Khamis, 6 Ogos 2026
SIAPA BERKUASA DI NEGERI SEMBILAN
PILIHAN PARTI
YANG MENANG
ATAU PILIHAN
MAT HAPRAK
YANG DAH KENA
TENDANG
KHALAS
EXCO Negeri Sembilan angkat sumpah esok, siapa pilihan Ismail Lasim?
SEREMBAN: Menjelang istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan EXCO kerajaan Negeri Sembilan pagi esok, tanda tanya kini berlegar siapa yang akan membarisi senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diterajui Menteri Besar, Ismail Lasim.
Sumber dalam kalangan UMNO negeri memaklumkan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh mempunyai banyak pilihan memandangkan Barisan nasional (BN) sahaja memenangi 18 kerusi DEwan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lalu.
"Saya fikir beliau boleh pilih dengan mudah barisan EXCO yang dimahukan kerana semua ADUN BN dan UMNO yang menang dalam pilihan raya ini mempunyai kelayakan, pengalaman serta kemampuan untuk menggalas tugas EXCO.
"Ada kemungkinan MB akan menggunakan formula 7:3 iaitu BN tujuh (jawatan EXCO) dan tiga bagi PN.
"Bagaimanapun kita tunggu keputusan muktamadnya pada majlis pelantikan dan angkat sumpah yang akan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, jam 10 pagi esok," katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, Ismail menjelaskan beliau sudah mempunyai bayangan mengenai barisan EXCO yang akan dilantik, dengan senarai akan diumumkan selepas berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti terutama Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pada PRN Negeri Sembilan lalu, BN yang menjalin persefahaman dengan perikatan nasional (PN) merampas penguasaan daripada Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya memenangi 25 daripada 36 kerusi DUN.
Sementara itu, sumber sama memaklumkan beberapa nama disebut-sebut menganggotai barisan EXCO termasuk ADUN Linggi, Mohd Faizal Ramli, yang sebelum ini memegang jawatan EXCO Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan serta Mustapha Nagoor selaku bekas EXCO Pembangunan Belia dan Sukan.
Mohd Faizal dan Mustapha dikatakan menjalankan tugas dan amanah dengan baik dan sewajarnya dikekalkan.
Nama lain dijangka tersenarai ialah Mohd Asna Mohd Amin (Lenggng); Suhaimi Aini (Kota); S Leza Md Yasin (Pilah) dan Siow Kong Choon (Chennah).
Sementara wakil daripada PN membabitkan PAS dijangka tersenarai ialah Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) dan Dr Mohamad Rafie Malek (Ampangan), selain wakil ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad yang mewakili WAWASAN.
Kedudukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap ADUN Pertang, Jalaluddin Alias sebagai EXCO Kanan sebelum ini bagaimanapun masih belum pasti.
Namun sumber memaklumkan beliau dijangka disenaraikan meskipun dikatakan tidak menawarkan diri untuk mengisi barisan yang baharu itu.
APA PERANAN NICKY LIOW DALAM PKR ?
SEJARAH ISLAM
1000 TAHUN DULU
TAK RAMAI
AMBIL POT
KAH KAH KAH
CERITA HARI INI
NICKY LIOW
YANG BUKAN ISLAM
BERI SUMBANGAN
DANA PADA PKR
AMIN
INI SUMBANGAN
SAMSENG BUKAN
ISLAM DALAM
POLITIK MALAYSIA
KHALAS
‘Bukan jilat Cina tapi Pemuda Umno perlekeh inisiatif bukan Islam’
Seorang pemimpin DAP hari ini tampil mengingatkan anggota jawatankuasa eksekutif Pemuda Umno Wan Zuhir Wan Ghazali supaya tidak memperlekehkan sumbangan golongan bukan Islam kepada Islam.
Ini susulan tindakan Wan Zuhir yang mempertahankan majlis tahlil baru-baru ini yang didakwa mempersendakan kekalahan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke di Chennah semasa pilihan raya negeri Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Memetik sabda Nabi Muhammad SAW, anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata sejarah Islam menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga boleh menyumbang kepada memperkukuh Islam dan memberi manfaat kepada umat Islam.
Dia memetik nama Abdullah Urayqit dan Mut’im Adi yang membantu Nabi sebagai penunjuk jalan dan pelindung semasa mereka masih bukan Islam.
“Ini menunjukkan bahawa Allah berkuasa menggerakkan bantuan atau perbuatan orang bukan Islam untuk mencapai hikmah dan maslahah agama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini dengan tajuk ‘Saya bukan nak menjilat Cina, tapi...’
Senator itu kemudian membandingkan Wan Zuhir dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim, yang menurutnya telah memperkenalkan inisiatif yang memberi manfaat kepada ramai umat Islam.
Dia memetik skim “Lindung 24 Jam” yang diperkenalkan semasa perkhidmatan Sim sebagai menteri sumber manusia, yang memperluas perlindungan pekerja di luar waktu kerja.
“Apapun, saya sedih...
“Saat Pemuda Umno (yang sinonim memperjuang Melayu Islam) memperlekeh Anthony Loke dengan isu tahlil, inisiatif Steven Sim telah beri manfaat kepada Melayu Islam kita,” kata Sheikh Umar.
'Tahlil pemakaman Loke'
Semalam, Sheikh Umar mengecam Wan Zuhir berhubung majlis tahlil itu yang didakwa mempersendakan kekalahan Loke kepada calon BN John Siow Kong Choon di Chennah pada pilihan raya negeri Negeri Sembilan pada 1 Ogos.
Wan Zuhir menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki, termasuk dirinya, duduk di atas lantai dan membaca doa dalam majlis yang digambarkannya sebagai tahlil.
Kapsyen pada video berkenaan di Threads berbunyi “Tengah tahlil atas pemakaman Loke di DUN Chennah”.
Sheikh Umar melabel nggelar tindakan itu sebagai “tidak bertanggungjawab” dan berkata kandungan sedemikian boleh menjejas imej Islam sebagai agama yang menganjurkan sikap hormat dan kemuliaan.
Wan Zuhir kemudian menafikan dia tidak menghormati Islam menerusi hantaran di media sosial itu.
YB PKR PECAH LUBANG
YB PKR INI
PECAH LUBANG
AMIN
PKR DAH JADI PSN
PARTI SAKAU
NEGARA
KAH KAH KAH
KHALAS
Lee soal adakah RM3 juta dana parlimen PJ ‘disakau’ jadi milik PKR
Anggota Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mempersoalkan status baki peruntukan parlimennya yang bernilai RM3 juta yang didakwanya kini disalurkan melalui pimpinan parti politik dan bukan lagi menerusi wakil rakyat yang dipilih.
Menyifatkan peruntukan Parlimen adalah wang awam yang diperuntukkan untuk manfaat seluruh rakyat, wakil rakyat PKR itu turut mempersoalkan jika tindakan kerajaan itu satu bentuk “sakau” yang dihalalkan?
“Mengapakah tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat?
“Jika benar berlaku perubahan mekanisme penyaluran peruntukan, mengapa tiada pekeliling, kenyataan rasmi atau garis panduan diumumkan kepada rakyat Petaling Jaya?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dia berkata demikian ketika mengulas sekatan ke atas aksesnya ke portal MyKhas sejak penghujung Mei lalu sebelum perdana menteri mengesahkan pada Julai bahawa baki peruntukan berkenaan tidak lagi disalurkan melalui anggota parlimen.
Langkah mendedahkan isu itu kepada umum dibuat selepas dia menerima tangkap layar mesej WhatsApp daripada Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Hee Loy Sian yang memaklumkan permohonan kerja kecil dan sumbangan kewangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi kawasan berkenaan kini perlu merujuk kepadanya.
“Perdana Menteri (Anwar) sendiri sering menggunakan istilah sakau untuk mengkritik penyalahgunaan dana awam.
“Maka rakyat berhak bertanya sama ada tindakan memindahkan kuasa mengurus dana rakyat kepada seorang Ketua Cabang parti politik merupakan satu bentuk sakau yang kini dianggap boleh diterima,” katanya.
Mengulas lanjut, Lee berkata, peruntukan Parlimen adalah wang awam yang diperuntukkan untuk manfaat seluruh rakyat, bukannya untuk diurus oleh mana-mana jawatan parti politik.
“Jika tangkap layar ini tidak didedahkan, hanya kelompok tertentu yang rapat dengan kepimpinan cabang PKR akan mengetahui saluran baharu permohonan tersebut," katanya.
Sehubungan itu, Lee turut mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung ketelusan dan tadbir urus penyaluran dana awam itu, termasuk menggesa SPRM menyatakan pendirian dari sudut integriti serta undang-undang.
Tambahnya, sekatan peruntukan dan portal MyKhas turut melibatkan kawasannya serta kawasan Parlimen lain seperti Subang dan Ampang, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada situasi sama berlaku di kawasan lain.
"Isu ini bukan mengenai kepentingan seorang anggota parlimen. Isunya ialah ketelusan, akauntabiliti dan hak rakyat Petaling Jaya untuk mengetahui siapakah yang kini menguruskan baki RM3 juta peruntukan kawasan mereka.
“Adakah dana tersebut masih kekal di bawah kawalan kerajaan dengan proses yang telus, atau adakah ia kini diurus melalui saluran yang dikendalikan oleh PKR?
“Kerajaan perlu menjelaskan mekanisme sebenar supaya tidak timbul persepsi bahawa wang rakyat telah menjadi dana parti,” katanya lagi.
ANWAR BIN IBRAHIM NAK MASUK LUBANG
KAH KAH KAH
ANWAR BIN
IBRAHIM NAK
MASUK LUBANG
KAH KAH KAH
ZAHID TUTUP
PINTU
AMIN
Tiada kuota PH dalam Kerajaan Negeri Sembilan – Zahid
PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) akan diberikan tempat dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan selepas pembentukan kerajaan negeri.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan apatah lagi dipersetujui oleh mana-mana pihak.
“Tidak akan pernah ada,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya PH akan dilibatkan dalam pentadbiran negeri.
Jawapan ringkas itu sekali gus menafikan spekulasi yang tersebar susulan pembentukan kerajaan baharu di Negeri Sembilan.
Sementara itu, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan kononnya beliau mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar sebagai kenyataan yang dibuat oleh individu yang tidak memahami realiti politik negara.
Menurut Presiden UMNO itu, proses mengemukakan nama calon Menteri Besar kepada pihak istana adalah sebahagian daripada amalan dan proses Perlembagaan.
“Saya tidak mahu melayani kenyanyukan kenyataan seseorang yang tidak memahami realiti politik bahawa nama mesti dikemukakan kepada pihak istana.
“Sebagai Pengerusi PN, tentunya saya perlu mengemukakan watikah dan cadangan nama,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya ada pihak menganggap beliau sebagai orang luar dalam proses tersebut, dakwaan itu jelas menunjukkan kegagalan memahami sistem pentadbiran negara.
“Kalau tugas saya sebagai Pengerusi BN dianggap sebagai orang luar, maka kenyataan itu jelas menggambarkan kenyanyukan pemahaman pihak yang membuat dakwaan tersebut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
APA ITU DNAA
DNAA SISTEM
FEUDAL
AMIN
DNAA = DATUK NAJIB
AGONG AMPON
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
Bani Melayu hanya sokong penjajah UMNO dan sewaktu dengannya. Khalas. Masih meneruskan agenda penjajah menjarah negara mencuri merompak harta rakyat, jadi memang suka cara sistem feudal yang senang tak payahlah berusaha berpeluh senang kah kah kah kah
Unknown commented on
"CONTOH NGO BEBAL"
...asas perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA)...
gwa bukan ahli hukum seperti latheefa koya atau ambiga,
boleh tolong jelaskan DNAA itu?
jika si A bukan ahli mana2 parti politik, tak pernah bergambar selisih bahu dengan perdana menteri, presiden parti. buat salah yang sama dan dihadap depan tuan hakim. akan mendapat DNAA juga?
jika si B miskin papa kedana tidak boleh hire peguam handal seperti zahid bagan datoh, bukan gedebe presiden parti, takda datuk seri, jika buat kesalahan sama adakah boleh dapat DNAA juga?
mohon penjelasan
Unknown commented on
"DUIT DEPAN MATA - BIDADARI DI SYURGA"
Betul betul betul, wang kiblat baru, jangan malu, jangan segan, jangan gundah gulana, semuanya direstui oleh majoriti orang kita, selagi dapat makan free berak senang, semuanya halal belaka, kah kah kah seorang juruterbang kena tangkap di Jakarta bawa masuk dadah begitu banyak, lepas di KLIA, tak ada masalah, sampai Jakarta sangkut, jadi persoalan sekarang, siapa bertanggungjawab?
Polis bantuan diam diam duduk, polis kata masih dalam siasatan Indonesia, AKPS kata tunggu siasatan polis, menteri umum tempat polis dahulu supaya tidak berulang, jadi siapa akauntabiliti? Inilah masalahnya negara ini, asyik tolak menolak sesama sendiri, banyak sangat agensi agenda sendiri kah kah kah
bab makan bersantai hari keluarga majlis-majlis laju anjur minta sedekah setiap kali kepada semua terutama agensi penguatkuasaan kah kah kah kah kah makan percuma berak senang semuanya kah kah kah kah
DARI BALKONI LE CHATEAU
DARI BALKONI
LE CHATEAU
PETANG INI JAM 3.00
CUACA INDAH
MATAHARI BERSINAR CERAH
ANGIN BETIUP LEMBUT
LANGIT BIRU CANTIK
BERAWAN PUTIH
POKOK DI HUTAN LE CHATEAU
HIJAU SEGAR BUGAR
SATU PETANG YANG INDAH
MENJANJIKAN MALAM SEJUK SANTAI
AMIN
KENALI TUAN ANJING
KENALI
TUAN ANJING
AMIN
Unknown commented on
"JEMPUTAN - HIMPUNAN ESOK PETANG - MAJLIS BANDAR KLANG"
Orang bodoh takde otak cm kau je bela anjing dlm apartment
ANTI PENDATANG AGENDA POLITIK DUNIA
ANTI PENDATANG
AGENDA POLITIK
DUNIA
Saya amat yakin isu dan agenda pendatang ini akan menjadi isu dan agenda utama PRU 16 nanti. Saya tidak dapat meramalkan apakah dasar dan garis politik yang akan di ambil oleh pelbagai parti politik dalam negara ini.
Tapi isu pendatang yang halal dan yang haram akan di hebohkan untuk memancing undi. Di gunakan untuk memperlekeh musuh politik.
Saya tidak dapat menujumkan secara terperinci apa yang akan di lakukan oleh semua parti politik ini. Ini kerana isu dan agenda pendatang ini boleh meledak ke garis kiri atau ke garis kanan.
Dari apa yang saya amati agenda pendatang ini telah menjadi agenda parti-parti politik di Eropah – Barat dan Timur.
Di UK , di Peranchis, di German dan di Itali – kita membaca bagaimana agenda pendatang ini telah menjadi isu utama kempen politik.
Di Itali Giorgia Meloni dari Party Brothers of Italy menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Itali pada Oktober 2022. Parti ini jelas berhaluan kanan dan berkempen menentang kemasukan pendatang haram dan pelarian perang.
Di German – Parti AFD – Alternative for Germany – kini menjadi parti politik ke dua terbesar dalam Parlimen German. Parti AFD ini tanpa segan silu berhaluan kanan. Secara terbuka AFD bukan sahaja tidak mahu lagi menerima pendatang malah pendatang yang sedia ada juga wajib di hantar pulang ke tanah asal usul.
Parti AFD ini di ramal akan menjadi kerajaan pengganti kerajaan campuran Sosial Demokrat dan Kristian Demokrat Canselor Friedrich Merz yang berkuasa sekarang.
Di Peranchis Parti National Rally yang berhaluan kanan di ramal akan naik takhta. Marine Le Pen adalah calon Presiden dari parti ini. Jika Marine menang dia akan menjadi wanita pertama Presiden Peranchis. Undian pada tahun 2022 Marine hanya di kalahkan oleh Presiden Macron dalam pusingan ke dua.
Marine kalah kerana pengundi dan penyokong Parti Sosialis dan Parti Komunis memberi sokong kepada Macron untuk menghalang Marine dari menjadi Presiden.
Garis parti National Rally ini amat jelas. Menentang kemasukan pendatang baru. Juga dasar parti ini seperti AFD akan juga menghalau keluar pendatang yang telah berada di Peranchis.
Di UK – Parti Buruh – sedang diasak oleh Reform Party yang di pimpin oleh Nigel Farage. Dalam masa 10 tahun ini UK telah ada 7 Perdana Menteri. Ini gambaran bahawa UK tidak stabil lagi dan agenda utama yang membawa kucar kacir politik UK ini ialah pendatang dan pendatang haram.
Hakikatnya semua negara dalam Kesatuan Eropah sedang berhadapan dengan masalah pendatang haram.
Belanda, Sepanyol, Belgium, Sweden, Denmark dan Greece – semua berhadapan dengan masalah pendatang haram. Malah pada tahun 2000 - Austria menjadi negara Eropah pertama yang memilih kerajaan berhaluan kanan yang menjadi pendatang sebagai agenda kempen politik.
Di Eropah Timur perkara yang sama sedang berlaku. Malah negara bekas Blok Sosialis ini lebih keras lagi dasar menentang kemasukan pendatang.
Negara-negara seperti Poland, Lithuania, dan Latvia membina pagar keluli yang tinggi serta sistem pengawasan elektronik di sepanjang sempadan mereka dengan Belarus bagi menghalang lintasan tanpa kebenaran.
Soldadu di arah mengawal sempadan. Kerajaan secara rutin mengerahkan angkatan tentera dan unit pengawal sempadan khusus untuk mencegah cubaan kemasukan secara haram.
Undang-undang negara di beberapa buah negara Eropah Timur membenarkan tindakan menghalau balik serta-merta individu yang melintasi sempadan tanpa dokumen sah.
Jelas pendatang kini dilihat sebagai masalah utama. Pendatang di lihat sebagai musuh utama.
Amerika negara imigran yang asal usulnya milik Red Indian kini menjadi negara paling keras terhadap imigran dan pendatang. Wal hal semua rakyat Amerika adalah pendatang kecuali Red Indian.
Presiden Trump menjadikan imigran dan pendatang sebagai agenda politik. Malah Trump memperlekeh negara Eropah yang di anggap tidak keras seperti dasar Amerika bila berhadapan dengan pendatang.
Pendirian Donald Trump mengenai imigresen haram tertumpu pada strategi penguatkuasaan tanpa kompromi, pengusiran secara besar-besaran, serta penghapusan tegas dasar-dasar yang membenarkan pendatang tanpa izin untuk terus berada di Amerika Syarikat.
Bila Trump kembali berkuasa penggal kedua tahun 2025 Trump telah menjalankan kempen dan operasi besar-besar menangkap dan menghantar pulang pendatang haram.
Trump telah memberi arahan dan mengeluarkan dana untuk Agensi ICE. Agensi ICE ialah lembaga Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam.
Lembaga ini di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. ICE bertugas mengawal sempadan, kastam, perdagangan, dan penguatkuasaan imigresen.
Lihat apa yang telah dilakukan oleh ICE atas arahan Presiden Trump semenjak Trump menjadi Presiden kali ke dua..
Setakat Julai 2026, ICE telah menjalankan operasi menahan lebih daripada 1 juta individu. Angka bulanan terkini menunjukkan agensi tersebut menahan lebih daripada 46,000 individu pada bulan Julai ini sahaja.
Setakat ini ICE telah terlibat dalam sekurang-kurangnya 41 insiden tembakan yang mengakibatkan 11 kematian. Juga di laporkan sejumlah lebih daripada 60 kematian yang dilaporkan berkaitan ketika operasi sedang dijalankan.
Dari mana asal usul pendatang ini?
Untuk memudahkan pemahaman – semua pendatang ini datang dari Negara Dunia Ketiga. Negara Dunia Ketiga atau Negara Selatan ini ialah negara-negara dari Afrika, Asia dan Amerika Latin.
Kesemua mereka ini meninggalkan negara tanah tumpah darah mereka untuk menuju ke negara Pertama atau Dunia Kedua iaitu Amerika Utara dan Eropah.
Persoalan timbul kenapa pendatang ini meninggalkan negara asal mereka dan menuju ke Amerika Utara dan Eropah Barat.
Jawapan mudah ialah tarikan ekonomi. Tarikan ekonomi ertinya peluang pekerjaan. Faktor penarik utama - besi berani pekerjaan terus memanggil Warga Selatan untuk melintas sempadan menuju ke Utara untuk memperbaiki kehidupan.
Peluang pekerjaan sah menjadi tarikan utama. Malah mari kita kembali membuka sejarah ke satu tahap pasca Perang Dunia Ke Dua.
Lepas perang tahun 1945 - Eropah terpecah dua. Eropah Timur di bawah pengaruh Rusia mengamalkan sistem ekonomi sosialis. Eropah Barat mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.
German terpecah dua – German Barat berkiblat kepada Amerika. Manakala German Timur berkiblat kepada Rusia.
Tamat Perang Dunia Ke Dua Peranchis dan UK jatuh muflis. Ekonomi negara ini musnah akibat perang. Hanya Amerika yang selamat tidak teruk dibantai dalam Perang Dunia Ke Dua. Justeru ekonomi Amerika amat kukuh.
Di Eropah pengaruh Parti Komunis dan Parti Sosialis amat kuat sekali. Ini kerana jasa gerakan haluan kiri yang berjuang menentang kaum Fasis Hitler dan Mussolini dalam Perang Dunia Ke Dua.
Amerika melihat ini bahaya besar terhadap kaum kapitalis. Dalam masa yang sama di Amerika sendiri kesatuan buruh dan kaum kiri dan Parti Komunis Amerika amat berpengaruh.
Justeru Amerika menjalankan apa yang di panggil Pelan Marshall. Ini secara rasminya dikenali sebagai Program Pemulihan Eropah.
Ini merupakan program bantuan Amerika Syarikat pada tahun 1948 yang dicadangkan oleh Setiausaha Negara George C. Marshall untuk membangunkan semula Eropah Barat yang musnah akibat perang, memodenkan industri, serta membendung penyebaran komunisme.
Untuk ekonomi berkembang memerlukan tenaga kerja. Dana dari Amerika. Di bawah Rancangan Marshall, Amerika Syarikat memberikan $13.3 bilion bantuan asing kepada negara-negara Eropah antara 1948 dan 1952. Dalam wang hari ini, jumlah itu bersamaan dengan kira-kira $135 bilion hingga $150 bilion.
Pada awalnya warga Sepanyol dan Itali datang bekerja di Belgium, Belanda dan German. Semua pendatang adalah warga Eropah yang mengamal budaya dan agama yang sama.
Di German Pelan Marshall berjaya memulihkan ekonomi. Ekonomi German berkembang. Tenaga kerja masih di perlukan.
Kerajaan German tidak ada pilihan untuk memastikan ekonomi German terus berkembang. Maka German menjemput pekerja jemputan – Gastarbeiter - dari Turki. Pada 30 Oktober 1961, German dan Turki menandatangani Perjanjian Pengambilan Tenaga Kerja Turki-Jerman yang rasmi.
Ini satu babak sejarah bilamana pendatang Turki negara Islam yang secara resmi di jemput datang. Hakikatnya pendatang Turki telah lebih 60 tahun – tiga generasi di German. Anak watan German pasti telah berkenalan dengan warga yang bukan dari Eropah.
Great Britain atau UK sebelum Perang Dunia Ke Dua adalah kuasa terbesar dunia. Hampir tiga par empat muka bumi dunia ini adalah di bawah takluk Baginda Raja England. Ini termasuk kita dari Tanah Melayu.
Tanah jajahan Great Britain berselerak di Negara Selatan. Raja England adalah Raja kita. Pound Sterling adakah duit kita. BBC ialah radio kita. London ialah kota rujukan kita. Hakikatnya semua anak tanah jajahan boleh keluar masuk ke UK. Ketika itu kita bukan.. ..saya ulang ... kita bukan pendatang haram dari Tanah Melayu.
Ini babak sejarah satu ketika dulu. Ini sebelum Nigel Farage dari Reform Party wujud. Ini sebelum kita mendengar sebutan Rohingya. Hari ini semua berubah. Apa telah berlaku ? Tunggu minggu hadapan. Amin (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/781498
.















