Jumaat, 8 Januari 2021

KERAJAAN KACAU MACAU

 


KERAJAAN

TAK SATBIL

AMIN

KERAJAAN 

KACAU MACAU

AMIN

NASIB BAIK 

ADA KOBID

JADI PENYELAMAT

AMIN

Letak jawatan sajalah,

 kata Dr Mahathir 

kepada Muhyiddin


DR Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin letak jawatan susulan pergolakan yang sedang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas perdana menteri berkata beliau sebelum ini telah memberi amaran kepada Muhyiddin banyak masalah akan timbul jika Bersatu menjalinkan kerjasama dengan Umno, tetapi tidak dipedulikan.

“Yang payahnya bila kita nasihat depa tak mahu dengar, nak buat juga. Itulah jadi masalah.

“Jadi nasihat yang paling baik sekarang kamu nampak tak begitu kukuh. Letak jawatanlah,” kata Dr Mahathir pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir ketika bersama Bersatu menentang keras cadangan Muhyiddin yang juga presiden untuk membawa parti keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan bentuk kerajaan dengan Umno.

Banyak masalah akan timbul kerana Bersatu hanya sebuah parti yang kecil jika dibandingkan dengan Umno, tetapi Muhyiddin memberi jaminan semuanya akan dapat diuruskan, katanya.

“Saya sudah jangkakan pada masa itu.

“Saya beritahu Muhyiddin kamu akan hadapi masalah kerana kamu parti kecil. Kalau Umno tarik balik sokongan, habislah. Tapi dia kata boleh uruskan, Jadi kita tengoklah bagaimana dia nak uruskan.”

Pada masa yang sama Dr Mahathir menyelar kerajaan PN yang terlalu sibuk berpolitik sehingga mengabaikan khidmat kepada rakyat.

“Ini adalah kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia. Dulu kita punya majoriti dua pertiga, sekarang ini cuma dua orang saja. 

“Jadi ini menyebabkan kerajaan ini tidak boleh tumpu kepada pemerintahan, sebaliknya sepanjang masa digunakan untuk pertahankan diri supaya tak jatuh,” katanya. 

Hubungan Umno dan Bersatu tegang sejak awal penubuhan kerajaan PN, malah memuncak dari bulan ke bulan terutamanya sejak pertengahan Oktober lalu.

Umno mendakwa pimpinan kanannya diketepikan dalam pelantikan anggota Jemaah Menteri dan tidak pula diberikan portfolio kementerian yang berhubung secara langsung dengan rakyat.

Umno kemudian enggan menyertai PN yang dibentuk oleh Bersatu dan PAS serta dua parti di Sabah. Umno sebaliknya mahu mengukuhkan Muafakat Nasional, kerjasama yang dijalinnya dengan PAS pada September 2019 atas nama penyatuan ummah.

Pada Oktober lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa ada sokongan “kukuh dan menyakinkan” termasuk daripada kalangan Umno untuk membentuk kerajaan menggantikan Muhyiddin. Biro Politik Umno kemudian mendesak Bersatu untuk merundingkan semula syarat kerjasama politik mereka. – 7 Januari, 2021. 

MUHYIDIN 

TAK PERLU 

KERAS KEPALA

AMIN

RAMAI PARTI

NAK SOKONG PN

AMIN

HANYA MUHYIIDN

PERLU

JADI LEBIH TERBUKA

AMIN

DENGAR APA

ORANG LAIN KATA 

AMIN

BOLEH SAMPAI 

HABIS PENGGAL

AMIN


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PARLIMEN KITA TAK ADA 25TH AMENDMENT, JOM KITA PAKAT BAGI BUKU LIMA KAT SEMUA MUNKEE YANG CLAIM GOT NUMBERS.

Tanpa Nama berkata...

Yiddin boleh tahan sampai habis penggal atau habis nak kena penggal....soalan nih begitu tidak stable sebagaimana Yiddin jugak tidak stabil which in the english gentlemens` words would say damn if you do damn if you don`t...akibat hanya ada sedikit lebih cerdik dari bosskau yang dulu sailang dia dari kerusi DPM dan dungUMNO dan lebih sedikit pandai berbanding si songel yang 20 lebih tahun project PM tak habis lagi...

Ni padah nya kalau tak reti dengar nasihat orang tua...lagi nasihat dari orang yang dah dekat satu abad pengalaman pun tak boleh nak dengar Yiddin, Najib, Zahid, Anwar, Hadi, pool together and their brains are not even half the faculty of a Dr Mahathir...18 hours day of work and very pragmatic...everybody has their say but his words are the ultimate.

Tanpa Nama berkata...

Betul kata Tun M....
Kah! Kah! Kah!
Dulu Majoriti 2 per 3
Sekarang majoriti 2/3 jugak.... Tapi 2/3 orang je la.
Kah! Kah! Kah!
Melawan lagi cakap orang tua!