Isnin, 21 Jun 2021

UMNO TOLAK MUHYIDIN

 

INI STRATIJI

NAK LARI

DARI 

SUNGAI  BULUH

KAH KAH KAH 




MKT Umno tentukan pemilihan parti sebelum 30 Jun, kata Ahmad Maslan

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan membuat keputusan mengenai tarikh pemilihan parti sebelum 30 Jun ini, kata Setiausaha Agong Umno Ahmad Maslan seperti dipetik laporan Malaysia Post.

Katanya, keperluan mengadakan pemilihan parti itu adalah atas pandangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

“Saya dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan jawapan dan saya telah mendapatkan jawapan tetapi tidak boleh berkongsi di sini.

“Walau bagaimanapun kita tunggu apa keputusan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi,” katanya, dalam wawancara dengan portal berita itu malam tadi.

Perlembagaan Umno memberi kelonggaran kepada MKT Umno untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan daripada tarikh ia sepatutnya diadakan.

Umno mengadakan pemilihan bagi barisan kepimpinan tertingginya sekarang pada 30 Jun 2018 untuk tempoh tiga tahun sehingga akhir bulan ini.

“Itu dalam perlembagaan Umno, sama ada perkara itu dilakukan atau tidak terpulang kepada keputusan majoriti ahli MKT,” kata Ahmad.

Dalam mesyuaratnya pada 25 April lalu, MKT Umno memutuskan untuk meminta nasihat dan garis panduan daripada RoS dan MKN mengenai penganjuran pemilihan parti pada tahun ini di tengah pandemik Covid-19.

Nasihat itu diminta bagi memastikan proses pemilihan parti dapat diadakan dengan berkesan dan lancar, mengambil kira jumlah jangkitan Covid-19 yang meningkat, kata Ahmad pada masa itu.

Beliau menjelaskan juga pemilihan Umno merangkumi mesyuarat perwakilan Umno cawangan-cawangan termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dengan jumlah keseluruhan 66,287 mesyuarat di semua 191 bahagian yang melibatkan hampir 3.3 juta ahli di seluruh negara.

Beberapa pemimpin Umno sebelum ini menggesa pihak pengurusan parti supaya tidak menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antaranya bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang berpandangan Umno perlu mengadakan pemilihan parti segera untuk memastikan ia mempunyai kepimpinan yang jelas dan boleh diterima oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Bekas presiden Umno Najib Razak membidas pandangan itu dengan berkata pemilihan parti sebelum PRU15 boleh menyebabkan Umno berpecah dan mereka yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain.

Namun Khairy menegaskan Umno kalah juga pada PRU14, ketika Najib memimpin parti, biarpun pemilihan parti pada masa itu ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberi jaminan Umno tetap akan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini dan semua jawatan akan dipertandingkan.

Ahmad kemudian menjelaskan pemilihan Umno akan diadakan selepas PRU15 dan disebut pada tahun ini sekiranya pilihan raya umum dibuat pada tahun ini, selepas darurat berakhir pada 1 Ogos.

Penganalisis politik melihat pemimpin Umno kini berbalah mengenai tempoh pemilihan parti kerana mahu mengawal parti dan menyingkirkan seteru politik mereka.

Pemimpin dan ahli Umno kini berbalah pandangan mengenai hala tuju parti menjelang PRU15 biarpun secara rasmi perhimpunan agung sudah membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu. – 21 Jun, 2021. 

 

LEPAS VAKSIN

SAMPAI 

KHAIRY PASTI

BOLEH TANDING

SEKALAI LAGI

KAH KAH KAH

KERUSI PRESIDEN

KAH KAH KAH

PASTI MODAL

DAH CUKUP

KAH KAH KAH 



Tiada ulasan: