Ahad, 14 Julai 2013

UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION GADAI NEGARA





Perjanjian TPPA Merosak Ekonomi Rakyat,
 Menggadai Kedaulatan Negara !

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa semua pihak bersatu menentang perjanjian TPPA yang disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru. Lebih malang apabila penjajahan baru ini dihalalkan oleh pemerintah di atas kepentingan tertentu yang tidak menyebelahi rakyat.

Perjanjian multilateral terikat TPPA yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam juga berkisar tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka. Persoalannya, sejauh manakah industri perkhidmatan kita bersedia untuk berdepan syarikat gergasi super multinasional barat?

Dari pengamatan SAMM, kesan TPPA sangat besar dan menyeluruh khususnya terhadap rakyat yang berpendapatan sederhana. Ianya lebih dari soal globalisasi perdagangan, ia turut meliputi penggubalan undang-undang bagi memberi laluan kepada agenda tersembunyi Amerika dan konglomerat dunia untuk terus menjarah negara, tanpa sempadan. Namun walaupun punya impak yang besar, perjanjian yang bakal ditandatangani pada Oktober nanti telah dibincangkan secara senyap dan penuh kerahsiaan. Apakah yang cuba disorokkan? 

Apakah melihat Perjanjian TPPA ini agak teknikal maka rakyat tidak berhak untuk mendapat penerangan dan memberi maklumbalas?

Kita amat yakin banyak pemain industri tempatan masih memerlukan bantuan kerajaan dalam meletakkan perniagaan mereka ke landasan maju dan berdaya saing terutama golongan bumiputera sedangkan TPPA dilihat tidak mesra kepada dasar yang membezakan antara pemain tempatan dan antarabangsa. Bagaimanakah kerajaan memastikan kedaulatan Malaysia akan dijaga dan bukan dijadikan bahan belasahan Konglomerat Kapitalis di Tribunal Timbangtara Antarabangsa kelak? 

Contoh, di Australia, Kerajaan mereka disaman oleh Philip Morris Tobacco Company hanya kerana mereka mahu implement kotak rokok plain. Belum pun TPPA dilaksanakan sepenuhnya, konglomerat kapitalis sudah mula menunjukkan sikap sebenar mereka walaupun perundangan yang ingin dilaksanakan itu sebenarnya memberikan kebaikan untuk rakyat tetapi ia merupakan kemusnahan kepada konglomerat kapitalis. Justeru, konglomerat bertindak menafikan kedaulatan sesebuah negara dalam melaksana tindakan berlandas dasar dan perundangan negara tersebut.

Kesedaran rakyat tentang isu TPPA amatlah penting. Maka SAMM bersama sekutu NGO dan front anak muda mahasiswa telah bertekad memastikan kefahaman tentang TPPA diperluas dan seterusnya melakukan beberapa aksi bagi menghalang kerajaan sewenang-wenangnya memetrai perjanjian yang menjahanamkan kehidupan rakyat negara ini. 

Bagi menambah momentum perlawanan terhadap perjanjian TPPA, beberapa siri demonstrasi telah disusun dan dijadualkan berlangsung pada 19 Julai 2013 bertempat di Masjid Wilayah. Demonstrasi 19 jun ini juga akan menyaksikan perarakan dari Masjid Wilayah ke ibu pejabat MITI untuk disampaikan sebuah memorandum. SAMM gesa warga lembah klang khususnya anak muda yang berkesempatan untuk hadir menyatakan bantahan terhadap perjanjian TPPA.

Rundingan rahsia TPPA yang mengheret Malaysia harus dihentikan segera. SAMM tidak menolak kemungkinan mesyuarat perjanjian TPPA pusingan ke-18 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu bermula 15 Julai ini digagalkan oleh rakyat. Ia sekaligus menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada penentangan dari rakyat bagi menjamin negara ini tidak dijajah kembali dalam bentuk ekonomi global.

Harus semua ingat, kesan TPPA terhadap rakyat adalah sangat besar dan cukup radikal, maka untuk melawan perjanjian dan persekongkolan penuh rahsia TPPA ini juga perlu bersifat radikal agar dunia tahu rakyat Malaysia tidak semudah diperkotak-katikkan.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


-------

8 ulasan:

Awanama berkata...

Bila menteri kata TPPA itu rahsia bagaimana che'GuBard boleh tahu perjanjian itu boleh mendatangkan masaalah pada rakyat ?

Tapi setelah diasak... menteri kata dia tidak merahsiakan apa-apa berkaitan dengan TPPA.

Dalam masa yang sama menteri itu kata dia mesti bersikap jujur bahawa setiap perjanjian yang dibincangkan mesti dirahsiakan.....?

Dari mula isu ini dibangkitkan ianya memang mencurigakan kerana perbuatan menteri itu tak ubah seperti perangai Rais Yatim dengan slogan "win-win situation" yang akhirnya hilang Pulau Batu Putih dari takluk negeri Johor Baru.

Cuma tak tanya pada anda.... Apakah anda percaya menteri yang dihasilkan oleh UMNO Baru itu mampu melaksanakan tugas dengan jujur terhadap rakyat dan negara sedangkan kita semua sedia maklum mereka jadi pemimpin bukan berasaskan kewibawaan pemimpin tapi lebih kepada berapa banyak rasuah yang mereka sogok kepada perwakilan dalam parti dan pengundi dikawasan mereka bertanding dalam pilihanraya umum.

Disebabkan bermacam kerenah yang dijadikan alasan oleh menteri itu bagi menyembunyikan isi kandungan perjanjian itu maka kita boleh bersangka bahawa mereka sedang merancang mendapatkan keuntungan bagi puak mereka sama ada ianya bersifat peribadi atau berkelumpok atau sebagai tabung parti.

Ketika dunia memandang Malaysia sebagai negara rasuah yang tegar amat susah kita mahu percaya bahawa menteri itu tidak merancang membawa lari kekayaan rakyat keluar negara.

Sila tunjukkan pada rakyat Malaysia muka pemimpin veteren UMNO Baru yang tidak terlibat rasuah secara langsung dan tidak langsung....

motro berkata...

Kalau nk faham agenda TPPA ini harus dilihat dari kedua dua aspek, ortodoks dan unortodoks. Bagi orang kampung terutama Melayu takkan faham kalau TPPA di ulas dalam bahasa sosio ekonomi. Saya menyeru SAMM mencanangkan agenda TPPA dalam bahasa ugama yang telah di diramalkan dalm Quran dan hadith.

Awanama berkata...

harap aktivis dan pemimpin pr, serta ngo prihatin isu rakyat dan negara, dapat bergabung dan mengembeling tenaga dan sumber untuk menganalisa kemungkinan kesan2 negatif tppa ini kepada rakyat terutama golongan pendapatan rendah dan menengah serta perniagaan kecil dan sederhana, serta juga kesan2 negatif pada sykt2 milik kerajaan (iaitu milik rakyat!),
seterusnya menyebarkan dgn meluas ke seluruh negara tentang keputusan dan rumusan berserta contoh2 yg jelas dan mudah difahami pakcik & makcik serta anak2muda,
supaya seluruh negara akan bergema di sisi telinga2 kulit tebal menteri2 UMNgOk-BoNgok dgn laungan "tak nak!"

(contoh yg diketengahkan chegu bard, kotak rokok putih kosong tanpa sebarang penulisan mahupun gambar, yg berlaku di australia itu adalah satu tindakan yg sgt bagus, bravo! harap dapat mengemukakan beberapa contoh lain yg lebih dekat dgn gayahidup rakyat negara terutama pada golongan muda serta golongan pakcikmakcik supaya benar2 tersentuh dan terkesan)

lawan tetap lawan!

-average joe-
klakka-la.blogspot

Awanama berkata...

Ternyata menatang TPPM ni sangat sangat tak menguntungkan negara yang tidak mempunya pemain besar dalam industri. Cuma aku tak tahu macam mana nak pastikan negara ni tak melibatkan dalam diri. Pada aku ramai yang tak berapa tahu kesan atau bahaya dari perjanjian ini. Perlu dibuat satu gerakan penerangan secara jitu dan tersusun supaya dapat menimbulkan rasa risau dan takut dalam masyarakat kita. Semua pihak bukan saja ngo tapi juga PR perlu melibatkan diri secara bersungguh sungguh dalam proses penerangan ini dan gerakan ini perlu diligatkan dengan lebih lagi...

Awanama berkata...

UMNO BN apa peduli semua ini..

Awanama berkata...

jangan lupa wahai kawan...industri kesihatan dah jadi global di malaysia..dulu industri IPTS..then ada PTPTN..then ramai awang gelap datang kononnya nak belajar...kini hospital swasta tumbuh bak cendawan..yang ada dibesarkan..ada juga kedengaran ubat hanya di farmasi2 milik kroni..ubat tidak lagi akan dibekalkan di hospital kerajaan..satu lagi nafkah kerajaan kepada rakyat ditarik rakus...yang untung adalah industri insuran kesihatan like prudential dan lain2..nampaknya kerajaan BN dah buat persiapan..aku jamin penjanjian ini akan dilaksanakan..tiada lagi ubat generic yg murah...yg ada monopoli ubat oleh syarikat2 tertentu mahupun supplier terpilih..

Awanama berkata...

aku sebagai rakyat biasa mohon penjelasan TPPA ini dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Aku tanya member aku, dia gambarkan TPPA tu macam ni; "Bila tesco bukak kat sebelah kedai runcit pak abu, apa jadi? Kedai runcit pak abu akan mati. Macam tu laa TPPA ni, dia makan bisnes tempatan." Betul ke perumpamaan ni? Mohon pencerahan.

Awanama berkata...

agak2 TPPA nie macam bidalan dvd...dvd original mahal beb...yg cetak merompak 6 movies harga rm 1o..bila TPPA start..company hollywood blh saman penjual/pengedar/penyalin since semua movie tu milik hollywood...so..dalam kes ubat..ubat generic means ubat murah skit tp kemujaraban dia hampir sama..buat dalam negara..fomula dan bahan 'dicopy' dari original farmasi factory company mostly dari barat like US..so..nanti semua ubat2 'murah' dah x blh jual atas alasan hak paten formula ubat dan lain2..nie lah kaedah company besar masuk pasaran domestik negara2 kecil...kita R&D sgt slow dan bajet R&D sgt besar..selain ubat..byk lagi kesan domino akan memberi byk kebaikan kepada nagara besar berbanding malaysia...di rantau ini nampaknya singapura yg untung since byk produk "mesti melalui" singapura...stakat aku faham la..kolo salah sorry