Khamis, 25 September 2014

PENCERAHAN AGAMA



KOMENTAR

untuk anak semua bangsa
untuk anak semua agama
kita megambil pelbagai lorong
kita mengambil pelbagai jalan
kita menganuti pelbagai agama
perjalanan ini maha pentong
kerana akhirnya kita semua disitu

Jadikan dialog antara agama mengenai 

nilai murni, bukan syurga-neraka


Umat Islam dan penganut semua agama perlu berhubung antara satu sama lain, bukan untuk berbincang siapa dapat ke syurga atau neraka, tetapi nilai murni dan isu semasa yang membabitkan semua rakyat, kata pemimpin PAS dalam satu forum antara agama.

Dialog antara agama yang berbeza adalah cara kepada mentaliti terkepung dan paranoid yang dianjurkan sesetengah agama, yang tidak produktif untuk pembangunan bangsa, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

“Syarahan yang disampaikan perlu mengenai peranan keimanan seseorang terhadap perkara seperti kepimpinan yang baik, peraturan dan undang-undang dalam menegakkan keadilan serta kesaksamaan untuk semua.

“Dan hanya isu berkaitan kepimpinan dan perundangan serta pembangunan sosio-ekonomi rakyat dan negara patut dibawa ke dalam forum awam dan perlu ditangani dengan demokrasi.

“Itulah sepatutnya peranan dialog antara agama, dan bukan mengenai siapa yang akan ke syurga atau neraka,” katanya pada persidangan antara agama Majlis Gereja Malaysia di Petaling Jaya, semalam.



 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jadikan-dialog-antara-agama-mengenai-nilai-murni-bukan-syurga-neraka-kata-f#sthash.BrbYVw0T.dpuf
------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abu Abdillah berkata ...

Apa yang dirongkaikan oleh Dr.Zul adalah benar .

Memetik kata-kata Imam Jaafar Sadeq - cicit Syaidina Husseyn (Cucu Nabi Muhammad s.a.w):- ...Setiap kebangkitan sepanjang zaman diseluruah penjuru Alam menetang Kezaliman, Rasuah , Salahguna Kuasa dan Salahguna Agama ...... disitu adanya Hussyen .

Maksudnya aura Husseyn senantiasa bersama kaum yang tertindas tanpa sempadan agama , bangsa dan daerah.

Indahnya Aura Perjuangan Syaidina Husseyn cucu Rasullulah s.a.w.