Isnin, 25 Januari 2021

KOBID MUSUH UTAMA

 



 KOBID MUSUH 

UTAMA

AMIN

ISLAM KAPIR

MENTERI BURUH

JANTAN BETINA 

SEMUA DISERANG

AMIN

SATUKAN SEMUA

TENAGA

LAWAN KOBID

BUKAN LAWAN 

 KOBID UNTUK

NAK JADI PM

AMIN

JANGAN MENYELAM

MINUM AIR

AMIN 



Anwar bidas Kabinet gagal tangani pandemik Covid-19 

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim membidas kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal membuat rancangan yang jelas untuk membendung wabak Covid-19 selepas menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menjelaskan berdasarkan pendedahan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham) bahawa kerajaan PN mungkin akan mengumumkan sekatan penuh selepas 4 Februari, yang kemudian dinafikan, kebanyakan perniagaan kini dalam keadaan panik.

“Bagi pihak ribuan peniaga yang telah menzahirkan rasa kecewa mereka kepada saya beberapa bulan yang lalu, saya timbulkan persoalan bagaimana sebuah kabinet yang mempunyai anggota paling ramai dalam sejarah dan beroperasi dalam darurat tidak mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab paling asas bagi membendung wabak ini?

“Apa yang menghalang mereka sebenarnya?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata kemungkinan sekatan penuh ini juga akan menyebabkan kebanyakan perniagaan gulung tikar sekiranya kerajaan tidak menyediakan bantuan untuk berdepan impak ekonomi.

“Sekiranya PKP yang lebih tegas akan diumumkan tanpa dukungan kewangan yang munasabah kepada para peniaga dan keluarga yang memerlukan, saya
jangka banyak syarikat akan gulung tikar.

“Ini masa untuk kerajaan untuk berbelanja lebih dan bantu syarikat-syarikat, lantas ia secara tidak langsung akan membantu mengawal dampak wabak.” kata Anwar.

Antara punca utama penularan pandemik Covid-19 adalah asrama pekerja, yang mana menurut Anwar ia perlu ditangani segera oleh kerajaan sekiranya mahu ekonomi diteruskan. 

“Terdapat banyak laporan yang menyatakan berlakunya pelanggaran SOP di dorm-dorm pekerja asing. Mengapa syarikat-syarikat dan kilang-kilang ini masih dibenarkan beroperasi tanpa dikenakan hukuman?

“Kerajaan mempunyai masa yang cukup untuk pantau dan kuatkuasakan SOP, tapi itu tidak berlaku.

“Negara jiran Singapura telah melaksanakan ujian besar-besaran di kalangan pekerja asing di sana, manakala Malaysia masih acuh tak acuh dalam melaksanakannya. Padahal ia langkah yang paling penting dan boleh dilaksanakan,” katanya.

Presiden PKR itu berkata antara langkah yang bileh diambil kerajaan PN termasuk menyediakan lebih banyak subsidi upah dan ujian saringan besar-besaran ke atas pekerja asing boleh diberi subsidi oleh kerajaan.

“Skim subsidi upah mesti diperluaskan dan dilaksanakan dengan berkesan. Geran cukai mesti diberikan pada syarikat-syarikat ini agar dapat mereka tambah baik kuarters-kuarters dan dorm-dorm pekerja. Pengujian besar-besaran mesti dilaksanakan segera dan dibiayai, atau sekurang-kurangnya dibiayai separuh oleh kerajaan,” kata Anwar.

Bekas menteri kewangan itu turut membidas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana mengelirukan rakyat dengan mendakwa PKP tidak akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur.

“Keyakinan para pelabur bercambah dari kebijakan yang konsisten dan penegakan hukum yang jelas. Cara dan sikap kerajaan dalam mengawal situasi kemelut hari ini, terutamanya sejak Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu semakin mengarut dan cacamarba.

“Tanpa hujah yang kukuh, kita hanya dapat mengandaikan bahawa para pelabur juga berkongsi pandangan yang sama dengan kita semua bahawa kerajaan ini tidak ada rencana yang jelas dan gagal mengemudi negara saat krisis,” katanya.

Anwar yang pada September lalu mendakwa kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah hilang sokongan dan beliau mempunyai sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” berkata PN kini hanya menyorok di belakang pengisytiharan Darurat untuk mengelak sidang Parlimen.

“Tahun lalu kerajaan PN cuba mengelak dan melambatkan sidang Parlimen berkali-kali sebagai rencana mereka untuk mengelak cubaan untuk mencabar majoriti mereka yang sebenarnya tidak wujud. Kerana itu, rakyat Malaysia menderita dalam bentuk kelewatan pakej rangsangan ekonomi.

“Tahun ini kerajaan PN berhasrat untuk mengelak sidang Parlimen lagi sekali, menyorok di belakang pengisytiharan Darurat. Kesannya nanti pasti akan memanjangkan penderitaan rakyat Malaysia.

Beliau sekali lagi menggesa kerajaan untuk menarik balik peritah darurat dan membenarkan persidangan Dewan Rakyat bagi membincangkan mengenai pandemik dan mengelakkan sebarang keputusan sepihak.

“Saya sekali lagi mendesak untuk diadakan Sidang Khas Parlimen, dengan persetujuan Agong, bagi membincangkan isu-isu ini dan memungkinkan kebijakan yang munasabah, rasional dan yang membawa aspirasi dan kepentingan rakyat Malaysia, dan bukan kepentingan mereka yang terdesak untuk terus berpaut pada kuasa dan kedudukan,” kata Anwar.– 25 Januari, 2021.

 

SEMUA FIKRAH

WAJIB DISATUKAN

AMIN

SEMUA PEMIKIR

WAJIB MENCARI

JALAN KELUAR

AMIN

PASCA KOBID

PASCA HURU HARA

AMIN

BUKAN KITA SAJE

TAPI SELURUH DUNIA

AMIN

PADAMKAN  PROJEK

PRIBADI

AMIN

TUMPUKAN LAWAN

MAT KOBID

AMIN



1 ulasan:

Awanama berkata...

Sudahlah Anwar Ibrahim! Kalau kau pandai, terus bagi tahu apa pelan kau selesai masalah kobid. Tak payah Parlimen bincang. Jangan asyik merepek saja.