Rabu, 21 April 2021

GAWAT

 

GAWAT GAWAT

GAWAT 



19 sekolah di Petaling tutup mulai esok

PEJABAT Kesihatan Daerah Petaling menutup 19 buah sekolah di daerah itu mulai esok bagi tujuan pembersihan dan saringan kontak rapat selepas 27 kes Covid-19 dikesan secara keseluruhan melibatkan semua sekolah berkenaan.

Pegawai kesihatan daerah Dr Mohamed Paid Yusof berkata pihak berkuasa kesihatan mengesan berlaku kluster pandemik Covid-19 yang memerlukan semua sekolah berkenaan ditutup.

“Justeru, dalam usaha kawalan dan pencegahan premis-premis ini diarahkan untuk ditutup mulai 19 April 2021.

“Penutupan premis adalah bagi tujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kepada kontak-kontak rapat,” katanya dalam surat pekeliling yang dialamatkan kepada pegawai pendidikan daerah Petaling, yang dilihat oleh The Malaysian Insight.

Dalam surat berkenaan, Mohamed Paid juga berkata pembukaan semula 19 sekolah itu akan dimaklumkan dua hari lebih awal.

Surat itu disalinkan kepada pengetua dan guru besar sekolah berkenaan.

Sementara itu, sebuah persatuan ibu bapa dan guru salah sebuah sekolah terlibat mengesahkan surat yang juga tular di media sosial itu sebagai sahih.

The Malaysian Insight difahamkan sekolah terlibat menerima makluman arahan penutupan pada lebih kurang pukul 4 petang tadi.

Sekolah yang ditutup ialah SAM Bestari Subang dan SMK Puchong Utama 1 yang masing-masing dikesan empat kes jangkitan Covid-19, serta SK USJ 20 dan SMK USJ 23 yang masing-masing ada dua kes.

Sekolah-sekolah lain masing-masing mempunyai satu kes jangkitan.

Sekolah-sekolah berkenaan adalah seperti berikut: SMK Bukit Jelutong, SK Puchong Perdana, SK Bandar Baru Sri Damansara 2, SK Bukit Kuchai, SMK Bandar Sri Damansara 2, SK Bandar Sri Damansara 3, SJKC Yuk Chai, SMK Damansara Jaya, SK Bukit Jelutong, SMK Seksyen 7, SMK Puching, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SMK Bandar Puncak Jalil, SMK Seksyen 20, dan SMK Puchong Perdana.

Awal hari ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan enam daripada 14 kluster baharu jangkitan Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu melibatkan institusi pendidikan. Namun, tiada satu pun kluster baharu itu di Selangor.

Setakat hujung Mac, Kementerian Kesihatan mengumumkan terdapat 15 kluster melibatkan pusat pengajian tinggi yang dikesan sejak 1 Januari 2021.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan juga mengesan 11 kluster jangkitan di sekolah menengah, 10 di sekolah rendah dan prasekolah, serta lima di pusat tahfiz dan madrasah.

Beberapa lagi kluster baharu yang melibatkan institusi pendidikan turut dikesan pada minggu-minggu selepas itu.

Awal hari ini, bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik meminta Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin dan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad lebih telus berhubung keadaan penularan Covid-19 di sekolah dan pusat pengajian tinggi. – 19 April, 2021.

JANGAN TIPU

TIPU

AMIN

Tiada ulasan: