Isnin, 26 September 2011

JANGAN JADI POYO - JADi ANAK MUDA YANG COOL




COOL IALAH TURUN BERDEMO





RESOLUSI RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2011 24-25 SEPTEMBER 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (Pengurusan) Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari seluruh negara selama dua hari di Shah Alam. Rapat kali kedua ini berjaya mengumpulkan orang sumber dari perbagai latar belakang dan penuh dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal.

Sempena rapat ini SAMM telah mencapai 10 resolusi penting yang perlu diangkat.


1. SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi untuk menyelamatkan negara dari kerakusan pemerintah korup yang kedudukan indeks rasuahnya yang parah mengikut beberapa statistik badan dunia.

2. Demokrasi negara ini sedang 'tenat' apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambah-baikkan sistem pilihanraya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.

3. Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMM melancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalam menyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

4. SAMM meyakini pemansuhan ISA adalah kejayaan desakan rakyat dan perlu diteruskan terhadap undang-undang 'draconian' lain seperti AUKU. SAMM gesa rakyat jangan termakan gula-gula pengumuman. Undang-undang tidak boleh mansuh dengan pengumuman tetapi pemansuhan harus dilakukan di Parlimen. Selagi tidak dibawa ke parlimen pengumuman pemansuhan tidak bermakna dan tidak boleh dipercayai lagi.

5. Isu-isu yang menyentap sensitiviti agama dan perkauman serta permainan politik lucah yang tidak langsung menguntungkan rakyat harus segera dihentikan. Tumpuan sumber dan tenaga harus ditumpukan kepada bagaimana membantu rakyat yang semakin susah.

6. Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 manakala bagi Sabah,Sarawak pula 1963. Maka SAMM dengan tegas mengatakan semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

7. SAMM menegaskan semua keperluan asas rakyat seperti pembekalan eletrik,air,lebuhraya perlu dimiliknegarakan. Pendidikan serta perkhidmatan kesihatan percuma tidak boleh dikompromi. SAMM menggesa rakyat agar menjadikan ini sebagai agenda utama penilaian ketika PRU nanti.

8. Menyedari betapa pentingnya kesedaran dan kepedulian di kalangan anak muda, Rapat SAMM kali ini membuat keputusan SAMM harus punya sekolah politik dan jabatan penyelidikan bagi memantapkan pemahaman politik dan kesedaran hak warga dikalangan anak muda.

9. SAMM menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.

10. SAMM juga menyeru supaya rakyat menolak SEMUA ahli politik atau kaum keluarganya yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan. Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat.

11. Kenaikan harga barang semakin menghimpit, ini diparahkan lagi dengan kewujudan cukai terus kepada pengguna seperti GST/VAT. Adalah satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum dilaksanakan. SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat.

12. Negara semakin berada di bawah kawalan korporat besar. Indeks jenayah kononya dikatakan turun, tetapi amat berbeza dengan realiti kerana setiap hari jenayah terus kepada rakyat seperti ragut, rompakan (rumah seumpamanya), bunuh, ugut semakin meningkat. Yang dikatakan turun hanyalah kerana diberi tumpuan kepada jenayah skala tinggi seperti rompakan bank dan seumpamanya. Ini memberi persepsi Negara dikawal pemodal dan korporat besar. Indeks jenayah yang mempengaruhi turun indeks jenayah Negara ialah jenayah besar yang jejas korporat besar, tetapi bagaimana dengan jenayah yang semakin menggila yang berlaku terus kepada rakyat.

SAMM mendapati negara ini bukan sekadar diambang krisis tetapi sudah memasuki pintu krisis dan perlu diselamatkan segera.

SAMM melihat anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk mencapai matlamat baik.

Untuk maksud resolusi,serentak dengan itu juga dirancang perbagai aktiviti dengan pendekatan radikalisma muda.
Selamatkan negara.

25 September 2011
www.anakmudamalaysia.com



JANGAN LUPA JUMAAT INI


6 ulasan:

Awanama berkata...

Kalau asyik pergi, kemudian balik rumah dengan selamat.. baik tak payah pergi..

Buat demo, jangan balik rumah selagi tak berjaya jatuhkan gerombolan.

Jangan ikut lagu cibai gerombolan, depa hanya kuat nyanyi saja.

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!

Jangan harap kami pulang? lanchow la.. berdemo, kemudian lari balik.. mana cool.. ini penakut.. Demo mesti berani mati, baru gerombolan jadi takut.. thai sudah buat, greek sudah buat, england sudah buat, tunisia mesir libya sudah buat.. baru cool..

Malaysia demo, lari balik rumah.. ptui.. baik gua ikut zul bisul kalo nak lari balik rumah..

Awanama berkata...

sokong teramat sokong perjuangan SAMM tanpa mendepani ideologi politik mana-mana parti...sayang gua sudah beruban atas bawah...dah tak sesuai menyertai SAMM...tapi gua tetap sokong kalian..

bunbinban berkata...

gua walaupun dah beruban, tapi jiwa ttp muda. Gua sokong SAMM sbb bertepatan dgn gua punya perspektif ttg politik negara. Gua muak dgn politik elit.

ah cheng berkata...

pandai betul ko merosakkan budak2 ..hakhakhak

Awanama berkata...

geng anak muda US sekarang tengah buat gerakan occupy wall street...

Awanama berkata...

pada pendapat aku, dah sampai masanya kau gerakkan anak2 muda lepak berkampung kat jalanraya or dataran merdeka. lagi cool kalo lepak kat bangunan opis pm. aku makin tak tahan tengok keluarga2 yg miskin terus terbeban. hiba dan sayu. peringatan tak jalan dah. kita lepak berhari2 kat sana ramai2. tukar aje la pemerintah ni. nak tunggu PRU, korang sendri tahu dah kene kencing dgn indon bangla. cukup-cukup lah. yg asyik buat press con tu pun ahli parlimen jugak, gaji besar, mcm2 kemudahan dapat walaupun dari PR.