Rabu, 17 Jun 2026
ISTERI ROSMAH ATILLA THE HUN
ISTERI ROSMAH
LEBIH GANAS
DARI RAJA MONGOL
ATTILA THE HUN
JENE JENG JENG
ATILA INI IALAH
NENEK MOYANG
ALTANTUYA
KEMUT KETAT
JUGA
DARI MONGOL
AMIN
KHALAS
Skala penyelewengan 1MDB Najib jadikan 'Attila The Hun' seperti budak koir - Hakim
Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan Datuk Seri Najib Razak begitu besar sehingga menjadikan ‘Attila the Hun’ kelihatan seperti budak koir jika dibandingkan dengannya, menurut Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Hakim Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, membuat pemerhatian itu dalam penghakiman bertulis setebal 810 muka surat yang dikeluarkan hari ini.
Beliau menggambarkan skandal kewangan yang membawa kepada pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu sebagai antara episod kleptokrasi terbesar di dunia, sebagaimana yang disifatkan media tempatan dan antarabangsa.
"Skala penjarahan yang berlaku (dari sudut kewangan, sudah tentu) menjadikan Attila the Hun kelihatan seperti budak koir jika dibandingkan dengannya," katanya.
Attila the Hun ialah pemerintah yang digeruni dalam Empayar Hun pada abad kelima dan terkenal kerana mengetuai kempen ketenteraan yang memusnahkan pelbagai wilayah di Eropah. Beliau dikenali kerana sifat kejam, kemusnahan yang ditinggalkan serta kegiatan merampas harta, sehingga digelar "The Scourge of God" (Bala Tuhan).
Kempen ketenteraannya mencetuskan ketakutan meluas dan menyebabkan kemusnahan besar terhadap bandar serta wilayah di bawah pemerintahan Rom.
Pada 26 Dis 2025, Hakim Sequerah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda keseluruhan RM11.4 bilion terhadap Najib, 72, selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana berjumlah RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.
Hampir enam bulan kemudian, dalam alasan penghakiman penuh yang dinanti-nantikan, hakim itu berkata perbicaraan yang bermula pada Ogos 2019 mengambil masa kira-kira enam tahun untuk diselesaikan dan berkemungkinan melepasi tempoh mana-mana perbicaraan lain dalam sejarah mahkamah di Malaysia.
Beliau menyifatkan perkara itu sebagai rekod yang tidak diingini oleh mana-mana mahkamah.
Hakim itu turut menyatakan bahawa tempoh perbicaraan yang panjang mencerminkan kerumitan kes berkenaan, yang melibatkan sejumlah besar dokumen, ramai saksi serta pelbagai dakwaan yang saling berkaitan dalam skandal kewangan terbesar negara.
Sequerah berkata Najib adalah dalang di sebalik penyelewengan dana RM2.3 bilion melalui tipu daya dan penipuan yang dilakukan proksinya, iaitu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Beliau berkata Najib berganding bahu dengan Jho Low secara berhati-hati dengan membentuk satu rangkaian penipuan yang kompleks dan terancang membabitkan pelbagai transaksi kewangan.
Menurutnya rangkaian itu akhirnya membawa kepada pengaliran dana 1MDB dan melalui beberapa lapisan transaksi, wang berkenaan berakhir dalam akaun bank peribadi tertuduh.
“Bukti jelas menunjukkan ini bukan kebetulan, sebaliknya menggambarkan hubungan di mana Jho Low bertindak sebagai proksi atau ejen kepada tertuduh dalam pengurusan hal ehwal 1MDB.
“Percubaan tertuduh untuk menjauhkan diri daripada Jho Low adalah tidak berasas apabila mengambil kira bukti kukuh yang dikemukakan saksi pendakwaan,” katanya.
Beliau berkata bukti turut menunjukkan Jho Low terbabit secara aktif dalam urusan 1MDB dengan keizinan jelas daripada tertuduh.
“Keseluruhan bukti, apabila dinilai secara menyeluruh, membentuk pola yang konsisten dan membawa kepada kesimpulan bahawa tertuduh telah mengambil pelbagai tindakan, termasuk yang drastik, berkaitan 1MDB yang sememangnya mempunyai kepentingan baginya,” katanya.
Mahkamah turut mendapati tiada laporan dibuat terhadap Jho Low berhubung salah laku berkenaan dan kegagalan itu dianggap sebagai satu bentuk pengesahan atau pengabaian oleh tertuduh ketika memegang jawatan penting, termasuk Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
“Tertuduh bukan sahaja mempunyai latar belakang keluarga dan politik yang cemerlang, malah memiliki kecerdasan tinggi berdasarkan latar belakang akademiknya serta pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran.
“Sebarang percubaan untuk menggambarkan tertuduh sebagai seorang yang jahil dan langsung tidak menyedari salah laku yang berlaku di sekelilingnya mestilah gagal sama sekali,” katanya.
Menurut Sequerah, dakwaan pembelaan bahawa Najib diperdaya dan ditipu oleh pengurusan 1MDB serta Jho Low didapati tidak mempunyai merit.
Hakim turut menegaskan bahawa apabila skandal itu mula terbongkar, tertuduh didakwa mengambil langkah untuk menutup dan menyembunyikan kesalahan, termasuk membubarkan pasukan petugas siasatan serta cuba memujuk Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ketika itu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya mengeluarkan kenyataan bagi membersihkan beliau daripada salah laku.
Dalam penghakiman itu, beliau berkata tertuduh tidak menunjukkan sebarang penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan, sebaliknya menyalahkan pihak lain, termasuk pengurusan 1MDB.
“Faktor ketiadaan rasa insaf ini amat relevan dalam pertimbangan hukuman,” katanya.
Berhubung dakwaan sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi, Sequerah berkata Najib gagal mengemukakan sebarang bukti komunikasi secara langsung dengan individu yang didakwa sebagai penderma Arab terbabit, namun beliau tetap menggunakan wang berkenaan walaupun menyedari wujud keraguan mengenai sumber dana itu.
Malah, katanya Najib turut mengakui bahawa empat surat berkaitan "sumbangan" berkenaan tidak diterima secara langsung daripada penderma yang didakwa itu serta tidak pernah berusaha mengesahkan ketulenan surat berkenaan atau memastikan kewujudan penderma terbabit.
"Akhir sekali, tertuduh turut mengakui bahawa perkara berkaitan sumbangan Arab itu tidak pernah didedahkan secara rasmi kepada Kabinet dalam apa juga bentuk," katanya.
Beliau berkata keseluruhan keadaan kes membawa kepada kesimpulan yang tidak dapat dielakkan bahawa wang berkenaan sebenarnya berpunca daripada usaha sama antara 1MDB dengan PetroSaudi International.
Mengulas hujahan pihak pembelaan bahawa tiada hubungan langsung antara tindakan Najib dengan habuan yang diterimanya serta dana itu datang daripada urus niaga komersial bebas susulan usaha sama berkenaan, Hakim Sequerah berpendapat sebaliknya.
Beliau berkata keterangan yang dikemukakan menunjukkan Najib meluluskan usaha sama itu, campur tangan dalam proses kelulusan menerusi panggilan telefon kepada Pengerusi 1MDB ketika itu, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, dan seterusnya menyokong kertas Kabinet yang menjadi syarat penting bagi pelepasan dana AS$1 bilion daripada 1MDB.- Bernama
BERITA MADAFAKA
MADAFAKA
MASIH MATAH
TAAK PUAS HATI
PRN JOHOR
DI UMUM
KAH KAH KAH
HARI HARI AKHIR
SAEKOR MADAFAKA
KHALAS
Didakwa sombong: Onn Hafiz jawab kenyataan Anwar bin Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi, menegaskan beliau bukan bersikap sombong seperti yang didakwa, sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab kepada institusi diraja dan memelihara kesejahteraan rakyat Johor.
Menteri Besar Johor itu sekali gus menekankan bahawa beliau tidak pernah sombong untuk bekerjasama dan tidak pernah angkuh bagi menerima pandangan atau bantuan.
Bagaimanapun, Onn Hafiz berkata, beliau mempunyai prinsip, amanah dan tanggungjawab kepada institusi diraja serta kesejahteraan rakyat Johor yang mesti dipelihara.
"Saya mengambil maklum pandangan Anwar bin Ibrahim bahawa rakyat Johor perlu memilih kepimpinan yang bijak, berprinsip, tidak sombong serta mampu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
"Suka saya ingatkan Anwar bin Ibrahim , pelantikan Menteri Besar dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor adalah atas perkenan Sultan Johor.
"Keputusan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi (pada Pilihan Raya Negeri kali ini) adalah satu keputusan yang sukar diterima oleh Anwar bin Ibrahim.
"Adakah keputusan saya dan kepimpinan BN memilih untuk berprinsip serta mendengar suara majoriti Bangsa Johor menjadikan saya seorang yang sombong?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebaliknya, Onn Hafiz berkata, Kerajaan Johor membantu melengkapi usaha kementerian-kementerian Persekutuan demi kepentingan rakyat negeri ini.
"Kerajaan negeri juga membantu setiap hospital, klinik dan kemudahan kesihatan awam, walaupun urusan kesihatan merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan," katanya.
Malah apabila hasil negeri meningkat, beliau berkata, Kerajaan Johor bukan saja mengumumkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam negeri tetapi turut menghargai penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor.
"Kami berbuat demikian kerana bagi kerajaan negeri, yang lebih utama bukanlah kementerian atau kerajaan mana yang bertanggungjawab, tetapi sama ada rakyat Johor mendapat manfaat.
"Bukanlah niat saya untuk mengungkit atau berbangga dengan perkara ini. Tetapi saya dengan rendah hati ingin bertanya, dalam perkara apakah yang Kerajaan Johor dikatakan tidak memberikan kerjasama, tidak menyokong atau tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan?" katanya.
BENCANA ALAM
BUMI BERKOCAK
BANGUNAN
RUNTUH
AMIN
BENCANA ALAM
SEMULA JADI
AMIN
Filipina rekod lebih 6,600 gegaran susulan selepas gempa bumi di Mindanao
MANILA: Jumlah korban gempa bumi kuat berukuran magnitud 7.8 yang melanda luar pantai Maasim di Sarangani, Mindanao, meningkat kepada 68 orang hari ini selain 33 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa Filipina.
Majlis Pengurangan Risiko dan Pengurusan Bencana Nasional (NDRRMC) dalam laporan terbaharu berkata kebanyakan kematian direkodkan di Wilayah XII, dengan Sarangani mencatatkan 33 korban dan Cotabato Selatan dengan 24 korban.
Kerugian prasarana pula dianggarkan mencecah 1.07 bilion peso (RM72.2 juta), sementara sektor pertanian mengalami kerosakan sekitar 29.8 juta peso (RM2 juta).
Pada masa sama, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) memaklumkan lebih 6,600 gegaran susulan direkodkan sejak gempa besar itu berlaku lebih seminggu lalu.
Sehingga 9 pagi 16 Jun, sebanyak 6,652 gegaran susulan direkodkan, dengan 1,575 daripadanya telah dianalisis.
Daripada jumlah itu, 80 gegaran dirasakan penduduk di beberapa kawasan di Mindanao dan wilayah berhampiran.
Kekuatan gegaran susulan itu direkodkan antara magnitud 1.2 hingga 6.4.
Gempa luar pantai Sarangani itu disifatkan antara kejadian seismik paling kuat melanda rantau itu dalam tempoh beberapa dekad.
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan suasana panik ketika bangunan kecil runtuh dan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri ketika bumi bergegar.
Di beberapa sekolah, pelajar dilihat menjerit ketakutan ketika majlis sekolah bertukar kecoh akibat gegaran kuat yang berlaku pada hari pertama sesi persekolahan selepas cuti panjang.
Namun pihak berkuasa berkata latihan kesiapsiagaan bencana yang dijalankan selama bertahun-tahun membantu mengurangkan jumlah korban.
Pengarah Phivolcs, Teresito Bacolcol, berkata pendidikan dan latihan berkaitan gempa bumi banyak membantu penduduk bertindak lebih pantas ketika bencana berlaku.
Menurut beliau, waktu kejadian pada 7.37 pagi juga membantu mengurangkan jumlah korban kerana kebanyakan orang belum memasuki bangunan pejabat atau bilik darjah.
Bagaimanapun, beliau melahirkan kebimbangan terhadap beberapa bangunan yang runtuh walaupun sepatutnya mampu bertahan jika piawaian pembinaan dipatuhi sepenuhnya.
"Saya bimbang kerana terdapat bangunan yang runtuh walaupun ia sepatutnya tahan gempa jika kod bangunan dipatuhi," katanya.
Pengarah Pejabat Pertahanan Awam di wilayah terjejas, Ednar Dayanghirang, berkata latihan berkala di sekolah dan komuniti membantu mengelakkan keadaan lebih buruk termasuk rempuhan yang boleh mengorbankan lebih ramai orang.
"Kami mewajibkan semua pengetua sekolah mengikuti kursus pengurusan bencana sebelum mereka membentuk pasukan tindak balas bencana dalam kalangan guru," katanya.
Ramai penduduk yang dipindahkan pula masih enggan pulang ke rumah kerana trauma akibat gegaran susulan yang berterusan.
Lebih 45,000 penduduk dilaporkan kehilangan tempat tinggal, dengan sebahagian besar masih berlindung di pusat pemindahan sementara selepas lebih 12,600 rumah rosak.
Filipina adalah antara negara paling terdedah kepada bencana alam di dunia kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi. – AGENSI
KENAPA ROHINGYA DI BENCI
KAWAN GUA ADA
TEORI YANG
MASUK AKAL :
ROHINGYA DI BENCI
KERANA HITAM
KALAU BOSNIA
SEMUA OKAY
KHALAS
AGENDA KEMPEN PRU16
AJUKAN
PANDANGAN INI
KEPADA
PARTI POLITIK
SEBELUM PRU16
AMIN
JADIKAN
AGENDA KEMPEN
KHALAS
Unknown commented on
"ZAID NAK AMBIL KERUSI LAMA ?"
Saja nak bagi cadangan sedikit abang TT? Awak memang tak ada lesen atau kereta tetapi nak bagi tahu, kad touch and go yang dipegang majoriti rakyat, keperluan bayar tol, bayar parking, bayaran macam-macam boleh, tetapi top up atau tambah duit tidak boleh di semua plaza tol, kalau tak boleh buka, akan ditambah sedikit, tetapi tidak secara tetap?
Soalan kenapa tidak boleh? Saya cuba kaji sedikit, oh rupa-rupanya kerana top up di tempat lain seperti stesen minyak dikenakan bayaran RM 0.50 setiap kali, ini peluang duit masuk, kadangkala terfikir tukang tol yang gemuk selesa dalam air cond sebenarnya apa kerja mereka?
Duduk dalam kotak, tidur kerana seringkali kena ketuk cermin, inilah cara halus membuat duit oleh syarikat kapitalis naungan GLS Kerajaan, ramai tidak ambil peduli kerana hanya RM 0.50, tetapi cuba bayangkan kalau 100,000 orang top up?
Berapa keuntungan kepada syarikat mereka, jadilah sedikit berguna dengan membawa isu-isu rakyat, asyik dengan politik dalaman, politik timur tengah tidak memberi manfaat kepada sesiapa, sekadar perkongsian ilmu, sekian terima kasih Abang TT amin
MATI DALAM ISLAM
BERITA TERSEBAR
RAMAI CHINA TUA
MASUK ISLAM
SEBELUM MATI
KERANA KOS
PENGKEBUMIAN
MELAYU ISLAM
TIDAK CEKIK LEHER
KHALAS
MASA DAH SAMPAI - INILAH MASANYA
MASA DAH
SAMPAI
INILAH MASANYA
AMIN
ANAK MUDA
SISWA PELAJAR
SUSUN & ATUR
AMIN
TURUN KE JALAN
LAWAN
DAN GULINGKAN
KERAJAAN
MADAFAKA
KHALAS
UMS mungkin buang siswa berdemo bantah roboh kampung di Kudat
Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengesahkan pihaknya telah memulakan tindakan tatatertib terhadap dua mahasiswa yang didakwa terbabit dalam kekecohan dengan pihak berkuasa selepas satu protes terhadap perobohan di sebuah kampung di Kudat, Sabah, bulan lalu.
Universiti itu berkata tindakan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat diterima mengenai dakwaan pembabitan dua mahasiswa terbabit dalam insiden yang menurutnya "menjejaskan ketenteraman awam serta kepentingan, nama baik dan integriti universiti."
UMS memaklumkan semua proses akan dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Sabah) (Tatatertib mahasiswa) 2024, undang-undang subsidiari di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang sebelum ini sering mencetuskan kontroversi.
“UMS memandang serius sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta reputasi institusi, dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara adil, telus dan mengikut lunas peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan Pejabat Penasihat Undang-Undang UMS.
Universiti itu turut menegaskan pihaknya menghormati hak mahasiswa untuk menyuarakan pandangan dan menyatakan pendirian terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan awam serta komuniti setempat.
“Namun demikian, kebebasan tersebut hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan berpandukan lunas undang-undang, memelihara ketenteraman awam, serta mengambil kira kepentingan semua pihak,” katanya.
UMS menambah prosiding berkaitan tindakan tatatertib itu sudah dimulakan, namun keputusan mengenai hukuman masih belum ditentukan.
Malaysiakini mendapatkan maklum balas UMS susulan dakwaan dua mahasiswanya dikenakan prosiding bawah AUKU selepas dikatakan mempertahankan komuniti mereka daripada ancaman perobohan dan dakwaan rasuah.
Insiden pada 19 Mei di Kampung Asaon, Matunggong, Kudat, dilaporkan membabitkan konflik tanah adat yang membawa kepada operasi perobohan rumah dan pengusiran penduduk.
Malaysiakini difahamkan universiti itu mengenakan lima pertuduhan terhadap mahasiswa berkenaan, yang didakwa membentuk kesalahan tatatertib, dengan UMS merujuk kepada penahanan serta reman susulan dakwaan pembabitan mereka dalam protes itu.
Bagaimanapun, semakan Malaysiakini mendapati walaupun mahasiswa berkenaan ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, mereka tidak direman untuk siasatan lanjut.
UMS juga difahamkan melabel insiden itu sebagai “aktiviti luar kampus” yang berpotensi memberi kesan buruk kepada universiti.
Dua daripada lima pertuduhan itu juga difahamkan merujuk kepada poster yang disebarkan di media sosial oleh kumpulan mahasiswa Suara Mahasiswa UMS berhubung perhimpunan “Gempur Rasuah Sabah” kali ketiga.
Bagaimanapun, UMS menjelaskan kepada Malaysiakini tindakan yang sedang berjalan terhadap mahasiswa terbabit tidak membabitkan demonstrasi antirasuah itu, sebaliknya hanya tertumpu kepada apa yang berlaku ketika protes di kampung berkenaan.
UMS turut menafikan mengambil tindakan terhadap mahasiswanya berkaitan mana-mana perhimpunan Gempur Rasuah Sabah.
Jika didapati bersalah, mahasiswa terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500, digantung atau dibuang daripada UMS, dihalang menduduki peperiksaan, atau diusir mahupun dilarang tinggal di kolej kediaman universiti.
Dalam kenyataan pada 15 Jun, penyelaras Mandiri, Hamdin Nordin berkata tindakan tatatertib terhadap mahasiswa terbabit menimbulkan kebimbangan serius terhadap keadaan kebebasan akademik dan ruang demokrasi di institusi pengajian tinggi.
Dia menegaskan tindakan mendisiplinkan mahasiswa kerana pembabitan mereka dalam isu awam berisiko mewujudkan suasana takut di kampus dan melemahkan fungsi universiti.
“Mandiri menegaskan bahawa mahasiswa tidak wajar dilayan sebagai ancaman hanya kerana mereka mengambil pendirian terhadap isu keadilan sosial, hak komuniti dan integriti pentadbiran.
“Universiti sepatutnya menjadi ruang yang menggalakkan pemikiran kritikal, bukan mengekangnya melalui tindakan tatatertib yang bersifat menekan,” kata Hamdin.
Mandiri turut menggesa semua prosiding, siasatan atau tindakan tatatertib bawah AUKU terhadap mahasiswa berkaitan kebebasan bersuara dan advokasi komuniti dihentikan segera.
“Memansuhkan AUKU segera kerena boleh disalahgunakan sehingga menjejaskan kebebasan akademik dan hak bersuara mahasiswa,” tegasnya.
Dalam kenyataan berasingan semalam, Liga Mahasiswa Malaysia mempersoalkan kegagalan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, menunaikan janji mengadakan dialog terbuka bersama gerakan mahasiswa selewat-lewatnya pada Mei lalu.
Kumpulan itu berkata ketiadaan sebarang perkembangan selepas lebih dua minggu memasuki Jun membuktikan komitmen berkenaan hanya retorik politik bagi meredakan tekanan dan kemarahan mahasiswa.
“Kami melihat bahawa Saudara Adam Adli tidak berani berhadapan secara terbuka dengan gerakan mahasiswa. Sebaliknya, cuba mewujudkan persepsi palsu bahawa kerajaan sedang mendengar aspirasi mahasiswa,” katanya.
Liga Mahasiswa Malaysia turut memandang serius tindakan mengenakan prosiding AUKU terhadap dua mahasiswa UMS, Fida’ dan Qayyum, hanya kerana membangkitkan isu rasuah di Sabah.
Menurut kumpulan itu, keadaan bertambah membimbangkan apabila didakwa Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pendidikan Tinggi membuat laporan polis terhadap Brendon Gan, mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkaitan satu hantaran mengenai AUKU selepas pertemuan bersama Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir.
“Situasi ini jelas menggambarkan bahawa KPT semakin bacul dan cuba melarikan diri daripada berhadapan mahasiswa dengan meletakkan instrumen undang-undang sebagai alat kawalan untuk terus mengekang kemarahan dan tekanan mahasiswa.
"Liga Mahasiswa Malaysia mengecam tindakan kerajaan Madani yang masih menggunakan undang-undang lapuk terhadap mahasiswa dan menuntut untuk menghentikan segala prosiding dan siasatan terhadap mahasiswa.,” katanya.
Liga Mahasiswa Malaysia turut menyeru seluruh gerakan mahasiswa supaya terus mengekalkan solidariti dan mengangkat isu mahasiswa, rakyat serta nasional selari dengan kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa.
SELAT HORMUZ KINI DIKAWAL OLEH IRAN & OMAN
SELAT HORMUZ
KINI DIKAWAL
OLEH IRAN & OMAN
KHALAS
Iran, Oman tegaskan laluan pelayaran selamat, bebas di Selat Hormuz
ISTANBUL: Iran dan Oman mengesahkan sekali lagi pada Selasa komitmen mereka untuk memastikan laluan pelayaran maritim yang selamat dan bebas melalui Selat Hormuz.
Jaminan itu menyusuli memorandum persefahaman antara Tehran dan Washington, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita rasmi Oman, ONA.
Semasa perbualan telefon, Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi dan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi, meneliti hubungan dua hala serta menegaskan komitmen bersama.
Mereka berikrar untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang berdasarkan prinsip kejiranan yang baik serta ikatan sejarah dan budaya yang lama terjalin.
Mengenai persefahaman terbaharu antara AS dan Iran itu, kedua-dua menteri memperbaharui komitmen mereka terhadap undang-undang antarabangsa berhubung laluan trafik maritim yang selamat dan bebas melalui Selat Hormuz, menurut agensi berkenaan.
Mereka turut menzahirkan harapan semua pihak dapat melakukan usaha serius bagi memupuk persekitaran mampan yang menyokong proses politik dan diplomatik yang membina bagi memelihara keselamatan serta kestabilan serantau, tambahnya.
Panggilan telefon itu dibuat beberapa hari selepas Washington dan Tehran mengumumkan bahawa mereka telah mencapai satu memorandum persefahaman bagi membuka jalan ke arah menamatkan konflik, yang bermula dengan operasi ketenteraan AS dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari lalu.
Presiden AS Donald Trump, menyatakan bahawa persefahaman itu telah pun dicapai dan Selat Hormuz akan dibuka semula sepenuhnya menjelang Jumaat.
Bagaimanapun, pegawai Iran memaklumkan bahawa memorandum berkenaan dijangka ditandatangani oleh ketua kedua-dua delegasi rundingan semasa pertemuan di Switzerland pada 19 Jun.
Selat Hormuz yang terletak di antara Iran dan Oman merupakan antara laluan transit tenaga paling penting di dunia, yang menghubungkan rantau Teluk ke perairan antarabangsa melalui Teluk Oman dan Laut Arab.
PELARIAN PERANG WAJIB DI BANTU
PELARIAN PERANG
WAJIB DI BANTU
AMIN
Unknown commented on
"DUNIA DI ANCAM
OLEH PENDATANG HARAM"
Pendatang Haram bukan cerita baharu, cerita sejak permulaan zaman kemanusiaan, manusia nomad berpindah-randah mencari rezeki kehidupan lebih baik, dahulu tidak salah, sekarang ada wujud sempadan negara undang-undang, manusia dibezakan dengan etnik kelahiran bangsa kaum agama, bergaduh sesama sendiri kerananya,
apapun setiap negara ada penguatkuasaan undang-undang, negara kita ada juga, semuanya dilakukan oleh majoriti dominasi langsung, jadi apa-apa adunan mencerminkan nilai integriti bangsa agama tersebut,
maka janganlah selalu meludah di muka orang-orang kita sendiri boleh tak? Kah kah kah kah lembu lebih cerdik mencari makan sendiri amin








