Khamis, 9 Januari 2014

SILAP DAN SALAH





SULTAN MELAKA

YA AMPOOON 
YA DULI SULTAN MELAKA
 sebagai seorang raja beta sultan shah al-tukar tiub
yang mengikut adat istiadat turun temurun
dari zaman tok batin ke zaman  tok hindu
ke zaman tok cha dan tok na
hingga ke zaman tok guru
ingin meminta ampoon
kerana telah mengeluarkan kenyataan fitnah
yang beta telah ambil dari face boook

beta mengaku silap beta tersilap

tidak adalah niat beta
untuk menghina tungku sultan melaka
tidak adalah niat beta untuk ketawakan tungku
tidak adalah niat beta
untuk memasak menggunakan tungku
kerana beta memasak menggunakan leterik

seorang rakyat tungku yang amat setia
yang bernama adam adli
kelahiran masjid tanah
telah menyembah beta 
untuk menerang  duduk pekara kepada beta
bahawa kenyataan di face boook
tentang  tungku memungut ufti adalah fitnah

menurut rakyat tungku ini
tungku sultan melaka amat adil lagi berbudi
cari makan sebagai towkay ikan di pasar selayang
syukur syukur syukur

raja contoh raja  disembah
raja entot raja di simbah

adalah beta  dari keturunan al sultani al tiubi
ingin memberi ingatan kepada pemain face book
akan jangan menggunakan alat face book ini
untuk mengeluarkan  apa sahaja bentuk fitnah


SATU JEMPUTAN
FORUM DARI TIGA OLD BOYS
lawan minah salleh
sapa terrer


------

1 ulasan:

Awanama berkata...

Mamak kutty cakap keadaan negara akan menjadi lebih baik jika ada ISA untuk mengekang pelampau minoriti.Itu pendapat dia, pendapat mamak, lain pula pendapat rakyat , media yang adl dan bebas adalah lebih sejuta kali baik dari undang-undang kejam kerana rakyat akan lebih faham apa-apa saja Mamak kutty cakap keadaan negara akan menjadi lebih baik jika ada ISA untuk mengekang pelampau minoriti.Itu pendapat dia, pendapat mamak, lain pula pendapat rakyat , media yang adl dan bebas adalah lebih sejuta kali baik dari undang-undang kejam kerana rakyat akan lebih faham situasi yang sedang berlaku dalam negara.Pada masa itu penjaja bangsa, agama dan tukang hasut serta tukang fitnah boleh gulung tikar dan berpindah ke luar negara.kalau jumpa mamak kutty, tanya dia media mana yang selalu bayar saman.....kah....kah.....kah....