Rabu, 2 Januari 2013

TURUN TIBAI ROSMAH MUNCUL KEMBALI




GERAKAN TTR MUNCUL KEMBALI
SATU LAGI SEBAB MENGAPA KITA
WAJIB TURUN
12 JANUARI 2013
 DATIN SERI ROSMAH MANSOR PERLU JELASKAN DAKWAAN BAYARAN DIBUAT OLEH DEEPAK BAGI PEMBELIAN BARANG KEMAS MEWAH

Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.

Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.


Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.

Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):

1.      Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di lamanwww.dehres.com;
2.      Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3.      Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4.      Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5.      Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6.      Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7.      Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);
8.      Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9.      Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;
10.  Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan
11.  Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).

Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.

Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

INTAN BERLIAN UNTUK
SUAMI NAJIB
------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana senarai cool/poyo??? da 2 januari ni!!!

Tanpa Nama berkata...

Tukat tiub..saya mendapat berita dari sumber bodyguard,kami bekerja jadi kuli kaum pemodal ni.kaum pemodal ni bukan calang2 malah rakan baik kdn,malah punya jawatan tertinggi di MCPF malaysia. mengenai satu projek perlabuhan yg tergendala bernilai 8b yang sengaja dikaburkan oleh pm sekarang,lokasinya di pahang bermula 'D' .saya tidak pasti samaada ia benar2 berlaku..tetapi sy harap sy tidak salah dengar...mohon periksa.salam.*harap tidak memaparkan komen ini.

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

apa lah si TTR ni bagi makan kat deepak tu...macam aku nak seepak je deeepak tu .....kau kacau first lady of malaya ya....kang makan ABU mayat le kau oleh si TTR tu...deepak deepak...bodoh macam bagal..dah beli,kautim,gosok,makan ABU...aleh aleh tak jadi kau menyalak...kau ingat senang nak kacau first lady of malaya tu..taliban toyotuya pun out...hai deepak..dah dapat LTAT punya duit tu jangan lupa kami yerrrr....kalau nak ke amsterdem jangan bawa TT...dia single...nanti meraung semua kat sana.....

Tanpa Nama berkata...

Wow.. barang kemas mewah..

Tanpa Nama berkata...

malam ini suhu semakin panasss walaupun hujan di pantai timur turun tak henti-henti.
ada orang yang tak dapat tidur kerana bahang panasnya mencengkam jiwa.
ada pula orang yang tersenyum-senyum kerana impian semakin menjadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

bloody hell rosmah!!!

aku tak rasa rafizi sengaja meng ada-ada kan cerita ni. he is a Chartered Accountant (CA) with ICAEW. his work is rigorous and the audit trail is completed - an unqualified opionion is clearly justified. dia pun tertakluk dgn code of ethics of ICAEW dan Persekutuan Akauntan Antarabangsa (International Federation of Accountants - IFAC) - takkan dia bodo buat keje menipu, otherwise his CA will be at stake.

again, mampos rosmah!!!!

FIRDAUS SI KECIL... berkata...

TAK HABIS HABIS SI PUAKA NI....LETIHLAH NAK LAYAN....DAH DAH..MASA DAH TAMAT...KITA LANGGGGGAAARRRRRR JEEEEE.....!!!!!