Rabu, 21 Ogos 2013

SIAPA PEMBUNUH UPAHAN ITU?







 SIAPA TUKANG UPAH
SIAPA DI BELAKANG 
PEMBUNUH
UPAHAN
 

BRO GOA  TERPERANJAT 
BILA LU TERPERANJAT

Bro, goa terperanjat bila goa lihat  ramai orang Malaysia terperanjat. Lu bukan  terperanjat berok.  Lu terperanjat macam  kumpulan cikah  yang kena sumpit  Orang Asal. Bersepah lari lintang pukang tak tentu hala. Bising tak tentu arah. Terjun kemudian memanjat. Kemudian meloncat. Kemudian menjerit ke hulu ke hilir tanpa arah. Mencikah-cikah dalam akhbar.

Cikah dan ungka menjadi bising bila dengar tembakan demi tembakan. Ada tuan empunya bank kena tembak. Ada Mak Cik kena tembak. Ada Pak Cik kena tembak. Ada yang menembak kena tembak. Dalam satu minggu tiap hari goa baca ada tembakan. Ada yang mati. Ada yang cedera. Ada yang nazak. Ini macam filem koboi. Tapi belum sampai tahap gaban saperti  di Kabul atau di Baghdad.

Tembakan sepetol  dan tembakan senapang setiap hari inilah  yang bikin para cikah, ungka dan lotong menjadi  bising.


Bro, goa baca Menteri Dalam Negeri kata bukan ratus-ratus, ada ribu ribu penjenayah yang telah dibebaskan apabila Undang-Undang Darurat dimansuhkan. Penjenayah tegar telah bebas dari penjara. Maknanya kontrektor Bumiputera pembekal makanan untuk Penjara Simpang Rengam tutup kedai. Banyak bilik penjara kosong. Ini berita sedih untuk  para kontrektor Bumiputera.

Anak Lelaki Iskandar Kutty bilang inilah harga yang wajib dibayar kalau kita semua mahu kebebasan. Para politikus yang baru menang pilihan raya juga menokok nambah cerita.   Ngo Melayu Islam yang ahlinya tak seramai kumpulan berok di Zoo Hulu Klang turut sama tercirit mulut. Cakap mereka penuh dengan aji no moto. Ngo Melayu Islam ini mahu ISA dan Akta Darurat di pekenalkan semula. Goa ingat mereka sedar jika banduan dan orang tahanan kurang maka kontrektor Bumiputera tak ada bisnes. Sunnah wal Rasuah susah berjalan. Susah cari makan.

Goa rasa pelik juga kenapa ramai sangat yang terperanjat. Fikir punya  fikir goa mula faham. Di Malaysia ini ramai orang telah jadi bonsai. Mereka tak dapat berfikir secara rasional. Mereka tak ada keupayaan untuk memiliki fikrah yang kritikal.  Perangai  Orang Bonsai suka  bertanya pada Ustaz untuk mencari naz dan sanad.  Orang Bonsai amat malas membaca. Malas menyelidik. Suka bertanya-tanya kerana tidak ada harga diri. Berjiwa hamba dan amat suka jadi tukang ikut dari belakang.

Goa lihat kalau lalat masuk ke mulut akhirnya akan keluar menjadi langau – Si Mamat ini melopong mendengar  jawapan dan temberang  Ustaz. Tapi kali ini Utaz-ustaz  ini  pun tak tahu apa yang nak dikelentong. Kerana ini kes sepetol bukan kes burung punai dan ikan sepat. Kalau hal punai dan sepat  Sang Ustaz ini cukup arif. Akan berbuih-buih  mulut Ustaz yang  baru berbini  dua  atau tiga.

Bro, biar  goa  cakap betul betul. Hal tembak menembak ini goa tak hairan langsung. Goa langsung tak rasa pelik. Goa hanya mahu  tanya kenapa baru sekarang lu  nak terperanjat. Kenapa baru sekarang lu mencikah.   Kenapa dulu  lu tak terperanjat. Bang dang bang ini bukan baru. Dah bertahun-tahun ada bang bang bang.

Mari goa buka cerita bagaimana Aminulrashid mati. Anak muda kiut ini mati ditembak. Tujuh belas das tembakan.  Hebat bro. Macam koboi  Clint Kayu Timur. Budak kiut ini anak saudara Piyan Habib – kawan gua.  Siapa yang tembak?  Budak  yang ini  baru bersunat   ditembak oleh penembak upahan. Penembak Upahan? Biar betul bro. Betul ini bukan fitnah. Lu baca  dalam akhbar Aminulrashid ini ditembak polis?  Goa bilang  polis ke ... mata-mata ke...  mereka semua sama. Mereka  ini  ‘macai upahan’ – diupah oleh  United Malays National Organisation.

Lu tak ingat ke  macam mana Kugan mati? Ingat  tak macam mana Francis Udayapan mati? Ingat jangan tak ingat. Jangan buat buat lupa. Ingat tak satu keluarga  India mati ditembak di Kelantan sebelum PRU 1999. Isteri orang India  yang mati ini sedang sarat mengandung.  Anak dalam perut pun mati sama.

Bro, lu ingat tak tiga anak muda mati ditembak di Shah Alam. Peluru masuk ke dahi mereka dari atas. Kenapa diatas? Kerana mereka sedang ‘menyembah’  polis minta ampon jangan ditembak.

Bro, lu ingat  tak anak muda mati di Sepang. Ibunya menangis merayu. Mungkin kes anak-anak muda ini lu lupa. Lu ingat ini semua kes Mat Rempit atau kes Mat Pet.  Lu silap besar bro.

 Ini ada satu kes lu mesti ingat. Mustahil lu lupa kes seorang Minah Cun. Minah  slim lagi bergetah. Minah ini  telah ditembak beberapa kali di Segambut. Minah ini bukan Minah Indon. Minah ini bukan penyamun.  Penembak Upahan United Malays National Organisation sedap-sedap main sepetol. Nasib baik Minah  ini tak jadi arwah. Kerana itu goa dapat dengar kesah dari  mulut Minah ini sendiri.  
 
Bro, kalau lu lupa semua kes sepetol dan tembak menembak ini  maka goa  nasehatkan lu jangan suka makan kepala ikan – nanti lu cepat lupa. Lu jangan makan aji-no-moto atau makan Ketaki atau Mek Dogal – semua makanan ini  menjadikan otak lu  lembab. Bila otak lembab lu menjadi pelupa. Goa nasehatkan  lu amalkan makan petai , kerdas dan jering  untuk penyegar ingatan. Ini petua dari arwah nenek goa.

Bro, satu hal goa nak beri tahu. Ini kesah lama. Goa masih ingat lagi cakap Lim Kit Siang bapak mentua Betty.Orang Tua ini cakap dalam masa sepuluh tahun  yang lalu  -  bukan ratus-ratus mati dalam tahanan polis atau mati ditembak polis malah ada ribu ribu. Ini Orang Tua yang cakap. Bukan goa cakap. Orang Tua ini cakap bukan dalam warong Ah  Seng tapi dalam Parlimen. Ini Parlimen tempat Dato Nazri Aziz kencing dari atas tingkap.

Masa  Orang Tua Lim bercakap para Cikah Melayu dan Lotong  Bumiputera tak heboh. Tak ada Ngo Melayu Islam buat bising? Angka pembunuhan  yang dilakukan  oleh  pasokan ‘beruniform’ melonjak naik. Kenapa ketika Orang Tua Lim ini bercakap tak ada  yang mencelah dan menafikan.  Goa ingat pada masa itu  Ngo Melayu Islam ini belum dapat bayaran bulanan dari ‘Penaja’.  Moto Ngo Melayu Islam ini cukup molek - kalau ada ‘fulus’  semua boleh ‘lulus’

Bro, dengar goa cakap – lu jangan ketawa.  Ngo Melayu Islam ini kalau ada upah akan buat  apa saje laporan polis. Mereka sanggup buat laporan mengatakan Barak Obama ini lahir di Kuala Pilah. Barak Obama ini anak Lebai Bidin dan  anak tiri kepada Bidan Limah. Malah mereka sanggup menuduh  Sophia Loren bintang filem Itali itu sebenarnya Melayu yang bernama Sopiah binte Haji Loren.

Goa tak fahamlah  apa pasal lu terperanjat  dengan  kes tembak dan kes bunuh. Lu pergi jumpa  Nazri Aziz. Sila tanya sama Nazri : anak Menteri mana terlibat kes bunuh tapi tak pernah didakwa. Lu jangan buat-buat donno.  Lu jangan buat-buat lupa. Di Johor berapa banyak kes tembak dan kes pukul. Ada yang mati dan ada yang tak mati.  Tapi satu habuk pun tak ada sesiapa yang  didakwa dakwi.

Bro, lu lupa kes  gaduh besar  dalam kelab malam dua tahun dulu? Ada  sepetol keluar masuk. Ada kepala kena ketuk oleh sepetol.Ya ampoon ya maulana kes ini langsung tak tahu apa sudah jadi. Apa sudah jadi goa pun tak tahu.  Anak Raja Gopal mana keluar sepetol pun goa sudah lupa.

Satu lagi goa mahu cakap kalau lu rajin lu pergi tanya  Datuk  Seri Hishammudin Hussein. Tanya sama dia semasa isteri dia shopping luar negara   siapa yang bayar? Opps... Maaf. Jangan tanya ini. Tanya masa isteri dia pergi shopping luar negara dia ada  Tan Seri Ta  Ta...oppps ..silap lagi. Ada dia bai bai pada isteri dia atau tidak – ada ta ta atau tidak.

Bro, gua dengar lu ada motosikal besar.  Goa ada satu idea. Goa  cadangkan lu join kelab motor besar yang patronya Datuk Dr Zahid Hamidi. Nanti bila ada ‘outing’ lu  buat baik-baik dengan Datuk Zahid. Kemudian lu tanya dia tentang kes pukul orang.  Mustahil bunyinya – Menteri Dalam Negeri Malaysia  terlibat dalam kes pukul memukul. Goa hanya baca dalam akhbar. Betul atau tidak goa tak tahu.

Bro,  goa cakap lu jangan terperanjat. Apa nak dihairankan. Kes anak Nazri Aziz ke? Kes pukul Zahid  Hamidi ke? Kes kerabat main sepetol ke? Kes kepala samseng  ‘ sponsor’  anak bini menteri ke?  Ini Malaysialah bro. Semua boleh kautim. Ini kerajaan ketuanan Melayu.  Goa harap lu faham - kes tembak menembak ini bukan baru. Tiap hari ada rakyat kena bedil.

Bro, lu mahu tahu apa sebab semua ini ini berlaku?  Orang China cakap – ikan jadi busuk mula dikepala. Negara jadi hancur bila menteri membunuh. Bila menteri memukul.  Bila anak menteri membunuh.

Lu ingat goa bohong?

Bro lu jangan buat-buat lupa. Perdana Menteri Malaysia Najib bin  Razak ada terlibat kes bunuh. Lu jangan lupa Minah Cun Miss Altantuya. Minah ini  mati bukan kena  sepetol tapi kena  bom C4. Bro... lu hairan ke? Lu ingat  sepetol bang bang bang  ini ada kerana ISA tak ada? Lu ingat sepetol banyak menembak ada kerana Akta Darurat di mansuh. Brader , lu jangan jadi bangang.  (TT)

 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar minguan SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akbar ini 
sila pukul talipin: 03-92-21-10-45
 
 SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

14 ulasan:

Awanama berkata...

Negara Mesia sudah jadi negara koboi lu tau ka TT. Wa ingat itu Madey anak keling dari itu Kelala, india mai,sudah buat satu iklan woo...

"Kepimpinan melalui teladan" Ini kempen woo sudah lama jalan. Itu mat monggol sudah tambah apa itu logo. "1 Mesia". Tarak stim punya. Itu undi mai tarak juga boleh lawan Pak tido punya undi woo. Sikalang itu mat monggol sudah pinjam, Madey keling punya 'moto' woo.

Sana tembak sini tembak, lakyat kata takpa woo. Pidana menteli pun tembak sana- tembak sini, kita pun boleh tembak sama juga woo...kah..kah..kah..

Awanama berkata...

Fitnah puak PKR & DAP yang nak pasukan DIRAJA MALAYSIA dihapuskan selepas negara menjadi Republik! Choi la lu!

Awanama berkata...

lain bonar gayo tulisan kau TT!? mabuk ketum ke? hehehe

Awanama berkata...

Ayyyaaaa... Wa pun ada terpelanjat..

lu suka buang masa belak melata2..

ini suma bawah karpet sudah tarokk..

itu magistreet sulah buat magic..

pum..pumm..pum..

angin x ala.. libut x ala..kes x ala.. gantung saja itu kambing hitam..

kakakakaka...

suma hantu punya kelija..

Awanama berkata...

habis, selama ni anak beranak piut miut gerombolan umno apco laknatullah ni mentekedarah duit haram le...dulu omputih bela tp sekarang taikun cina pulak bela,habislah jahanam melayu2 kampung dan felda.

mek berkata...

Wow... this is good la bro. Goa suka ini tulisan :)

Awanama berkata...

UMNO anugerah Allah kepada Malaya, dalam memperjuangkan kemerdekaan dan bertempur dengan British sehingga berjaya membawa negara ini kearah kedamaian sejagat. Syukur kita kerana Allah masih mempertahankan UMNO sebagai kuasa utama dalam kerajaan negara tercinta ini. Dalam mengharungi pelbagai masalah dalam negara ini, UMNO terus teguh walau dilanda pelbagai bentuk tohmahan dan ianya menghakis kepercayaan orang Melayu. Apapun orang Melayu akan terus sedar bahawa tanpa UMNO negara ini akan jatuh kepada warga asing yang cuba sedaya upaya menipu kaum Melayu yang lemah dan daif. Walaupun 56 tahun kita merdeka, namun masih ada orang Melayu yang menagih simpati dengan meminta sedekah di pasar pasar malam adalah suatu senario yang lumrah yang biasa kini. Justeru itu, wajar kita pertahan UMNO agar terus membela Melayu dan Islam sebagai wadah perjuangan orang MELAYU.

Awanama berkata...

Apa pula pencacai umnongok ni mai dok minta simpati kat sini TT. Selamanyalah kena tipu dengan pemimpin mereka.Otak melayu macam ni sudah di bonsai. Bila melayu jadi cerdik, umnongok dengan sendiri pupus kat dunia ni.kah..kah..kah..

Unknown berkata...

UMNO bertempur dgn british beb....lawak apakah ini...hancur sejarah

Libang Libu berkata...

Terbaek dari TT.
Terbaek!!!

Awanama berkata...

Kah kah kah.kritikel btol 5:10 nehhh.apa ley wat.kita kan bangsa beradab gitu2,wat x nmpk jer laaa.bodo pon bodo lahhh.asal brimmm ader kah kH lH kah

Awanama berkata...

powwweeeerrrrrrr

Awanama berkata...

deyy...kiss kiss bang bang..gun n roses...hujan november
polis nak tembak..tembak la
lagi dasyat nelayan kat sungai
bom ikan..bedebung..

cuma aku nak tanya..
dari dok tembak macha nie..
kenapa x tangkap macha nie..
tanya saper kepala diorang..
tembak2 mampus macha nie..dah x boleh dah nak beritahu saper upah dan mastermine jenayah paria nie..nie untung lah bos2 macha nie..kira tutup kes la..alagapas betul la...chitpoodaah..jgn tembak macha nie..kasi masuk islam..tukar name eee..jadi ahli umno..duduk sebelah naina marican naina nun di tabung haji.

Awanama berkata...

Kah kah kah...

Mana ada sunah wal rasuah...

Syiah wal rasuah ada la...

Tak pun tamarut kena bajak!