Khamis, 5 September 2013

SASTERA BODEK? KAH KAH KAH




 APA BILA PAK SAMAD
BANGUN MELAWAN
52% warga malaysia mula mengenal
penulis salina
KOMENTAR TUKAR TIUB
sasterawan negara di malaysia ini
tidak memiliki apa apa makna
ini shiok sendiri
tak ada sapa pun baca kerja seni mereka

buku anak muda
dari fixi
dari dubok
lebih ramai yang baca 
dari buku cakaran sasterawan negara

berebut rebut nak jadi sasterawan negara 
bukan melahirkan kerja seni melawan
tapi kerana kalau dapat jadi sasterwan negara
buku mereka  yang tak laku itu akan akan dijadikan buku teks
murid sekolah dipaksa membeli

saterawan  yang tidak membodek 
menggarap kerja seni bukan untuk dapat hadiah
kerja seni bukan  kerja bodek
kerja seni digarap  untuk membawa perubahan
menggarap harapan kemanusian

dalam dunia ini
hadiah tertinggi ialah hadih nobel

dalam sejarah dunia 
hanya dua sosok 
yang menolak hadiah nobel

pertama kawan le duc tho
hadiah nobel keamanan 1973
untuk perjanjian tamat perang vietnam

kedua  jean-paul sartre
hadiah nobel sastera 1964

dua dua sosok
adalah sosok kiri

SAMAD SAID
bila pak samad bagun melawan
maka barulah
sastera dilihat sebagai senjata
menegak keadilan
melawanb kezaliman


KALAU TAK BANGUN MELAWAN
anak muda
tak ambil pot

Shabery: Gelaran ‘Sasterawan Negara’ Samad Said boleh ditarik balik

 Ahmad Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara,  A Samad Said (gambar) boleh ditarik balik berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.
Menteri Penerangan dan Komunikasi itu berkata, tindakan sedemikian hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.
"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi kepada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen ' Bukan Jalur Tembang' atau #MYTbrg di Petaling Jaya, malam tadi.


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

9 ulasan:

Awanama berkata...

macam berjanji

subuh tadi langit menangis Hujan Pagi

Awanama berkata...

Ha ha ha..

Idola Pak Cik TT pun tolak gelaran Sasterawan Negara..

Pak Cik TT tentu kenal Pak Ishak Haji Muhamad..beliau telah menolak Gelaran Sasterawan Negara yang ingin di berikan kepada beliau....ha ha ha..

Awanama berkata...

Isham kutuk Dubook Press kau tu Mut..kahkah..

Awanama berkata...

Tariklah...kerna gelaran sasterawan negara itu tak bisa dibawa untuk bekalan mati.....

Asrul Sani berkata...

YB Buih,

Kita kena tengok dulu di mana Pak Samad berada sebelum membuat kesimpulan. Jika Pak Samad berdiri di atas pentas dan penonton sekelian berada di bawah... bagaimana bisa Sasterawan Negara yang mengibarkan bendera Sang Saka ini akan dipandang rendah... Ternyata kamu BODOH !!! Cakap sampai berbuih mulut pun jika tidak pakai otak tiada ertinya wahai Pak Menteri....

Hanya kamu dan yang bodoh-bodoh dari kalangan 47% saja yang mungkin akan memperlekeh Pak Samad, sedangkan majiroti rakyat negara ini akan tetap menyanjungi Pak Samad....

DDKB berkata...

Pak samad bukan sasterawan negara....dia sasterawan manusiawi.....manusiawi seantero dunia...tarikhlah pipit ....tarikhlah gelaraan yang kau apikan itu pipit.......kerana dia adalah sasterawan hati kami.....PIPIT....habis padi...matilah dia.....

Awanama berkata...

Kenapa tokoh sasterawan negara yang beri gelaran parti gerombolan parti "SHIT" taik, tak ditarik gelaran sasterawan negara. Ada takut ka sama "SHIT"? kah..kah..kah..

Unknown berkata...

salam.

http://firdaus-9898.blogspot.com/2013/09/anugerah-sasterawan-negara-malaysia.html

pendapat peribadi saya mengenai penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Malaysia.

Tan Twan Eng, buku The Garden of Evening Mists beliau, bestseller di UK, dan menang byk anugerah.

Mengapa penulisan English boleh capai standard itu, sedangkan penulisan Melayu tidak. Jawapan peribadi saya = penulisan Melayu terpaksa tunduk pada politik, maka takkan sampai level tinggi kalau terpaksa tunduk.

Awanama berkata...

oi buih dan kawanan Kera kamu yg tersengih bagai kerang busukhanyir,
dengar sini:
tariklah gelaran sasterawan negara tu dari pak samad dengan sertamerta,
kami tak kesah pun,
pak samad pun tak kesah!
yg kami kesah ialah harga petrol dan disel kamu Kera sekawanan naikkan,
dan kami mau kamu tarik juga elaun petrol bulanan dari setiap Kera dengan sertamerta!
itu barulah adil!