Selasa, 8 Julai 2014

APA YANG BERLAKU




NGO Dapur Jalanan tidak puas hati perjumpaan dengan Putrajaya



Badan bukan kerajaan‎ (NGO) Dapur Jalanan tidak berpuas hati dengan hasil mesyuarat bersama Putrajaya pagi tadi kerana tiada pendekatan dan jalan penyelesaian dikemukakan kerajaan bagi mengatasi masalah golongan tidak berumah dan pengemis di ibu kota.
Koordinator Dapur Jalanan Hadi Khalid berkata, berdasarkan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, kementerian gagal memahami isu sebenar dan cuma melihat dari segi imej kebersihan bandar sahaja.

"Kementerian tidak memahami isu sepenuhnya kerana mereka lihat dari segi imej kebersihan Kuala Lumpur.

"Kami pula datang ke mesyuarat kerana nak bawa isu warga miskin kota tetapi tidak ada apa-apa jalan penyelesaian dapat dicapai‎," katanya kepada The Malaysian Insider di Petaling Jaya, hari ini.

Kementerian Wilayah juga dijangka mengadakan perjumpaan kedua bersama NGO tetapi Hadi menegaskan, Putrajaya sebaliknya perlu mengadakan pertemuan empat mata dengan golongan tidak berumah dan pengemis, bukannya melalui NGO jika mahu masalah ini selesai.
Perjumpaan dengan Adnan tadi disifatkannya sebagai sesi "suai kenal" kerana pihak kementerian tidak mengemukakan alasan dan penyelesaian yang konkrit.
Wakil warga miskin kota yang dijemput Dapur Jalanan hadir sama mesyuarat tadi ketika ditemui berkata, pihaknya tidak gembira mendengar penjelasan Putrajaya dan akan meneruskan hidup mereka seperti biasa.
Mahu dikenali sebagai Tan, beliau berkata kerajaan sepatutnya menolong mereka menyelesaikan masalah termasuk menyediakan rumah dan bukannya mengenakan tekanan atau ugutan terhadap mereka.
"Mesyuarat tadi tak guna. Dia cakap kita dengar saja. Saya ingat dia (kementerian) tak tahu masalah sebenar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Wong Kar Fai, dalam sidang media berkata, pihak kementerian dalam pertemuan mempersoalkan tindakan mereka memberi makanan percuma serta gelandangan yang kembali ke jalanan walaupun beberapa kali ditangkap penguasa, namun mereka hanya mendiamkan diri.
"Mereka (kerajaan) tanya sampai bila nak bagi makan free? Persoalan itu membuktikan kerajaan tidak ada struktur penyelesaian lagi," katanya.
Sementara itu, Koordinator Dapur Jalanan, Mandeep Singh dalam sidang media berkata, pihaknya tidak akan berganjak walaupun larangan pemberian makanan percuma dalam lingkungan 2 kilometer akan dikuatkuasakan kerajaan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, Dapur Jalanan akan terus beroperasi seperti biasa di Jalan Panggung, Kuala Lumpur setiap hari Sabtu dan tidak kisah jika dikenakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kami tidak akan berpindah. Nak saman? Teruskan," tegasnya.
Ahli pengasas Dapur Jalanan, Hishamuddin Rais pula menggesa agar kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Orang-Orang Papa 1977 yang digunakan untuk menahan warga misikin kota tanpa bicara.
Katanya, warga miskin kota sudah lama ditindas oleh undang-undang dan polisi yang digubal atas alasan ingin menyelamatkan mereka.
"Sebarang dasar atau akta berkenaan isu warga miskin kota tidak patut dilaksanakan sebelum perbincangan diadakan untuk melindungi komuniti ini," katanya. – 8 Julai, 2014.


--------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Standard kalo jumpa gomen servant, mmg derang bodoh piang cenggini dari awal2 lagi. Demi Allah, aku akan terkejut beruk jika yerjumpa seorang pegawai kerajaan yg cerdik dan mampu menyelesaikan masalah dalam lingkungan kerjanya. Jika terbukti ada, meh bawa sekor mai sini. Aku tak akan teragak2 untuk membunuh diri untuk masuk neraka sebagai satu azam dan pengorbananku demi Allah, bahawa wujud seekor manusia yg makan gaji hasil kutipan cukai duit rakyat, rezekinya diberkati.

Duit cukai dibayar dengan rasa sakit hati dan sumpah seranah rakyat atau dari sesiapa saja yg membayarnya. Mustahil duit ini akan menjadi berkat. Demi Allah, perolehan sebegini tidak akan membuahkan satu kondisi aliran keberkatan kemana2 disebabkan sedekah jariah secara paksa. Jumpa ostat2 pensyarah agama mana pun yg makan gaji hasil duit sumpah seranah ini, pelir penzina dan burit China Doll lagi berjuta2 x ganda mulia. Kehidupan mereka (pemakan gaji hasil duit rakyat) dibina atas hasil sumpah seranan dari tekanan keatas orang ramai, mmg tiada keberkatan diberikan Allah walau kerja seikhlas mana sekalipun. Jika ada pun, itu sekadar istidraj drpd Allah (kurniaan yg tidak menjadi nikmat), dan mereka2 ini perasan yg hidup mereka diberkati. Sbb tu blom pernah lagi seumur hidupku berjumpa mana2 gomen servant yg berkebolehan menyelesaikan masalah yg dipertanggungjawabkan. Sumernyer bodoh mcm pelir. Demi Allah dan rasul2nya. Nihil!!! X ada!!!

Tanpa Nama berkata...

TT boleh jelaskan lg tak warmisko ni sebenarnya terdiri dari golongan org2 yang macamana? Tak mampu bekerja atas alasan apa? Masalah kesihatan kronik? Warga tua? Yang bukan warga emas tu mmg tak mampu lagi bekerja hatta membuang ekor taugeh, mengopek bawang dan seumpamanya?

Aku betul2 nak tau ni. Abang aku cakap warmisko ni pemalas sebenarnya. Dia pernah 'kutip' dan offer org2 ni bagi kerja cleaning tapi diaorg demand, nak upah kurang2 rm50 sehari. Sudahnya gitu jugak, tak kerja.

Jadi TT tolong bagi pencerahan sikit? Patut ke golongan macam ni diberi rumah tempat tinggal? Bila dah dapat rumah, next? Kena kerja jugak kan?

Macamana pula golongan lain seperti ibu tunggal kematian suami tak ada harta, rumah, hidup menumpang rumah ibu bapa/saudara, anak2 kecil-bayi yang belum mampu ditinggalkan utk bekerja? Hidup tak ubah macam warmisko cuma beza ada tempat tumpang berteduh, walau penuh ketidakselesaan, dengan kata2 hinaan org lagi. Yang macam ni masuk golongan apa? Kena jadi warmisko jugak ke baru boleh ikut lawan mintak rumah? Huhu

Tanpa Nama berkata...

Dah berpuluh puluh tahun gelandangan ni wujud. Ada dia orang nak ambik kisah. Tapi bila ada yang ambik kisah mulalah nak cari pasal. Sebenarnya takut lebih ramai sokongan kepada Pakatan. Kegagalan melakukan perkara yang baik mencari pasal pada orang yang melakukan kebaikan. Jika hendak melakukan pembersihan atas dasar kebersihan dan pelancongan KENAPA TIDAK DILAKUKAN DARI DAHULU. Buatlah apa yang patut bukan ker kau orang ada kuasa. Sekarang baru sibuk. Nampak sangat motif politik yang jahat dan kejam. UMNOGOK PEROSAK AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Tanpa Nama berkata...

pakatan kalah ke menang ke..org gomen apa ada kisah..mrk masih ada keja..mrk bukan bodoh utk paham apa yg diutarakan tp mrk jaga duit PENCEN diorg, projek2 diorg, iman tauhid diorg.kalo baca buku2 tahanan isa..mata2 akan pukul tahanan n bila tahanan bebas baru meleleh air mata minta maaf, mata2 ni akan kata terpaksa buat mcm tu sb dh nak pencen,ada ank bini nak bg mkn..pd gomen yg ada akal, diorg akn ikut ckp agamawan iaitu selemah2 iman adalah tegur dlm hati..sb tu la agamawan mewah dn ditanggung halal oleh barua british..

Tanpa Nama berkata...

Bro...klu hwa pangil lu berok marah...nk buat stemen biarlah bersimen... klu lu sakit nak mampusss spital lu cari...klu kreta lembu lu asiden,lu tersepik mcm nk mampus...bomba/polis dtg kasi slamat same lu...walau pun lu hina derang gomen servant mcm ni punya stemen lu kluar, lu sakit nk mampus jgn pegi spital...bro. biar lu mampus mcm nyawa2 ikan. Sbb bagi lu.. derang gomen servant ni kerja makan duit tak berkat...sumernye bodoh mcm pelir lu kata. Hwa tarak sokong mane2... tapi hwa rase bila lu sakit nak mampus...mcm ajeng tersepit... bro pegi cari chukong2 jual lendir yg lu rase mulia...yg bole tolong same lu.

Unknown berkata...

Ada juga pengomen yg bodoh ingat mereka yg gelandangan ni tak berkerja...kengkadang nk tunjuk pandai tp keluar bodoh melantun lantun..