Khamis, 25 Februari 2021

RAKYAT MAHU WAKIL RAKYAT

 


RAKYAT MAHU

WAKIL RAKYAT

BERBINCANG

AMIN

JANGAN HOOK

JANGAN HEEK

KHALAS



YDPA ada kuasa panggil Parlimen bersidang tanpa nasihat PM – Ku Li

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa nasihat Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Gua Musang,  Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia termaktub bawah Perlembagaan dan ditambah pula dalam keadaan darurat yang diisytiharkan.

“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh YDPA,” katanya yang dikenali Ku Li dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Terdahulu, Ku Li juga menyambut baik ketegasan yang dizahirkan oleh Istana Negara yang Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa.

“Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid juga menyatakan kenyataan YDPA itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana fungsi institusi demokrasi sepatutnya terus berjalan sebagaimana sepatutnya kerana ia penting untuk semak dan imbang dalam urustadbir kerajaan tetap perlu berjalan.

“Negara sedang berdepan dengan sangat genting yang belum pernah berlaku. Kesan rantaian kepada ekonomi negara sangat parah. Untuk itu wakil rakyat perlu bersidang untuk mencari jalan terbaik untuk menguruskan krisis ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd Azmi, pelbagai keputusan kerajaan seharusnya dibentang di Parlimen untuk dibahas secara terperinci. Kerajaan tidak harus melakukan tindakan tanpa mendapat pandangan balas wakil rakyat yang lain.

“Dengan yang demikian kami mengesa Perdana Menteri seharus menyahut titah tersebut untuk segera menetapkan sidang Parlimen secepat mungkin,” katanya.- 


JANGAN GUNA

MAT KOBID

UNTUK HALANG

WAKIL RAKYAT

BERSIDANG

KHALAS



2 ulasan:

Awanama berkata...

Wakil rakyat akan bincang apa? Rakyat nak wakil rakyat bincang hal-ehwal negara dan rakyat. Rakyat TAK NAK wakil rakyat buang masa, terima gaji buta tapi bincang siapa ada nombor, siapa calon perdana menteri. Boleh tak?

cikminah berkata...

Juga, jangan guna persidangan Parilmen untuk berebut kuasa. Parlimen bersidang seharusnya hanya untuk membincangkan kaedah mengurus ekonomi dan kesihatan rakyat, bukan masalah politik dan nak rampas kuasa. Ini bukan masanya walupun kerajaan yg ada ini, kerajaan tebuk atap. Namun, ia tetap sebuah kerajaan dalam keadaan dzarurat yg genting.
Nak berebut kuasa, tunggu PRU15.