Sabtu, 27 September 2014

SATU PANDANGAN








Kemelut politik PAS punca kekalahan di Pangkalan Kubor

PAS menafikan perpecahan dalaman sebagai punca utama kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Pangkalan Kubor. Bagaimanapun, bersetuju faktor utama tidak kembalinya pengundi anak perantau telah menjejaskan peluang parti itu untuk menundukkan Umno.


Kelemahan  itu sewajarnya menyedarkan PAS mengenai realiti perjuangan. Anak perantau tidak merantau dan bekerja di Terengganu yang mana PAS muncul sebagai kuasa terhebat dan tidak memerlukan Pakatan Rakyat sebagai rakan politik.

Sebaliknya anak rantau berada di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Kota-kota ini jelas perjuangan Pakatan jauh mengatasi perjuangan walak sempit PAS. Apabila PAS mengakui anak rantau tidak kembali maka mereka harus sedar sikap berdolak-dalik Presiden Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam kemelut politik Selangor sebagai penyumbang terbesar kehilangan sokongan anak perantau terhadap parti agama itu.

Mungkin pemimpin PAS Pantai Timur apabila turun ke bawah, para pengikut PAS masih lagi berbisik mereka akan walak walau apa pun terjadi. Walaupun Hadi mencaci pemimpin Pakatan, ia tidak menjadi masalah kepada golongan tersebut.

Tetapi sekiranya pemimpin PAS bertanya penyokong mereka di Pantai Barat maka telinga mereka akan panas dengan kritikan pedas, kepimpinan ulama telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan yang diharap akan mengganti BN. Maka sudah tentu anak perantau yang lebih terdedah dengan pemikiran politik Pantai Barat tidak bersetuju dengan pemimpin PAS Pantai Timur dan membiarkan mereka bersendirian melawan BN seandainya benar PAS hebat.

Kekalahan di Pengkalan Kubor juga merupakan langkah ‘terjun jurang’ kepada puak UG. Calon PAS yang bertanding ialah Wan Rosdi Wan Ibrahim, seorang penyelaras DUN dan dikatakan disenangi oleh pengundi di kawasan tersebut melalui perkhidmatannya. Tetapi mengapakah beliau kalah lebih teruk berbanding calon PKR sebelum ini?

Ketika PKR bertanding, calon mereka hanya kalah dengan 1700 undi majoriti tetapi calon PAS kalah 2,600 undi. Sebelum pilihan raya Menteri Besar Ahmad Yaakob, Timbalan MB Nik Amar, Hadi, Tuan Ibrahim dan lain-lain semuanya meramalkan Rosdi akan menang atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang majoriti PAS.

Ada dua perkara yang jelas daripada kekalahan PAS ini. Pertama, selepas pemimpin UG PAS mencaci PKR, rakyat Kelantan sendiri melihat PAS tidak ada masa depan lewat ancaman untuk keluar Pakatan berulang-kali.

Bagi mereka, tanpa Pakatan PAS akan kembali ke zaman lama yang tidak terbuka. Tiada lagi ciri-ciri moderat, dinamik, akauntabiliti dan sebagainya. Pemerintahan PAS akan kembali ke era ala kadar dan tanpa perancangan masa depan yang baik.

Oleh ketana itu, penyokong PAS lebih mudah mengundi BN yang mampu memberi pembangunan dan membelanjakan kewangan yang banyak kepada rakyat. Strategi BN ini hanya mampu dilawan oleh Pakatan. Dengan imej kepimpinan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau dalam DAP maka harapan rakyat lebih menyerlah untuk menyaksikan BN digantikan oleh sekumpulan pentadbir yang lebih baik.


Kedua, kekalahan PAS juga adalah kerana kurangnya perancangan pembangunan oleh kepimpinan ulama Kelantan. Memang Nik Aziz juga seorang ulama, tetapi beliau lebih proaktif dan progresif. Beliau tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan Husam Musa dalam merancang pembangunan Kelantan. Hasilnya adalah Bandar Baru Tunjung, pembinaan stadium baru dan pelbagai prasarana yang menaikkan imej Kota Bharu.

Pentadbiran Ahmad Yaakob dilihat hanya mengikut pelan bercita-cita tinggi Husam tanpa melakukan sesuatu yang baru. Bagi rakyat, petanda kelemahan PAS sudah tiba. Dan sepertimana diakui oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, bahawa tanpa pengundi anak rantau maka Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Pengajaran yang perlu diambil dari peristiwa Pangkalan Kubor ialah pengaruh PAS di Kelantan telah sampai ke penghujung. Strategi yang mereka amalkan tidak sesuai. Apatah lagi Kelantan telah masuk ke dalam perangkap Umno dan berkerjasama ingin meluluskan undang-undang Hudud di peringkat persekutuan.

Apabila Umno juga inginkan Hudud maka dosa mengundi Umno telah lupus. Fatwa yang terpakai di kalangan penyokong PAS, Umno adalah sekular dan berdosa mengundi mereka lenyap apabila Umno juga inginkan undang-undang Islam. Jadi dengan itu lebih baik rakyat Kelantan mengundi Umno yang mewah serba serbi berbanding kerajaan PAS yang hanya mengharap peruntukan Persekutuan tanpa berusaha sendiri mencari sumber kewangan.

PAS hanya akan selamat apabila mereka berjuang bersama Pakatan. Tetapi dengan perangani Ahmad Yaakob dan Nik Amar yang setuju parti itu menghentam Anwar, Azizah dalam krisis Selangor, tiada rakyat Kelantan percaya PAS akan bekerjasama baik dengan Pakatan selepas ini.

PAS perlu sedar sekelilingnya telah jauh berubah. Mereka juga perlu berubah dan tidak mengutamakan ijtihad ulama untuk menang. Hadi telah luput tarikh. Dia kalah ketika menjawat MB mentadbir Terengganu. Faktor Hadi mempertahankan MB Azizan Razak juga punca kekalahan Pakatan di Kedah.

Tetapi jika PAS hanya inginkan gerakan agama dan tidak mahu memperbaiki diri dalam pemerintahan maka lebih baik ia bertukar menjadi gerakan tabligh. Sekurang-kurangnya rakyat tidak perlu membantah jika tidak selesa dengan sesebuah pertubuhan dakwah.


----------

10 ulasan:

Awanama berkata...

Hadi Awang sila letak jawatan ....

Awanama berkata...

TGHH kena letak jawatan...
itu pasti...menantu pun ikut sama...
UG paling utama disingkirkan...
barulah selamat PAS seperti dahulu kala si bawah PR...
takiri...
tantawi...
zuhdi...
stopa....
beduh...
ahmad yaacob...
tuan berahim.....
kena sedar diri juga...........

Awanama berkata...

Mula2 dulu gua juga tak paham mengapa PAS poyo sangat nak join Pakatan. Mungkin pengaruh TGNA membuatkan pimpinan tertinggi kecut telor dan akur. Bagi pimpinan yg dinamik spt Abg Mat n the gang, mmg xder masalah. Gua tgk peranan Mahfuz jauh lebih cemerlang drpd Tuang Presideng yang Maha Hampeh tu. Mmg beliau ulamak, ada ilmu. Tapi ilmu yang ada tidak berguna kalau harap meratib siang malam bersama para berbillion malaikat. Yg susah adalah rakyat paria. Politik bukan dgn malaikat! Politik bersama rakyat. Bukan beronline dgn Allah, kemudian melancap hampir nak pancut, tapi tak pancut2.. kendian beristighfar lalu menjadi flip-flop membuat keputusan. Yg penyokong pun satu hal, asal baca kitab saja sudah mabuk ketum.

Gua bersekolah agama hampir sepanjang sepnjang hayat gua. Pandangan gua, ramai rakan2 sekolah agama mmg kurang ilmu dunia. Ilmu akhirat mmg mantap. Ada yg kuat menghapal sampai jadi isim. Nak buat camana, dah takdir jadi begitu. Yg paling syok, SUSAH DITEGUR. Mmg payah jenis ikut kepala sendiri. Diluar claim kehendak jemaah, akhirnya keputusan peribadi dikira keputusan jemaah. Lihat saja beberpa sekolah agama hardcore, ratanya sekolah yg diasaskan bekas ulamak diwarisi oleh anak2, akhirnya pentadbirannya habis lintang pukang. Pentadbiran menjadi mcm gila isim yang sesiapa pun tak boleh tegur hebatnya Islam mereka. Gini jugalah perangai ulamak2 PAS bila join orang2 kebiasaan. Jika sampai suatu keadaan nak "bubuh", dia pikirkan kebenaran hanya berpihak kepadanya saja. Hati orang pergi mampos la sbb ini arahan Allah. Mcm siang dia bergaul dgn manusia, sebelah malam dia tidur dan study si Sidratul muntaha..inilah penyebabnya ilmuan agama dipandang lekeh.

Awanama berkata...

PAS hilang sokongan selepas video SUA PAS berzina disebarkan dan kepimpinan PAS hanya membisu-kelu. Parti "Islam" ini dilihat sebagai ayam jantan yang berkokok berderai-derai untuk menegakkan "hudud" tetapi ekor dipalit taik.

Sekarang, PAS hanya layak jadi bahan lawak.

Awanama berkata...

PAS Parti Politik Bodoh.

Bukan semua rakyat Kelantan Terengganu boleh hidup tiap tiap hari tunggu royalti minyak saja...

Biar lah Orang Boleh Buat Kerja pulak jadi ADUN , buat kerja bukan makan gaji rakyat cemuh sana broker barua sini.

Kelantan Terengganu tu kalau tak jaga betul boleh jadi macam Papua New Guinea juga miskin nya , walhal rakyat ada jugak pendidikan bukan rempit rempit saja.

Awanama berkata...

Jang! Cakap banyak....suruh org ikut pendapat dio..botul banyak cakap..peluang nk hontam semuo org...Alasan anak mudo Tumpat tk blk kg...Mano statistik pengundi mudo yg tk blk? Berapo org muda yg dh berkeluargo? Hari mengundi pun hari bekerja.. Kg pulak jauh...kuk Jolobu buleh la Jang....sapo punyo tulisan la Jang..

Awanama berkata...

sdr
ini pun berita bangang abad ini,bukan taksub kpd pas,walau kalah umno yg semakin sesak dan lelah,apa tidaknya setiap hari 3 menteri berkampung dipgklan kubur,segala macam manikam bantuan,diesel free,dolar,umno dtg sebagai kerajaan sedang pas hanya parti,
umno gelak ketawa konom strateginya menjadi,betoi ke?.dlm bab ini umno sedar bahawa dirinya koho letih sebab dulu nak menang umno hanya perlu tapakaki PM datang melawat aje,tapi la ni umno terpaksa menghabiskan tenaga yg banyak sedang jarak maraton jauh lagi,kemenangan umno ini hanya menambah suhu kepaqnasan umno sajam
zmy

Awanama berkata...

Catatan Pilihanraya Kecil 2014.

1. Tahniah PKR kerana berjaya ”menang” PRK kerusi DUN Balingian Sarawak dengan majoriti bertambah

2. Tahniah DAP kerana berjaya ”mempertahankan” kerusi ParlimenTeluk Intan walaupun majoriti menurun.

3. Takziah PAS kerana kalah PRK DUN Pengkalan Kubur....

Awanama berkata...

Catatan Pilihanraya Kecil 2014.

1. Tahniah PKR kerana berjaya ”menang” PRK kerusi DUN Balingian Sarawak dengan majoriti bertambah

2. Tahniah DAP kerana berjaya ”mempertahankan” kerusi ParlimenTeluk Intan walaupun majoriti menurun.

3. Takziah PAS kerana kalah PRK DUN Pengkalan Kubur.....

paxxoor berkata...

Dap pun kalah kat teluk intan dlm prk.dah lah kerusi tu dap yg sandang dulu.tt jujur lah dlm menulis kalau tak suka pun parti islam.