perkara yang sangat serius, dan kesannya juga mesti dipandang serius. Satu suruhanjaya siasatan mesti ditubuhkan segera. Dan siapa yang perlu menubuhkannya? Tidak lain tidak bukan Zahid sendiri.
“Jika suruhanjaya siasatan tidak ditubuhkan, itu tanggungjawab anda, Zahid. Anda gagal menjalankan tugas anda. Anda gagal melindungi Orang Asli daripada tindakan melampau kerajaan negeri Pahang,” katanya di pejabat Lawyers for Liberty (LFL) hari ini.
Untuk rekod, kuasa menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan terletak pada Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan dalam Seksyen 2 akta tersebut. Dalam amalan, ia biasanya dilakukan atas nasihat kerajaan persekutuan.
Rajesh yang mewakili pihak terlibat, turut menuntut agar timbalan perdana menteri mengambil tanggungjawab dan segera mengeluarkan kenyataan.
Dia memberi amaran bahawa satu demonstrasi besar-besaran melibatkan komuniti Orang Asli dari seluruh negara akan diadakan di pejabat Zahid di Putrajaya jika perkara itu tidak dilakukan.
“Saya dimaklumkan bahawa sejumlah besar Orang Asli akan datang ke Putrajaya untuk membantah. Kerana ramai Orang Asli menjadi mangsa kerajaan negeri di Malaysia, bukan hanya di Pahang,” tambah peguam itu.
Mereka turut mengulangi tuntutan termasuk mendapat pampasan yang adil kepada keluarga terjejas akibat perobohan, pembinaan semula rumah yang dimusnahkan segera, pewartaan segera tanah adat Orang Asli di Pekan, serta siasatan yang cepat dan telus terhadap laporan polis yang dibuat berhubung insiden itu.
Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan perobohan rumah Orang Asli daripada suku Jakun di Pekan.
Perobohan itu melibatkan sebuah syarikat perladangan yang menyewa tanah tersebut daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK) — sebuah syarikat milik kerajaan negeri — selama 30 tahun untuk membangunkan ladang kelapa sawit.
Malaysiakini tidak menamakan syarikat perladangan itu sementara menunggu maklum balas daripadanya. Pelbagai usaha telah dibuat untuk menghubungi syarikat tersebut, termasuk mengunjungi alamat berdaftarnya, namun gagal.
Menurut Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP), sekumpulan individu bersama polis tiba di sebuah kampung kecil bernama Kampung Sungai Baru lalu mula merobohkan rumah-rumah di situ.
Ketua Polis Daerah Pekan, Zaidi Zin turut mempertikaikan dakwaan penduduk terhadap hak milik tanah itu, sebaliknya menyatakan mereka hanya berpindah ke kawasan tersebut semasa pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, Rajesh menolak dakwaan Zaidi dengan menyatakan bahawa penduduk kampung telah tinggal di tanah itu “sejak zaman-berzaman”, sambil mendakwa kerajaan negeri Pahang tetap menyewakan tanah tersebut kepada syarikat terbabit walaupun mengetahui ia didiami komuniti Orang Asli.
“Ini adalah pencurian tanah Orang Asli oleh kerajaan negeri Pahang…. Mereka (Orang Asli) mempunyai hak perlembagaan terhadap tanah itu.
“Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh sesuka hati mengambil tanah seseorang,” katanya.
Menurut peguam itu, terdapat 21 buah rumah di penempatan tersebut dan tujuh daripadanya telah dirobohkan setakat ini, termasuk sebuah “rumah adat” yang digunakan sebagai dewan komuniti untuk perhimpunan, majlis perkahwinan dan pengebumian.
Dia juga berkata terdapat dua ekor anjing dan empat anak kucing yang baru lahir ditemui mati dalam runtuhan rumah yang dirobohkan.
Sementara itu, wakil kampung, Zul Mamad mendakwa penduduk hanya mengetahui operasi tersebut selepas dimaklumkan oleh jiran ketika mereka sedang bekerja.
Zul berkata dia bergegas pulang ke kampung selepas menerima panggilan memaklumkan rumah-rumah berkenaan sedang dirobohkan.
“Saya meminta mereka (kontraktor) supaya tidak merobohkan rumah dan bertanya di mana notisnya,” katanya sambil menambah kontraktor menolak permintaannya dengan alasan tanah itu milik salah seorang pemegang saham syarikat berkenaan.
Seorang lagi penduduk kampung, Yang Salim berkata insiden itu menyebabkan keluarganya kehilangan tempat tinggal dan terpaksa tinggal di khemah sementara selepas rumah mereka dirobohkan.
“Kami terpaksa bertahan seadanya. Kami dirikan khemah untuk berlindung,” katanya.
Jurucakap Greenpeace, Heng Kiah Chun berkata situasi itu jelas menunjukkan ketidakadilan, sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang “ironik” apabila Orang Asli diiktiraf sebagai Bumiputera tetapi tidak dilayan sedemikian.
Heng berkata mereka akan terus bersama komuniti tersebut dalam perjuangan mereka.
“Kami akan terus memberikan solidariti dan sokongan kepada semua pihak ini untuk memperjuangkan hak alam sekitar dan keadilan alam sekitar. Dan katakan tidak kepada buli,” katanya.
SETANYAHU BERI ARAHAN KEPADA TERAM
TERAM KATA
PERANG DAH
SELESAI
KAH KAH KAH
KELUAR ARAHAN
DARI
SETANYAHU
BOSS BESAR
KEPADA TERAM
KAH KAH KAH
BOSS MAHU
PERANG
DI TERUSKAN
KHALAS
Perang Iran 'belum berakhir' selagi simpanan uranium diperkaya tidak dikeluarkan - Netanyahu
WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa simpanan uranium diperkaya milik Iran hendaklah 'dikeluarkan' sepenuhnya sebelum perang di Asia Barat boleh dianggap berakhir.
Bercakap dalam program "60 Minutes" terbitan CBS News, semalam, Netanyahu berkata, walaupun serangan besar-besaran dilancarkan, ancaman nuklear Iran masih belum dihapuskan sepenuhnya.
"Ia belum berakhir kerana masih terdapat bahan nuklear iaitu uranium diperkaya yang perlu dikeluarkan dari Iran. Tapak pengayaan bahan berkenaan juga perlu dileraikan," katanya.
Apabila ditanya bagaimana proses pengalihan uranium itu akan dilakukan, pemimpin Israel itu menjawab ringkas: "Anda masuk dan ambil (keluarkannya)."
Bagaimanapun, kenyataan Netanyahu dilihat sedikit bercanggah dengan pendirian terbuka Presiden AS, Donald Trump.
Trump, yang kini berdepan tekanan domestik yang semakin meningkat untuk menamatkan peperangan tersebut, menegaskan bahawa program nuklear Tehran sudah pun terkawal.
Dalam satu temu bual berasingan, Trump menyatakan Iran sudah 'tewas secara ketenteraan' dan mendakwa uranium berkenaan boleh diambil 'pada bila-bila masa'.
Trump mendakwa lokasi bahan tersebut dalam pemantauan rapi dan memberi amaran jika sesiapa mendekati tempat itu, tenteranya akan letupkan kawasan itu.
Selain itu, Netanyahu turut menyatakan hasratnya kepada Trump untuk melihat bantuan AS kepada Israel yang kini berjumlah AS$3.8 bilion (RM17.9 bilion) setahun dikurangkan sehingga menjadi "sifar" dalam masa terdekat.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mula mengurangkan kebergantungan sokongan ketenteraan daripada Pentagon. Mari kita mulakan sekarang, dan laksanakan proses ini dalam tempoh sedekad akan datang," katanya.
Selain isu uranium, Netanyahu menggariskan beberapa objektif perang yang masih belum dicapai, termasuk isu kumpulan proksi yang disokong Iran serta penghasilan peluru berpandu balistik.
Beliau turut mendedahkan mengenai sokongan Beijing terhadap Tehran, khususnya dalam membekalkan komponen tertentu untuk pembuatan peluru berpandu.
Netanyahu juga berkata, jika Iran ditumbangkan maka ia akan membawa kepada pengakhiran kumpulan Hizbullah, Hamas dan Houthi.
"Keseluruhan kerangka rangkaian proksi pengganas yang dibina Iran akan runtuh jika rejim di Iran tumbang. Adakah ia mungkin berlaku? Ya. Adakah ia dijamin? Tidak," katanya. - AFP
FAHMI FADZIL TIDAK LAGI DATUK ?
BERITA TERSEBAR
ANUGERAH DATUK
FAHMI FADZIL
AKAN DI CABUT
KERANA KES BABI
INI TIDAK BETUL
INI BERITA PALSU
INI FITNAH
amin
DULU DAPAT TITAH - SEKARANG KENA TITITK
DULU DAPAT
TITAH
SEKARANG KENA
TITIK
AMIN
Unknown commented on
"PRK - SEDANG BERGADUH"
Inilah sebab dan punca kejatuhan seseorang, terlalu taksub dengan titah, titik, kalau tidak layak baik jangan marah-marah, kena sentiasa cermin diri, jangan semua nak tetapi diri sendiri ketahui tidak layak, bagi kepada orang layak mampu bukan sekadar bijak bercakap,
sekelip mata orang nampak ketidakmampuan kita amin apapun masa untuk bungkus memang dah sampai, keadaan semakin buruk apabila semua yang tidak layak diberi peluang berkuasa, dari atas ke bawah kah kah kah kah
DUA HARI LAGI IALAH 13 MEI
DUA HARI LAGI
IALAH 13 MEI
KHALAS
Unknown commented on
"AWAS!!!
SILA LIHAT APA JADI PADA MELAYU DI SINGAPURA DAN RED INDIAN DI AMERIKA !"
Melayu berpecah belah, Melayu bercakaran merebut kuasa merebut harta negara, semua pemimpin dahulu kini kaya raya, ini semua diketahui, sejak merdeka negara terus dirompak atas nama pembangunan atas nama ketuanan keturunan kerabat kah kah kah kah masih kurang faham orang-orang kita, musuh sebenarnya orang-orang kita sendiri kah kah kah
Unknown commented on
"AWAS!!!
SILA LIHAT APA JADI PADA MELAYU DI SINGAPURA DAN RED INDIAN DI AMERIKA !"
Pemimpin minat dengan pengikut setia, tidak banyak soalan, setakat tukang angguk kepala, setakat menurut perintah tanpa banyak soal, pemimpin politik tidak suka orang-orang cerdik, bertanya soalan benar, kalau ditanya akan dibuang akan disisihkan akan diketepikan,
mereka seronok dengan orang-orang suka cium tangan, suka menunggu tepi kereta untuk buka pintu, hormat cara Jepun, tunduk ke bumi selalunya, lagi hebat siap berpeluk dengan erat bagi menunjukkan keakraban amin amin amin, orang kita sudah biasa budaya begitu,
terpaling suka apabila semuanya siap diatur tanpa bayaran, ada pelesit bayar, siap bekalan dalam kereta lagi untuk dibawa pulang, ayat rezeki, ayat kabel fiber optik memang menjadi ruang untuk penambahbaikan kah kah kah
jadi tak ada pelik tak ada melik pun, semuanya diatur begitu rupa bagi nampak cantik di permukaan politik kah kah kah
SATU LAGI PROJEK SYARIKAT UBAT ?
AWAS !!!
APAKAH INI SATU
LAGI PROJEK
NAK JUAL VAKSIN?
JENG JENG JENG
SYARIKAT UBAT
DAH LAMA RANCANG
PROJEK KENCING
TIKUS
AMIN
BUAT DUIT DAN
KONTROL WARGA
DUNIA
KHALAS
94 individu dipindahkan dari kapal persiaran dilanda wabak hantavirus
Seramai 94 penumpang dan anak kapal telah dipindahkan pada Ahad dari kapal persiaran Hondius yang terjejas akibat wabak hantavirus, menurut Menteri Kesihatan Sepanyol.
Individu dari 19 negara meninggalkan Kepulauan Canary menggunakan lapan pesawat khas, kata Menteri Kesihatan Sepanyol Monica Garcia kepada wartawan di Tenerife, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pada petang Isnin, sebuah pesawat dari Belanda dan sebuah lagi dari Australia dijadual dikerahkan untuk membawa keluar masing-masing enam dan 18 lagi individu yang terjejas.
Operasi pemindahan itu dilakukan kira-kira seminggu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan bahawa tiga penumpang Hondius, pasangan warga emas warga Belanda dan seorang wanita warga Jerman, meninggal dunia dalam wabak hantavirus yang disyaki.
Sebelum operasi pada Ahad bermula, doktor menjalankan pemeriksaan epidemiologi di atas kapal berkenaan. Tiada gejala dikesan dalam kalangan 152 individu yang berada di atas kapal itu.
Seorang warga Perancis mula menunjukkan gejala selepas dipindahkan, kata Garcia sambil menambah bahawa pihak berkuasa Perancis akan “melaksanakan protokol mereka.”
Menurut Garcia, seramai 34 individu, kebanyakannya anak kapal, akan terus berada di atas kapal dan belayar pulang ke Belanda dengan Hondius.
Menteri itu berkata operasi berkenaan setakat ini berjalan lancar dan menyifatkannya sebagai “hari yang sangat baik hari ini.”
Menurut WHO, terdapat enam kes hantavirus yang disahkan dan dua kes disyaki, dengan tiga daripadanya membawa maut.
Selepas semua penumpang turun dari kapal, Hondius akan meneruskan pelayaran ke Rotterdam bersama sebahagian anak kapalnya.
Mayat mangsa warga Jerman hanya akan dibawa keluar sebaik kapal itu tiba di sana dan kapal berkenaan turut akan menjalani proses nyahjangkit.
Hondius memulakan pelayarannya di Argentina pada 1 April, berlabuh di Cape Verde sebelum berlepas ke Kepulauan Canary pada petang Rabu.
Memandangkan lebih 30 penumpang dan anak kapal turun semasa persinggahan kapal itu di beberapa lokasi, pihak berkuasa di seluruh dunia kini sedang mengesan kemungkinan kes disyaki. - Bernama - dpa










