Khamis, 16 Julai 2026
RUMAH BANGSA + MUFAKAT * KHEMAH BESAR
KERJA BAIK
RUMAH BANGSA
BERSAMA
MUFAKAT NASIONAL
AMIN
AKHIRNYA
RUMAH BANGSA
MUFAKAT NASIONAL
AKAN KAWIN
DENGAN
KHEMAH BESAR
KHALAS
Ismail Sabri petik impian Rumah Bangsa, harap BN-PN kekal hingga PRU16
Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob melihat pengagihan kerusi awal antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai isyarat positif bahawa kerjasama kedua-dua gabungan itu mampu bertahan untuk jangka masa panjang.
Mengulas pengumuman BN untuk bertanding di hanya 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri tersebut, Ismail Sabri menyifatkan perkembangan itu selari dengan konsep 'Rumah Bangsa' yang diilhamkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya melihat pengumuman semalam sebagai satu pembaharuan dalam hubungan BN dan PN... menandakan pendekatan itu semakin diterima,” katanya kepada waratawan di Subang Jaya, hari ini.
Ahli Parlimen Bera itu turut menzahirkan harapan agar formula kerjasama tersebut dapat dikekalkan bukan sahaja untuk mendepani pilihan raya negeri, malah diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
"Saya percaya sekiranya hubungan antara BN dan PN kekal, ia akan membawa banyak kebaikan pada masa hadapan di seluruh Malaysia.
"Justeru saya mengharapkan hubungan itu terus kekal dan tidak berpecah sehingga pilihan raya akan datang," katanya lagi.
Enggan ulas strategi kerusi
Malam tadi, BN mengumumkan senarai calon bagi 25 kerusi DUN untuk PRN Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 1 Ogos ini, manakala baki 11 lagi kerusi masih dalam proses rundingan akhir.
Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan yang membuat pengumuman itu berkata, BN tidak akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN kerana gabungan itu ada “kerjasama dengan rakan yang boleh dipercayai”.
“Tapi jangan risau, kita tak ada persefahaman dengan Linggi.
“Kita buat persefahaman dengan rakan yang boleh dipercayai, insya-Allah,”katanya.
Dia dipercayai merujuk kepada Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang berpindah kerusi dari DUN Sikamat ke DUN Linggi.
Pengumuman itu sekali gus menguatkan desas desus bahawa BN mungkin akan mengadakan kerjasama politik dengan PN, khususnya PAS dan Wasan di Negeri Sembilan.
Daripada 36 kerusi DUN, Umno akan mempertahankan kesemua 14 kerusi yang dimilikinya.
MCA pula akan bertanding di tujuh kerusi, manakala MIC bertanding dua kerusi.
Bagaimanapun, Ismail Sabri enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai perincian strategi pembahagian kerusi tersebut, dengan alasan dia tidak lagi berada dalam saf kepimpinan tertinggi parti.
"Saya tidak boleh jawab bagi pihak parti. Saya bukan presiden parti atau pemimpin tertinggi.
“Saya hanya Ketua Bahagian Bera (Umno), jadi saya tidak sesuai mengulas perkara berkaitan strategi dan pembahagian kerusi," kata bekas naib presiden Umno itu ringkas.
SAPA SOKONG ADAT DAI AKAN MENANG
SAPA SOKONG
ADAT PASTI
AKAN MENANG
KHALAS
Isu Undang bukan di bawah kuasa menteri besar
SEREMBAN – Isu membabitkan institusi Undang di Negeri Sembilan bukan berada di bawah bidang kuasa menteri besar, namun ia terus dijadikan modal politik bagi membentuk persepsi kononnya kerajaan negeri gagal menangani perkara berkenaan.
Menurut sumber itu, terdapat tanggapan yang sengaja dibina bahawa menteri besar perlu campur tangan bagi menyelesaikan polemik berkaitan institusi Undang, sedangkan perkara tersebut tertakluk kepada Adat Perpatih serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
“Siapa pun yang menjadi menteri besar selepas pilihan raya, peranannya dalam soal adat tetap sama. Menteri Besar tidak mempunyai kuasa untuk menentukan atau campur tangan dalam urusan institusi Undang.
“Begitu juga perkara berkaitan pelantikan, penggantian atau apa-apa proses yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“Semua itu mempunyai mekanisme dan institusinya sendiri. Ia tidak berada di bawah kuasa menteri besar,” katanya baru-baru ini.
Sumber itu mengulas isu berkenaan kerana ia masih menjadi antara bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila terdapat pihak mendakwa kerajaan negeri pimpinan Aminuddin Harun gagal menyelesaikan polemik berkaitan institusi adat.
PINDAH UNTUK DI SEMBELIH
APAKAH MB KANCIL
INI DI PINDAH
UNTUK
DI SEEMBELIH
KAH KAH KAH
KHALAS
"Saya bukan lari dari Sikamat"
KUALA LUMPUR: "Saya bukan lari dari Sikamat," demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian mengulas pelbagai spekulasi mengenai tindakan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, meninggalkan kerusi DUN Sikamat yang diterajui selama empat penggal.
"Saya 'pass' (lepaskan) baton bertanding di kerusi Sikamat buat Ustaz Norazman. Saya dah pesan, jaga Sikamat. Saya sayang Sikamat.
Terima kasih Sikama
TANDA PAS BAKAL MEMIMPIN NEGARA
TANDA BAIK
DARI PAS
AMIN
CIRI CIRI
MEMIMPIN
NEGARA
KHALAS
MP PAS paling ramai sokong tubuh RCI ‘mafia korporat’
Ahli Parlimen PAS direkodkan sebagai wakil rakyat paling ramai menyokong gesaan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan kewujudan mafia korporat melibatkan pelbagai individu termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Selepas dua minggu Sekretariat #RCINow menghantar memorandum ke parlimen, setakat ini seramai 34 ahli parlimen dari pelbagai parti menyokong gesaan tersebut.
Daripada jumlah itu seramai sembilan Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan menjadikan parti itu paling ramai setakat ini, diikuti PKR seramai lapan orang, DAP (tujuh), Bersatu (empat), Amanah (dua) dan masing-masing seorang Wawasan, Umno, Star dan Upko.
Pengerusi Bersih Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata sekretariat terbabit memberikan masa selama 14 hari lagi – bermula hari ini sehingga 30 Julai – untuk ahli parlimen yang lain menyatakan pendirian mereka.
“Pihak Sekretariat RCINow bercadang untuk menerbitkan senarai penuh nama semua ahli parlimen dan pendirian mereka pada 3 Ogos.
“Kami juga mengalu-alukan rakyat untuk menghantar templat dokumen menyokong penubuhan RCI mafia korporat kepada ahli parlimen masing-masing,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.
Pada 30 Jun lalu sekumpulan aktivis berarak ke parlimen di ibu kota bagi menyerahkan memorandum menggesa kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan mafia korporat melibatkan SPRM.
HOKKIEN PETANG INI
HOKKIEN PTG INI
PETANG INI GUA MASUK AWAL
JAM 4.30 PETANG ARAH KLCC
DILIHAT AWAN GELAP
BANGUNAN 118 DILIHAT GELAP
ANGIN BERTIUP KENCANG
ANGIN SEJUK
DARI JAUH GUA DENGAR GURUH
TAK TAK DAH TAKUT
DUDUK DI BAWAH MEJA GUA
APAKAH TEMPAT LAIN
HUJAN DAH TURUN
APAKAH MALAM INI
KL JUGA AKAN HUJAN
MACAM MALAM KEMARIN
WOW!
PASTI SEJUK BASAH
AMIN
PETANG INI
PETANG INI
PETANG INI JAM 2.30
LANGT BIRU INDAH
BERSAMA SEDIKIT AWAN PUTIH
MATAHARI BERSINAR TERIK
WILAYAH LE CHATEAU AGAK SUNYI
TIADA SUARA UNGGAS
DALAM HUTAN HIJAU
JAUH SAYU DALAM HOKKIEN
BELAKNG RUMAH
DISENGAR SAYU
SUARA TERKUKUR
MENDAYU
PETANG YANG INDAH
PANAS SAMPA KE PETANG
MALAM SEJUK SANTAI
AMIN
TV MALAYSIA DAH MULA BERANI BUAT LAPORAN
TV MALAYSIA
DAH MULA BERANI
BUAT LAPORAN
BARUA AMERIKA
KENA SERANG
AMIN
PEREMPUAN INI PENYEDAP SAPA ?
HANYA SATU
SOALAN
AMIN
WANITA INI
PENYEDAP SAPA?
KAH KAH KAH
AMIN
Wanita terkait kes Albert-Shamsul dituduh memfitnah Farhash di bawah akta kontroversi
Seorang wanita yang menjadi antara watak utama skandal rasuah melibatkan Pejabat Perdana Menteri tahun lalu kini berdepan hukuman penjara dua tahun selepas didakwa memfitnah bekas pemimpin PKR yang kini ahli perniagaan jutawan, Farhash Wafa Salvador.
Sofia Rini Buyong didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan susulan beberapa dakwaan yang dibuatnya terhadap Farhash dalam sebuah perbualan yang dirakam secara rahsia.
Sebelum ini, penggunaan undang-undang tersebut bagi mempertahankan reputasi seorang ahli perniagaan jarang berlaku, sebaliknya lazimnya disasarkan terhadap individu yang mengkritik pemimpin kerajaan.
Kes itu berlaku dua bulan selepas polis menyoal siasat editor portal berita susulan laporan polis difailkan Farhash.
Seksyen 500 menyentuh fitnah jenayah dan merupakan antara undang-undang yang selalunya dihalakan terhadap wartawan, pengguna media sosial dan pemimpin pembangkang, di mana kritikan dan dakwaan yang diucapkan terhadap ahli politik kerajaan dijadikan kes jenayah.
Undang-undang tersebut menjadi sasaran pengkritik yang menggesa ia dimansuhkan, disebabkan dakwaan terhadap mana-mana individu sepatutnya dicabar dalam saman sivil.
Tuduhan terhadap Sofia berkisar dakwaan yang dibuatnya terhadap Farhash semasa pertemuannya dengan pendedah maklumat terkenal, Albert Tei, yang merakam perbualan itu secara rahsia.
Rakaman 49 saat itu mula dikongsi di media sosial pada April, dan merupakan sebahagian daripada beberapa rakaman pertemuan antara Tei dan Sofia.
Sejak 25 November tahun lalu, beberapa klip daripada pertemuan yang sama antara Tei dan Sofia telah disebarkan, di mana wanita tersebut dilihat bersetuju dengan dakwaan Tei mengenai hadiah dan wang tunai bernilai RM630,000 yang dibelanjakan untuk Shamsul Iskandar Mohd Akin, ketika itu setiausaha politik Anwar bin Ibrahim.
Shamsul meletak jawatan pada hari sama klip itu tersebar.
Dalam satu lagi klip, Sofia mendakwa Anwar bin Ibrahim telah mengarahkan Shamsul mengeluarkan surat sokongan pada 2024 kepada enam kontraktor bagi pembinaan sebuah projek hospital kerajaan.
Sofia turut menamakan Anwar dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam bin Baki, sebagai individu yang terlibat dalam rancangan merakam secara rahsia beberapa ahli politik kerajaan Sabah mengaku menerima sogokan sebagai pertukaran meluluskan lesen mineral.
Tei dan Shamsul kemudiannya didakwa dengan empat pertuduhan memberi dan menerima suapan bernilai RM176,829.03, sementara Sofia dinamakan sebagai saksi utama pihak pendakwaan
SELAMAT DATANG PERANG
ANCOK
OMAK KAU
JAWAB IRAN
AMIN
IRAN TAK TAKUT
SILA MENDARAT
KHALAS
AS kembali serang Iran, Tehran beri amaran sedia berperang
DUBAI: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara menyasarkan sistem pertahanan pesisir pantai dan tapak peluru berpandu Iran sejak Rabu, selepas menguatkuasakan semula sekatan maritim ke atas pelabuhan negara itu. RujukanGeografi
Tindakan itu mencetuskan tindak balas Tehran yang mengancam akan menyekat lebih banyak eksport tenaga serantau, sambil menegaskan pihaknya kini bersedia berperang menentang Washington demi kelangsungan hidup.
Peningkatan ketegangan terbaharu itu meletus beberapa hari selepas perjanjian gencatan senjata terbatal, sekali gus membangkitkan kebimbangan mengenai tercetusnya perang berskala penuh.
Situasi dilaporkan semakin meruncing sejak Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz, lewat Sabtu lalu.
Pusat Perintah AS (CENTCOM) mengesahkan pihaknya menyerang lokasi penyimpanan dan pelancaran peluru berpandu jelajah benua di Pulau Greater Tunb, Iran, bermula jam 10 pagi GMT menerusi dua gelombang serangan.
CENTCOM menegaskan tindakan itu menyasarkan keupayaan ketenteraan Iran yang mengancam kapal komersial di Selat Hormuz, yang juga laluan perdagangan global yang penting.
Pegawai AS memaklumkan serangan terbabit bertujuan membuka semula selat berkenaan secara paksa, selain melumpuhkan aset ketenteraan Iran sebelum melaksanakan operasi lebih rumit.
Selain serangan udara, tentera AS turut melumpuhkan sebuah kapal tangki minyak kosong yang menuju ke Pulau Kharg selepas mengabaikan amaran awal, dengan melepaskan peluru berpandu Hellfire ke arah corong asap kapal itu.
Sementara itu, agensi berita Iran, Mehr, melaporkan empat lokasi di sekitar bandar Ahvaz serta bandar pelabuhan utama Bandar Abbas menjadi sasaran, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Agensi berita Tasnim pula melaporkan letupan kedengaran di bandar Konarak, selain bedilan projektil dikesan berhampiran Sirik dan Qeshm.
Stesen penyiaran rasmi Iran, IRIB, mendakwa serangan AS turut menjejaskan kawasan berhampiran sebuah hospital di Ahvaz yang menempatkan pusat kanser kanak-kanak, sekali gus memaksa evakuasi sementara pesakit dilakukan. RujukanGeografi
Ketua Perunding Tehran, Mohammad Baqer Qalibaf, menegaskan keselamatan Iran bergantung sepenuhnya kepada penguasaan penuh laluan selat berkenaan dan mengisytiharkan fasa konflik kini melibatkan hidup mati negara menentang Amerika.
Konflik yang berlarutan ini telah mengorbankan ribuan nyawa dan menjejaskan jutaan penduduk, terutamanya di Iran dan Lubnan, susulan pertempuran yang kembali meletus antara Israel dan Hezbollah. Serangan AS sepanjang Julai ini sahaja dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang. - REUTERS
SOKONG SAPA SAJA
SOKONG SAPA
SAJA YANG NAK
HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Unknown commented on
"UMNO AKAN TERUS BERKUASA"
dah sokong umno pulak! anjing syiah sokong anjing kolonial british? kah kah kah!
DIMANA ADA KUASA PASTI ADA RASUAH
DIMANA ADA
KUASA
PASTI ADA
RASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"PROJEK UNTUK KRONI"
Bangunkan mysikap tu sudah habis berapa banyak duit?
Ada audit luar? Kos untuk semua itu dibentang ke umum?
Duit hasil pembayar cukai. Bukan duit tok nenek kepala menteri yang boleh dijoli sesuka hati.
Hidup ini kena jujur dan telus terutama duit ringgit yang diamanahkan untuk negara.
Jangan kerana 2-3ringgit yang awak (mungkin) songlap sebab nak kayakan diri sendiri anak bini kroni, nak mati baru insaf menyesal konon.
Boleh jadi malaon penjawat awam yang gila rasuah tak peduli semua itu?
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 16 JULAI 2026
PERANG DITERUSKAN
SERANG MENYERANG HARI KE 6
MAT TERAM MENGANCAM
Amerika minggu ini akan bom Iran – akan bom loji tenaga – akan bom jambatan – akan bom loji penapisan air .
AMERIKA AKAN BOM IRAN HINGGA LUMAT
Iran jawab – ANCOK OMAK KAU – kalau berani sila mendarat – sila bawa askar masuk ke bumi Iran.
BERITA BAIK
Harga minyak mentah nak naik ke 90 dolar satu tong – kah kah kah
Harga insurans naik mendadak – malah takda syarikat insurans berani jual insurans pada kapal minyak yang menuju Selat Hormuz – kah kah kah
TERAM KATA : Iran merayu meraung meronta-ronta nak berdamai – kah kah kah.
IRAN KATA - Kami akan teruskan perang – AMIN
PRN NEGERI SEMBILAN
Satu lagi projek PENYATUAN UMMAH- untuk memastikan Anwar bin Ibrahim di humban sekali lagi.
MANA YB NGA KOR MING – sosok ini perlu bersuara untuk membantu PANYATUAN UMMAH - mana RONNIE LIU – Mana TONY PUA – mereka semua memainkan peranan yang amat positif dalam usaha PENYATUAN UMMAH – amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah – malam kemarin hujan - Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi – gumbira bumi basah – Tiong bercekak – Terkukur berlagu dari atas bukit.
Matahari dah keluar – cahaya memanasi pipi. KL & KL Sentral berkabus. Langit biru muda berawan putih.
Dari Lorong Masuk gua dah nampak ramai menunggu – ha ha – semua datang – Nasi dan debu tulang bersama carrot menjadi habuan pagi ini. – ramai makan – Siti dan Puppy Itam datang sama – Gua gumbira.
Berjalan ke Wakaf Tiga rami mengekor – Pulang ke Wakaf Pertama semua dah menunggu – gua dengar suara Tiong.
Pagi ini KALI PERTAMA GAGAK DATANG BERLABUH dan makan sama – wow – ramai gagak turun - gua taburkan friskies untuk semua – Tiong juga datang TAPI datang solo – Ramai makan pagi ini.
Hari ini akan panas – petang jika hujan bawa sejuk. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUAT
PAGI KHAMIS
BRO
Ramai berkawan pergi ke Melaka
Hutan geligi amat tersohor
Ramai bersama lawan Madafaka
Humban sekali lagi macam di Johor
Buah Beremban buah Melaka
Tepi taman tanam halia
Kita humbankan Madafaka
Hidup aman lagi bahagia
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA












