Jumaat, 15 November 2024

TANAH MELAYU DALAM BAHAYA !!!



MAHB akan dinyahsenarai suku keempat 2024

KUALA LUMPUR- Konsortium yang diketuai Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan tawaran bersyarat rasmi untuk mengambil alih kesemua saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang belum dimiliki mereka pada harga RM11 sesaham.

Khazanah dalam kenyataan hari ini berkata, tawaran rasmi itu adalah tertakluk kepada beberapa pra-syarat dan sekiranya berjaya dipenuhi, MAHB akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia pada suku keempat tahun ini.

Dalam pada itu, ia turut memberi jaminan tawaran tersebut tidak melibatkan sebarang rancangan untuk membuang pekerja atau mengubah hak sedia ada pekerja.

Tambahnya, kadar caj perkhidmatan penumpang juga kekal seperti yang diumumkan MAVCOM pada 12 Mac 2024.

“Konsortium bermatlamat untuk mengekalkan kedudukan MAHB untuk pertumbuhan jangka masa panjang.

“Ia akan memberi fokus terhadap penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur, meningkatkan perkhidmatan penumpang dan memperbaiki kesalinghubungan syarikat penerbangan dengan menyokong pertumbuhan penumbang dan pesawat.

“Langkah-langkah ini akan memberikan manfaat ekonomi yang berpanjangan bukan sahaja kepada MAHB dan pemegang sahamnya tetapi juga sektor industri dan pelancongan di Malaysia dan Turkiye,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, MAHB juga akan mendapat manfaat daripada kepakaran teknikal antarabangsa.

Katanya, konsortium akan membantu MAHB dalam penyampaian projek yang mempunyai keutamaan tinggi termasuk Aerotrain dan sistem pengendalian bagasi di KLIA; mengurangkan kesesakan, menambah baik aliran penumpang dan persekitaran terminal serta meluaskan bahagian runcit, makanan dan minuman di lapangan terbang milik MAHB.

Konsortium juga akan meningkatkan modal pelaburan untuk membaiki dan mengekalkan infrastruktur dan peralatan sedia ada selain menaik taraf dan mengharmonikan standard perkhidmatan lapangan terbang MAHB di semua negeri.

Konsortium juga katanya komited untuk menambah baik operasi dan perkhidmatan lapangan terbang di Istanbul Sabiha Gökçen di Türkiye.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, beliau optimistik untuk melihat MAHB menjadi peneraju pengendali lapangan terbang antarabangsa selepas tawaran tersebut dimuktamadkan.

“Malaysia terletak di lokasi yang strategik di tengah-tengah pasaran penerbangan berkembang pantas di Asia Tenggara.

“Ia mempunyai potensi untuk mengukuhkan rangkaian penerbangan jarak jauh dan serantau.

“Kami optimistik untuk melihat dedikasi pekerja-pekerja MAHB yang digabungkan dengan kepakaran daripada konsortium akan menjadi pemangkin kepada kejayaan MAHB sebagai peneraju pengendali lapangan terbang antarabangsa dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara menerusi rangkaian lapangan terbang yang sejajar dengan matlamat Khazanah,” katanya.

Untuk rekod, Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Bhd., KWSP dan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi serta Global Infrastructure Partners (GIP) menganggotai konsortium yang dinamakan Gateway Development Alliance.

setakat semalam, konsortium tersebut dan syarikat induknya secara agregat memiliki 41.1 peratus pegangan dalam saham modal terbitan. 

TANAH MELAYU

DALAM BAHAYA

DI BAWAH MADANI

AMIN

TALIPON BERI

PADA SINGAPURA

AMIN

39 LAPANGAN 

TERBANG

BERI PADA

ZIONIS ISRAEL

AMIN

KHALAS

ZAHID MAHU TUKAR KERAJAAN




Seloroh tukar kerajaan, Zahid kena bidas
KUALA LUMPUR — Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi dibidas pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana membuat sindiran yang ditujukan kepada kerajaan Sabah di Dewan Rakyat minggu lalu.

Zahid, yang menggulung perbahasan bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, secara berseloroh berkata salah satu cara untuk membendung penghijrahan rakyat Sabah ke Semenanjung adalah dengan menukar kerajaan negeri.

Menurut Ketua penerangan GRS, Joniston Bangkuai, penghijrahan keluar rakyat Sabah telah berlaku selama bertahun-tahun tetapi meningkat semasa pemerintahan BN yang berlangsung selama dua dekad di negeri itu.

Beliau berkata Zahid silap apabila menyalahkan kerajaan negeri GRS-Pakatan Harapan atas masalah itu, walaupun secara bergurau, sambil menegaskan fenomena tersebut telah wujud jauh sebelum pentadbiran ketika ini.

“Umno dan BN berkuasa di Sabah dari 1994 hingga 2018. Menarik untuk mengetahui apa yang Zahid dan partinya lakukan untuk menangani masalah penghijrahan ini semasa mereka berkuasa ketika itu.

“Reaksi (Zahid) itu seolah-olah menunjukkan sikap sombong dan dwistandard,” kata pemimpin Parti Bersatu Sabah itu, lapor FMT.

Joniston berkata pentadbiran negeri sekarang ini telah mengambil langkah penting dalam menangani pengangguran dan mengurangkan penghijrahan keluar penduduk.

“Kerajaan ini mewujudkan ratusan peluang pekerjaan melalui penubuhan kilang, hasil daripada pelaburan syarikat asing dan tempatan.

“Semua ini bertujuan untuk menangani pengangguran dan juga menarik rakyat Sabah di Semenanjung untuk pulang dan bekerja di negeri asal mereka,” kata pembantu menteri negeri itu.

Menurut Hansard Dewan Rakyat, Zahid dalam prosiding pada 6 Nov lalu berkata, ‘Mekanisme pertama untuk membendung penghijrahan ini, khususnya untuk Sabah, adalah dengan tukar kerajaan.’

Zahid menjawab soalan Bung Moktar Radin (Umno-Kinabatangan) yang bertanya apakah mekanisme yang dirancang kerajaan persekutuan untuk membendung migrasi atau penghijrahan rakyat Sabah ke Semenanjung.

Kira-kira 350,000 belia Sabah ketika ini bekerja di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Ini bukanlah kali pertama, Zahid dikritik pemimpin politik dari Sabah baru-baru ini.

Pada Sabtu lalu, Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun, mengkritik presiden Umno itu kerana mengatakan PRN Sabah ke-17 tahun depan adalah ‘makmal’ untuk menguji kerjasama antara BN dan PH.— BebasNews

WOIT

MELAWAK ?

KAH KAH KAH

PERKARA ITU

DAH DALAM

KEPALA

AMIN

HAJIJI SILA

BERJAGA JAGA

LEHER AKAN

DI POTONG

KAH KAH KAH

AMIN

JANGAN JADI ARAB - KITA MELAYU MINUM KETUM


JANGAN 

JADI ARAB

JANGAN JADI

MAT SALLEH

KITA MELAYU 

MINUM KETUM

AMIN

Unknown commented on 
"BEBASKAN KETUM 
DARI BAGINDA QUEEN"

Pokok ketum dah lama hidup di tanah melayu & menyumbang khidmat bakti atau supplemen asli tempatan utk kesehatan bani melayu dahulu kala sampai skrg tak mau unggul di mata melayu bukan madani atau hadhari & reformasi!! Melayu nusantara bukan Arab orang putih???

MUJAHID PUNGKOK


MUJAHID

PUNGKOK

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"JANGAN PEDULIKAN 
APA ANWAR CAKAP"

Oittt bhaiii…pejuang hisbullah dan hamas berjuang untuk mati syahid…peliwat tu dah jadi lembu haprak pada semua…komunis…yahudi…payung kuning …hinanya bhaiiii..

ANWAR BUDAK AMERIKA


ANWAR

BUDAK AMERIKA

AMIN

Unknown commented on
 "ANWAR PRO ISREAL"

Kalau isreal berhak wujud dan mempertahankan diri...bagaimana pula rakyat palestin yang negaranya dijajah dan setiap hari dibunuh?????Sebenarnya orang dan negara yang menyokong isreal adalah orang sakit otak dan DNA pengganas!!!! apalagi sebagai pemimpin negara yang majoritinya ISLAM

KENAPA ANWAR IBRAHIM DIPANGGIL KUNYIT ?


KENAPA 

ANWAR IBRAHIM

DI PANGGIL KUNYIT ?

JENG JENG JENG

AMIN

BEBASKAN KETUM DARI BAGINDA QUEEN



Tiga lelaki edar air ketum dalam ladang ditahan

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum di Felda Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

PGA dalam kenyataan berkata, menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan masing-masing berusia 27, 37 dan 40 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan menemui 28 bungkus air ketum di sekitar kawasan ladang tersebut.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM840.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan dibawa ke BSJD Tanah Merah untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

BEBASKAN

KETUM DARI

AKTA BAGINDA

QUEEN

AMIN

TAHUN 1952 

TANAH MELAYU

DI BAWAH PENJAJAH

INGGERIS

AMIN

KENAPA MEKDONAL

KENAPA COCO COLA

TIDAK MASUK

DI BAWAH AKTA

RACUN 1952 ?

AMIN

BAHAN INI

SEMUA TERBUKTI

BAWA MUDARAT

PADA KESEHATAN

AMIN

WALHAL KETUM

BAIK UNTUK

KESEHATAN

AMIN

KHALAS

AL-FATIHAH


Aktivis Iran bunuh diri selepas tuntut pembebasan tahanan

PARIS: Aktivis hak asasi manusia hari ini memberi penghormatan kepada seorang aktivis Iran yang membunuh diri beberapa jam selepas memberi amaran akan berbuat demikian sekiranya empat tahanan yang dilihat sebagai tahanan politik tidak dibebaskan.

Kianoosh Sanjari, penentang terhadap pemerintahan di Republik Islam itu, memberi amaran dalam satu mesej di platform X pada semalam bahawa beliau akan membunuh diri jika dua lelaki dan dua wanita terbabit tidak dibebaskan.

Menurut pelbagai aktivis dan organisasi hak asasi manusia, berkata Sanjari kemudiannya nekad membunuh dirinya.

Berita mengenai kematian biasanya disampaikan dengan cepat oleh masyarakat di Iran apabila seseorang meninggal dunia dan turut dikongsi secara meluas di media sosial.

Terdahulu, Sanjari konsisten menuntut pembebasan aktivis veteran Fatemeh Sepehri, Nasreen Shakarami, ibu kepada seorang remaja yang terbunuh dalam protes pada 2022, penyanyi rap, Tomaj Salehi dan aktivis hak sivil, Arsham Rezaei.

"Jika mereka tidak dibebaskan dari penjara menjelang jam 7.00 malam hari ini, Rabu (semalam) dan berita mengenai pembebasan mereka tidak diterbitkan di laman berita kehakiman, saya akan mengakhiri hidup saya sebagai protes terhadap kepimpinan diktator (Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei) dan sekutunya," katanya.

"Tiada siapa yang sepatutnya dipenjarakan kerana menyatakan pendapat mereka. Protes adalah hak setiap rakyat Iran.

"Hidup saya akan berakhir selepas ciapan ini tetapi jangan kita lupa bahawa mati demi cinta kepada kehidupan adalah bukan kematian," katanya.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas bagaimana membunuh dirinya.

Semalam, Sanjari sempat memuat naik satu imej yang kelihatan diambil dari tingkat atas sebuah blok menara di Tehran, menghadap ke jalan raya. - AFP

AL-FATIHAH

KEPADA SANJARI

AMIN

TAKZIAH PADA

KELUARGA

AMIN

TERUSKAN LAGI

PADA WARGA

IRAN

KHALAS

KESALAHAN WAJIB DI DAKWA DI MAHKAMAH TAK KITA RAJA ATAU RAJOO


KESALAHAN 

WAJIB DI DAKWA  DI MAHKAMAH

TAK KIRA RAJA

ATAU RAJOO

KHALAS

TOWKAY JUDI PENGTING UNTUK MADANI



TOWKAY JUDI

PENTING UNTUK

MADANI

AMIN

Unknown commented on 
"TAKDA JUDI TAKDA 
DANA UNTUK PARTI POLITIK"

Nak bagi gaji nak bagi bonus nak bagi kenaikan nak bagi kotak madani nak bagi duit untuk kenduri sunat kenduri kahwin segalanya siapa nak bayar? Kalau bukan tauke judi? Kah kah kah kalau tak ada judi tengok Kelantan Terengganu sekarang Kedah saja sudah tahu kan kah kah kah, 

jalan berlubang pun tak tampal kah kah kah, sembang bola boleh sampai pagi tapi sembang duit ini kena pakai otak tahu tak, apa lagi kalaulah pemimpin pun macam-macam kayu kah kah kah jangan marah-marah cuma cakap benda betul saja kah kah kah

BERITA BAIK - UMNO MAKIN TERBARAI



BERITA BAIK

UMNO MAKIN

TERBARAI

AMIN

Unknown commented on
 "SATU SABAH TAHU -
 KERJA UMNO"

Ini semua budaya politik negara selama bertahun-tahun, apabila ada peralihan kuasa kena tukar tayar tukar minyak hitam tukar pelapis udara supaya pemandu baru cergas dengan kumpulan baru,. kronisme ini bukan baru bukan sesuatu pelik, selama berpuluh tahun UMNO pegang semua tampuk kepimpinan negara, sekarang jadi tukang kipas tepi sebab itulah asyik salahkan orang lain, asal usul UMNO tetapi semakin lama semakin kurang akar umbi, 

satu kumpulan beralih kepada alim ulama, satu reformasi satu untuk pemimpin jadi dalam tempoh masa 60 tahun parti robek kerana semua nak jadi Presiden kah kah kah setiap satu buat parti bukan kerana membela nasib rakyat tetapi lebih kepada membela nasib sendiri kah kah kah sama saja semua parti teras kaum agama apa apa sahajalah kah kah kah jangan curi dari kaya membantu pemalas sudah woit

PAGI INI



PAGI IN

JUMAAT 15 NOVEMBER 2024
HEBOH HEBOH HEBOH
BUKAK MULUT MOHONG
KAH KAH KAH

DI  SAUDI
MAT LEBONG GASAK ISREAL
KAH KAH KAH
TENDANG ISREAL
DARI PBB
KAH KAH KAH

TUP TUP
DENGAN CNN
SOKONG ISREAL
KAH KAH KAH
ISREAL BOLEH WUJUD
KAH KAH KAH
KESELAMATAN ISREAL
PERLU DI JAGA
KAH KAH KAH

KALAU ISMAIL HANIYEH
MASIH HIDUP
TERKONCING KONCING
DALAM SELUAR
KAH KAH KAH

INILAH NAMANYA
BUKAK MULUT
MOHONG
HONG HONG HONG
AMIN

AMERIKA
TRUMP LANTIK JFK JUNIOR
SEBAGAI MENTERI KESEHATAN
JFK ANTI VAKSIN
JFK BOGELKAN
PROJEK VAKSIN
YANG SEKARANG TERBUKTI
MENIPU

SRI LANGKA
PRU DAH SELESAI
UNDI AWAL TUNJUK
PARTI KIRI
AKAN MEMANG BESAR
HAM DUL LIL

AMERIKA
ELON MUSK
JUMPA DUTA PPB IRAN
DI NEW YORK
APA MEREKA BINCANG ?
JENG JENG JENG

FRANCE
SEKALI LAGI PENYOKONG
TIM BOLA ZIONIS ISREAL
DI BANTAI 
MINGGU LALU DI AMSTERDAM
KALI INI DI PARIS

KOREA UTARA
KIM JUNG UN 
PEMIMPIN KOREA UTARA
BERI ARAHAN  
PADA KILANG SENJATA
BUAT BANYAK BANYAK
DRONE BUNUH DIRI
DRONE INI BANYAK
DI PAKAI OLEH RUSSIA
DI UKRAINE
AMIN

HOKKIEN 
PAGI INI BASAH SEGAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS TEBAL
HUJAN PETANG KEMARIN
LANGIT PUCAT
MATA HARI BELUM BERSINAR

DI HUTAN TEPI PAGAR
SUARA MURAI MENYAMBUT PAGI
DALAM HOKKIEN
WARGA ASAL MENYALAK MARAH
HADANG JALAN

TERKUKUR
DI ATAS JALAN MENCARI REZEKI
SAEKOR KENG KENG
BERSUARA KUAT
MEMECAH SUNYI

HARI INI 
AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK
CAHAYA MATA HARI DAH SAMPAI
JIKA PETANG HUJAN
MALAM PASTI SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI JUMAAT

BRO
SANA ADA KAIN SINI ADA KAIN
JAHIT KAIN BUAT TILAM
SANA CAKAP LAIN SINI CAKAP LAIN
MATA LEBONG KAKI PUTAR ALAM

JANGAN BERHARAP PADA  MIKAIL
BELI SENDIRI LIMAU MANIS
PADA  TOK ARAB HANCURKAN ISRAEL
PADA CNN PERTAHANKAN ZIONIS

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT