Ahad, 2 November 2008

NAJIB, ALTANTUYA dan INTERNET

(MELIHAT KEMBALI)

Najib Razak berkata ada banyak tohmah dan fitnah dalam blog dan laman-laman internet. Adakah Najib ini memang seorang ‘joker’ atau dia tidak mengetahui tentang apa yang sedang berlaku dalam alam siber ketika ini.

Pada awal dahulu ketika internet mula muncul, hujah utama yang digunakan oleh orang seperti Najib ini ialah tentang merbahaya internet kerana terlalu banyak laman lucah. Kini kelihatan agenda’ ‘laman lucah’ ini tidak lagi menarik perhatian umum.

Untuk sesiapa yang menjaring internet pasti tahu bahawa keinginan untuk melihat ‘laman porno’ ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Untuk saya orang yang menggunakan ‘laman porno’ ini adalah mereka yang sedang menghadapi sakit jiwa. Saya tidak tahu sama ada si Najib ini masih melayari laman jenis ini. Saya berharap TIDAK kerana saya gusar nanti dia akan diherdik oleh Datin Rosmah.

Saya telah banyak menulis tentang peranan internet. Saya telah menerangkan kepada umum bahawa dengan munculnya internet maka hegemoni penyebaran berita yang dahulu dimiliki dan dikawal oleh daulah telah pecah. Kesampaian internet telah membawa satu budaya penyampian maklumat yang baru bukan sahaja di Malaysia malah di saentero dunia.

Internet telah membuka ruang untuk warga sesebuah negara untuk menjadi pembaca berita, penyampai berita, pembuat berita dan memberi segala bentuk pandangan. Ini kebebasan baru yang dahulunya tidak pernah dapat dirasakan oleh warga.

Malaysia yang telah mengamalkan sistem yang menekan kewartawanan bebas dan melahirkan media berlesen kini telah menghadapi satu keadaan baru. Internet telah dapat melintasi semua bentuk-bentuk halangan – tanpa lesen, tanpa modal, tanpa saringan – berita boleh disebarkan. Suasana inilah yang masih belum disedari oleh orang ramai terutama ‘orang-orang politik’ dari parti pemerintah.

Harus diakui bahawa BUKAN semua berita dari laman-laman internet ini masuk akal. Bukan semua yang ditulis dalam blog-blog itu adalah tentang politik semasa. Malah majoriti blog dan laman, tidak langsung mempedulikan apa yang berlaku dalam politik harian. Jika dibuat kajian rapi pasti akan ditemui 90% blog-blog yang wujud dalam laman siber di Malaysia ini adalah hampeh - luahan perasaan Mat Jiwang, Mat Bunga dan Minah Ranggi.

Tetapi kenapa Najib dan sekutunya terus menyerang internet dan blog-blog. Mari kita kaji latar belakang yang memunculkan kenyataan Najib ini. Untuk saya kes pembunuhan Altantuya perempuan dari Mongolia itu adalah latar belakang utama. Salah seorang yang dituduh dalam pembunuhan Altantuya ialah Razak Baginda. Razak Baginda ialah ‘jurufikir’ dan rakan niaga Najib Razak.

Melalui laman-laman blog, rakan niaga Najib ini ‘dikatakan’ telah mendapat duit komisen yang lumayan hasil dari jual beli senjata. Menteri yang bertanggungjawab dalam hal beli senjata ini ialah Najib sendiri. Laman-laman blok telah menunjukkan hubungan intim diantara Najib dan Razak – mereka intim seperti anak dan ayah.

Hubungan ‘intim anak dan ayah’ ini telah diberi komentar oleh beberapa laman web dan blog. Berita duit komisen berjuta-juta dollar ini hanya dilaporkan oleh akhbar dan majalah luar negara. Penulis blog hanya mengutip dan mengulangi laporan-laporan ini sambil bertanya apakah betul semua ini. Jika laporan ini betul, bermakna ada kong kali kong diantara ‘anak dan ayah’. Dari apa yang saya baca di laman blog, duit komisen ini cukup besar. Jika dicongak duit komisen ini membolehkan semua orang Islam dalam negara ini pergi membuat umrah tiga kali ulang.

Di mana pula tersepitnya Altantuya? Dari awal lagi laman-laman blog telah menulis bahawa Altantuya ini adalah kekasih Razak Baginda. Saya pada awalnya menganggap ini tidak betul kerana Razak Baginda ini ialah penasihat Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri. Justeru wajiblah perangai dan tingkah ‘jurufikirnya’ mencerminkan ketrampilan bossnya.

Anggapan saya ini meleset. Tiba-tiba melalui affadavit, Razak sendiri telah mengakui bahawa dia pernah ‘bertogel’ dengan Altantuya. Lihat bagaimana sahehnya tulisan dan laporan dari blog. Saya terpaksa gulung tembakau Siam kerana hormat dengan penulis blog yang terbukti lebih cekap dari Johan Jaafar, Rejal Arbee, Nazri Aziz. Atau Kadir Jasin. Dalam kes ini, wartawan berbentuk Rehman Rashid dan Tengku Fraud Adnan tidak akan diambil kira.

Kini kes Altantuya sudah jelas, seperti terberak di padang pasir. Semua rakyat Malaysia melihat bahawa dalam kes jual beli senjata ini ‘Cik Mek Mongolia ini ada memainkan peranan. Setidak-tidaknya mengurut-urut batang opps… badan Razak Baginda setelah Razak berbuih-buih mulut bertengkar dengan peniaga komunis Russia dan peniaga kafir Peranchis yang tidak mahu menurunkan harga peluru.

Bayangkan jika tidak ada Altantuya ini siapakah agaknya yang akan menteteramkan Razak Baginda semasa tawar menawar di Paris atau di Moscow. Inilah contoh yang di war-warkan oleh Najib sebagai Melayu Unggul dan Melayu Glokal. Pastilah ‘jurufikir’ yang bernama Razak Baginda ini lebih cekap lagi bijak dari jeneral-jeneral kita yang terdidik di Sandhurst atau di West Point. Kalau tidak pasti urus jual beli senjata akan dilakukan oleh para jeneral?

Disini saya ingin mengingatkan orang Melayu yang mudah lupa tentang pertanyaan seorang Bengali yang bernama Karpal Singh di Parlimen. Bengali ini telah bertanya kenapa Altantuya sesudah ditembak mati badannya dibom? Adakah ini untuk memusnahkan anak dalam kandungannya. Soalan Bengali murtad tanpa serban ini agak masuk akal tetapi berita ini tidak pula diusik oleh media berlesen. Hanya blog dan laman-laman yang memberi laporan lanjutan. Ini satu kehebatan blog. Mereka tahu menghidu jenis berita.

Mungkin persoalan dari Bengali ini hanya akan terjawab apabila kes ini bermula. Tetapi ada satu pekara yang saya hairan – siapa mata-mata gelap yang diupah oleh Altantuya. Mereka juga ditahan untuk sementara waktu oleh pihak polis. Siapa mereka ini? Mana asal usul mereka. Di sinilah saya lihat blog memiliki sedikit kelemahan. Penulis blog tidak melakukan kaji selidik mencari sudut baru untuk memecah dan mengolah berita.

Banyangkan kalau si Mamat mata-mata gelap swasta ini dapat ditemubual dalam blog atau dalam tv blog pasti kredibiliti blog itu melonjak. Penonton akan menyerbu masuk lebih hebat dari Afundi.(1)

Pada hemat saya Najib meminta orang ramai agar tidak percaya kepada laman internet dan blog ini kerana dia merasa terancam yang bisul di punggungnya yang akan meletus. Kalau saya Najib, saya pun akan merasa risau. Banyangkan apabila pihak polis ingin melakukan ujian DNA terhadap anak Altantuya di Ulan Bator telah ada blog yang bertanya – DNA anak Razak atau cucuk Razak?

Saya hanya ada satu cadangan untuk Datuk Seri Najib yang bakal menjadi PM kita semua. Kenapa tidak buat blog sendiri dalam internet. Tidak perlu banyak modal. Tidak semahal harga buang tahi lalat di pipi. Jangan kita kacau blog orang lain. Jawab dengan tulisan di blog dan bukan ugutan atau tangkapan.

Kerana ‘jurufikir’ Datuk Seri sekarang ‘berehat’ di Sungai Buluh, maka saya menawarkan diri untuk memberi pandangan tentang nama blog itu. Namakan blog ini - Saya Tak Minat Ziana Zain - jika nama ini digunakan, saya jamin dalam masa 3 bulan blog ini akan mendapat lebih dari satu juta pelawat.


1 ) Mata Mata gelap swasta itu ialah P.Balasubramaniam yang mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah pada 1 Julai 2008

Tulisan ini pernah keluar dalam Malaysia Today dan MalaysiaKini pada Januari 2008.
Tulisan ini juga terkumpul dalam buku Keganasan,Penipuan & Internet May 2008





18 ulasan:

Mwabe Nkrumah berkata...

Hanya sosialisma dapat menyelamatkan Malaysia dari menjadi Zimbabwe no 2 dan menjadi negara yang diperintah melalui fatwa anti-yoga.....

HANG LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Salah tu,hanya Allah yg boleh menyelamatkan Malaysia

Unknown berkata...

setuju pakjib buat blog sediri dan letak nama yang comel comel..nama blog bro.hisham cadang tu pun dah comel dah..hhahaha pas letak la about me:dan photo kat profile hahaha

Unknown berkata...

Saya suka sekali dengan negara ini ... Apa saja yang tidak mungkin terjadi di negara lain maka boleh anda jumpai di negara ini ..

Aneh tapi Nyata ... Hahahaha

Hanief berkata...

Walaupun tak ada "kah..kah..kah.." namun, ada banyak bahagian yang mengandungi unsur lucah ops... unsur lucu. ^^

Tanpa Nama berkata...

Najis tidak perlu takut dengan internet lagi kerana sistem penghakiman kita sudah bersedia untuk 'memihak'nya. Apa nak digaduhkan lagi apa saja dakwaan atau caj di mahkamah terhadap Najis jika ada nanti akan melalui proses berbelit-belit penuh dengan intrig dan mungkin seperti kes RB lalu yang agak melelahkan tetapi semua suspens itu akan diberi antiklimaks yang Najis secara teknikal atau satu hujahan yang betul-betul tak masuk akal mengatakan Najis adalah tidak terlibat lansung dengan kes wanita cantik dari Mongolia itu.Apa nak dek kato keputusan mahkamah itu tidak boleh dipertikai lagi dan dikritik, jika masih mahu dikritik (contempt of court) nanti masuk jel pula. Ingat tak kes AI dicaj sodomi, berkali-kali benda anuar tidak masuk ke lubang Azizan namun boleh dikira AI sudah bersodomi dan AI kena 6 tahun dah. semua orang tahu , si pekak di Felda pun tahu tak perlu tanya saintis roket betapa hebatnya hakim kita boleh membuat keputusan yang tidak memihak kepada kebenaran. Sementara itu internet menghasilakn banyak maklumat yang tidak diperolehi daripada berita arus perdana.

Tanpa Nama berkata...

Sdra Isham,

saya nak tanya dua perkara aje:

1. Mcmana C4 boleh keluar dari kawalan tentera dgn `lenggang-lenggok` sahaja.

2. Dari 20 juta pelancong yg memasuki Malaysia..kenapa hanya nama Altantuya shj yg hilang dari sistem komputer imigresen.

Kenapa dua kejadian sepenting itu...langsung tak diambil pusing oleh pihak berkuasa ?
Kenapa ? sebab dah dapat 100 juta ?
atau apa lagi ?

adnan m

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah...sedikit sebanyak ada perlunya kita ambil kira mengenai cuaca .Berkenaan cuaca walaupun sekarang ini banyak diperkatakan mengenai perubahan cuaca akibat "tangan- tangan jahat manusia" akan tetapi sewaktu di sekolah menengah dalam mata pelajaran ilmu alam kita juga mempelajari mengenai cuaca /suhu persekitaran dan relatifnya ketinggian. Tibet, Perancis..dari perspektif cuaca dan suhu persekitaranya adalah sejuk..Tibet ketingian laras bumi Perancis kedudukan laras bumi. Mengenai alam sejuk dua perkara yang lazim dilakukan, yang pertama selera makan naik lauk tak sedap pun bolih banyak makan, kedua tarik selimut . Terlalu sejuk bolih kaku ..tengok kuku warna pucat..panjang pendek macam pacat..hisap darah itu pacat...putih gebu itu sendat.
Alangden

Tanpa Nama berkata...

aku kagum dgn hakim d malaysia ni.ianya antara terbaik di dunia.

Unknown berkata...

adakah orang yang sama akan menjadi penasihat pm atau penghuni tingkat 4 selepas mac tahun depan. atau adakah orang itu akan buat SD juga mendakwa dia tak kenal najib? atau adakah dia akan ghaib juga macam PI bala?

Sue Sham berkata...

pengarah dan para pelakon yg xperlu bakat hanya dengan duit dan berani bohong sudah cukup menjayakan filem terhebat "LAHIR DI MONGGOL MATI DI MALAYA"

Tanpa Nama berkata...

Tapi banyak jugak blog2 dan artikel yang merepek dalam internet ni.

pemikir lapuk berkata...

najib tk boleh buka pun komputer...pword bini dia rahsiakan...hahahahaa

Tanpa Nama berkata...

gulung rokok daun dengan tembakau siam tak apa,jangan gulung rokok daun dengan tembakau lain,sebab nanti akan banyak berfikir..kah..kah..kah..,macam mana pun perlu kita ketahui bahawa semua pemimpin-pemimpin united malays national organisation ada lah PENCURI BESAR yang telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun..oleh itu mari lah sama-sama kita HIDUPkan SOSIALISMA..!!

Tanpa Nama berkata...

Malaysia ibarat kapal nak karam. Kapal yang dikemudi oleh UMNO MELAYAU BN. Cina dah terjun selamatkan diri dgn membawa apa sahaja harta yang ada. India pula ambil apa yang ditinggalkan oleh Cina, apa sahaja yang boleh buat duit dan terus sahaja terjun selamatkan diri, maklumlah mereka dah lama tertindas. UMNO MELAYAU BN pula akan mengujudkan satu suruhan jaya untuk memilih presiden untuk membuat keputusan samada terjun atau tidak dan nampak gayanya dah tahu dah sapa yang akan jadi presiden ni. Bila ahli tanya bakal presiden apa keputusannya, bakal presiden UMNO MELAYAU BN dengan selamba menjawab. Tak payah terjun... sat lagi kapal selam mai, kalau tak muat kapal selam akan ada helikopter pulak datang ambik.... kah...kah...kah... Apa yang kita nak bawa sekali ni Tuan Presiden. Dengan selamba jugaklah Tuan Presiden menjawab... C4.

Tanpa Nama berkata...

Bro' Tembakau Siam Kau Berdenggung Tak..? Mana dapat stok Bro..?

Tanpa Nama berkata...

The saying of "there's no smoke without fire" is apt for Najib...being an ex-airline crew we are "privileged" to see the REAL person behind all these local politicians. Imagine being in the same cabin with them for a trip to London for instance....meemnag dia kena 'queen control' habis-habis...stewardess cannot have direct contact with him, everything must go thru' the Bik Mama. Nak tanya makan/minum apa pun adk the Bik Mama.Nak bagi welcome towel n newspaper pun cannot deal direct with NR!! I had an experience where she scolded NR openly in the cabin for not carrying her vanity bag!!
Btw, memang NR tu peminat Z.Zain...humming her song bila tunggu clearance to disembark from the aircraft!!! But btahts when Bik Mama wasn't aroundlah... kah,kah,kah...our future PRIME MINISTER...MALAYSIA MEMANG BOLEH!@!!!!

Tanpa Nama berkata...

ni link blog najib

http://www.1malaysia.com.my/

mmg btul2 kreatif dia guna logo f1....