KITA BERHIMPUN
DI DATARAN MERDEKA
MALAM 30 OGOS
KIBARKAN SANG SAKA
APA ITU BANGSA
Selama
tiga kali yang lalu saya telah menulis tentang isu yang sama. Saya
menulis tentang bangsa - tentang hubungan bangsa-bangsa dan juga
tentang sikap perkauman. Ini termasuk sikap benci membenci antara
kaum dan bangsa.
Tulisan
saya dalam konteks Malaysia. Latar tulisan saya ini ialah apa yang
sedang berlaku di Malaysia hari ini. Tulisan ini adalah gambaran
lanskap hubungan bangsa-bangsa di Malaysia.
Pandangan-pandangan
ini bukan satu pandangan baru yang hanya muncul dari mulut Isma atau
Perkasa. Parti politik United Malays National Organisation, secara
terbuka tidak bercakap saperti Isma atau Perkasa. Tetapi dalam
kumpulan tetutup, dalam mesyuarat sesama ahli parti sendiri - para
pemimpin parti ini tidak segan-segan mempropagandakan bahawa China
atau India adalah kaum pendatang yang membawa masalah dam mudarat
kepada Orang Melayu.
Dari
segi sejarah United Malays National Organisation ini telah ditaja, di
pupuk dan didukong oleh British – untuk menggantikan kuasa
pentabiran kolonial British. Parti barua budak suruhan British ini
melaungkan Hidup Melayu sebagai slogan ketika anak semua bangsa
mengangkat senjata melawan British. Malah hingga ke hari ini Parti
tajaan British ini masih lagi berpaksi dan melaungkan slogan
Ketuanan Melayu.
Pada
hemat saya – sikap Kecinaan juga wujud dalam Parti DAP, MCA dan
parti Cina yang lain. Ini jelas muncul melalui beberapa dasar induk
parti DAP dan MCA. Manakala MIC pada hemat saya, kerana mereka
terlalu kecil bilangan dan tidak memiliki keupayaan ekonomi saperti
MCA maka suara Kekelingan mereka tidak banyak kedengaran.
Semua
yang saya nyatakan diatas ini bertujuan untuk menyokong hujah saya
bahawa Malaysia telah gagal sebagai sebuah negara bangsa. Masalah
kaum dan bangsa masih belum selesai. Pembangunan nasion masih
tergendala. Cita-cita untuk mendirikan negara bangsa masih jauh
patin dari tempoyak.
Dalam
tulisan ini saya ingin membuka wacana tentang Yang Lain/The Other.
Rasa saya ini amat penting untuk kita memahami apa yang sedang
belaku. Saya rasa ramai tidak bagitu jelas apakah maknanya teori Yang
Lain/The Other.
Dalam konteks Tanah Melayu – yang lain ini muncul satelah Orang Melayu di Bumi Melayu bertemu dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini bukan bermakna sebelum Mat Saleh dan Jepun ini datang tidak ada Yang Lain. Ada Banjar, ada Jambi, ada Minang, ada Melayu Kedah, ada Melayu Riau dan dan dan. Tetapi ini tidak dianggap Yang Lain kerana Yang Lain ini dikaitkan dengan kuasa tentera dan kuasa ekonomi.
Kesampaian
Portugis atau Inggeris atau Jepun ke Tanah Melayu menimbulkan
kesedaran Siapa Aku. Menimbulkan kesedaran bahawa Melayu dan Orang
Puteh adalah dua makhlok yang berbeza-beza. Perbezaan ini bukan sama
saperti perbezaan antara Melayu dengan Jambi atau Melayu dengan
Jawa. Lebih dari itu. Perbezaan antara Melayu dengan Penjajah disalut
dengan kuasa.
Kaum
penjajah dari Negara Atas Angin ini datang kerana ingin menjarah
kekayaan Tanah Melayu. Mereka mahukan emas, bijeh timah, kayu kayan
dan rempah rampai. Penjarahan dan perampokan Portugis, Belanda,
Inggeris dan Jepun ini telah dirasakan bersama oleh Orang Melayu.
Penjajah tidak mengira siapa kamu. Justeru dari penindasan penjajah
ini telah menimbulkan kesedaran NASIONAL
Pengalaman
– nasional- sademikian bukan hanya dirasakan di Tanah Melayu,
malah di India, Arab, Afrika dan di AmerikaLatin – apabila
anak-anak tempatan – warga asal bertembung dan bertemu dengan kuasa
penjajah maka lahirlah semangat kekitaan. Semangat kekitaan inilah
yang akhirnya menjadi SEMANGAT NASIONALISMA.
Mendirikan
negara bangsa ini juga wajib memiliki hukum dan syarat-syarat.
Sebelum lahirnya sebuah negara bangsa wajib wujud dahulu nasion atau
bangsa yang akan menjadi warga negara terlebih dahuku.
Apa
itu nasion atau bangsa? Bangsa ialah satu kelompok manusia yang
berkongsi hidup dalam satu wilayah yang jelas. Satu kelompok manusia
yang berkongsi bahasa, budaya dan cara hidup yang sama. Paling
penting juga kelompok manusia ini bersama-sama dalam satu kancah
perkongsian pengalaman dan sejarah. Tidak cukup dengan ini - kelompok
manusia ini juga wajib berkongsi mimpi, harapan dan cita-cita yang
sama.
Apakah
syarat nasion/bangsa ini telah wujud di Tanah Melayu? Jawabnya IA dan
TIDAK. Malah pada hemat saya lebih banyak Tidak dari Ia.
Di
zaman Portugis danh Belanda kita membaca bagaimana pahlawan Melayu
telah bangun melawan Portugis dan Belanda. Mereka mengangkat senjata
menghalau THE OTHER. Kita mengingati Tun Fatimah sebagai contoh
keperiwaan melawan Yang Lain. Kita juga kagum dengan Tok Janggut,
Datuk Bahaman dan Mat Kilau yang enggan tunduk dibawah kuasa British.
Kita juga kenal dan bangga dengan Maharaja Lela yang membunuh Residen
British – wakil Baginda Queen dalam Sungai Perak
Dari sinilah berlakunya ketempangan projek mendirikan nasion atau bangsa. Sebelum sampainya China dan India ke Tanah Melayu – Nasion Melayu telah wujud tuntas. Mereka telah wujud dalam satu kancah. Mereka telah merasakan bagaimana mereka ditindas, dibuli, diinjak, digempur, diburu dan dibunuh oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebelum datangnya 'pendatang asing' – China dan India - Manusia Melayu telah mendirikan tamadun, telah mendirikan budaya bangsa dan telah mendirikan Empire Melaka. Manusia Melayu telah sama-sama rebah bangun dalam satu cita-cita dan mimpi.
Walhal
untuk manusia Melayu di Tanah Melayu nama-nama stesen LRT ini
mengembalikan mereka kepada sejarah asal usul mereka. Nama-nama ini
membuka naratif yang maha luas tentang apa ertinya Melayu dan apa
ertinya semangat Melayu. Dari nama-nama inilah lahirnya naratif
kesedaran Aku Ini Siapa?
Corpus
tamadun Melayu – Hikayat Hang Tuah, Salalatul Salatin, Hikayat
Merong Mahawanga – mungkin nama-nama yang pernah didengari oleh
jenerasi yang dibawa oleh British ini. Tetapi mereka tidak
menghayati tanda dan makna dari nama-nama ini.
Hakikatnya
ratusan tahun sebelum China dan India dibawa oleh British ke Tanah
Melayu – Orang Melayu telah memiliki kesedaran bangsa. Mereka telah
dikumpulkan dalam satu nasion. Mereka telah berkongsi wilayah,
bahasa, budaya – mereka telah mengenali diri mereka sebagai Melayu.
Apakah
yang saya tulis ini hanya kata-kata kosong? Apakah yang saya tulis
ini hanyalah teori kosong. Saya akan mempertahan hujah dan pandangan
saya ini dengan Perlembagaan Rakyat tahun 1946. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
--------
5 ulasan:
SELOKA CAK KUN CAK
M.Nasir & SM Salim
Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang
Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang
Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...
Korus:
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa...aa
Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung
Setuju
"PEMIMPIN ADIL PEMIMPIN DIHORMATI PEMIMPIN JAHIL PEMIMPIN DISANGGAH "
JENAT MELAKA
Cerita kau ni tt pusing2 itu jugak diulang2. Tak meyumbang apa pun kau ni.
Dia begini guru...sebagai seorang kadazan yang fanatik..saya mempercayai logic....sebagai seorang kadazan yang rasisi...saya menghormati TAHAP....tahap apa....tahap dimana saya harus termenung dan menerima....secara logic dan rendah hati..kadazan fanatik ini mempercayai dan mengikhalsi bahawa sampai KIAMAT.... MELAYU harus dan tetap menjadi pemimpin pertama dimalaysia ini...itu tiada kompromi...saya sanggup bergadai nyawa kerana prinsip ini.....yang saya impikan hanyalah....pemimpin yang cerdik...tiada skandal dan yang tak takut bini.....itu saja...kalau itu amat besar dan susah untuk dijadikan kenyataan.....saya sebagai kadazan konsvertif tidak akan berubah seinci pun prinsip ini...tapi tolong lah najib...berhentilah...umno.....bubarlah...bagi peluang pada MELAYU yang berkarisma.....brezzelah brezzelahh.......
Catat Komen