Isnin, 10 Jun 2013

TIPU PILIHAN RAYA - TURUN JALAN RAYA

PENGUMUMAN

sila ambil perhatian
demo lawan penipuan bukan 15 jun
di alih ke 22 jun
tempat dataran padang  merbok
jam 2:00 petang

TEMA: baju hitam
TUNTUTAN: demo sampai spr letak jawatan


DUDUK BANTAH
SAMPAI MENANG

Sabtu  22 Jun 2013

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.



SABTU 22 JUN 2013
DATARAN PADANG MERBOK
JAM 2:00 PETANG
SPR LETAK JAWATAN

----------

9 ulasan:

Awanama berkata...

aishhh, ni yang den maleh tukar2 date pulak ni!! klau dicepatkan takpe, ni di tunda lagi lambat, ni den nak marah ni! b4 anounce dulu, tak nak pikir elok2, menyusahkan betul la den nak tukar cuti den pulak!

isham, next time ko pikir elok2,masak2 b4 ko nak umum. den jumpo ko kat merbok, den bg pelempang manja kek ko, padan muko ko!!

Awanama berkata...

mana pegi ketua pemuda pas?

Unknown berkata...

fru ada tak tak? kalu ada aku turunlah. Tak bestlah takde game polis sentri.

Awanama berkata...

kalo berhimpun lepas tu balik baik main elur kt rumah bro..

DIDI KOTA BELUD berkata...

Masa untuk mengigit........ngrrrrrrrrrrrrrr.......serigala tengah asah kuku.....jagakau spr....aku tumbuk biji mata kau...heheee.....

Awanama berkata...

bro like i cakap..DBKL kata they are booking on 23rd......
Habis nak tunda kah?
Better do it on 15..
kalau ada perovolasi ..you know from whom..Bantai kau kau and hantar balik dalam peti bro....
create history
Cukup and muat tak penjara malaysia untuk 1 million people bro......

umno lama berkata...

Den pon nak terajang manjo kek isham ni. Kih kih

Awanama berkata...

Bro isham, pastikan selagi 7 pesuruhjaya spr tu tidak letak jawatan, selagi itulah himpunan 505 akan terus diadakan...dakwat kekal tu terang2 membohong rakyat...nak cari dalih apa lagi wahai spr...sudah bohong lepas tu suruh rakyat terima ajelah...aduhai...

insafdoh67 berkata...

kah.kah.kah... ketua pemuda pas duk sibuk ukur baju... sayang jawatan.. maklum baru boleh jd yb... kena tipu xpe... jnji boleh g parlimen... macam ni ada gok...snyp terus pemuda pas...napok muka gila DUNIA belaka sama macam puok Bn gok ni... kih.kih.kih... jom turun merbok pejuang Rakyat.. kita kasi hitam sama kl inikaliah... Berjuang Sampai Menang. Desak Spr Undur... undur... undur..... jgn bicara psl perjuangan kalau takut ke padang Merbok... Kami pejuang Rakyat... Bukan pejuang Pangkat... ingat jnji turun jalanraya tipu pilihanraya...