Isnin, 21 Januari 2013

DEMO JALAN RAYA MEMBAWA HASIL SEGERA





  KOMENTAR TUKAR TIUB
bila musuh mengundur
kita menyerang
bila musuh menyerang
kita mengundur

bila musuh lemah
inilah masanya kita tibai
tibai sampai maut

lihat  dayak sarawak  telah bangun
lihat iban sabah telah bangun
orang india telah berani bangun
orang china telah berani bangun
anak muda telah berani bangun

       AMARAN TELAH DIBERI
apa maknanya semua ini?

maknanya kerajaan hari ini lemah
maknanya najib lembik

maknanya kerajaan hari ini goyah
gerombolan dipimpin oleh najib seorang yang penakut
ini adalah masa dan ketika paling baik
untuk menyerang habis habisan

najib juga sedang bergelawak sesama sendiri
najib sedang ditekan oleh madey
najib sedang ditekan oleh muhyiddin
perang dalaman sedang membara

satu jalur mahu najib udur sebelum pru13
satu jalur mahu najib undur sesudah pru13

kenapa tetiba naib bersuara tentang royalti?
apa makna kenyataan najib ini?

maknanya apabila rakyat turun berdemo
maka najib terpaksa bersuara
najib mula takut

apa maknanya?

maknanya demo membawa jawapan yang paling pantas
maknanya demo memberi tekanan
tanpa demo tak ada sesiapa ambil peduli
tentang royalti minyak di kelantan
tentang royalti di sarawak
tentang royalti di sabah

tanpa demo  
dayak dan iban di sabah dan serawak
akan terus ditipu 
royati minyak mereka akan terus disonglap

AMARAN TELAH DIBERI
Sarawak Bakal Bincang Semakan Royalti Minyak Dengan Persekutuan
KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mungkin akan mencadangkan satu formula baharu berhubung royalti petroleum kepada kerajaan Persekutuan berikutan penemuan terbaharu minyak dan gas mentah di Miri, kata Menteri Perumahan negeri  Abang Johari  Openg.
Beliau berkata formula itu mungkin tidak membabitkan permintaan untuk menaikkan kadar royalti lima peratus yang kini dinikmati Sarawak, sebaliknya peratusan tertentu dalam ekuiti saham bagi penemuan minyak dan gas mentah di negeri ini pada masa depan.
"Kita kini bercakap soal pendekatan baharu yang kami percaya akan diiktiraf pemimpin kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dewan baharu Sekolah Kebangsaan Rakyat di sini, Ahad.
Abang Johar berkata kerajaan negeri sudah mempunyai satu formula yang lebih memanfaatkan Sarawak, namun tidak boleh didedah ketika ini sementara menunggu perbincangan dengan kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, beliau berkata langkah kerajaan negeri memperoleh pegangan dalam Bintulu Port Holdings Bhd, yang pada dasarnya sebuah pelabuhan persekutuan, juga mungkin boleh dianggap sebagai formula baharu bagi royalti petroleum.
AMARAN TELAH DIBERI

Royalti: PM jamin akan adil

KOTA BHARU 20 Jan. - Najib  Razak memberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan berlaku adil kepada rakyat Kelantan dalam isu bayaran tunai hasil petroleum yang akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas yang telah dibentuk.

Menurut Perdana Menteri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memberi perkenan melantik wakil kerajaan negeri ke jawatankuasa tersebut bagi membincangkan isu berkenaan yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu bagi kepentingan politik dengan menimbulkan kemarahan rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat.

"Jawatankuasa ini akan membincangkan satu persatu secara mendalam mengikut undang-undang dan perlembagaan negara secara telus. Kita takkan selindung, kita akan buka buku kita, kita adil pada rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kita tak tipu sesen pun pada rakyat Kelantan ini," katanya di sini hari ini.




----

1 ulasan:

didi kota belud yang sebenar berkata...

Iban dan dayak kat sarawakjeleh weiiiiii.....kat sabah filipin dengan orang pasthun je............hehehe...tulah....lama sangat duduk bangsar....hehehe...minum lagi old town punya kopi....heheheheh ......... sembelit kauuuuuuu....hehehe