Rabu, 13 November 2024

WARGA ISRAEL DIBURU DIMAN SAJA MEREKA BERADA


WARGA ISRAEL

DIBURU DIMANA 

SAJA MEREKA

 BERADA

AMIN

SATU SABAH TAHU - KERJA UMNO


BILA DINAFI

ETINYA BETUL

AMIN

SATU SABAH TAHU

SEMUA  INI

KERJA UMNO

KHALAS

KES YUSOFF RAWTHER


Peguam negara diselar bantah ikat jamin Yusoff Rawther ketika kerajaan gubal akta benarkan banduan jadi tahanan rumah

Peguam bekas pembantu Anwar Ibrahim, Yusoff Rawther yang kini berdepan tuduhan memiliki dadah dan senjata, mempersoalkan tindakan peguam negara membantah permohonan anak guamnya menyemak semula keabsahan Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 ketika kerajaan ingin perkenalkan undang-undang tahanan rumah.

Rafique Rashid berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) sepatutnya mempertimbangkan permohonan itu kerana ia memberi manfaat kepada ribuan banduan lain yang masih menunggu perbicaraan.

"Kita mempersoalkan keabsahan Seksyen 41B. Kita tidak ada kuasa permohonan jamin sedangkan kuasa memberi jaminan ialah hati perut mahkamah. Jadi kita minta mahkamah tentukan Seksyen 41B yang menghalang jaminan itu tidak berperlembagaan," katanya dalam satu sidang media yang turut dihadiri dua ibu saudara Yusoff dan adik lelakinya, Ebrahim Rawther.

"Kenapa AGC hendak membantah permohonan itu?" soal Rafique.

Rafique merujuk rancangan kerajaan untuk menggubal undang-undang membolehkan banduan diletakkan sebagai tahanan rumah. 

"Bagaimanakah kita masih hendak menentang permohonanan sebegini?

"Ia tidak menghantar isyarat yang betul kepada rakyat," katanya.

Yusoff ditahan pada 6 September selepas polis mendakwa menemui dua pistol dan 305g ganja di dalam keretanya, dalam apa yang disifatkan Yusoff sebahagian usaha musuh dan "orang berkuasa" yang mahu memerangkapnya.

Terdahulu, kes dadah membabitkan cucu aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Idris itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusoff didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan bersalah.

Lelaki itu turut didakwa di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Akta Dadah Berbahaya tidak membenarkan ikat jamin untuk kesalahan di bawah Seksyen 39(B) yang dihadapi Yusoff. 

Yusoff telah memfailkan saman pada hujung September mencabar seksyen itu yang menghalang mahkamah daripada menggunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan, sebagai tidak berperlembagaan.

Pada sidang media hari ini, ibu saudara Yusoff, Fathima Idris menyifatkan pemakaian Seksyen 39B terhadap anak saudaranya sebagai kejam.

"Mahkamah dibelenggu daripada melaksanakan budi bicara. Bagaimana mahkamah boleh dibelenggu sebegini? Ia sepatutnya bebas daripada kegilaan ini.

Keluarganya turut menzahirkan kegusaran berkenaan keadaan kesihatan Yusoff yang ditahan di Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan.

Fathima menyelar kerajaan yang sebelum ini mahu mengurangkan kesesakan dalam penjara dengan memperkenalkan undang-undang berkaitan tahanan rumah.

"Kerajaan berkata ia sedang merancang mereformasikan 3,000 undang-undang dan membawa peruntukan untuk tahanan rumah. Satu sebab diberikan ialah untuk mengurangkan kesesakan di penjara;Namun mereka (kerajaan) berdolak-dalih sama ada permohonan Yusoff adalah soal sivil atau jenayah," katanya.

Mana ahli Parlimen?

Dalam pada itu, Rafique turut mempersoalkan suara pihak-pihak yang dahulu memperjuangkan hak asasi yang tidak bersuara membela Yusoff, termasuk ahli-ahli Parlimen.

"Di manakah suara NGO-NGO yang begitu lantang? 

"Kalau perkara ini berlaku dalam pentadbiran terdahulu, saya merasakan bukan sahaja mereka buat sidang media setiap hari, tapi sudah ada soalan yang akan ditanya di Parlimen dan jauh lebih penting, akan ada perarakan-perarakan untuk membawa kebebasan kepada orang yang dikatakan dianiaya," katanya.

Rafique menyatakan kekesalan pihak keluarga kerana tiada soalan ditanya di Parlimen berhubung isu tersebut.

Yusoff merupakan bekas pembantu penyelidik untuk Anwar Ibrahim, dan pernah bekerja di sebuah pejabat bungalow di Petaling Jaya pada 2018.

Pada 2021, dia memfailkan saman mendakwa diserang presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang menyaksikan Anwar kembali ke Dewan Rakyat empat tahun selepas disabitkan kesalahan liwat.

Anwar mendakwa Yusoff berbohong berhubung serangan seksual yang berlaku kepadanya.

- Iklan -
Yusoff juga telah memfailkan saman sivil terhadap bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menuntut gantirugi kecederaan yang dialami selepas didakwa diserang di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada 2018.

Pada Oktober 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, membayar ganti rugi RM200,000 kepada Yusoff susulan saman fitnah berkait kenyataannya mengenai saman terhadap Farhash

AKTA DADAH

DAH JADI GANTI

AKTA ISA

AMIN

BELUM BICARA

MASUK JIL

BERTAHUN DULU

AMIN

KHALAS

CHINA TEKAN FILIPINA




Filipina dakwa ditekan China untuk serah hak kedaulatan di Laut China Selatan

CANBERRA: Filipina mendakwa China terus memberi tekanan supaya menyerahkan hak kedaulatannya di Laut China Selatan, kata Menteri Pertahanan Filipina, Gilberto Teodoro, hari ini selepas pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Australia, Richard Marles, di Canberra.

"Apa yang kami lihat adalah permintaan Beijing yang semakin mendesak supaya kami menyerahkan hak kedaulatan kami di kawasan berkenaan," katanya, sambil menambah bahawa Filipina adalah 'mangsa kepada pencerobohan China'.

China dan Filipina dilihat sering bertelagah tahun ini mengenai kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan, termasuk Terumbu Scarborough, satu kawasan yang paling dipertikaikan di perairan itu.

Pertemuan Teodoro dengan rakan sejawatnya, Marles, kali ini, kelima sejak Ogos tahun lalu, mencerminkan hubungan keselamatan yang semakin rapat antara kedua-dua negara, dengan masing-masing menyuarakan kebimbangan mengenai aktiviti China di kawasan Laut China Selatan yang dituntut oleh Filipina dan negara Asia Tenggara lain.

Kedua-dua negara menandatangani perkongsian strategik pada September tahun lalu dan mengadakan rondaan laut dan Udara Bersama buat pertama kali di Laut China Selatan beberapa bulan kemudian.

Filipina turut serta dalam latihan ketenteraan di Australia buat julung kalinya tahun ini.

China mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan, yang juga laluan bagi lebih daripada AS$3 trilion perdagangan tahunan melalui kapal, termasuk kawasan yang turut dituntut oleh Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Mahkamah Tetap Timbang Tara pada 2016 berkata, tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang, satu keputusan yang ditolak oleh Beijing.

Teodoro berkata, tuntutan dan tingkah laku China bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan perjanjian pertahanan dengan rakan kongsi seperti Australia adalah cara penting untuk menghalang pencerobohan China.

"Walaupun mereka (China) mendakwa bertindak di bawah naungan undang-undang antarabangsa, semua orang tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa," katanya.

"Bukti terbesar terhadap perkara ini adalah tiada siapa yang benar-benar menyokong tindakan atau aktiviti mereka.

Selain daripada hubungan yang lebih erat dengan negara-negara termasuk Australia dan Amerika Syarikat (AS), Filipina juga merancang untuk membelanjakan sekurang-kurangnya AS$33 bilion untuk membeli senjata baharu termasuk jet pejuang canggih dan peluru berpandu jarak sederhana.

Marles berkata, Australia mahu bekerjasama lebih rapat dengan industri pertahanan Filipina dan akan menghantar pasukan penilaian kejuruteraan ke negara berkenaan, awal tahun depan. - REUTERS

CHINA MERAH

MAKIN GANAS

AMIN

AKHIRNYA

AMERIKA AKAN

MASUK BANTU

AMIN

MAKA PERANG

TERJADI MACAM

DI UKRAINE

AMIN

KHALAS

IRAN TIDAK ADA SENJATA NUKLEAR


Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - IAEA

LONDON: Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang berusaha membina senjata nuklear.

Grossi membuat penjelasan itu di luar Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Baku semalam dan menyatakan harapan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan perlindungan yang didakwa dengan pegawai Iran semasa lawatannya ke Tehran, menurut laporan agensi berita republik Islam (IRNA).

"Itulah jurang ini, kekurangan keyakinan ini yang tidak sepatutnya kita biarkan berkembang menjadi ramalan yang memenuhi diri sendiri dengan menjadikan kemudahan nuklear sebagai sasaran.

"Kita mempunyai masalah yang perlu diselesaikan," kata Ketua IAEA itu yang akan berlepas untuk lawatan dua hari ke Tehran hari ini kepada wartawan.

Ditanya sama ada agensi itu bimbang mengenai pembangunan senjata nuklear Iran, beliau menjelaskan bahawa IAEA tidak mempunyai bukti untuk membuktikan dakwaan sedemikian.

Terdahulu, dalam satu temu bual dengan CNN, Grossi berkata tujuan lawatannya ke Iran, yang pastinya bukan yang terakhir adalah penting untuk mencari penyelesaian diplomatik terhadap isu yang masih ada.

Merujuk kepada masa depan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), beliau berkata: "Ini bukan isu rahsia. Sejak kerajaan baharu memegang jawatan, ia mencari penyelesaian dalam hal ini."

Berdasarkan rancangan lawatan itu, Grossi akan bertemu dengan Presiden Iran, Menteri Luar dan Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran.

Dua minggu lalu, Timbalan Menteri bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Antarabangsa Iran, Kazem Gharibabadi yang bertemu dengan Ketua IAEA di Vienna mengumumkan bahawa lawatan Grossi akan menjadi kesinambungan interaksi antara Iran dan AIEA.

Ini selaras dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak pada 4 Mac 2023 yang turut menyeru penyelesaian isu-isu perlindungan yang masih ada dengan pendekatan profesional dan tanpa berat sebelah agensi.

Sebelum perjanjian JCPOA, Barat membentangkan program nuklear Iran sebagai ancaman berdasarkan Bab ke-7 Piagam PBB dan cuba mengaitkannya dengan tindakan ketenteraan dan sekatan.

IAEA dalam lebih sedozen laporannya turut mengesahkan pematuhan Iran terhadap perjanjian 2015, namun ketidakpatuhan JCPOA oleh Britain, Perancis dan Jerman, serta Amerika Syarikat, menyebabkan Tehran mengurangkan komitmennya secara beransur-ansur.

Langkah itu diumumkan genap setahun selepas Presiden AS ketika itu, Donald Trump mengumumkan negaranya menarik diri daripada JCPOA dan mengenakan semula sekatan ekonomi secara unilateral ke atas Tehran.

Pada 2018, Iran mengaktifkan mekanisme penyelesaian pertikaian dalam suruhanjaya bersama JCPOA di peringkat menteri luar negara anggota yang tinggal. Akibatnya, pihak anggota JCPOA mengeluarkan kenyataan dan membuat 11 komitmen untuk mengimbangi kerosakan ekonomi yang disebabkan oleh tindakan unilateral Amerika Syarikat.

Selepas memegang jawatan pada Januari 2021, pentadbiran Demokrat di bawah Joe Biden mengecam tindakan unilateral oleh pendahulunya, tetapi ia juga diteruskan dengan apa yang dipanggil kempen tekanan maksimum terhadap Iran yang dicipta oleh Trump, yang akan kembali ke Rumah Putih pada Januari 2025 berikutan kemenangannya dalam pilihan raya, baru-baru ini.

Iran berulang kali menegaskan bahawa tindakannya boleh diterbalikkan sekiranya pihak lain, termasuk AS, mematuhi klausa JCPOA.

SAH TERBUKTI

IRAN TIDAD ADA

SENJATA NUKLEAR

AMIN

ZIONIS ISRAEL

TERUS MENUDUH

AGAR AMERIKA

SERANG IRAN

AMIN

TAKTIK SAMA

DIPAKAI KETIKA

SERANG IRAQ

AMIN

KHALAS

TAKZIAH DARI MAPIM


TAKZIAH ATAS KEMBALINYA TUN DAIM ZAINUDDIN KE RAHMATULLAH


إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ









Kami menyampaikan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Allahyarham adalah tokoh besar negara yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Kami mendoakan agar ruhnya ditempatkan di kalangan para solehin.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

UCAPAN TAKZIAH DARI MAT SABU


TAKZIAH

DARI MAT SABU



Innalillahi wainna ilaihi raji’un.
Dengan rasa dukacita yang mendalam, Bang Mat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim atas pemergian Tun ke rahmatullah. 

Allahyarham Tun Daim banyak berjasa kepada negara ketika diamanahkan menjadi Menteri Kewangan dahulu. Kehilangan Tun merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga dan rakan-rakan, tetapi juga kepada seluruh masyarakat yang menghargai sumbangan beliau.

Semoga segala amal kebajikan yang dilakukan oleh Allahyarham Tun diterima oleh Allah SWT, dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Bang Mat mendoakan agar keluarga Allahyarham Tun diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi waktu yang sukar ini.
Al-Fatihah.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran."

https://www.facebook.com/share/p/1AP6qohuW5/

PEGUAM KURANG FAHAM

 


PEGUAM INI

KURANG FAHAM

JIKA YB NI DIDAKWA

KERAJAAN MADANON

AKAN RUNTUH

KAH KAH KAH

AMIN

GANJA GANTI ISA



'Diekori di mana-mana' – Keluarga ceritakan saat Yusoff Rawther dikepung polis, kemunculan beg berisi pistol


Keluarga Muhammed Yusoff Rawther hari ini mendedahkan butiran mengejutkan mengenai peristiwa penangkapannya pada September lalu atas tuduhan memiliki senjata api dan dadah, di samping menceritakan bagaimana pemuda itu pernah diekori selama berbulan-bulan oleh individu tidak dikenali.

Pada sidang media mengenai kes membabitkan lelaki berusia 31 tahun itu, ibu saudaranya Fathima Idris berkata pada pagi 6 September lalu, Yusoff sedang berjalan menuju keretanya yang terletak di luar sebuah kondominium apabila diserbu sepasukan pegawai polis yang tiba dengan kereta dan motosikal.

Menurutnya, salah seorang daripada anggota polis memberitahu Yusoff mereka menerima maklumat terdapat senjata dalam keretanya.

"Polis memintanya membuka pintu kereta tetapi ia tidak dapat dibuka menggunakan remote, kemudian salah seorang daripada mereka mengarahkan Yusoff membuka pintu kereta secara manual tetapi masih tidak dapat dibuka,” kata Fathima yang beberapa kali menahan sebak pada sidang itu yang turut dihadiri adik Yusoff, Ebrahim Rawther, seorang lagi ibu saudaranya Khatija Idris dan peguam Rafique Rashid.

Fathima berkata, pegawai polis kemudian membuka bahagian penumpang kereta Yusoff sebelum memintanya membuka pintu pemandu.

Yusoff kemudiannya dipegang polis sementara anggota lain menggeledah kereta itu.

Sejurus selepas itu, seorang pegawai polis keluar daripada kereta membawa sebuah beg dan bertanya kepada Yusoff mengenai kandungannya. Selepas Yusoff menjawab dia tidak tahu, polis mengeluarkan sepucuk pistol dari beg tersebut, kata Fathima.

"Mereka kemudian menggari Yusoff, menyuruhnya duduk di belakang keretanya bersama-sama polis dan seorang lagi yang memandu kereta itu ke Ibu Pejabat Kontigen (IPK) Polis Kuala Lumpur, sebelum menggeledah kereta itu di situ."

Fathima berkata Yusoff tidak dapat melihat apa-apa yang berlaku di dalam kereta sebelum dadah muncul di kawasan tempat letak kereta di hadapan surau bangunan IPK.

Beliau berkata polis berulang kali cuba memaksa Yusoff menandatangani "borang bongkar" yang memperincikan barang-barang yang dirampas dalam keretanya, tetapi dia enggan.

Pada 9 Oktober lalu, Yusoff, cucu kepada aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang Allahyarham SM Mohamed Idris, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki senjata tiruan di bawah Akta Senjata Api, yang jika disabitkan boleh membawa kepada hukuman penjara setahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Dia juga menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya atas dakwaan memiliki 305g ganja, kesalahan yang tidak boleh diikat jamin dan membawa hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan.

Yusoff, yang pernah bertugas sebagai pembantu penyelidik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 2018 sebelum memfailkan saman serangan seksual terhadap pemimpin PKR itu, percaya dadah dan senjata yang ditemui diletakkan oleh musuh dan "orang berkuasa" yang mahu memerangkapnya.

Dia turut membuat dua laporan polis dan menamakan beberapa individu terkenal yang perlu disiasat. Bagaimanapun, polis masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai status laporan itu.

Ditanya siapa individu yang dinamakan dalam laporan polis itu, peguam Rafique Rashid berkata terpulang kepada polis untuk mendedahkan identiti mereka.

Menurutnya lagi, polis hanya sekali mengambil keterangan Yusoff susulan laporan itu.

Sementara itu, Fathima berkata masih tiada kemas kini mengenai status laporan polis itu.

'Diekori individu tak dikenali'

Pada sidang media hari ini, Ebrahim Rawther berkata selama dua tahun, abangnya sentiasa diekori sebuah kereta.

"Dia selalu bersenam di sebuah gimnasium di Bukit Damansara. Pada waktu pagi dia berbasikal dari apartmennya ke gim, dan kereta yang sama dilihat di luar rumahnya mengikutnya sehingga ke gim. Selesai di gim dan ketika berbasikal pulang ke rumahnya, kereta yang sama akan turut mengikutnya pulang."

Ebrahim berkata, dia sendiri menjadi saksi perkara itu kerana sering menemani Yusoff ke gim.

Menurutnya, dua minggu sebelum penahanannya, Yusoff didatangi seorang wanita ketika berada di sebuah kedai, yang memberitahu seseorang cuba mengambil gambarnya.

"Dia bergegas keluar melihat siapa orang itu, lalu mengambil gambar orang yang mengekorinya," tambahnya.

Fathima berkata sejak penangkapan anak saudaranya, mereka sekeluarga sentiasa dalam ketakutan dan bimbang keselamatan Yusoff dan diri mereka sendiri.

"Orang menyangka bahawa dengan pemansuhan ISA, rakyat akan dilindungi dan penangkapan sewenang-wenangnya tidak lagi berlaku, namun pada hakikatnya mendapati amalan jahat menggunakan undang-undang sedia ada untuk membawa tuduhan palsu masih diteruskan."

Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap membisu sesetengah kumpulan hak asasi manusia terhadap nasib Yusoff.

"Yusoff adalah mangsa perancangan jahat dan dipenjarakan tanpa rasa perikemanusiaan, kita mahu kumpulan masyarakat sivil mengambil berat tentang apa yang dilalui oleh Yusoff dan mereka yang senasib dengan Yusoff, dan menyeru agar Yusoff dibebaskan. Ini kezaliman yang dahsyat yang menimpa Yusoff.

"Sesiapa yang mendalangi tindakan memerangkap ini sudah tentu memiliki segala kuasa; namun kami akan melawan kezaliman ini walau dengan hanya membaling sebatang kayu Sinwar ke arah mereka," katanya merujuk kepada Yahya Sinwar, pemimpin Hamas yang dirakam membaling sebatang kayu ke arah dron Israel beberapa minit sebelum dia dibunuh.

Pada Julai 2021, Yusoff memfailkan saman mendakwa dia diserang Anwar secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang menyaksikan presiden PKR itu kembali ke Dewan Rakyat empat tahun selepas disabitkan kesalahan liwat.

Yusoff juga memfailkan saman sivil terhadap bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang didakwa menyerangnya secara fizikal. 

Dia juga menyaman setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah susulan kenyataan mengenai saman terhadap Farhash. Tunku Nashrul diperintah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Yusoff oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

WOIT

GANJA BOLEH

JADI GANI ISA

AMIN

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK KITA SEMUA




Johor wujudkan 21 lokasi bank makanan untuk gajah liar


KOTA TINGGI – Johor bakal wujudkan 21 lokasi bank makanan untuk gajah sebagai langkah jangka masa panjang dalam menangani konflik pertembungan gajah dan manusia.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, setakat ini empat lokasi bank makanan sudah pun beroperasi di negeri ini.

Beliau memberitahu, dua lagi bank makanan iaitu di Santuari Gajah Johor (JES) di sini sedang dalam proses untuk disiapkan.

“Dengan adanya lokasi food bank (bank makanan) untuk gajah, kita akan dapat menarik gajah-gajah datang untuk mendapatkan makananan.

“Contohnya JES dengan keluasan 72 hektar di tebing hutan Panti di sini mempunyai fungsinya sendiri. Ini juga sebagai satu pusat penyelidik dan penyelamat gajah,” katanya kepada pemberita selepas melawat JES di sini hari ini.

Menurutnya, semua kemudahan untuk mamalia itu adalah hasil kerjasama serta kajian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan universiti tempatan.

Selain itu, Tian Soon berkata, sebanyak RM9 juta diperuntukkan kerajaan Johor bagi membina pagar elektrik seluas 16 kilometer di sekitar Hutan Panti di sini.

Jelasnya, langkah itu bagi mengelak kumpulan gajah masuk sembilan buah kampung berdekatan dan menghalangnya daripada mengganggu kawasan pertanian dan penempatan.

Pada masa sama, kata beliau, pagar tersebut akan memudahkan gajah berkenaan memasuki kawasan JES bagi mendapatkan makanan.

“Mudah-mudahan dengan adanya inisiatif ini, konflik antara gajah manusia di kawasan sini dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus.

“Pada tahun ini sahaja terdapat 64 aduan berkenaan konflik itu diterima di Johor dan di Kota Tinggi adalah yang paling tinggi,” katanya.

Selain langkah jangka masa sederhana dan panjang, pihaknya juga melakukan langkah jangka pendek dengan melakukan inisiatif tangkap dan pindah bagi mengurangkan masalah tersebut.

Dalam ada itu katanya, JES dalam proses membina kolam, laluan pejalan kaki dan lain-lain sebelum dibuka kepada orang ramai pada 2026 sekali gus menjadi pusat pelancongan baharu di Johor.

Difahamkan ketika ini dianggarkan terdapat 120 hingga 160 ekor gajah liar di Johor yang berkeluaran di sekitar daerah Segamat Kluang Mersing dan Kota Tinggi.

Menurusi JES di sini nanti akan mampu menempatkan sekurang-kurangnya 30 ekor gajah liar.

Pembukaan JES berupaya meningkatkan kualiti habitat mamalia berkenaan selain mengurangkan konflik pertembungan antara gajah dan manusia.

Gajah yang akan ditempatkan di JES itu terdiri daripada gajah yang tercedera, terkena jerat atau terpisah daripada kawanannya.- MalaysiaGazette

INI BERITA

BAIK UNTUK

KITA SEMUA

AMIN

BINATANG JUGA

ADALAH WARISAN

KITA BERSAMA

AMIN

SESAMA KITA 

JAGA UNTUK

ANAK CUCU

KITA AKAN DATANG

AMIN

KHALAS

KEDEKUT BONTOT DAPAT GANJA


KEDEKUT 

 BONTOT

DAPAT GANJA

AMIN

Unknown commented on 
"YUSOFF RAWTHER 
KE MAHKAMAH"

masih muda kesian dengan 'kes tak seberapa lebih baik jauhi orang politik andai dapat di undur masa guna kuasa UNDI atau join turun jlnraya hingga pilihanraya lebih baik serta relevan berpada pada diri sendiri dulu!!

BERAPA BANYAK GENTING SEDEKAH PADA UMNO ?


BERAPA BANYAK

GENTING SEDEKAH

PADA UMNO

UNTUK PRU ?

JENG JENG JENG

AMIN

Unknown commented on 
"TAKDA JUDI TAKDA DANA 
UNTUK PARTI POLITIK"

tanpa judi pun politik boleh cuma tergolek nak duit judi utk kuasa setiap negara ada hasil sumber alam sekeliling semulajadi lagi banyak!! tak caya tanya menteri kewangan Madani selepas balik dari lawatan luar negara!!

PAGI INI


PAGI INI

RABU 13 NOVEMBER 2024
KEMARIN UJAN PAGI
BANJIR KILAT BERLAKU
DI SHAH LAM
DI KEPONG
DI KLANG

MUSIM UJAN DAH SAMPAI
IKLIM DUNIA BERUBAH
IKLIM KITA JUGA
 MAKIN BERUBAH

BANJIR AKAN KERAP BERLAKU
BILA BANJIR
AKAN ADA TANAH RUNTUH
BILA TANAH RUNTUH
ADA  YANG GUGUR
INI HAKIKAT
INI WATAK PERUBAHAN IKLIM

KETIKA GUA MENULIS INI
PERSIDANGAN IKLIM
SEDANG BERJALAN DI AZERBAIJAN
INI KALI KE 29
JUSTERU DI PANGGIL CAP29

DAH 29 TAHUN
BINCANG PERKARA SAMA
DAH LOTEH
DAH JADI NATO
NO AKTION TOK ONLI
KAH KAH KAH

AZERBAIJAN
PERSIDANGAN COP29
DI BAKU 
SEBANYAK LEBIH DARI 200 NEGARA
HADIR UNTUK BINCANG
TINDAKAN TERHADAP
PERUBAHAN IKLIM

AMERIKA
TRUMP MELANTIK
PENGACARA STESEN FOX
UNTUK MENJADI
SETIUSAHA PERTAHANAN AMERIKA
KAH KAH KAH

SRI LANGKA
ESOK SRI LANGKA
AKAN MENGADAKAN
PILIHAN RAYA PARLIMEN

NIGERIA
KEBULURAN AKAN SAMPAI
KE NIGERIA KERANA
PANEN GAGAL CUACA BERUBAH

ISREAL
PBB MENGGESA
AGAR BANTUAN MAKANAN
DI BERI MASUK KE GAZA

AMERIKA
BERI AMARAN PADA ISREAL
DALAM MASA 30 HARI
ISRAEL WAJIB BENARKAN
BANTUAN KEMANUSIAN
MASUK KE GAZA
KAH KAH KAH
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI TIDAK CERAH
PAGI INI BASAH
LANGIT TIDAK BIRU
AWAN PUTIH BEROMBAK OMBAK
MATA HARI TIDAK KELIHATAN

DI SAWAH RUMPUT 
YANG BELUM DI POTONG PIPIT
CARI REZEKI DAN CENGKERIK  BERSUARA

DARI JAUH SUARA KENG KENG
SUARA TERKUKUR
TIDAK PUTUS PUTUS
LAWAN BERLAWAN
TIONG TERBANG DI SANA SINI

GUA HARAP 
HARI AKAN PANAS
JIKA HUJAN  TENGAH HARI
MUNGKIN BAWA BANJIR
HUJAN PETANG
MALAM SEJUK
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

BRO
NIKMATILAH SETIAP HARI
DENGAN SENYUMAN
HIDUP INI ANUGERAH
TERBESAR

BRO
JALANI HIDUP DENGAN JUJUR
LU JANGAN TIPU
DIRI LU SENDIRI

BRO
LU JANGAN TAKUT BERSUARA
DUNIA INI 
MILIK LU JUGA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA