Rabu, 20 Mei 2026
TUJUH HARI DULU IALAH 13 MEI
PERLU DI BERI
INGATAN SEKALI
LAGI
AMIN
13 MEI BARU
BERLEPAS TUJUH
HARI DULU
KHALAS
Sangat tidak wajar ambil kesempatan titah Sultan Selangor - Amanah
Parti Amanah Negara menggesa beberapa individu dan ahli politik agar tidak mengambil kesempatan atau mengeruhkan keadaan berikutan titah Sultan Selangor yang mengingatkan generasi baharu mengenai Rukun Negara dan perpaduan.
Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Abbas Azmi berkata, semua pihak sepatutnya berlapang dada dan memahami maksud sebenar di sebalik titah baginda.
"Adalah sangat tidak wajar apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas titah Tuanku Sultan ini untuk kepentingan individu atau politik atau cubaan untuk mengeruhkan keadaan.
"Jadikanlah titah Tuanku Sultan Selangor itu sebagai satu nasihat yang berguna sepertimana nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Abbas, tindakan memanipulasi titah berkenaan demi meraih populariti politik tidak mendatangkan sebarang keuntungan, malah dia turut mengingatkan bahawa aktiviti berpolitik ada batasnya.
Jelasnya, bahawa tumpuan utama pada masa ini sepatutnya diberikan kepada usaha mengukuhkan ekonomi negeri dan negara yang kini sedang berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi global.
Mengulas mengenai situasi di Selangor, Abbas menarik perhatian kepada pakej rangsangan ekonomi khusus berjumlah RM131 juta yang diumumkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagi mendepani implikasi ekonomi akibat pergolakan di Asia Barat.
"Ini yang harus diberi keutamaan bukan hanya cubaan menangguk di air yang keruh dan menjadi pengadu domba bagi mengeruhkan suasana," katanya lagi.
Abbas berharap semua pihak dapat mengambil iktibar secara positif daripada titah berkenaan sebagai tanda keprihatinan baginda terhadap kerajaan negeri dan seluruh rakyat Selangor
MANA FAHMI FADIL ?
DIMANA ILANG
FAHMI FADIL?
AMIN
BIASANYA MALAON
INI AKAN SIBUK
DENGAN TITAH
DENGAN 3 R
KAH KAH KAH
AKAN ANCAM
NAK TANGKAP
DENGAN 3 R
KAH KAH KAH
BILA DAP TIBAI
SULTAN FAHMI
KECUT KOTE
KAH KAH KAH
KHALAS
Di sebalik nasihat Sultan fahami Rukun Negara, pemimpin DAP cetus kecaman persoal status 'titah diraja'
Seorang pemimpin kanan DAP menjadi sasaran kecaman di media sosial susulan kenyataannya yang menganggap titah sultan tidak mempunyai tempat dalam kerangka perlembagaan, sambil menyatakan kuasa raja-raja Melayu terbatas kepada peranan tertentu.
Tony Pua, pengerusi lembaga disiplin DAP yang pada 2022 dilantik sebagai penasihat dasar kepada Setiausaha Agung Anthony Loke, memuat naik pandangannya beberapa jam selepas Sultan Selangor mengingatkan ahli politik negeri itu mengenai prinsip Rukun Negara, khususnya kesetiaan kepada institusi diraja.
Menurut Pua, raja-raja Melayu merupakan raja berperlembagaan dengan kuasa yang terhad kepada soal adat resam Melayu, agama Islam, serta peranan seperti pelantikan menteri besar dan pembubaran dewan undangan negeri.
"Ya, saya setia kepada Raja dan Negara, akan mematuhi Kedaulatan Undang-undang berdasarkan Perlembagaan kita yang agung. Bukan titah," kata Pua dalam kenyataan yang dilihat sebagai mempertahankan Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki, dan bekas exco Selangor, Ronnie Liu.
Sultan Sharafuddin Idris Shah menujukan tegurannya khusus kepada Wong dan Liu, sambil menggesa wakil rakyat Selangor mendalami pemahaman mereka tentang Rukun Negara dengan kerap melawat Dataran Selangor di Shah Alam, tempat terletaknya Plak Monumen Rukun Negara.
Sultan Sharafuddin menyatakan semua Adun perlu melakukan lawatan dua kali sebulan ke dataran tersebut, sambil menambah Wong dan Liu perlu berkunjung sekali seminggu "untuk memahami dan menghayati makna Rukun Negara, agar menjadi rakyat yang tahu untuk menghormati Institusi Raja dan menjaga adab dan kesucian".
Kedua-dua mereka menjadi sasaran selepas dilihat tidak bersetuju dengan titah sultan awal tahun ini untuk mengharamkan industri penternakan babi di seluruh Selangor berikutan aduan orang ramai tentang pencemaran alam sekitar.
Sebaliknya, Sultan Sharafuddin mencadangkan daging babi diimport untuk memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam.
Pada 22 April, Wong mencadangkan penternakan babi di negeri ini boleh diteruskan sekiranya kaedah penternakan moden dan tertutup dilaksanakan.
Berikutan itu, pada 7 Mei, Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan pendiriannya tidak membenarkan sebarang aktiviti penternakan babi.
Ini disusuli dengan Liu, yang sebelum ini mengkritik kepimpinan DAP Selangor kerana berdiam diri terhadap pengharaman itu, menggesa penternak babi memfailkan semakan kehakiman, sambil menyatakan hak mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu mencetuskan reaksi marah daripada pemimpin Melayu merentas parti politik, yang seterusnya menyaksikan perhimpunan besar dianjurkan Perikatan Nasional dan kumpulan Melayu di Shah Alam pada Sabtu lalu bagi menyatakan solidariti kepada Sultan Selangor.
Liu hari ini kelihatan akur dengan titah Sultan Sharafuddin, sambil berkata beliau menjunjung kasih dengan "penuh rendah diri dan setinggi-tinggi penghargaan".
Bagaimanapun, Pua berkata sistem di Malaysia tidak membenarkan seorang raja "mengeluarkan titah yang mengikat semua aspek kehidupan kita".
"Kita mempunyai Parlimen dan dewan undangan negeri, yang terdiri daripada wakil yang dipilih rakyat untuk menggubal undang-undang dan peraturan," katanya.
Kenyataan itu mencetuskan ledakan kritikan di Facebook Pua, termasuk tuduhan tidak menghormati institusi diraja, sementara penyokong DAP pula mempertahankan beliau.
"Sindiran sebegini agak biadab terhadap Raja-Raja Melayu," tulis Zaimal Md Jamal.
Seorang lagi pengguna menuduh Pua bersikap selektif dalam mematuhi Rukun Negara.
"'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' tiba-tiba menjadi pilihan apabila pandangan raja tidak menepati naratif politik tertentu... sesuatu titah diraja membawa kuasa moral dan nasional yang besar. Demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan bertujuan saling melengkapi, bukan dianggap sebagai berlawanan," kata JZ Juzai.
"Menarik. Raja berperlembagaan hanya apabila kuasa Tuanku tidak disenangi, tetapi hikmah perlembagaan apabila kerajaan Madani dibentuk selepas PRU15. Prinsip yang sangat berubah-ubah. Aksi silat perlembagaan peringkat Olimpik yang sebenar," tulis Yew Seng Wei.
Ffj Hana pula menambah: "Keterbatasan hak Sultan adalah biasa ketika era penjajahan British dan Jepun. Ia berbeza sekarang. Sultan menjalankan peranan semak dan imbang yang kritikal melalui hak perlembagaannya untuk menasihati, menegur, dan memberikan perkenan diraja kepada dasar-dasar negeri."
KES INI LAMA SANGAT
TOM BOY INI
JILAT KELENTIT
PERKARA BIASA
AMIN
SATU MALAYSIA
NAK TAHU SAPA
PELAJAR YANG
PINDAH SEKOLAH ?
AMIN
SAPA NAMA?
ANAK SAPA?
AMIN
INI MASIH JADI
TANDA TANYA
JILAT KELENTIT
INI BUAT SENSASI
SAJA
KHALAS
Zara Qairina dakwa pernah diganggu pelajar ‘tomboy’ di asrama
KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah mendakwa dirinya diganggu oleh seorang pelajar berperwatakan ‘tomboy’ ketika di asrama.
Ibu saudara arwah, Nur Shira Abdullah, 46, yang juga saksi ke-71 dalam inkues kematian remaja berkenaan berkata perkara itu diceritakan sendiri oleh Zara Qairina kepadanya ketika mangsa pulang bercuti sempena Aidilfitri tahun lepas.
Nur Shira berkata arwah memaklumkan gangguan itu diketahuinya berdasarkan cerita rakan sebilik, selain mendakwa pernah berdepan beberapa situasi lain yang membuatkannya berasa tidak selesa sepanjang berada di asrama.
“Semasa Zara menceritakan perkara tersebut kepada kami, anak saya secara tidak sengaja telah merakam penceritaan Zara tersebut,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa Zara Qairina pernah mengadu diarahkan turun ke tingkat bawah asrama kira-kira pukul 1 hingga 2 pagi untuk mengambil air panas kerana penapis air berada di tingkat bawah sedangkan mangsa berada di tingkat tiga.
Nur Shira berkata sepanjang pengetahuannya, perkara yang sering diceritakan Zara Qairina lebih berkait dengan kehidupan di sekolah dan asrama serta hubungannya dengan rakan-rakan, bukannya masalah keluarga.
“Zara tidak pernah menyatakan bahawa beliau tidak disayangi oleh ibunya atau takut kepada ibunya. Pada pemerhatian saya, Zara berkongsi perkara-perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak selesa, namun beliau masih mampu bercerita seperti biasa,” katanya.
Saksi turut mendakwa Zara Qairina pernah memaklumkan bahawa dia ada membuat aduan kepada warden, namun aduannya tidak dipercayai.
Menyentuh isu penolakan bedah siasat (post-mortem), saksi menafikan keluarga membuat keputusan melulu, sebaliknya doktor di bilik forensik hanya mengarahkannya menandatangani borang tanpa penjelasan terperinci.
Beliau juga menafikan dakwaan kononnya mereka membincangkan isu bedah siasat di kawasan awam, menegaskan ibu arwah, Noraidah Lamat hanya menyuarakannya sekali di dalam wad tanpa kehadiran pelawat lain.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4 pagi.
Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini mengarahkan prosiding inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.
Inkues bersambung esok.- BERNAMA
AL- FATIHAH!
AL-FATTIHAH
JATUH MALAM
JAM 3 PAGI ?
AMIN
TAK PERLU BUAT
SPEKUALASI
TAPI HANYA UCAP
TAKZIAH
ITU SAJA
KHALAS
Pegawai kanan JSJ IPK Selangor maut jatuh bangunan di Shah Alam
KUALA LUMPUR – Seorang Pegawai Kanan dari Jabaran Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor maut selepas dipercayai jatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, hari ini.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata pusat kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat mengenai kejadian berlaku pada 3.07 pagi tadi.
Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sementara menunggu hasil bedah siasat.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Dalam masa yang sama, Shazeli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.-
JUBO EPOL LEHER USOP WAN AZIZAH MARAH
JUBO EPOL
LEHER USOP
YANG MARAH
WAN AZIZAH
KAH KAH KAH
NURUL MARAH
KERANA ANWAR
BIN IBRAHIM
FARHASH KONTROL
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
nurul marah ba farhash...
kah kah kah
nurul marah jubo epul tak ?
nurul marah lehar usop tak ?
kalau marah..mari bersolidariti dengan usop bangla
kah kah kah
ANWAR BIN IBRAHIM AKAN BEBASKAN NAJIB BIN RAZAK ?
ANWAR
BIN IBRAHIM
AKAN BEBASKAN
NAJIB BIN RAZAK?
KHALAS
JANGAN LUPA - KITA MASIH LAGI DALAM BULAN MEI
SEMUA PERLU
DIINGATKAN
KITA MASIH LAGI
DALAM BULAN MEI
AMIN
TUJUH HARI DULU
IALAH 13 MEI
KHALAS
'Biadab' - Pemimpin Umno, Pemuda Amanah, Putra bidas kenyataan Tony Pua
Pemimpin pelbagai parti politik tampil membidas kenyataan veteran DAP Tony Pua yang mengulas saranan untuk membaca dan memahami Rukun Negara.
Kenyataan Pua itu hadir selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi saranan berkenaan kepada bekas Adun DAP Ronnie Liu dan Adun DAP Seri Kembangan Wong Siew Ki.
Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kenyataan Pua bukan sahaja biadab, tetapi umpama "kaduk naik junjung".
"Konon celik Perlembagaan, tetapi dangkal adab terhadap institusi raja. Bila titah Sultan dipersenda, itu bukan kebebasan bersuara, itu biadab.
"Tony Pua ni bagai kaduk sudah naik junjung, lupa adab dan batas. Umno bersama Tuanku," tulis Asyraf di Facebooknya.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh pula menggesa Umno supaya menamatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) susulan kenyataan Pua itu.
"Cukup-cukuplah kita nak bekerjasama dengan mereka ini. Kalau titah sultan pun sanggup diperlekehkan oleh kerana babi, apa lagi yang lain.
"Keputusan di Johor wajib untuk dilaksanakan ke semua negeri," katanya merujuk keputusan BN Johor untuk bertanding solo di semua kerusi pada pilihan raya akan datang.
Semalam, Pua dalam satu hantaran di Facebooknya mengingatkan bahawa kuasa raja di negara ini adalah terhad kepada aspek tertentu yang telah ditetapkan.
Hantaran Pua itu dibuat beberapa jam selepas Sultan Selangor mengarahkan wakil rakyat negeri itu khususnya Wong dan Liu supaya membawa, memahami dan menghayati Rukun Negara agar menghormati institusi raja.
“Kita mempunyai sistem Raja Berperlembagaan. Kuasa Raja-Raja sedikit berbeza mengikut negeri, namun secara amnya, kuasa baginda adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu yang telah ditetapkan, seperti adat resam Melayu, agama Islam, dan peranan perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta persetujuan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kita tidak hidup dalam sistem di mana Raja boleh mengeluarkan titah perintah yang mengikat dan menggubal undang-undang bagi setiap aspek kehidupan kita," tulis Pua di Facebooknya.
Sementara itu, Presiden Putra Ibrahim Ali mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak tunjuk taring dengan menghina sultan.
"Jangan berlindung di sebalik istilah Raja Berperlembagaan untuk memperlekeh titah sultan.
"Amaran keras, jangan gunakan Perlembagaan sebagai lesen untuk biadab. Dalam negara ini, undang-undang, adat dan kedaulatan raja bergerak bersama," katanya dalam satu kenyataan.
Exco Pemuda Amanah Fadhli Umat Aminolhuda turut berkongsi sentimen sama terhadap kenyataan Pua yang dianggapnya sebagai tidak wajar dan biadab.
Bagaimanapun Fadhli berkata dia yakin ia bukan pendirian rasmi DAP di bawah kepimpinan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
"Justeru, saya menggesa agar DAP mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap beliau bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.
"Dalam keadaan isu ini sedang sensitif, janganlah ditambah garam ke atas luka," katanya.
Tambahnya, sebagai pemimpin senior, Pua sepatutnya membaca situasi dengan lebih baik serta memahami sensitiviti masyarakat dan institusi negara.
Meskipun Sultan Sharafuddin tidak menyatakan dengan jelas kenapa saranan menghayati Rukun Negara itu ditujukan kepada Wong dan Liu, ia dipercayai susulan kontroversi penternakan babi di negeri itu.
Bulan lalu, semasa perbahasan titah diraja di Dewan Undangan Negeri Selangor, Wong menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan sistem penternakan babi moden dan menyatakan bahawa isu itu menyentuh hak kesaksamaan bawah Perlembagaan Persekutuan.
Sementara Liu pulau mempersoalkan mengapa pemimpin kanan DAP tidak menghadap Sultan Selangor, berunding dengan menteri besar, atau membangkitkan perkara itu di peringkat persekutuan.
Liu, yang keluar daripada DAP pada 2023, berkata isu tersebut melangkaui politik kerana ia memberi kesan kepada penternak lama, rantaian bekalan, harga, serta keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Kenyataan itu bagaimanapun dilihat oleh pihak tertentu sebagai tidak menghormati istana yang berpendirian Selangor tidak sepatutnya menternak, tetapi mengimport babi, susulan kebimbangan terhadap kebimbangan kesan alam sekitar dan faktor kesihatan.
SOROK SOROK MAKLUMAT - KLIM MENANG
TERAM GELAPKAN
MAKLUMAT INI
DARI DIKETAHUI
RAKYAT AMERIKA
AMIN
SENANG TERAM
KLIM AMERIKA
DAH MENANG
KAH KAH KAH
KHALAS
Laporan AS: 42 pesawat tentera musnah, rosak dalam perang Iran
NEW DELHI: Satu laporan oleh Perkhidmatan Penyelidikan Kongres (CRS) memperincikan kerugian dan kerosakan besar melibatkan pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) semasa operasi ketenteraan terhadap Iran di bawah Operasi Epic Fury (OEF) bermula 28 Februari lalu.
Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya 42 pesawat pejuang, pesawat pengawasan, pesawat pengisi minyak, helikopter dan dron telah musnah atau rosak sepanjang konflik tersebut.
Nilai kerugian dianggarkan mencecah berbilion dolar.
Antara aset yang dilaporkan terjejas termasuk dron MQ-9 Reaper, jet pejuang F-15E Strike Eagle, pesawat F-35A Lightning II, pesawat pengawasan E-3 Sentry, serta beberapa pesawat tangki KC-135.
Laporan itu menyatakan jumlah sebenar mungkin berubah kerana isu klasifikasi, operasi ketenteraan yang masih berjalan serta pertikaian mengenai pengesahan insiden.
Perang AS-Israel terhadap Iran melibatkan pertempuran udara, peluru berpandu dan maritim di seluruh Asia Barat sebelum gencatan senjata pada April mengurangkan intensiti operasi.
Dalam satu pendengaran awam pada 12 Mei, Pemangku Ketua Akauntan Pentagon, Jules W Hurst III, berkata kos operasi dianggarkan meningkat kepada AS$29 bilion, dengan sebahagian besar peningkatan itu berkaitan pembaikan atau penggantian peralatan ketenteraan.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, membalas laporan itu dengan memberi amaran bahawa sebarang perang baharu akan "mengandungi lebih banyak kejutan".
Beliau turut mendakwa Iran menjadi negara pertama menembak jatuh jet pejuang F-35, dan berkata laporan CRS itu menunjukkan bahawa "Kongres AS mengakui kehilangan berpuluh-puluh pesawat bernilai berbilion dolar".
Amaran Araghchi itu muncul ketika Presiden Donald Trump mempertimbangkan serangan baharu ke atas Iran berikutan rundingan yang menemui jalan buntu mengenai bahan nuklear dan pembukaan Selat Hormuz.
Trump pada Selasa berkata, beliau boleh mengarahkan serangan baharu hujung minggu ini, selepas menangguhkan serangan yang dirancang atas permintaan pemimpin Teluk.
Senarai kerugian pesawat yang dilaporkan
Pesawat musnah:
24 dron MQ-9 Reaper dilaporkan hilang dalam operasi terhadap Iran.
4 jet pejuang F-15E Strike Eagle, termasuk 3 akibat "friendly fire" ke atas Kuwait dan 1 ditembak jatuh di Iran.
2 pesawat MC-130J Commando II dimusnahkan di darat di Iran semasa operasi menyelamat.
1 pesawat serangan A-10 Thunderbolt II musnah akibat terkena tembakan musuh.
1 pesawat pengisi bahan api KC-135 Stratotanker terhempas selepas insiden udara di Iraq.
1 dron MQ-4C Triton terhempas dalam insiden yang disifatkan sebagai kemalangan.
Pesawat rosak:
6 pesawat pengisi bahan api KC-135 Stratotanker, termasuk 5 rosak akibat serangan peluru berpandu dan dron Iran di Pangkalan Udara Prince Sultan.
1 pesawat amaran awal E-3 Sentry AWACS rosak dalam serangan sama di Arab Saudi.
1 jet pejuang F-35A Lightning II dilaporkan rosak akibat tembakan darat Iran.
1 helikopter penyelamat HH-60W Jolly Green II rosak akibat tembakan senjata ringan semasa operasi di Iran. - Agensi/TimesNow







