Selasa, 18 Oktober 2016

KENYATAAN AKHBAR









KENYATAAN MEDIA
KEADILAN MENGECAM UGUTAN BUNUH TERHADAP MARIA, AMBIGA

Pagi ini, saya dikejutkan dengan maklumat bahawa Puan Maria Chin Abdullah (Pengerusi BERSIH 2.0), tiga orang anak beliau, sdr Mandeep Singh (AJK BERSIH 2.0), dan  Ambiga Sreenevasan (Presiden HAKAM) telah menerima ugutan bunuh dari pihak yang tidak diketahui.

Mesej yang mereka terima adalah berbentuk gambar pemenggalan kepala oleh ISIS, di mana muka mangsa ISIS telah diubahsuai dengan muka Maria, Mandeep, dan Ambiga.

Perbuatan ini adalah satu bentuk ugutan jenayah yang wajib dikutuk oleh semua pihak tidak kira sama ada mereka bersetuju ataupun tidak dengan usaha BERSIH 2.0. Pada masa yang sama, saya menggesa pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera melakukan siasatan, mengesan dan membawa ke muka pengadilan mereka yang telah melakukan ugutan jenayah ini, yang boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya pihak PDRM dan SKMM boleh mengesan dan menangkap individu seperti 'Ratu Naga' yang didakwa memuat naik gambar yang menghina Perdana Menteri dan isteri, saya percaya tidak menjadi masalah langsung untuk PDRM dan SKMM segera mengesan dan menangkap individu atau pihak disebalik sebaran gambar ugutan bunuh terhadap Maria, Mandeep dan  Ambiga ini.

Saya menggesa dan mengajak rakyat Malaysia agar bersama mengecam dan menolak budaya politik berunsur jenayah seperti ini, dan mendoakan agar Maria sekeluarga serta sdr Mandeep dan Ambiga terus tabah.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN
18 Oktober 2016






-----------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gambar semua nya gaya IS saja

Apa nak jadi dah

Rakyat pun takut , Pelabur Asing pasti lah chabut

Rakyat tak ada duit , nak chabut tak boleh

Tak pikir ke bebudak lahanat nih

MARIA tuh single parent , kasihan lah


Masha ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Nak kena tweet dulu baru nak ambil tindakan?

Tanpa Nama berkata...

Siapa buatlah pula macam tu pada:
1. Jamal@Tongkol
2. Ali@BontotDance
dan
3. Noh@Udang
Kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

jamal kata bersih ini adalah IS, pasal apa IS nak bunuh bersih..gua konfius..kalo jamal dikatakan IS tu boleh jadi sb dia baru balik dari dubai..barangkali meeting dgn is..oitt baju2 merah sekalian, datok jamal korang g oversea g dubai..korang cuma dpt rm50 je ke?setengah hari pun dah habis..datok jamal ada resort, ada restoran, korang ada apa? korang ada gst..kalo korang sakit pun dato jamal dtg bagi borang zakat, borang masjid je, bukan bagi duit pembiayaan..ni ckp serupa bikin..dah ada org2 sabak yg terkena..padan muka..