Isnin, 13 Julai 2026

DAP SEMBELIH PKR ?


PKR SEMBELIH

DAP ATAU DAP

SEMBELIH PKR

KAH KAH KAH

KHALAS


Anwar biarkan Umno 'sembelih' DAP di Negeri Sembilan, kata Zaid
Ahli politik kanan, Zaid Ibrahim, yang baru-baru ini diumumkan menjadi ahli baru dalam keluarga besar PAS, mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membiarkan DAP menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan untuk 'disembelih' oleh Umno.

Katanya, Umno sedang sedang mengadakan perbincangan mendalam dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya berkenaan, namun Anwar didapati tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan rancangan tersebut.

"Anwar sedang mencampakkan kamu ke bawah bas (membiarkan kamu disembelih), dan kamu tidak lakukan apa-apa mengenainya?


PENDAQTANG HARAM ISU GLOBAL


PENDATANG 

HARAM JADI 

ISU GLOBAL

AMIN

 UK ITALI SWISS

AMERIKA CANADA

FRANCE JERMAN

AFRIKA SELATAAN

SEMUA HADAPI

PENDATANG HARAM

AMIN

WAJIB DI TANGANI

SECARA GLOBAL

KHALAS


Imigresen tahan 503 warga asing dalam Op Mega, majoriti tinggal lebih masa, salah guna pas

KUALA LUMPUR: Seramai 503 warga asing ditahan Jabatan Imigresen di 18 lokasi seluruh negara secara serentak sejak semalam, menerusi Op Mega dan jumlah dijangka terus meningkat apabila operasi itu diterukan lagi hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen,Zakaria Shaaban berkata operasi berkenaan menyasarkan premis perniagaan yang disyaki menggaji pekerja asing secara tidak sah atau dikendalikan oleh bukan rakyat Malaysia.

"Seramai 2,260 individu yang terdiri daripada warga asing dan majikan diperiksa sepanjang operasi dijalankan. Daripada jumlah itu, 503 ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen," katanya pada sidang media selepas Op Mega di Jalan Kenanga, di sini, hari ini.

Operasi berkenaan disertai 876 pegawai daripada Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zakaria berkata seramai 120 individu turut diberikan Borang 29 bagi membantu siasatan sebagai saksi.

Katanya, semua warga asing yang ditahan itu berusia antara 21 hingga 52 tahun termasuk 95 wanita.

"Mereka terdiri daripada 290 warga Bangladesh, 101 warga Myanmar, 66 warga Indonesia, 38 warga Nepal, 36 warga India dan 10 lagi warganegara lain. Semua tahanan akan ditempatkan di depot tahanan Imigresen di seluruh negara untuk siasatan dan tindakan susulan," katanya.

Zakaria berkata antara kesalahan dikesan dilakukan warga asing berkenaan adalah tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas dan memiliki kad perjalanan tidak diiktiraf.

Katanya, kesalahan paling banyak dikesan adalah membabitkan kesalahan tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas.

"Ada yang memiliki pas bagi sektor pembinaan tetapi bekerja di kedai kain atau premis pakaian.

"Kita turut menahan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk semakan lanjut bagi mengesahkan ketulenan kad berkenaan," katanya.

Zakaria berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas proses pengesahan selesai, termasuk membebaskan mereka atau menyerahkan mereka kepada UNHCR jika didapati layak.

Katanya, Imigresen akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot warga asing.

"Kita mengenal pasti lebih 200 `hotspot' di seluruh negara, dengan lebih 100 daripadanya berada di sekitar Lembah Klang. Kita tidak akan berkompromi dan memberi ruang kepada warga asing berada di negara ini secara tidak sah atau berleluasa," katanya.

PROJEK JOHOR PINDAH KE N9


PROJEK

BERSATU HUMBAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

BERJAYA DI JPHOR

AMIN

PROJEK SAMA

WAJIB DI BUTA

DI  NEGERI 9

AMIN

YB NGA KOR MING

SILA BANTU

KAH KAH KA

KHALAS




Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa partinya sedang berbincang dengan Umno untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menjelang hari berkempen yang bermula Sabtu ini.

Pada sidang media di Negeri Sembilan malam tadi, Abdul Hadi menyatakan bahawa PAS berhasrat memberi laluan kepada Umno di 14 kerusi yang dipegangnya, dengan perbincangan tertumpu pada pembahagian 17 kerusi yang dipegang oleh Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata bahawa dua kerusi yang dipegang oleh Bersatu juga mungkin akan dibincangkan.

"(Matlamatnya) adalah untuk orang Melayu-Islam memerintah Negeri Sembilan," katanya, sambil menambah bahawa PAS tidak mempunyai masalah jika Umno memegang jawatan menteri besar.

PAS sebelum ini menyokong usaha Umno Negeri Sembilan untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri gabungan pimpinan PH.

Sepucuk surat daripada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kepada Abdul Hadi yang membincangkan pertikaian dalaman Perikatan Nasional (PN) menunjukkan bahawa pertemuan antara Ahli Dewan Undangan Negeri PN dan Umno negeri telah diadakan beberapa hari sebelum Umno membuat langkah mengejutnya.

Jika rundingan semasa antara PAS dan Umno adalah benar, ia boleh memberi manfaat yang besar kepada BN, dan menyediakan pentas untuk gelombang menentang PH yang serupa dengan PRN Johor yang baru sahaja selesai.

Walaupun BN tidak bertanding di semua kerusi dalam PRN Negeri Sembilan 2023, data menunjukkan bahawa gabungan undi BN dan PN adalah 59.9 peratus.

Dalam pilihan raya umum November 2022, di mana BN bertanding di semua kerusi, gabungan undi adalah 54 peratus.

PN sebenarnya mengalami lonjakan sokongan di Negeri Sembilan semasa PRN yang lalu berbanding pilihan raya November 2022, dipercayai susulan perubahan daripada penyokong BN yang tidak bersetuju dengan kerjasama dengan PH.

Tidak jelas bagaimana prestasi PN kali ini memandangkan keadaannya yang berpecah-belah.

Walau bagaimanapun, jika PAS dan parti-parti PN yang bersekutu dengannya memberi laluan kepada BN di sekurang-kurangnya 19 kerusi - membolehkan persaingan satu lawan satu dengan PH - ini kemungkinan besar akan membawa kepada kemenangan untuk BN.

BERITA MENAKUTKAN


TERAM BERJAYA

KACAU PASARAN

MINYAK DUNIA

AMIN

JIKA BERTERUSAN

EKONOMI JATUH

AMIN

ZAMAN MELESET

 AKAN SAMPAI

KHALAS

Harga minyak dunia melonjak lebih 4 peratus susulan konflik AS-Iran


LONDON: Harga minyak dunia melonjak lebih empat peratus apabila Amerika Syarikat (AS) dan Iran terus saling melancarkan serangan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak berhubung kawalan di Selat Hormuz.

Minyak mentah Brent, penanda aras utama pasaran antarabangsa, meningkat kepada AS$79.17 (kira-kira RM336) setong bagi penghantaran September setakat jam 3 pagi GMT.

Paras itu merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak 22 Jun lalu, ketika kebimbangan terhadap gangguan bekalan tenaga global terus meningkat.

Kenaikan harga didorong kebimbangan pelabur bahawa konflik yang semakin memuncak di sekitar Selat Hormuz boleh menjejaskan aliran eksport minyak mentah dan gas asli dari rantau Teluk.

Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan tenaga paling penting di dunia, dengan kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak global melalui laluan sempit itu setiap hari.

Peningkatan ketegangan antara AS dan Iran sekali lagi mencetuskan kebimbangan pasaran mengenai risiko gangguan bekalan, sekali gus mendorong harga minyak dunia terus meningkat. – AL JAZEERA

MARKAS ARMANDA KE 5 AMERIKA DI SERANG


MARKAS ARMADA

KE 5 AMERIKA 

DI BAHRIAN MELEDAK

AMIN

PERANG BAWA SUSAH KEPADA SELURUH DUNIA


PERANG AKAN

BAWA SUSAH

PADA SEMUA

AMIN

BUKAN HANYA  

SUSAH PADA IRAN

ARAB ISRAHELL

DAN AMERIKA

KHALAS

Unknown commented on "PERANG MAKIN MEREBAK"

Arab perang, benua lain dibelasah angin taufan melanda China Jepun Taiwan Filipina dan kepulauan, cuaca berubah pantas cepat mendadak, entah berapa lama boleh bertahan, kaum kita asyik berpolitik beragama sampai lupa kerja sampai lupa tanggungjawab kah kah kah

asyik makan makan makan setiap masa, kaum kita yang makan tanpa berhenti setiap masa, kalau percuma makan lagi kah kah kah kah dunia semakin tipis oksigen, semakin panas, semakin cair semakin sempit dengan kerakusan manusia jahat perasuah yang beruniform kah kah kah kah tunggu masa akan sampai dekat mana nak sorok harta kekayaan beg Birkin? Kah kah kah kah

MULUT SILENCER - TAKDA SUARA LAGI


LU JANGAN

INGAT SEMUA

KERETA ITU NAK

DATANG LAWAT LU

KAH KAH KAH

AMIN



PETANG INI


PETANG INI

JAM 2.00 PETANG
LANGIT CERAH BIRU LEMBUT
BERSAMA  GUMPALAN AWAN PUTIIH

MATAHARI BERSINRA LEMAH
PETANG YANG REDUP
WILYAH LE CHATEAU SUNYI HENING
AMIN


PRU16 - PENDATANG HARAM AGENDA UTAMA

 



PRU16

  AGENDA UTAMA 

PENDATANG HARAM

KHALAS

SYEAD SADIQ BEBAS


SYED SADIQ

BEBAS

AMIN

TUTUP

 CERITA LAMA

MULA CERTA BARU

KHALAS


Penantian berakhir, Syed Saddiq dibebaskan sepenuhnya


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pendakwaan.

Dalam penghakiman majoriti 2-1, dua hakim yang membarisi panel, iaitu Che Mohd Ruzima Ghazali dan  Collin Lawrence Sequerah, memutuskan Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada Jun tahun lalu.

Presiden Mahkamah Rayuan,  Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel hakim itu bagaimanapun membuat keputusan berbeza.

Che Mohd Ruzima dan Sequerah mendapati tiada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah itu.

Sabitan dan hukuman terbabit adalah berhubung dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan harta, dan dua kesalahan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

KITA HANYA ADA SATU DUNIA


KITA HANYA ADA

SATU DUNIA YANG

KITA PINJAM DARI

ANAK  CUUC KITA

AMIN

JAGA BAIK 

BUMI INI UNTUK

MEREKA

KHALAS


Unknown commented on 
"PETANG AHAD"

Dunia bangga dengan pencapaian pembangunan China Merah, sekelip mata pembangunan muncul sini sana, buka jalan bina jambatan segera, bina empangan teknologi canggih tetapi perhatikan betul-betul, sekelip mata hancur juga, alam mengganas, hujan ribut malapetaka datang empangan pecah bertaburan ular sampai depan rumah, 

lihat dalam you tube kemusnahan alam, manusia sentiasa berfikiran terpaling hebat sekadar mengingatkan kita semua jangan terlalu bangga dapat mencuri dapat merasa nikmat hasil usaha orang lain termasuk geng perasuah kah kah kah sampai masa semuanya terbarai nanti kah kah kah kah

BABI REBAH - PENGUNDI BERUBAH


SEKALI

 BABI REBAH

SEKALI 

UNDI BERUBAH

AMIN


Unknown commented on
 "TABIK HORMAT"

setelah mengenal babi...

cina undi mca
india undi mic

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SENIN 13 JULAI  2026

PERANG  DITERUSKAN

GENCATAN SENJATA TAMAT


IRAN TERUS MENYERANG PANGKALAN MILITER AMERIKA DI JORDAN, QATAR , UAE DAN BAHRAIN.

Mat Teram buat lawak – dia kata SELAT HORMUZ TERBUKA UNTUK KAPAL LALU MASUK – kah kah kah.

SATU DUNIA tahun Selat Hormuz telah di tutup oleh IRGC – Soldadu Iran – yang lalu hanya kapal yang ikut arahan Iran. Amin.

BANGKOK
Sebuah PUB terbakar  di Bangkok – 27 mati terbakar – 22 cedera parah. Siasatan masih berjalan.

PRN JOHOR
Keputusan  amat jelas – PROJEK BERSATU HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM BERJAYA -  Ini langkah pertama – sesudah ini projek yang sama wajib di jalankan di Negeri Sembilan.

YB NGA KOR MING 
Sosok ini adalah pembantu dan pemangkin GERAKAN PERPADUAN  UMMAH – YB Nga adalah contoh politikus yang amat-amat kita perlukan untuk PENYATUAN MELAYU.

UMNO – MELAYU ISLAM
PAS – ISALAM MELAYU
Dua komponen ini di per satukan oleh sosok yang bernama YB NGA KOR MING.

Peranan Nga Kor Ming ini amat penting – justeru kita wajib mengalu-alukan watak seperti Ronnie Liu dan Tony Pua – mereka JUGA SAMA MEMBANTU  GERAKAN PERPADUAN UMMAH.

Kata-kata dan ucapan  mereka yang melahirkan MELAYU BERSATU UNTUK TANAH MELAYU – amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – sejuk – Matahari belum muncul – Langit biru bercapuk awan kelabu. KL & KL Sentral berkabus agak tebal –

Gua masih menapak di Lorong Masuk – ramai datang menyongsong  gua – ha ha – pagi ini ramai yang datang – Siti dan Puppy Itam ada – Ibu Garang pun ada – Jantan Putih pun ada –

Gua beri nasi – semua makan – tanpa gaduh – tapi Puppy Itam dan Siti agak takut-takut pada senior.

Gua berjalan ke Wakaf Tiga Siti mengekor – Pulang di Wakaf Pertama – ramai lagi menunggu – ha ha ha – Pagi ini Tiong Laki Bini datang dengan kawan.

Berjalan pulang gua terdengar suara Gak Gak Gak – tapi agak jauh – Di Bukit Terkukur tak henti bersuara.

Hari ini akan panas. Malam  gua harap berangin sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Akar seruntun gula Melaka
Di tepi lembah sebelah paya
Menggarap pantun mengutuk  Madafaka
Pengeras semangat ke jalan raya

Burung kenari terbang berkelana
Perling jelata di tepi Istana
Pantun bestari digarap bersama
Guling Madafaka niat utama

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA