Jumaat, 9 Mei 2014

PEMIKIRAN STRATEJIK




KOMENTAR
pemikiran stratejik
adalah politik bentuk baru
satu ilmu baru dalam pemikiran umat manusia

meletakkan mat sabu
adalah contoh pemikiran stratejik

baca sepenuhnya
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-di-bukit-gelugor-mampu-jernih-hubungan-pas-dan-dap-kata-penganalis

Mat Sabu di Bukit Gelugor mampu ‘jernih’ hubungan PAS dan DAP, kata penganalisis

Pakatan Rakyat (PR) mampu menjernihkan hubungan antara parti komponen mereka terutamanya PAS dan DAP sekiranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diletakkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang merupakan kerusi tradisi bekas pengerusi parti itu, mendiang Karpal Singh.
Penganalisis politik tanah air meramalkan, meletakkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan turut memberikan kesan kepada Barisan Nasional (BN) berbanding calon daripada DAP.
"Boleh Mat Sabu bertanding. Dalam suasana sekarang memang ada polemik hebat dalam PR, seperti isu hudud.
Cadangan meletakkan Mat Sabu sebagai calon di kerusi berkenaan pada mulanya dilontarkan oleh aktivis sosial Hishamuddin Rais dalam satu forum mengenai hudud awal minggu ini.
Hishamuddin yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, langkah berkenaan juga mampu menangkis serangan negatif terhadap PAS dan DAP yang terus bertelagah dalam isu hudud.
"Bagi saya, cadangan itu amat sesuai kerana saya rasa ia akan menyelesaikan stigma yang mengatakan DAP parti Cina dan sekali gus akan memperlihatkan politik baru dalam DAP.
"Secara strategik, ia akan selesaikan tohmah terhadap DAP dan PAS termasuk PR, terutamanya dalam isu bersangkutan hudud," katanya.
Hishamuddin berkata, langkah itu akan dapat memperlihatkan DAP begitu  serius menjalinkan kerjasama dalam PR.
"Jika ini dilakukan, maka ia akan mengubah landskap politik Malaysia lebih luas.
"Manakala dalam Pakatan tidak akan timbul konflik. Pakatan juga harus melupakan kepentingan politik sempit mereka," katanya. – 9 Mei, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-di-bukit-gelugor-mampu-jernih-hubungan-pas-dan-dap-kata-penganalis


-----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bravo....
kah...kah...kah....

Tanpa Nama berkata...

kih kih kih...

semua orang boleh beri cadangan...

namun, secanggih manapun cadangan adakah masuk pada akal pengarah stratiji parti-parti?

Tanpa Nama berkata...

sePRU13 MAT SABU BERTANDING KAT KUBU KUAT US. FADHIL NOOR PUN KALAH.

KAH KAH KAH

TAHUN 2008 MAT SABU KALAH PENANGAN NENEK MAIMON.

APE CERITA??

MAT SABU TIM PRESIDEN PARTI ISLAM KALAH TANDING KAWASAN ORANG ISLAM.

TAKKAN MAT SABU NAK TANDING KAWASAN KAPIR KOT?? BAIK JADI TIM PRESIDEN PARTI KAPIR.

KAH KAH KAH.

SURUH MAT SABU CERITA SAPE SONGLAP DUIT TABUNG MEMALI.

KAH KAH KAH.

Tanpa Nama berkata...

malaysia masih kolot lagi..mana ada pemikiran strategik cenggini.. pemikiran malaysia sama mcm buat peliaq saja bro..

lambat lagi nak maju..3000 tahun lagi pun, dok mcm ni jugak la..

Tanpa Nama berkata...

rdgoAku sokong 200%.Mat Sabu boleh menang besar, Bn hilang wang deposit, dan Mat sabu aka mat Bronson boleh masuk Parlimen dan terus belasah Najib lembik dan sepupunyanya Hishamuddin Hussein aw..aw,,aw,,.Kah..kah..kah.