Isnin, 30 November 2015

OMBAK BESAR DATANG









Ji KAY Si EM

GKCM - TiGA

TUNTUTAN



Ketua-ketua Umno cawangan lancar gerakan paksa Najib letak jawatan


Sekumpulan ketua-ketua Umno cawangan melancarkan satu gerakan bagi memaksa Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak “dirosakkan” dengan lebih teruk.
Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini.
"Kami nak ulang sekali lagi, presiden parti sudah buat banyak perkara menyusahkan rakyat dan kami nak minta beliau berundur.
"Jika tidak, kami seluruh negara akan undurkan dia," kata Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon pada satu sidang media selepas mengadakan program Berani Kerana Benar di Puchong, Selangor malam tadi.
Amidon yang juga salah seorang jurucakap kumpulan itu berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama dengan mereka bagi mendesak supaya perdana menteri penggal kedua itu meletakkan jawatan.
"Kami nak beritahu pucuk pimpinan cawangan seluruh negara sedang bergerak, semakin bertambah," kata pemimpin akar umbi daripada Umno Bahagian Puchong itu.
GKCM mendakwa memiliki sokongan beratus cawangan seluruh negara, bagaimanapun enggan mendedahkan atas faktor keselamatan.
Seorang lagi jurucakap kumpulan itu, Kamarul Azman Habibur Rahman, yang juga ketua Umno Cawangan Taman TKK berkata, mereka akan memperhebatkan gerakan di peringkat akar umbi untuk mengembalikan maruah parti Melayu terbesar itu.
"Kini terpulang kepada usaha-usaha ketua cawangan dan ahli akar umbi supaya Umno dapat diselamatkan," kata Kamarul semasa membaca kenyataan media bersama kira-kira 20 ketua Umno cawangan lain.
Beliau juga menafikan dakwaan kumpulan ketua-ketua cawangan yang menentang Najib ditaja dan diupah.
"Kami bukannya dalang dan tiada siapa yang menjadi dalang di belakang kami," katanya.
Semasa melancarkan gerakan itu, Kamarul juga membaca deklarasi bersama yang diputuskan GKCM selepas bertemu dalam program itu.
"Pertama, presiden Umno perlu berundur. Kedua, tiada pemecatan kepada mana-mana ahli Umno yang menegur atau mengherdik pemimpin demi kebaikan dan ketiga, pemilihan Umno perlu diteruskan," kata Kamarul.
Terdahulu, beberapa ketua Umno cawangan menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Najib susulan beberapa skandal dan isu yang tidak terjawab, antaranya isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib.
Terbaru kontroversi tercetus selepas Timbalan Presiden Umno  Muhyiddin Yassin yang disingkirkan daripada Kabinet pada Julai lalu turut dihalang merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri menjelang perhimpunan agung bulan depan. – 28 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-ketua-umno-cawangan-lancar-gerakan-paksa-najib-letak-jawatan#sthash.Ps6NRtOS.dpuf
KAH KAH KAH
woit
satu gerakan
ini gerakan
bukan lagi kumpulan
dah mula bergerak
dah makin mengombak
dah makin ampoh
tak pernah berlaku
tak pernah terjadi
parti ketuanan melayu
makin retak makin belah
perang makin besar
semua boleh selesai
bila najib mengundur
kah kah kah

LAWAN LAGi
 


------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hawt hawt chiken shit.. dah berpuluh tahun dah kita kena tipu..

UMNO ni mmg makhluk gebangnya besar.. boleh bergegar gunung berapi.. sama perangai mcm melayu indon bodoh duduk dlm hutan..

Cakap ja berdegar2.. ikut perangai tok nenek dari indon juga.. ajak asah golok je.. sumer pakat senyap.. gebang mmg kuat..

Tanpa Nama berkata...

Bebudak Bahalol nak ikut gaya PUTIN lawan NATO dan budak mat bahalol...

Kalau berani ada KONTOL , terus maju walau BON BON MAGIK ada

Berani Kerana Benar ; Takut Kerana BILYON BILYON


Yahoo!!!!!!!!

Jom semua jadi Bahalol dapat BILYON BILYON

zeff berkata...

artikel ini bunyi macam cubaan melawak gurau manja cinta monyet.
sedangkan tun firaun pun bini rosmah tak gentar,
inikan pulak orang-orang di tengah bendang.... piiirahhh
perbuatan ini umpama terpekik di sebelah enjin helikopter
ahahahaha

Tanpa Nama berkata...

berenti aje la tuan.
org umno pun sudah tak suka.
buat apa tuan nak tunggu lagi.
tuan kan dah kaya raya.
tapi klu tuan tak berenti pun tak apa.
senang sikit umno tergolek dog