Rabu, 27 Januari 2021

RAKYAT MULA BERSUARA

 



RAKYAT MAKIN

SUSAH

AMIN

INI HANYA

PERMULAAN

AMIN

PASCA KOBID

MEMBAWA BENCANA

KEPADA SEMUA

AMIN



Jangan syok isytihar darurat, tetapi harga minyak masak tak dapat kawal

Kerajaan Perikatan Nasional diingatkan agar jangan seronok pasal berjaya isytihar darurat saja tetapi gagal memahami masalah rakyat negara ini.

“Fikir apa kesannya kepada rakyat jelata. Kalau harga minyak masak keluaran tempatan pun tak mampu dikawal, jangan cakap pasal darurat,” kata tokoh wartawan, A Kadir Jasin.

Menurut Kadir, ketika zaman darurat keselamatan 1948-1960, kerajaan masa itu kawal pergerakan makanan takut jatuh ke tangan pengganas komunis.

“Pastikan yang rakyat jelata tidak keputusan makanan atas dasar “kenyang perut senang hati”. Itu baru darurat namanya.

“Tetapi kalau kerajaan Perikatan Nasional pada abad ke-21 ini dengan senang hati mengisytiharkan darurat tetapi nak kawal harga minyak masak buatan sendiri pun tak mampu, susahlah rakyat jelata,” kata beliau.

Perbandingan harga minyak masak antara dua tahun lalu dengan sekarang yang tular di media sosial.

Kata bekas penasihat media perdana menteri tiu, itu belum lagi barang-barang import – gula, kopi, gandum, beras, susu, daging dan macam-macam lagi – dalam keadaan di mana nilai ringgit jatuh walaupun dolar Amerika lemah.

“Ini semua kerana pelabur dalam dan luar negara mula hilang keyakinan terhadap Malaysia,” kata beliau.

Menurut Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) pelaburan asing terus (FDI) yang masuk ke negara tahun lalu jatuh 68 peratus berbanding 2019 kepada hanya US$2.5 billion (RM10.1 billion), katanya.
 
Sedangkan, katanya, rantau Asean jatuh 31 peratus purata dan dunia keseluruhannya merosot 42 peratus.

“Takkan kita hendak bergantung kepada Supermarket Mydin untuk mengawal harga barang?

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dok buat apa? Takkan MGB kot?

“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan takkan dah masuk hutan tanam kunyit, kantan dan durian?

“Kita tahulah sesetengah mereka terlibat tanam “Musang King”,” kata beliau dalam tulisan di facebook beliau.
 
Beliau juga bertanya, mana dia Jawatankuasa Khas yang  Muhyiddin Mohd Yassin janji nak tubuh untuk nasihat kerajaan masa darurat ni?

“Takkan nak nasihat pasal tempoh darurat saja. Tolonglah cari jalan supaya industri boleh berfungsi, wabak Covid boleh diatasi, penderitaan rakyat jelata dikurangkan dan ekonomi dipulihkan.

“Jangan asyik bagi amaran pasal lockdown saja!” kata beliau lagi.

Kata beliau, sebelum kerajaan buat apa-apa mengenai “lockdown”, mereka sepatutnya tengok dulu situasi ekonomi, harga dan bekalan barang makanan serta pendapatan rakyat jelata.

Katanya, aalam keadaan ekonomi berfungsi hampir sepenuhnya pun kerajaan gagal mengawal harga dan bekalan makanan, bayangkan kalau ekonomi ditutup sekali lagi.

“Jangan terkejut kalau rakyat jelata kebuluran sampai ada yang mati,” kata beliau lagi.

Beliau juga meminta agar kerajaan jangan fikir hal Menteri, Ahli Parlimen dan kakitangan awam saja.

“Parlimen digantung pun mereka tetap dapat gaji. Fikir nasib rakyat jelata yang makan gaji dengan swasta, kerja sendiri, pencen swasta dan yang tidak ada sebarang simpanan.

“Kalau rantaian bekalan disekat, banyak akan kebuluran,” kata bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu.

POLITIKUS

DIINGATKAN

JANGAN SYOK

BERKUASA

AMIN

JANGAN SYOK

GILA KUASA

AMIN

PASCA KOBID

AKAN MELEDAK

AMIN

RAKYAT MAKIN 

TERDESAK 

AMIN

HIDUP  RAKYAT

MAKIN PARAH 

AMIN

YANG KAYA 

TAMBAH KAYA

YANG MISKIN

MAKAN RUMPUT 

INI PUN KALAU 

RUMPUT ADA

AMIN





4 ulasan:

C++ berkata...

Inilah masanya bhai... kena lagi banyak bakor... hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

hamim berkata...

TT, tahu apa dia MGB? MGB tu menteri Makan Gaji Buta, ambil gaji tak buat kerja....ada faham ka???

Awanama berkata...

Rantaian bekalan makanan. Bakul makanan. Stok penimbal. Bank sekuriti makanan. Panggillah apa pun,dari ladang ke pinggan mesti guna tenaga orang. Tidak sampai kerana orang tiada. Maka tiada yg mengangkut jadinya diladang harganya murah,dipasaraya harganya mahal. Sekarang ni abang kakak kita peladang petani bukan tak tanam tapi tak boleh sampai ke tangan adik kita. Duit tak berjalan.

Awanama berkata...

Bukan org politik jual minyak masak. Cukong yg jual minyak masak.