Rabu, 21 Ogos 2013

SUNNI WAL SAUDI





KOMENTAR TUKAR TIUB
saudi arabia dieram dan dinetaskan
oleh kuasa imperial anglo-amerika

pada tahun 1971 perjanjian bretton wood lingkup
nilai dolar jatuh kerana perang vietnam
akhirnyta dolar tidak lagi bersandarkan emas

presiden nixon pada tahun 1972
buat janji dengan raja saudi
jual beli bahan bakar minyak petrol
wajib menggunakan dolar sahaja
hanya dolar amerika yang boleh digunakan
untuk beli bahan bakar minyak
dengan ini nilai dolar melonjak

nixon janji kaum keluarga saudi
akan di jaga oleh amerika dari di ganggu gugat

hari ini amerika cetak dolar
hari ini amerika eskpot dolar
hari ini raja saudi hidup selamat

inilah persokongkolan 
kuasa imperial anglo-amerika
dengan raja saudi

raja saud kemudian jual agama
ekspot masjid 
ekspot kitab
ekspot imam
ekspot dinar
maka ramai umat islam jadi ngok
maka ramai orang melayu jadi bangang

dalam masa yang sama 
amerika ekspot kertas hijau
yang dipanggil dolar

satu dunia kena tipu
satu dunia kena kelentong

SUNNI WAL SAUDI

NOTA
Recognizing that the US, and the rest of the world, was going to need and use more oil, a lot more oil, and that Saudi Arabia wanted to sell the world’s largest economy (by far the US) more oil, Nixon and Saudi Arabia came to an agreement whereby Saudi oil could only be purchased in US dollars. This caused an immediate and strong global demand for US dollars.

Kebenaran milik Allah, bukan di Barat bukan di Timur

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat,20 Ogs 2013
Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

7 ulasan:

Awanama berkata...

Benarlah tok guru Nik Aziz & aku bersamanya.

Awanama berkata...

bagus tt siarkan ini

Awanama berkata...

deyy...KSA dilahirkan oleh British via WW1..dibesarkan oleh US..dihantarnya Mustapha Kamal utk pecahkan kerajaan islam turki..dilantiknya saud and family..serta dipecahkan blok arab bersama pemerintah2 seperti qatar,kuwait dan etc..kaedah sama di bumi melayu ini...kerajaan UBN pun adalah sebahagian pelannya jika dilihat semenjak tahun 1511 lagi..nilah penyakit kita..cinta dunia takut mati..

Awanama berkata...

Terbaek dari TGNA untuk panduan gerombolan lembu...kah..kah..kah..

Awanama berkata...

HAA HAA HAA
HAA HAA HAA
HAA HAA HAA

AKU DAH KATA DAH
TAPI BATAK JUGAK
DENGAN TAMARROD
SIAPA YG TAJA TAMARROD
SIAPA YG UPAH TAMARROD
SIAPA YANG MEMBAJAK
SIAPA YANG DIBAJAK

HAA HAA HAA
HAA HAA HAA
HAA HAA HAA

MANA LOGO TAMARROD?
DAH MASUK JAMBAN KE?

HAA HAA HAA
HAA HAA HAA
HAA HAA HAA

Awanama berkata...

Yang ini gua sokong lu. Tapi gua masih lagi ucapkan Lancau sama lu punya Tamarod sehingga lu clearkan balik kisah kat Mesir

Awanama berkata...

Ini semua salah Lawrence of Arabia. Agen British.