Jumaat, 7 Mei 2021

PEMIMPIN ISLAM DIFITNAH

 

 LIHAT BETAPA

JAHATNYA

KERAJAAN

AMIN

BARANG HADIAH

DIKATAKAN HASIL

RASUAH

AMIN 



Beg tangan, kasut milik Rosmah dan Nooryana hadiah rakan, orang kenamaan

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa, 263 buah beg tangan pelbagai jenama, 27 pasang kasut, serta 10 utas jam tangan mewah, yang disita pihak polis di kediaman Najib Razak berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah hadiah daripada rakan dan orang kenamaan.

Peguam Iskandar Shah Ibrahim yang mewakili isteri dan anak bekas perdana menteri itu iaitu Rosmah Mansor dan Nooryana Najwa juga berkata, tiada jejak wang yang menunjukkan semua harta itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Peguam Iskandar Shah Ibrahim berkata, berdasarkan afidavit yang diikrarkan pegawai penyiasat kes 1MDB Supt Foo Wei Min, pihak pendakwaan sendiri tidak dapat memastikan bahawa beg-beg tangan serta kasut tersebut, merupakan hadiah atau diperoleh daripada hasil aktiviti haram.

“Bagi beg-beg tangan yang dirampas, ia merupakan hadiah daripada rakan-rakan kenalan rapat termasuk orang kenamaan, besan Rosmah, ibu mertua kepada Nooryana serta orang-orang lain yang tidak dikenali.

“Pihak kami berhujah bahawa pemohon (pendakwaan), tidak dapat mengenal pasti selain tidak membuat penilaian terhadap kesemua beg berjenama kecuali beg Hermes. Atas imbangan keberangkalian, adalah tidak mustahil untuk Rosmah dan Nooryana yang merupakan isteri dan anak kepada mantan perdana menteri, menerimanya sebagai hadiah atau membuat perolehan sendiri,” katanya semasa berhujah pada prosiding tuntutan pelucutan hak harta tersebut daripada Rosmah, Nooryana dan 16 yang lain.

Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan barangan, termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka, serta 13 individu dan syarikat yang dikatakan berkaitan 1MDB.

Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd, dibeku antara 16 Ogos, 2018 dan 11 Mac 2019.

Dalam notis usul lucut hak itu, pendakwaan menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib) dan Nooryana Najwa, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Mengenai 27 pasang kasut yang dirampas, Iskandar Shah berhujah bahawa dakwaan Foo dalam afidavitnya yang menyatakan bahawa mustahil untuk Nooryana memiliki kasut-kasut tersebut adalah tidak berasas, kerana wanita itu telah mendedahkan punca pendapatannya dengan jelas dan mengemukakan bukti yang sah menerusi afidavitnya.

“Bahkan Foo dalam afidavitnya tidak membuat sebarang penilaian untuk menentukan sama ada Nooryana mampu membelinya atau tidak, oleh itu terdapat kemungkinan bahawa kasut berkenaan bukan hasil daripada aktiviti haram.

“Afidavit Foo juga tidak menafikan, bahawa beg-beg tersebut adalah merupakan hadiah atau pemberian, namun Foo dalam masa yang sama meletakkan beban Nooryana untuk membuktikannya dengan mengemukakan resit pembelian atau sebagainya,” katanya.

Iskandar Shah menambah pendekatan yang diambil Foo adalah tidak adil, kerana tiada jejak wang di kemukakan atau keterangan saksi-saksi yang menyatakan secara terus bahawa harta terbabit adalah dari hasil aktiviti haram, berkaitan dana 1MDB.

Sementara itu, peguam Azamuddin Aziz yang berhujah bagi pihak Riza Shahriz dan Nor Ashman Razak berkata, tiada sebarang bukti aliran wang yang menunjukkan dana 1MDB digunakan untuk membeli 10 utas jam tangan milik mereka.

“Foo di dalam afidavit sokongannya mengatakan bahawa, Nor Ashman langsung tidak mempunyai fail cukai pendapatan, dan berpendapat dalam keadaan tersebut tidak mungkin beliau boleh membeli jam-jam tangan tersebut.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 18 Jun, bagi pihak pendakwaan untuk membalas hujahan. – Bernama, 7 Mei, 2021.



 PEMIMPIN ISLAM

SAH DI FITNAH

AMIN

HAJJAH ROSMAH

AKAN BUKTIKAN

BAHAWA SEMUA INI

BARANG HADIAH

AMIN

HAJJAH ROSMAH

AKAN SENARAIKAN

SATU PERSATU SIAPA

YANG BERIKAN 

HADIAH INI

AMIN

PADAN MUKA

PENDAKWA 

AMIN

MEREKA TAK SEDAR

HAJJAH ROSMAH

SEORANG 

IBU MIKARI ...

OPPS... SILAP

IBU MITALI

AMIN

DAPAT HADIAH

DARI BESAN 

DARI MENATU

BUKAN  HADIAH

BEG HERMES

DI CURI DARI

NEW YORK

KHALAS





Tiada ulasan: