Selasa, 26 Mei 2026
NURUL - BUKAN ISU POLITIK
INI BUKAN
ISU POLITIK
AMIN
NURUL BARU
KAWIN
KAH KAH KAH
FAHAM FAHAM
BERBULAN MADU
BELUM HABIS
AMIN
Amiruddin ganti Nurul Izzah sebagai pengarah pilihan raya PKR
PKR melantik Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sebagai pengarah pilihan raya bersama menggantikan Nurul Izzah Anwar.
Amirudin akan berganding bahu dengan Saifuddin Nasution Ismail yang dikekalkan jawatan.
“Dalam fasa seterusnya, Saudari Nurul Izzah Anwar akan terus memainkan peranan strategik dengan memberikan tumpuan khusus kepada pembangunan kapasiti jentera dan gerak kerja parti ke arah yang lebih kukuh dan tersusun.
“Tumpuan ini merupakan sebahagian daripada pelaburan parti terhadap setiap anggota akar umbi, supaya kekuatan PRK terus dibina secara menyeluruh, berterusan dan berakar di semua peringkat, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fuziah mengumumkan keputusan itu setelah Biro Politik PKR yang bermesyuarat semalam bersetuju dengan “penyusunan strategik” bagi memperkukuh kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya akan datang.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Fuziah turut mengumumkan pelantikan setiausaha politik perdana menteri Azman Abidin sebagai pengarah bilik gerakan utama pilihan raya atau lebih dikenali sebagai war room.
Fuziah juga mengumumkan keanggotaan baru parti itu pada April dan Mei sebagai 5,936 orang.
LEPAS JULAI APA AKAN JADI
LEPAS JULAI
MINYAK ABIS
APA AKAN JADI?
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
AMIN
MANA TAHU
KENA CERET BERET
NAK UMUM DARURAT
KAH KAH KAH
KHALAS
Bekalan minyak negara cukup hingga Julai – PM
PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Anwar bin Ibrahim memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara masih mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Julai depan meskipun pasaran tenaga global terus berdepan ketidaktentuan susulan konflik geopolitik.
Menurut beliau, hubungan baik Malaysia dengan Iran membantu melancarkan laluan perdagangan di Selat Hormuz sekali gus memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil ketika beberapa negara lain mula berdepan gangguan bekalan.
URANIUM UNTUK MASA DEPAN IRAN
PEMIMPIN BARU
LEBIH TEGAS
ANTI ZIONIS
LEBIH BERANI
LAWAN AMERIKA
AMIN
TIDAK AKAN
BERKOMPROMI
AMIN
AKAN
JAGA URANIUM
UNTUK
MASA DEPAN
KHALAS
Pemimpin Tertinggi Iran beroperasi dari lokasi rahsia susulan kebimbangan terhadap sasaran serangan
DUBAI: Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, kini dipercayai beroperasi dari lokasi rahsia dengan akses terhad kepada dunia luar, sambil bergantung kepada rangkaian kurier untuk menyampaikan mesej ketika kepimpinan negara itu bimbang terhadap kemungkinan serangan sasaran lanjut,
Ia menurut laporan eksklusif CBS News yang memetik pegawai Amerika Syarikat (AS) yang mengetahui risikan berkenaan.
Laporan itu mendakwa, masalah komunikasi dalam kepimpinan Iran menjadi halangan besar dalam rundingan dengan pentadbiran Donald Trump, apabila pegawai Iran yang diberi kuasa berunding dengan Washington turut menghadapi kesukaran berhubung sesama sendiri.
Pegawai AS memberitahu CBS bahawa apabila cadangan dihantar ke Tehran, terdapat kelewatan ketara sebelum jawapan diterima kerana mesej perlu melalui orang tengah terlebih dahulu sebelum sampai kepada pemimpin tertinggi Iran itu.
Menurut CBS, kepemimpinan Iran mengambil langkah keselamatan ekstrem susulan serangan AS dan Israel dalam Operasi Epic Fury, yang menurut pegawai risikan membolehkan beberapa tokoh kanan Iran dikenal pasti dan dibunuh.
Kebanyakan pegawai tertinggi kini dikatakan tinggal berminggu-minggu di dalam kubu bawah tanah mengelakkan hubungan langsung dan mengehadkan komunikasi kecuali jika benar-benar perlu.
Laporan itu turut menyebut bahawa pegawai kanan Iran sendiri tidak mengetahui lokasi sebenar pemimpin tertinggi mereka atau tidak mempunyai saluran komunikasi langsung dengannya.
Mesej disampaikan melalui kurier dipercayai yang digunakan khusus untuk menyembunyikan lokasi beliau, manakala Khamenei dilaporkan hanya memberikan panduan umum mengenai perkara yang boleh dirunding dan isu yang tidak boleh disentuh.
Khamenei, yang menggantikan bapanya, Ali Khamenei, yang terbunuh, tidak pernah muncul di khalayak sejak sebelum perang bermula. - ArabNews
DR BURHANUDDIN PEMIKIR HEBAT
DR BURHANUDDIN
PEMIKIR MELAYU
YANG HEBAT
KHALAS
Unknown commented on
"IKUTI ZEN DAN STOIC"
baru tahu dr burhanuddin al hilmy adalah yang terawal kecam atau mungkin paling awal tokoh di tanah melayu yang membongkar rancangan sulit konspirasi British nak serah tanah palestin kepada golongan imigran Yahudi Zionis.
pergh.. sejak 1937 lagi awal dari gerakan di indonesia.. lagi awal dari umno.
ini tokoh besar.. patut diangkat menjadi tokoh besar utama di tanah melayu.
terima kasih aphd.
FAHMI FADIL SILA HARAMKAN AL-JAZEERA
APA NAK HAIRAN
PAUL WOLFOWITZ
ZIONIS TEGAR
KAWAN BAIK
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
39 AIRPORT
MALAYSIA KINI
DI MILIKI OLEH
SYARIKAT ZIONIS
BLACKROCK
AMIN
FAHMI FADIL
WAJIB HARAMKAN
ALJAZEERA
AMIN
NANTI
LAGI BANYAK
MAKLUMAT AJEN
ZIONIS DIMALAYSIA
KELUAR
KHALAS
Malaysia antara 51 negara terlibat dalam rantaian bekalan ketenteraan Israel, menurut siasatan Al Jazeera
Malaysia dinamakan antara 51 negara yang barangannya termasuk dalam rantaian bekalan ketenteraan kepada Israel sejak awal 2024, sekali gus melanggar amaran Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya semua negara mematuhi piagam konvensyen mencegah genosid, jenayah yang menyebabkan lebih 70,000 rakyat Palestin terkorban sejak 2022.
Pendedahan tersebut merupakan hasil siasatan saluran berita Qatar, Al Jazeera, yang menganalisis rekod kastam dan data rasmi cukai import Israel antara 2022 dan 2025, iaitu tempoh di mana rejim Zionis menjalankan kempen pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat dalam sejarah moden sehingga mengakibatkan kemusnahan bandar dan kehilangan tempat tinggal yang menjejaskan kehidupan berjuta-juta rakyat Palestin.
Siasatan itu mengesan rantaian bekalan ketenteraan yang melibatkan negara-negara yang menandatangani Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid 1948, yang turut melibatkan negara yang tidak menjalinkan hubungan dengan Israel atau mengiktiraf negara Zionis itu, serta negara yang mengumumkan sekatan jualan senjata.
Walaupun jumlah melibatkan Malaysia hanya mewakili bahagian sangat kecil daripada barangan import bernilai lebih AS$885 juta berupa peluru, bahan letupan, alat ganti senjata dan komponen kenderaan berperisai untuk Israel antara Oktober 2023 dan Oktober 2025, ia menimbulkan persoalan sama ada terdapat kekurangan usaha serius untuk menyekat perdagangan langsung atau tidak langsung dengan Israel.
Ia juga mencetuskan kebimbangan mengenai kewujudan syarikat tempatan yang terlibat dalam urusan perniagaan sedemikian.
Semakan Al Jazeera dengan data Lembaga Cukai Israel (ITA) mendapati 91% daripada jualan kepada Israel berlaku selepas penemuan ICJ pada Januari 2024 bahawa ada bukti jenayah genosid berlaku di Gaza, disusuli amaran kepada 153 negara yang menandatangani konvensyen genosid mengenai tanggungjawab mereka.
Seperti dijangkakan, Amerika Syarikat menduduki tempat pertama dalam senarai itu, dengan nilai jualan kepada Israel kira-kira AS$370 juta.
Ia diikuti India, yang membekalkan 26% daripada jumlah import barangan ketenteraan Israel, disusuli Romania (8%), Taiwan (4%) dan Republik Czech (3%).
Sementara itu, Singapura, sekutu kuat Israel di Asia Tenggara - yang kebelakangan ini mendapat perhatian ahli politik Malaysia susulan beberapa kenyataan mengenai serangan AS-Israel terhadap Iran - telah membekalkan barangan berkait ketenteraan kepada Israel berjumlah AS$5.6 juta. Sebanyak 88% daripada transaksi direkodkan selepas keputusan ICJ, menurut Al Jazeera yang memetik data pihak berkuasa cukai Israel.
Dalam kes Malaysia, hanya AS$326 import direkodkan pada Ogos 2024, menurut laporan itu.
Jumlah tersebut sangat kecil, namun tidak jelas bentuk barangan yang terlibat dan bagaimana ia dibekalkan.
Ini bukan kali pertama Malaysia berdepan dakwaan menjalankan aktiviti perdagangan dengan Israel, di sebalik dasar kerajaan selama beberapa dekad untuk tidak mengiktiraf negara Zionis itu.
Pendedahan terkini ini mengimbau kembali bantahan kumpulan pro-Palestin di Malaysia pada September 2024, atas dakwaan sebuah syarikat tempatan terlibat dalam penghantaran lapan kontena bahan letupan ke Israel.
Pada 13 September 2024, sayap tempatan gerakan anti-Israel Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) membuat laporan polis terhadap United O7 Asia Sdn Bhd, dengan mendakwa beberapa kontena yang membawa bahan letupan dimuat naik di atas kapal kargo MV Kathrin, yang berlayar dari Vietnam ke Singapura sebelum berlabuh di Slovenia dan seterusnya melakukan perjalanan darat ke Israel.
Sebuah syarikat Denmark yang merupakan rakan kongsi United O7 Asia Sdn Bhd menafikan dakwaan tersebut. Bagaimanapun, status laporan polis itu masih belum diketahui.
Menurut BDS, terdapat lapan kontena bahan letupan RDX yang dijadualkan berlepas di sebuah pelabuhan di Laut Adriatik dan kemudian dihantar melalui cara lain ke destinasi terakhir di Israel, di mana ia akan diproses untuk pembuatan bom dan peluru berpandu.
BDS turut menegaskan ia mempunyai dokumentasi untuk membuktikan dakwaannya.
MalaysiaNow sedang cuba menghubungi pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan maklum balas mengenai pendedahan Al Jazeera.
Sebelum ini, sebarang dakwaan mengenai kewujudan apa-apa bentuk hubungan antara Malaysia dan Israel mengundang kemarahan awam.
Bantahan orang ramai berlaku ketika Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim memberi lampu hijau kepada sebuah syarikat milik BlackRock untuk menyertai konsortium mengambil alih Malaysia Airports (MAHB), firma milik kerajaan yang menguruskan lapangan terbang di seluruh negara.
Keputusan itu dibuat walaupun BlackRock berdepan dakwaan ia terpalit dengan jenayah perang Israel.
Pada Jun 2024, sekumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menamakan BlackRock antara puluhan entiti, pengeluar senjata dan institusi kewangan yang bertanggungjawab kerana terlibat dalam jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai.
Terdahulu, pada Mei 2024, kerajaan Anwar bin Ibrahim dituduh hipokrit dalam menunjukkan pendirian pro-Palestin selepas syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel dibenarkan mengambil bahagian dalam sebuah pameran pertahanan di Kuala Lumpur.
TEATER HAPUSKAN ORANG HITAM
TEATER EBOLA
DIPENTASKAN
DI ITALI
AMIN
DI CONGO TEATER
MASIH BERJALAN
KAH KAH KAH
KHALAS
Dua disyaki dijangkiti Ebola di Itali selepas pulang dari Uganda
ISTANBUL: Dua individu disyaki dijangkiti Ebola di Milan, utara Itali, lapor Anadolu Ajansi memetik akhbar harian Itali Corriere della Sera pada Isnin.
Individu terbabit seorang lelaki dan seorang wanita yang berasal dari Como, dilaporkan baru pulang dari Uganda, tempat mereka berkhidmat sebagai pekerja bantuan selama tiga bulan.
Mereka dilaporkan mengalami simptom termasuk demam panas, muntah, cirit-birit dan loya.
Lelaki itu dikatakan mengalami masalah usus, manakala wanita berkenaan mengalami simptom neurologi, menurut laporan itu.
Penyakit Ebola disebabkan oleh virus daripada genus Orthoebolavirus.
Kes disyaki itu berlaku ketika kebimbangan meningkat berhubung wabak Ebola di beberapa bahagian Afrika, dengan pihak berkuasa kesihatan memantau potensi risiko rentas sempadan.
Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan memberi amaran bahawa wabak itu terus merebak di beberapa bahagian Afrika, dengan negara jiran turut terjejas.
Pada 17 Mei, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak Ebola yang menjejaskan Republik Demokratik Congo dan Uganda sebagai kecemasan kesihatan global.
WHO turut memberi amaran bahawa walaupun risiko penularan global masih rendah, situasi itu sedang dipantau rapi susulan jumlah kes, jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan dan wabak di kawasan bandar.
Terdahulu pada Isnin, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa wabak Ebola di Congo "amat serius dan sukar" untuk dikendalikan, sambil menambah bahawa epidemik itu kini merebak lebih pantas berbanding operasi tindak balas.
Sepuluh negara lain termasuk Rwanda, Kenya, Tanzania, Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Republik Congo, Ethiopia, Sudan Selatan dan Zambia berdepan risiko wabak Ebola, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC)
BUKAN SEMUA CUKONG CHINA JAHAT
BUKAN SEMUA
CUKONG JAHAT
AMIN
CUKONG CHINA
YANG BAIK
IALAH CUKONG
CHINA YANG
DAH MATI
KHALAS
Unknown commented on
"IKUTI ZEN DAN STOIC"
Jiwa yang damai masih salahkan Cina tak?
Tanya aje..
Unknown commented on
"HORMAT HAK ASASI"
inj semua cerekarama.
blame cina and move on.
Unknown commented on
"PUNCA TELAH DI TEMUI"
ini semua sandiwara semasa.
blame cina and move on.
BUDAYA YANG BAIK KITA IKUT
IKUT SEMUA
YANG BAIK
DARI
SEMUA BUDAYA
AMIN
TOLAK YANG
TAK ELOK DARI
SEMUA BUDAYA
TERMASUK
BUDAYA SENDIRI
KHALAS
Unknown commented on
"PKR DI SHAH ALAM DI BUBAR"
Mahathir Mohamad dah lama kata, ikut cara ikut budaya Jepun ikut cara budaya Korea, dia sudah melihat jauh ke depan, kalau ikut perangai asabiyah kalau ikut perangai Tok Arab mesti lingkup, mesti berpecah-belah, runtuh roboh hidup tidak aman sentosa, dah kata,
tetapi orang-orang kita semua mahu jadi Tok Arab, mahu jubah mahu kopiah mahu bini ramai macam Tok Arab, Tok Arab ada minyak kita ada apa? Harap brim? Harap bantuan untuk kahwin ramai? Mesti masuk politik atau agama untuk cari kekayaan sama kah kah kah kah mampus awal woi








