Rabu, 10 November 2010

SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU




PROJEK BAWAH TANAH


nota:
kenapa projek universiti ini
tak ada dalam belanjawan?
ini projek penting kerana
dapat mengeluarkan phd
dengan pantas sekali kah kah kah


KERAJAAN TETAP SOKONG BINA MENARA WARISAN MERDEKA - melayau

Kerajaan mengambil pendirian tetap menyokong serta mempertahankan perancangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat meskipun cadangan itu ditentang pihak pembangkang.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu dibuat kerana pembinaan menara berkenaan pasti menerima sambutan baik banyak pihak melalui pelaburan hartanah di samping memperlihatkan pembangunan negara di persada antarabangsa.

Lebih-lebih lagi katanya, pembinaannya di ibu kota langsung tidak menggunakan dana kerajaan kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh PNB.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
ini kes amat amat pelik.
gerombolan kata semua ini pakai duit pnb
tak ada duit kerajaan. betul ke ini?
kalau tak pakai duit kerajaan kenapa
pembinaan bangunan 100 tingat ini dalam belanjawan kerajaan
dan di bentangkan di parlimen.

pelik kan?

kalau duit syarikat itu sendiri kenapa projek hotel bawah tanah
Le China Doll oleh Cheng Ah Seng di bukit bintang
tidak dibentangkan dalam belanjawan ?

kenapa mek dogal yang akan buka 700 lagi kedai bangkai
tak disebut dalam belanjawan?

ini macam nak tipu orang melayu saje bunyinya kah kah kah



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kroni yang diberi harapan akan dapat projek tersebut meleleh air lior tak sabar nak tunggu perojek lulus.

Macam-macam yang diolah dan diwar-warkan.... agar rakyat leka dan lalai.

Bila disebut sebagai "Kerajaan mengambil pendirian tetap menyokong serta mempertahankan perancangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat meskipun cadangan itu ditentang pihak pembangkang.....", menunjukkan bahawa perbuatan khianat yang dilakukan oleh Tun Mahathir membina KLCC akan berulang lagi.

Dikatakan bahawa tanah tapak KLCC berharga RM300 juta tapi petronas telah dipaksa membeli dengan harga RM900 juta... Sehingga kini ruang pejabat dalam menara petronas itu masih banyak yang kosong.

Apa kebaikan untuk rakyat dengan bangunan tingg berkembar KLCC itu...?

Cuma boleh berbangga dalam pandangan mata saja. Tapi bila rakyat menghampirinya rakyat akan dilihat sebagai pengemis dikaki lima.....

Siapa yang untung dalam pembinaan projek mega seperti itu...? Hanya untuk beberapa ekor manusia saja yang nantinya akan digelar sebagai jutawan Malaysia.

Yang rugi dan terbeban dengan masaalah hutang negara adalah rakyat jelata. Cuba lihat defisit negara sekarang berapa...?

Perlukah kita menyokong kerajaan BN(UMNO Baru) dengan bangunan tinggi 100 tingkatnya sedangkan mereka juga bersiap sedia nak mencekik leher kita dengan berbagai jenis cukai serta menaikkan harga barang keperluan...?

"Lu fikirlah sendiri...."

Tanpa Nama berkata...

kalau duit PNB, biaq la depa yang cakap sendiri...yang zahid,muyidin,kerajaan nak sebok2 jadi jurucakap tu apa kes?

shahmetal berkata...

ini jawapan aku petik dari khir toyo:

"Dalam bajet bukan sekadar menyatakan apa yang akan kerajaan belanja dan dapat tetapi juga membentangkan perancangan ekonomi negara"

Tanpa Nama berkata...

Ini berita mesti tak masuk paper perdana

"Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur...

....negeri yang tidak mementingkan projek-projek gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya kerajaan Kelantan telah menjalankan projek-projek yang membantu peniaga-peniaga kecil dan sederahana..."

sumber: Harakahdaily.net

Tanpa Nama berkata...

stadium yg tak seberapa tingkat pun boleh tumbang.. heeiii ngeri aku kalau bangunan 100 tingkat tu tumbang. kalau pnb nak buat jugak harap2 bukan syarikat kontraktor melayu.. memang hancus jadinya.

opisboi berkata...

zahid ni menteri pertahan ker? menteri PNB! bagi kapal selam tu menyelam dulu baru settle hal orang lain kalau nak bodek pon gi lah sembab muka kat KOPEK bik mama gerenti bik mama seteam.

Tanpa Nama berkata...

Mangkok 100 Tingkat ni saper resmi nanti?

Tanpa Nama berkata...

mungkin pelabur yang menyimpan rm50 hinggit kat pnb akan mendapat 1 unit pejabat free

anak marhaen berkata...

Benci betul aku dengar projek menara 100 tingkat,x payah la bagitau x guna duit negara kita semua dah tau,umngok mana boleh percaya,baik guna duit tu tolong mangsa banjir,buat rumah kt orang yg tinggal bawah jambatan,tolong peniaga kecil lagi berkat..kalau nak buat sgt guna la duit kwsp bik mama..