Ahad, 13 Julai 2014

JANGAN TERLAMPAU MAMPAU




MAKLUMAT

DAPUR 

JALANAN
terima kaseh 
kepada yang datang
terima kaseh
kepada yang menyumbang
terima kaseh 
pada yang hantar makanan
MAKANAN
adalah diminta
kepada semua yang hendak
 menderma makanan
sila beritahu awal
apa yang hendak di bawa
malam kelmarin telah jadi
melampau lampau
terlalu ramai datang bawa makanan
ini membazir
malah menjadi lawak


PAKAIAN
sila jangan jadikan
dapur jalanan tempat
membuang kain baju terpakai
sila jangan jadikan
warga miskin kota
sebagai sasaran
untuk membersihan
gobok pakaian

tak masuk akal beri
baju kurung
kain ketat

tak masuk akal
beri seluar dalam
yang sudah jadi jala ikan

malah jadi lawak besar
kerana kelmarin ada juga yang beri
kasut tumit tinggi

bayangkan kalau
seorang warga miskin kota
memakai baju kurung
seluar ketat 
dan 
berkasut tumit tinggi
pasti akan ditangkap
kerana dianggap
kes gila atau sasau


minta jangan jadikan
dapur jalanan ini
tempat melonggokkan
pakaian 
yang tuan empunya tak mahu pakai

hadiahkan towel
hadiah kan kasut sukan
hadiah kan seluar jean
bukan pakaian perempuan

ZAKAT
paling afdal
beri sumbangan duit
kepada dapur jalanan
agar tim anak muda dapur jalanan ini
akan dapat meneruskan amal bukti mereka
bukan hanya 
pada bulan puasa
tapi sepanjang masa

tim anak muda ini
bukan sahaja
terlibat dengan dapur jalanan
tim ini juga
menguruskan
bimbingan anak-anak sekolah
di bangsar
kelas bahasa inggeris
diberi percuma


AKOUN
 DAPUR JALANAN

800 172 784  9

spkl collective 
 cimb bank


------------

3 ulasan:

Awanama berkata...

Sorrylah TT, nak bagi zakat pun aku tak mampu.Aku pun layak terima zakat sebab takde kerja. Tapi kau jangan hina selaur dalam yang dah jadi jala.Dulu masu tsunami banyak yang maukan seluar dalam,sebab supermarket dah bungkus.Bukan macam kau,orang miskin pun pakai seluar dalam.Cuma kau yang tua saja selalu tak pakai seluar dalam.kah...kah..kah.

Kalau pakai seluar dalam orang miskin lebih sopan, tak nampaklah buah kerandut berlunjur kalau Najib Panda datang pun.Nanti dia pula naik stim.Kah..kah..kah..

Awanama berkata...

Kah kah kah
Yang eksaited nak bagi high heel, baju seluar ketat tu semua ingat warmisko ni sambut raya macam depa sambut ke? Kunjung mengunjung, salam bersalaman, melaram dgn baju cecantik..
Kah kah kah
Tapi betulla tt,, depa ni tak faham, tak tergambar kehidupan warmisko ni hari2 macamana.. Baik ko bagi guideline macam ni. Buat pinned post

Awanama berkata...

Kahkahkah..sebenarnya yg diperlukan DJKL ialah gincu.. jgn bimbang.. ostat2 dan ulamak2 kita akan hadiahkan jutaan billion-an alfatihah dgn pahala berlori2 berkapal2 dpt dilihat oleh penduduk langit sahaja. Dgn pahala berlori2 ini, warga miskin akan mendapat hidup bahagia disorgaloka..

Biasalah..warga tertindas ni mmg harga seposen pun.. ditipu di segenap segi..perfect!!!