Jumaat, 20 Jun 2014

DARI MANA DATANGNYA MELAYU




GANGGA  NEGARA
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. 

Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah

Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer kah kah kah sapa lupa sejarah on DARI MANA DATANGNYA MELAYU
Anonymous
on 6/19/14
DARI PALEMBANG
Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai.

Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511.

 Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka. on DARI MANA DATANGNYA MELAYU
Anonymous
on 6/19/14

---------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu sini Melayu sana. Hujung hujung cukong jugak yang kaya. Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

kalau nak selusur dari mana datangnya melayu, kena selusur juga dari mana datangnya bangsa china ..bangsa eksimo, bangsa pakistan, asal usul bangsa india , dari mana lahirnya bangsa kulit putih, baru ada akal ..!

Tanpa Nama berkata...

Apa la bangang ulasan mamat sekor ni...macam tak sekolah je. Itu la bila suruh belajar tak nak belajar sungguh sungguh, akal dan pemikiran pun tahap bengap bertingkat tingkat

Tanpa Nama berkata...

setuju bang... mamat atas konform dari dari uni dodol kah kah kah... atau adik beradik zul bisulll kah

KESINAMBUNGAN YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM... berkata...

Risau gak baca sejarah ko orang yang banyak sebut baca sejarah darjah lima ?