Sabtu, 23 Mei 2026
KLIM BOMOH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
AMIN
BETUL YANG
JEJAS PARTI INI
ADA YANG KLIM
DOKTOR TAPI
BUKAN DOKTOR
AMIN
TIPU RAKYAT
MACAM INI AKAN
PASTI JEJAS PARTI
KHALAS
Bekas pemimpin, ahli keluar PKR tak jejas fokus parti - Dr Mohammed Taufiq
ALOR SETAR: Tindakan segelintir bekas pemimpin dan ahli PKR, termasuk pada peringkat sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengumumkan keluar parti, tidak akan menjejaskan fokus PKR.
Naib Ketua AMK, Dr Mohammed Taufiq Johari, ketika menegaskan perkara itu berkata PKR perlu kekal melihat ke hadapan dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti demi kepentingan rakyat serta negara.
"PKR sentiasa melihat ke hadapan. Setiap individu mempunyai hak masing-masing tetapi yang penting, itu tidak memberi kesan besar terhadap parti.
"Parti kita adalah parti masa depan. Kita mahu terus maju dan mara. Kita terus memperkuatkan parti pada peringkat akar umbi, termasuk ranting dan aktivis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kedah, di sini, malam tad
KAMI MAHU AMAN HARMONI
KAMI MAHU
AMAN HARMONI
KAMI TOLAK
KEBENCIAN
AMIN
KAMI SAYANG
YUSOF RWATHER
KAMI NAK CIUM
YUSOF RAWTHER
AMIN
KAMI NAK JILAT
LEHER YUSOF
RAWTHER
AMIN
KAMI NAK ISAP
DAN MINUM
AIR HARMONI
YUSOF RAWTHER
KHALAS
Sudah tiba masa rakyat tolak kebencian – PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Anwar bin Ibrahim menyeru rakyat Malaysia supaya menolak politik kebencian dan perpecahan demi memastikan negara terus aman, maju serta dihormati dunia.
Beliau berkata, sudah tiba masanya golongan majoriti yang cintakan keamanan dan keharmonian tampil bersuara mempertahankan nilai kemanusiaan, kasih sayang serta perpaduan antara kaum dan agama.
Menurutnya, Malaysia sejak awal penubuhannya dibina atas asas kepelbagaian kaum dan agama, justeru prinsip saling menghormati perlu terus diperkukuhkan dalam kerangka Malaysia Madani.
“Cukuplah politik kebencian dan perpecahan. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menentukan arah negara ini dengan hati nurani, kasih sayang dan semangat hormat sesama manusia,” katanya.
APA JADI DENGAN PKR ?
PEMIMPIN PKR
DI SABAH PULAK
CABUT LARI
KAH KAH KAH
WOIT
PKR KINI JADI
PARTI
KELUAR RAMAI
KAH KAH KAH
KHALAS
Naib Pengerusi MPN PKR Sabah umum letak semua jawatan, keluar parti
KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Mohd Amin Abdul Mem, mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam parti itu dan keluar PKR selepas kira-kira 27 tahun bersama perjuangan reformasi.
Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Semporna berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai perkembangan semasa parti yang didakwanya sudah berubah daripada prinsip asal perjuangan reformasi.
Mohd Amin memaklumkan pembabitannya dalam politik bermula sejak awal 1990-an ketika menjadi tenaga penggerak jemputan di Biro Tatanegara (BTN), selain pernah menjadi pelajar di Yayasan Anda Akademik (YAA) yang diasaskan Anwar bin Ibrahim.
"Idealisme reformasi yang dibawa Anwar bin Ibrahim memberi inspirasi kepada saya untuk mendalami perjuangan politik berteraskan nilai kemanusiaan dan perubahan sistem.
"Peristiwa penangkapan Anwar bin Ibrahim pada 1998 menjadi titik tolak untuk saya meninggalkan kerjaya sebagai guru dan terbabit sepenuh masa dalam politik bersama PKR.
"Berdemonstrasi, bertanding pilihan raya, memimpin cabang hingga penggal keempat kini, menjadi Naib Pengerusi MPN, dan menjaga Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) memberikan saya pengalaman memahami situasi sebenar perjuangan parti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Namun, Mohd Amin mendakwa bahawa PKR kini mengalami perubahan pendekatan susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan, selain menyifatkan budaya kompromi dan 'politiking' semakin ketara dalam parti.
"Pandangan saya ialah PKR hari ini berubah rentak sedikit. Daripada yang dahulunya berani, tegas, jujur dan berprinsip, kini kepada kompromi, 'politiking' serta memilih.
"Ini berlaku kerana strategi telah diubah atas faktor perkongsian kuasa dalam kerajaan semasa, Kerajaan Perpaduan.
"Lebih sukar apabila watak-watak pimpinan di luar rantaian reformasi sudah hampir mendominasi parti," katanya.
Pada masa sama, Mohd Amin turut mengaitkan perkembangan itu dengan keputusan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan beberapa pemimpin lain meninggalkan parti itu untuk meneruskan perjuangan melalui Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) yang kini diambil alih.
"Kewujudan BERSAMA bawah pengaruh Rafizi serta kumpulannya adalah kesinambungan idealisme besar perjuangan reformasi dengan pendekatan dan versi yang baharu, serta tanpa kompromi, 'politiking' dan memilih.
"Walaupun pandangan ini terlalu awal dilontarkan berbanding usia BERSAMA yang hanya 'semalam', biarlah ia menjadi antara beberapa garapan harapan terpendam untuk didengar oleh Rafizi bersama rakan-rakannya bergerak ke hadapan. Selamat maju jaya parti BERSAMA," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amin memaklumkan kegagalan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu masih meninggalkan 'luka' dalam kalangan akar umbi, selain mendakwa tiada sesiapa yang jelas memikul tanggungjawab kekalahan itu.
"Kegagalan PKR pada PRN Sabah lalu menyimpan banyak luka. Hingga hari ini, tiada pertanggungjawaban selain tumpah salahnya ke cabang-cabang.
"Keyakinan saya ialah PKR sudah berada pada tahap maksimum dalam usaha meletakkan reformasi di persadanya.
"Anwar bin Ibrahim sudah dikelilingi oleh lapisan-lapisan yang cuba menutup ruang tuntutan reformasi sebenar, sementara kebanyakan kita hanya mampu melihat, menerima dan mengulas di balik pintu.
"Mungkin ini yang dimaksudkan Rafizi, kitaran politik setiap 30 tahun," katanya.
Mohd Amin turut menzahirkan penghargaan atas pengalaman sepanjang bersama PKR, selain berterima kasih kepada pimpinan serta rakan seperjuangan yang banyak membimbingnya sepanjang berada dalam hierarki kepimpinan parti.
"Walau apapun posisi, jadilah kita sebahagian daripada mereka yang tidak pernah penat berjuang kerana generasi dan negara ini memerlukan kita," katanya.
SEMUA JADI MENTAL
SEMUA JADI
MENTAL
AMIN
DI BODOHKAN
JADI PAK TURUT
KHALAS
Gangguan mental punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia - Kajian
SYDNEY: Gangguan mental telah menjadi punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia - mengatasi kanser dan penyakit kardiovaskular - menurut satu kenyataan daripada Universiti Queensland (UQ) Australia, semalam, lapor Xinhua.
Hasil kajian diketuai UQ, Pusat Penyelidikan Kesihatan Mental Queensland dan Universiti Washington di Amerika Syarikat (AS) itu mendapati hampir 1.2 bilion orang di seluruh dunia menghidap gangguan mental pada 2023, hampir dua kali ganda daripada jumlah dicatatkan pada 1990.
"Beban gangguan mental memuncak dalam kalangan belia berumur 15 hingga 19 tahun, dengan wanita mempunyai kadar lebih tinggi daripada lelaki," kata Profesor Madya Damian Santomauro dari Pusat Kesihatan Awam UQ.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam The Lancet itu mengkaji beban kesihatan 12 keadaan.
Ia termasuk kebimbangan, kemurungan, gangguan bipolar, skizofrenia, autisme, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, serta gangguan pemakanan, dengan menjejaki trend global dari 1990 hingga 2023.
Pengkaji menggunakan metrik tahun hayat pelarasan ketidakupayaan (DALY) untuk menganalisis beban gangguan mental, dengan satu DALY mewakili satu tahun kehilangan kehidupan sihat.
Gangguan mental menduduki tangga kelima senarai penyebab utama DALY pada 2023, naik daripada tangga ke-12 pada 1990.
Perkembangan berkenaan sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan dalam gangguan kebimbangan dan kemurungan teruk, menurut kajian itu.
Penyelidik mengaitkan trend itu dengan gabungan pelbagai faktor, termasuk penganiayaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, genetik, peningkatan ketidaksamaan, perubahan iklim, wabak serta konflik, di samping kualiti dan ketersediaan data.
CUKONG MANIPULASI POLITIK NEGARA
BUKAN SALAHKAN
APEK CHINA
AMOI & NYOYA
MEREKA
SEMUA BAIK
AMIN
YANG JAHAT
DAN GANAS
CUKONG KAYA
MANIPULASI
POLITIK NEGARA
KHALAS
Unknown commented on
"CUKONG NAK REMBAT IJM - HARTA NEGARA"
Blame Cina lagi ke? Change the channel bro 😎
TEPAT DAN BETUL
TEPAT DAN
BETUL
AMIN
Unknown commented on
"URANIUM UNTUK MASA DEPAN IRAN"
yang kita nampak israel vs palestin.. tapi kalau tengok betul2 sebenarnya amerika israel arab saudi uae qatar oman kuwait bahrain vs iran lubnan (hizbullah) iraq (PMF) gaza (hamas) yaman (houthi).. 😔
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SABTU 23 MEI 2026
PERANG HARI KE 86
PAKISTAN
Wakil Pakistan dah pergi ke Tehran untuk berbincang untuk buat RUNDINGAN DAMAI.
Teram makin kelam kabut. Tekanan sampai untuk tamatkan perang. Kini Teram macam dalam suasana HOTEL CARLIFORNIA – you can check ini but no check out – kah kah kah.
MENTERI KDN TERAM minah bernama Tulsi Gabbard letak jawatan. Tak sanggup lagi kerja dengan Teram.
PARTI KELUARGA RAMANAN
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah
Kenapa Nurul TIDAK HADIR DI JB ketIka KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN ? jeng jeng jeng.
Di lapor hampir 11 ribu dah mendaftar dalam BESAMA – majoriti lari dari PKR – kah kah kah.
PN dan BERSATU
Muhyiddin aka MALIKUL SEMBAB terus buat perangai – di belakang ialah Azmin – malaon dua ekor ini buat kerja politik macam ikut suruhan Anwar bin Ibrahim.
Maka PN akan buat keputusan - terajang atau terajang Malikul ini.
NAJIB BIN RAZAK BEBAS ?
Khabar angin kata Najib bin Razak akan bebas. Khabar angin kata tak jadi. Khabar angin kata LEPAS PRU16 – jeng jeng jeng.
KES IMDB belum selesai – apakah nanti akan masuk penjara sekali lagi ?
BILA ROSMAH NAK DI MASUKAKN KE DALAM JIL ? Rakyat dah lama tunggu !!!! Amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah bersinar indah. KL & KL Sentral berkabus dan berjerebu.
Langit biru – TAPI PAGI INI KITA DI RACUN LAGI – LANGIT atas Le Chateau nampak taburan racun telah berjalan – ini projek NAK BODOHKAN KITA SEMUA untuk senang di kawal macam lembu.
Wow – di pintu masuk Cengkerik bersimponi kuat dari belukar tepi pagar.
Gua sampai ke Wakaf Pertama – semua menunggu – Tiong Laki Bini pun ada. Ramai datang makan. Gua gumbira.
Ha ha suara Pipit makin ramai di dengar dalam sawah rumput yang makin tinggi.
Pagi ini tak ada sapa ikut gua berjalan KE WAKAF TIGA – Tak Tak pun tak ikut – ramai tunggu di Wakaf Pertama – gua nampak Puppy Hitam – gua cuba beri makan – dia lari – Friskies yang dah gua tabur di makan oleh yang lain.
SAKEJAP lagi gua nak ke Chow Kit - rutin mingguan.
Hari ini pasti akan panas. Bagus untuk berpeluh bila angkat barang. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU
Anak harimau mudik di gurun
Baling besen besi berani
Mari berdemo mari turun
Guling kerajaan guling Madani
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI








