Sabtu, 4 Mei 2013

SURAT AKU KEPADA KAU





SURAT AKU KEPADA KAU


Kawan ku yang aku ingati,

Aku mulakan surat ini dengan bertanyakan khabar. Aku mulakan juga dengan pintaan maaf kerana agak lama  aku tidak menulis. Bukan niat aku ingin melupakan kau. Bukan aku terlupa bahawa kau masih wujud. Tidak.  Kalau aku katakan sibuk mungkin kau tak yakin.  Sebenarnya aku juga tidak ada jawapan atau alasan kenapa aku tidak menulis surat  kepada kau.

Aku masih ingat lagi dimalam-malam akhir aku dengan kau. Dikelilingi oleh kawan dan rakan. Betapa enaknya soiree dimusim panas. Setiap kali soiree dirumah kamu, kau  akan membuat roti jala. Kau juga tidak lupa membuat   kueh Melayu  yang aku panggil Kueh Gulung. Kau katakan aku bersalah kerana namanya Kueh Ketayap.  Ingat atau tidak  betapa kita bertengkar. Awalnya tentang nama-nama kueh. Akhirnya kita bertelagah – siapa lebih Melayu – kau atau aku.

Kenapa agaknya kita selalu bertanya – apakah kita  ini Melayu? Apa ertinya menjadi orang Melayu di Malaysia? Walau pun kita sering bertelagah tentang hal ini.  Aku tidak pernah menemui jawapan. Hujah  dari  dunia akademi kau sering aku dengar. Ada yang meyakinkan. Ada yang membosankan. Aku bukan pengumpul ijazah saperti kau.

Akhirnya aku pulang ke tempat asal. Kau terus berkelana. Aku berkelana bukan kerana  hati yang luka.  Aku berkelana untuk mencari lurah dan denai. Aku tahu betapa  hati kau remok redam. Kau merasa bagitu kecewa dengan apa yang berlaku di tanah tumpah darah kau. Sayangnya, kau tidak menterjemahkan kemarahan dengan melakukan sesuatu. Kau hanya terus ingin berkelana.

Kawan-ku yang aku ingati,

Aku amat yakin kau tahu apa yang akan berlaku pada pagi  Ahad 5 Mei ini.  Kita akan akan menyambut Hari Raya. Aku tahu hati yang jauh berkelana  itu masih  lagi teringatkan kampong dan halaman.  Dalam kesibukan kau dalam kota besar itu , aku rasa sesekali kau  ada terbaca juga tentang kesah dan berita  tanah tumpah darah kau.

Betapa jauhnya kau berkelana,  betapa lamanya kau berjalan tidak mungkin kau melupakan air Sungai Perak yang melintasi  kampong kau. Tidak mungkin kau melupakan stesen keretapi yang membesarkan kamu ke sekolah. Mustahil kau akan melupakan Batu Besar di Ayer Terjun yang  pernah kau pahat dengan nama Kamu dan Dia.

Biar aku ceritakan disini tentang kampong kita. Tentang wilayah kita agar  kesah yang aku kesahkan ini hendaknya akan membakar berahi kau. Semenajak beberapa tahun kebelakangan ini orang-oarang kampong, orang orang kota , anak semua bangsa telah merasakan  perlunya  sebuah kerajaan baru didirikan. Aku sedar apabila aku timbulkan persoalan ini kau akan ketawa. Kau akan berhujah dengan data akademik kamu untuk menyangkal kemungkinan  ini.

Tapi yakinlah wahai kawan ku – keinginan untuk berubah  bagitu luas sekali.  Berahi untuk berubah sedang mengampoh dan membara.   Bukan seluas Selat Melaka, bukan sepanjang Sungai Pahang. Bukan seluas Laut China Selatan tetapi seluas alam maya ini harapan orang dari kampong dan desa – dari pekan dan kota – untuk membuat perubahan. Pekikan perubahan itu semakin melaung dan menderam. Siang aku terdengar pekikan ini. Malamnya aku termimpi-mimpi.

Kau pasti tersenyum apabila  membaca surat aku ini. Kau akan menuduh aku sebagai seorang  romantis. Kau akan menuduh aku seorang idealis. Kau akan menuduh akau terperangkap  dalam zaman yang telah berlalu.  Kau dengan bangganya akan menuduh aku ini gagal memahami pascamoden. Kau akan mengatakan bahawa aku masih memakai teori yang telah langsai. Akhirnya kau  katakan aku ini serpihan jenerasi 60’an yang tidak sudah-sudah dengan mimpi Perang Vietnam. Jenerasi rock n roll yang masih tidak menemui kepuasan.

Kawan ku,

Kalau aku ceritakan kesah ini kau pasti akan menggelengkan kepala. Kau akan berkata setiap fakta wajib dibantu oleh data. Setiap data ada kajian dan bahan bukti. Yang  hendak aku kesahnya disini bukan kajian ilmiah. Bukan data dan angka-angka. Tetapi harapan  anak semua bangsa.

Kau tahu  atau tidak pada 6 Mei ini nanti negara  kita – kampong tempat kelahiran kau -  akan ada kerajaan baru?  Aku bukan bercakap bohong. Biarlah  aku orang menjadi orang  yang pertama memberitahu tahu kau tentang maklumat ini.  Biar aku yang menyampaikan berita baik ini. Aku ingin melihat kau tersenyum puas.

Disini aku ingin memberi tahu kepada kau bahawa kerajaan baru ini akan menjamin masa depan yang lebih baik. Aku difahamkan  kerajaan baru ini akan membawa perubahan saperti yang pernah kau suarakan. Apakah kau lupa tentang Syarahan Perdana Ruang Demokrasi yang kau sampaikan ke Persidangan Anak-Anak Muda ? Kau mengajukan bahawa tugas utama satu satu gerakan massa ialah untuk membuka ruang demokrasi.

Disini aku ingin memberi tahu bahawa aku yakin Kerajaan Baru ini nanti akan membuka ruang demokrasi yang selama ini kita  sama mimpi-mimpikan. Apakah keyakinan aku  ini memiliki asas? Tentang ini aku akui bahawa kau tepat. Aku ini masih lagi romantis. Aku yakin kerana aku melihat sosok-sosok yang mencadangkan  demokrasi ini dengan  tingkah lakunya, kata ucapannya bersandarkan dan bersalut  demokrasi dan kebebasan.  Dalam masa yang sama aku juga teringat apa yang kau katakan satu ketika dahulu bahawa bukan ucapan yang menjanjikaan apa apa. Ucapan tidak memberi apa-apa makna. Kau menerangkan  kepada aku pendemokrasian wajib disokong oleh perubaahan struktur ekonomi.

Kawan ku yang baik,

Aku  tidak akan melupakan kata-kata kau dikali akhir kita berjabat tangan. Kau mengingtakan aku  bahawa politikus adalah politikus. Kau juga memberi  aku ingatan bahawa mereka juga adalah manusia saperti kau dan aku. Kau  juga mengingatkan aku untuk tidak mernjadi pengikut yang taksub membabi buta.

Semua kata-kata kau ini tidak pernah lari dari ingatan aku. Kekadang berdesing ditelinga aku segala  kata-kata kau itu. Kau jangan risau. Aku  tidak akan kecewa. Hatika telah membatu dan tak mungkin kecewa lagi. Aku hanya berkelana dari mimpi ke mimpi dari harapan ker harapan. Walau harapan aku terkoyak.

Aku juga menyedari besarnya kekecewaan itu adalah sama besarnya dengan harapan. Ini bukan bermakna aku tidak ada menyimpan harapan.  Maka disini aku seorang yang kau tuduh romantis akan menjadi seorang  realis. Aku  sedar bahawa dunia yang aku mimpikan itu masih dihadapan. Pada 5 Mei ini  hanyalah  Hari Raya Pertama dimana pintu demokrasi itu akan dibuka.

Aku ingin  kau tahu bahawa  Hari Raya dikampong kita ini tidak saperti dikota kau bermastautin. Aku sekarang  bukan lagi duduk di wilayah dimana tvnya, akhbarnya dan radionya bebas berbincang. Jauh sekali. Secara terang aku katakan bahawa ketika kau mula berkelana dahulu – ruang media  di wilayah kita masih boleh dipertahankan. Kini semuanya telah berubah. Akhbar dan tv kini menjadi alat pemerentah.  Ini tidak perlu aku tuliskan.

Wahai kawan ku yang baik,

Kau akan hairan kenapa aku bagitu yakin tentang  kelahiran kerajaan baru ini pada 5 Mei ini. Aku rasa kau juga hairan apakah aku telah kehilangan pertimbangan.  Tidak. Apalah aku telah  hilang perhitungan.  Jawabnya juga tidak.  Aku tidak hilang perkiraan. Dari apa yang aku baca. Dari apa yang aku lihat.  Semuanya menjerat akal dan fikrah  aku untuk menjadi rasional. Maka aku menerima hakikat  bahawa rakyat  sudah bersedia untuk mendirikan kerajaan baru.

Aku juga amat sedar tentang elit politik dan elit ekonomi yang akan bersekongkol untuk mengalahkan harapan orang ramai.  Aku juga sedar bahawa  tidak semudah itu elit politik dan elit ekonomi akan menyerhah kuasa kepada kerajaan baru. Aku juga sedar bahawa dengan dana dan wang ringgit – segala bentuk   bantuan dan sokongan mudah didapati.

Kawan ku,

Kau jangan ingat aku ini naif. Jangan kau ingat aku kini tidak menyedari apa yang sedang  dirancang. Aku sedar ada perancangan  untuk memastikan mimpi dan harapan  orang ramai akan terkandas. Aku sedar kekecewaan juga ada disebalik pintu.

Pagi tadi sebelum aku menulis surat  ini aku telah membaca berita bagaimana  perancangan sedang berjalan untuk menjatuhkan kerjaaan Selangor. Aku  telah terbaca bagaimana  Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor Tanjung Karang , Selayang, Kelana Jaya, Kapar, Klang, Sepang dan PJ Selatan  akan ditewaskan. Bukan oleh pengundi anak tempatan. Tetapi oleh pengundi impot dari Sabah.

Kawan-ku  yang baik,

Kau ingat lagi akan pekan kecil bernama Broga -  wilayah dimana  satu masa  dahulu kita  pernah berkhemah mendaki gunung.  Ingat? Disini  telah didirikan kem tahanan Pedatang Tanpa Izin.  Mereka yang masuk ke Malaysia tanpa kebenaran akan ditahan disini. Dari apa yang aku difahamkan di kem-kem tahanan inilah bakal Pengundi  Sabah ini sedang dikumpulkan.

Kau pasti akan menggelengkan kepala apabila aku beritahu  bahawa kedatangan  Pengundi Sabah ini adalah satu perancangan yang teratur. Mereka diterbangkan  dengan pesawat 747 yang disewa khas. Dari laporan media aku difahamkan semua ini dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri.

Kau akan bertanya kenapa aku berkesah tentang ini?

Aku menuliskan pekara-pekara ini agar kau tahu apa yang sedang berlaku. Aku mahu akulah orang yang pertama memberi tahu kau apa yang sedang berlaku. Jika CNN, BBC atau akhbar dikota kau melaporkan  berita maka apa yang aku tuliskan ini  adalah latar belakang berita itu.

Kawanaku,

Aku akhiri surat ini dengan harapan kita akan berjumpa dalam sebuah negara Malaysia Baru yang bebas merdeka dan demokratik. Selama beberapa tahun ini aku rasakan apa yang wajib aku lakukan telah aku lakukan. Malah surat aku ini  - yang aku  tulis tiga hari sebelum 5 Mei adalah janji dan tugas aku yang akhir.  Segala apa yang aku fikir molek untuk aku lakukan telah aku tunaikan. Jika sekiranya  6 Mei itu harapan  anak semua bangsa digagalkan oleh undi Pendatang Asing maka kau tunggu susulan dari surat ini. Wasaalam. (TT)

 
NOTA
ini adalah tulisan akhir
dalam keluaran spesial
SUARA KEADILAN
sesiapa yang tak pernah terbaca
atau berjumpa dengan SK
mereka adakah bani gagal 

TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
 

 1 - tidak akan terima keputusan pru13RU 13
2 - tubuhkan satu spr baru
3 -  spr  baru akan membuat  satu pilihan raya yang adil dan bersih








----------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku sungguh sebak dan menitis airmata membaca surat dari mu sahabat mayaku tt..aku akan turun pada 5 mei esok untuk sama sama mencipta sejarah untuk tanah tumpah darahku yang tercinta..ini kalilah..

DIDI KOTA BELUD berkata...

Yaaaaaaaa.......siapa belum Pernah terbaca suara keadilan itu BANI GAGAL.......dan siapa yang pernah terbaca suara keadilan itu adalah mereka ITU lah bani bani yang BERANI GAGAL......syabas bette........ko telah memuncakkan asal dan tujuan kami di sekompolan yang menentang ni...syabas....syabas....aku masih penganut mu...........

Ariff Alyahya berkata...

terbaik TT

Ariff Alyahya berkata...

terbaik TT

adik TT dsabah berkata...

teda kata secantik bahasa
ini kalilah!!
teda muka se ensomboi bercakap
tukar!!!
insyaAllah pakatan manang!!

kaksue.03 berkata...

Terbaeeeeeeek!!!Jom ramai ramai pakat tukaaaaaaar!!!!
Hancurkan kezaliman!!!ABU!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sahabatku ..suratmu ku terima,sedih dan pilu jiwaragaku membaca suratmu...aku bertekat akan megundi@berjuang menamatkan legasi BN@mahataik....semoga perjuangan ini menjadi sejarah bangsa malaysia akan datang...lawannn tetappp...lawannn..

Tanpa Nama berkata...

Sahabatku,
Kelana ini setgh mati merindu..
Ingin aku terbang padamu
Ku terabas lautan dan dataran mencecahmu..

Downunder tersesat aku..
Brocoli n cauliflower...atau pucuk paku
Apple,figs n grapes..manis lg nangka dan duku
Panas berdenting peluh asem...salju dingin beku
Sedih lagi haru
Nak mengundi depa pakat buat2 taktau
Mcm kita bdk darjah satu
Malaya tetap dijiwa malaya tanahairku..
Terus deras melawan sahabatku..
Usah takut gentar sama perampok2 itu..
Puan seri dtg konon dpt ijazah tp cuma shoping gitu2
Anak2 bigshots konon study obesi setakat ambik tourism or art study bwk sports car isik awek cun
Menteri2 kabinet dgn kroni2 beli property tepi laut duit sapa tah jgn korang taktau
TT tolongla bongkar..nak mutoh..mata kami dah naik bebulu!!