Selasa, 2 Jun 2015

ISA SAMAD HANCUR FELDA




Isa Samad Punca Kehancuran FELDA

Felda Global Ventures (FGV) kembali menjadi topik hangat apabila harga sahamnya menjunam teruk kepada RM 1.93 berbanding harga IPO. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Perdana Menteri, Najib Razak untuk segera menamatkan perkhidmatan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA dan FGV di atas kegagalan ini.

Singkap kembali sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah melakukan kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian merumuskan :-

1. 65% daripada kakitangan pengurusan FGVH mempercayai bahawa IPO ini akan gagal.

2. 55% pula melihat bahawa FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.

3. Hanya 20% daripada Pengurusan Tertinggi FGVH menyokong pelan penyenaraian ini.

SAMM berpandangan tragedi yang berlaku kepada FGV hari ini adalah berpunca daripada keengganan Kerajaan mendengar suara kelompok 65% dan 55% ini selain daripada pertubuhan dan NGO pro-peneroka sedari awal lagi. Disusuli pula dengan kegagalan dan kebodohan Isa Samad menguruskan FELDA dan FGV.

Najib perlu sedar FELDA telah 2 kali menukar Pengurus Besar iaitu Dzulkifli Abd Wahab dan  Faizoull Ahmad tetapi kedua-dua entiti yang melambangkan maruah peneroka ini masih tetap bermasalah. Sudah sampai masanya Najib memberhentikan Isa Samad.

Peneroka-peneroka perlu mengetahui bahawa anak Isa Samad telah disiasat oleh SPRM kerana pembelian meragukan Grand Plaza Serviced Apartment dan Grand Plaza Kensington Hot di London yang mencecah hampir RM 1 billion. Walaupun Menteri berkata tiada unsur penyelewengan dalam skandal pembelian hotel ini, tetapi mengapa CEO FELDA Investment Corporation (FIC) telah diarahkan meletak jawatan oleh Isa Samad.

Isa Samad juga perlu menjelaskan mengapa FGV berniat untuk menjualkan FELDA Prodata System, FELDA Travel dan FELDA Property sedangkan ketiga-tiga entiti ini meraih keuntungan setiap tahun? Adakah ini jalan singkat untuk menunjukkan FGV untung selepas menjual aset-aset berharga ini?

Sedarlah Najib. Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan SPRM terhadap anaknya dan untuk menutup kegagalan dirinya, Isa Samad sebenarnya sedang menggunakan FELDA menyerang Najib bagi mendapatkan payung emas dari Mahathir. Isa Samad adalah punca kehancuran FELDA yang digagaskan oleh  Abdul Razak.

Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Kebangsaan


-------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mas dah bengkrap,jab lg felda pulak satu lg.seme terjunjung atas kepala najib razak dgn 1mdibebannya.apa aku kesah najib kata .aku dah bawa lari duit byk.mak badak menyorok dibelakang anak-anak cincin permata masih dapat nampak.tangkap mereka sebelum lari ke pulau cayman.i say

Tanpa Nama berkata...

Jibby takkan berani pecat si gemok pendek tu sbb kes ziana dlm tgn dia...

Tanpa Nama berkata...

Najib terhutang BODY dgn MD Is a pasal kes Ziana Zain dulu.kes ditutup olih Isa Samad.

Tanpa Nama berkata...

Beware of short people. Brain too near the arse...

Tanpa Nama berkata...

Dah di bagi ke Budak Bahalol jaga Tabung

Hancur lah

Tengok muka pun tau macam mana Otak nya kan ????


Teringat Bani Arab Ikang Al-Tolol

Rakyat jugak yang Bahalol

Tanpa Nama berkata...

Najib tidak berani pesat Isa, rahsianya bersama ZZ di PD dulu ada dlm tangan Isa. Cubalah pecat Isa tu, kalau Najib betul betul orang bugis!

Unknown berkata...

padan muka makcik/pakcik felda tanah bakal tergadai..nt akan dihalau dr tanah yg diteroka paling tidak pn merempat ditanah sendiri....tahniah kerana mengundi utk masa depan yg kelam,,,, kerana tangan2 kamu seluruh anak bangsa hidup tersepit...

Tanpa Nama berkata...

en khairul
apa salah pakcik/makcik tu,paa yg mereka tau melainkan berserah pd allah,,
istighfar lah