Khamis, 8 Ogos 2019

BACA SURAH TERLARANG






Surah-Surah Terlarang:
PERSOALAN NASIONAL
Karya Hishamuddin Rais (2019)




Komen oleh
Kamaruddin M. Said
Timbalan Presiden, 
Majlis Profesor Negara (MPN)
7 Ogos 2019
1. Buku karya Hishamuddin Rais ini berjaya menukilkan semula kisah sejarah yang telah dilalui oleh Tanah Melayu dan Malaysia, dan seluruh rakyatnya yang berbilang kaum, keturunan, lapisan kelas dan wilayah. Buku ini juga berjaya menimbulkan provokasi ilmiah berkaitan dengan “Persoalan Nasional” yang belum selesai yang menjadi intipati kepada penerusan konflik politik, sosio-ekonomi dan budaya, dan kegagalan mewujudkan sebuah Negara-Bangsa Malaysia yang bersatu padu. 

2. Hujjah utama Hishamuddin Rais ialah bahawa persoalan nasional ini ialah persoalan berkaitan kegagalan Bani Melayu menjadi pentakrif dan pemimpin yang berupaya melahirkan jatidiri Malaysia lantaran Bani Melayu ini sendiri tidak mempunyai jatidiri yang kuat dan mantap hingga kini. Kegagalan Bani Melayu ini ialah kerana bani ini telah menjadi mangsa ekonomi, pendidikan dan budaya dalam zaman penjajahan Inggeris, dan juga mangsa eksploitasi ekonomi Bani Cina dan India. Kerana dominasi kuasa kolonial Inggeris dan kekuatan ekonomi Bani Cina (pendatang), Bani Melayu ini menjadi lemah dalam segala bidang sejak dahulu hingga sekarang. Bani Melayu ini dipimpin pula oleh UMNO yang hanya berjaya menakut-nakutkan mereka dalam berhadapan dengan gugatan ekonomi Bani Cina. Di samping itu, kepimpinan UMNO telah dibeli oleh golongan taukey Bani Cina sejak dulu hingga sekarang. Oleh itu, Bani Melayu perlu berani berubah, berana menukar pucuk kepimpinan negara, dan berani membangunkan jtidirinya supaya menjadi pentakrif kepada pembentukan Negara-Bangsa Malaysia. Saya bersetuju dengan keseluruhan hujjah-hujjah ini.

3. Ada satu perkara yang kurang disentuh oleh oleh Hishamuddin Rais, berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan 1957. Pada hemat saya, jati diri Bani Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ini. Ini kerana dalam Perlembagaan ini, hanya ungkapan Melayu telah diguna pakai. Ungkapan Cina dan India tidak pun dugunakan sebagai rujukan kepada kehadiran golongan Yang Lain ini ketika Suruhanjaya Reid menggubal perlembagaan ini. Oleh itu, saya menghujjahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan 1957 itu telah digubal untuk Bani Melayu. Perlembagaan ini telah melahirkan Persekutuan Tanah Melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini juga yang telah menetapkan: (a) kewujudan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama “rasmi” Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kewujudan tanah rezap Melayu, dan paling penting, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Perkara 153 ini jelas telah menggunakan ungkapan “Orang Melayu” (ungkapan “Anak Negeri Sabah dan Sarawak” itu ditambah kemudian, iaitu pada 1963 apabila Perlembagaan ini dipinda ketika pembentukan Malaysia). Orang bukan Melayu (dan bukan Anak Negeri Sabah dan Sarawak) dipanggil “kaum-kaum lain.” Implikasinya ialah bahawa Perlembagaan Persekutuan telah ditulis untuk Bani Melayu dan bukan untuk Yang Lain.

Namun begitu, pada hemat saya, Fasal 153 telah ditulis untuk kepentingan pihak Yang Lain, melalui ungkapan “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi...kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.” Dalam konteks Perkara 153 (1) ini, kepentingan sah kaum-kaum lain itu bermaksud pelaburan, perdagangan, ladang, lombong, harta dan kekayaan,  kewangan, saham dan sebagainya yang telah terkumpul dalam genggaman pihak Yang Lain, sejak dekad 1870an lagi. Oleh itu Perkara 153 ini memberikan kekuatan ekonomi kepada pihak Yang Lain itu, yang nilainya yang terkumpul itu sangatlah besar. Perkara 153 ini memberikan keistimewaan kepada pihak Yang Lain itu hingga ke hari ini. Oleh kerana Perlembagaan melindungi kepentingan sah kaum-kaum tersebut, maka rundingan kemerdekaan pada 1956 itu telah berjalan dengan lancarnya di London. Golongan Bani Cina dan Bani Inggeris, tidak takut kepada status kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Bani Melayu tertipu dengan ungkapan “Perizapan kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dsb bagi orang Melayu...”, sedangkan kuota itu, pada hari Kemerdekaan, masih kosong.mKuota ini hanya mula diisi menerusi Dasar Ekonomi Baru yang bermula pada 1971. Tanpa DEB yang diperkenalkan oleh UMNO pimpinan Tun Abdul Razak,, kuota ini mungkin tidak akan mula terisi dalam perancangan pembangunan Malaysia. Tun Mahathir paling berjaya mengisi kuota yang disediakan oleh Perkara 153 ini. Namun begitu, DEB yang pada mulanya sangat membantu peningkatan kedudukan sosio-ekonomi Bani Melayu, telah disalah gunakan oleh sebahagian warga Bani Melayu yang berkuasa dalam UMNO dan dalam sistem pemerintahan Malaysia.

Ungkapan “kedudukan istimewa orang Melayu”, kerana kecetekan minda Bani Melayu sendiri, telah bertukar menjadi “hak istimewa orang Melayu.” Konsep “kedudukan” berbeza dartipada konsep “hak”. Dalam dokumen Reid Comission Report 1957, konsep “kedudukan” atau “position” yang diguna pakai dalam Perkara 153 itu merujuk kepada hakikat bahawa, pertama,  orang Melayu adalam rakyat asal Raja-Raja Melayu dan kedua, orang Melayu berada sekadar di pinggiran dalam bidang sosio-ekonomi. Oleh itu, orang Melayu wajar diberikan perizapan kuota berkaitan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, tempat belajar di universiti, biasiswa untuk belajar di universiti, dan permit perniagaan yang baru, yang bukannya milik kaum-kaum lain. Kesemua ini direzapkan tanpa mengambil alih kepentingan sah kaum-kaum lain. 

Pada hemat saya, perezaban yang diperuntukkan oleh Perkara 153 ini telah dipenuhi menerusi Dasar Ekonomi Baru. Generasi muda Bani Melayu telah mengalami transformasi sosio-ekonomi menerusi jalan pendidikan dan pengajian tinggi. Kini, komuniti ilmuan di Malaysia adalah sebahagian besarnya terdiri daripada Bani Melayu. Kerana kejayaan dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi, terdapat sekumpulan warga Bani Melayu yang turut terlibat dalam bidang peniagaan dan dunia korporat. Menerusi PNB, warga Bani Melayu telah turut terlibat dalam pemilikan saham syarikat-syarikat awam. Ini kesemuanya terjadi tanpa Bani Melayu itu merampas atau mengambil alih kepentingan sah kaum-kaum lain itu. Hal ini tidak disedari oleh ramai warga Bami Melayu, dan Bani Cina. Jika Perkara 153 itu dimansuhkan, maka kesemua kepentingan sah kaum-kaum lain itu boleh dirampas dan dimilik-negarakan apabila Melayu berkuasa sepenuhnya kelak.





----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Surah terlarang tiada beza dgn al kisah daten terlampau dari sebuah karya dengkil seorang pekalana berahi cara kupasan umpama kiambang bertaut kakahkah lelah dsn letah imi bilang orgasm

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah komen dari professor kangkung! Majlis professor negara? Apa punya tuur.Professor ini menang anugerah bodek buku 'biogafi Tun Abdul Razak ' semasa di UKM.Lu pun dah jadi kangkung.Kah kah

Tanpa Nama berkata...

Komen dari Majlis Pembodek Negara (MPN). Kah kah kah. Pembodek tu sakai jugak ka? Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Komen dari Majlis Professor Kangkung apa barang. Kah kah kah. Ke sebab kangkung-kangkung ni puji kau, terus di iktiraf sebagai professor sekarang ni? Pukimak punya sakai. Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

bro.poin no 2 tu mcm pelik bro..gua fikir bukan cina dan india yg eksploitasi ekonomi melayu sb dulu lu pernah tulis mengenai bani melayu yg tak kisah dgn kedatangan the other.cina dah dtg sejak zaman cheng ho lg..even parameswara sndiri kawin dgn hang li po gara2 menguatkan hubungan pertahan dari serangan siam.juga lu lupa mengenai bani melayu org2 kaya borjuis yg meminta bantuan british, mjual tanah kpd british dan bani melayu yg sain perjanjian tppa ops silap perjanjian pangkor.cuba lu ingat balik artikel the other lu dulu..cina dtg berdagang bermakna cina pandai meniaga.org2 india dibawa british kerana menurut madey org2 melayu malas bekerje busuk toreh getah..lu kena ingat, british la yg membawa benih getah,sawit dan kopi ke tanah melayu..lu tak patut kata bani melayu mundur sedangkan lu belajar di MCKK ciptaan british..lu pernah ckp british la yg mencipta MCKK dan maktab perguruan.perlembagaan tanah melayu kata pm kena melayu..pasai apa cukong membeli pm melayu? sb melayu lemah? melayu tak pandai berdagang atau apa?umno juga dicipta british nape cina dan india disalahkan..?bengali putih itu tentera british maka mandep singh juga adalah pendatang..?mcm ne cina yg jadi PKM?bukan saja cina membeli umno malah cina juga membeli raja2 dan sultan agong melayu..adakah melayu mundur gara2 duduk jauh dikampung berbanding duduk dikampung2 baru, kampung baba nyonya, kampung chetiah atau sebenarnya melayu tak kisah apapun yg berlaku termasuk kes penjualan tanah melayu kpd china komunis..kalo melayu ada jati diri, apa perlu melayu meminjam huruf dan perbendaharaan arab?batu bersurat terengganu juga dijadikan batu pembasuh kaki..dimalaysia baru ni, bila sang saka nak berkibar?lagu melayu nak berkumandang? saja tanya sb dulu lu terkinja2 didataran merdeka bersama pak samad..lu bersembang,borak dan berteater bilik sulit di dewan perniagaan china dan bukan didewan perniagaan melayu yg sekarang digantung ssm.takkan salah the other?