Sabtu, 30 November 2024
ISRAEL KALAH DI LEBANON !!!
ISREAL KALAH
DI LEBANON
KAH KAH KAH
TERPAKSA BUAT
GENCATAN
SENJATA
KAH KAH KAH
AMIN
PENGGUNA NAK TAHU BERAPA HARGA SEKAMPIT ?
Bernas turunkan harga beras putih import mulai esok
KUALA LUMPUR – Beras putih import (BPI) yang dibeli secara terus dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di Semenanjung Malaysia diturunkan harga daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik, berkuatkuasa esok.
Bernas dalam kenyataannya berkata, penurunan itu selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, semalam, selain meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
“Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bernas akan melaksanakan penurunan harga Beras Putih Import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik, berkuatkuasa 1 Disember 2024,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Bernas, pelarasan harga ini sejajar dengan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (ASD) dan didorong oleh faktor penurunan harga semasa pasaran beras dunia ekoran penarikan balik larangan eksport serta pemansuhan duti eksport bagi beras putih bukan basmati oleh kerajaan India baru-baru ini.
Bernas, pada Mac 2024 telah menurunkan harga BPI daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan metrik di Semenanjung Malaysia, walaupun pada masa itu trend harga BPI masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun lepas.
Ia jelas membuktikan komitmen Bernas yang sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan pemain industri bagi menjamin ketersediaan produk dan mendokong agenda keterjaminan makanan.
Pada masa ini, Malaysia masih kekal menawarkan harga import beras terendah di rantau Asia Tenggara.
Tambahnya, Bernas akan terus mengamalkan pendekatan proaktif dalam memantau keadaan pasaran global dan menyesuaikan harga mengikut keperluan. –
PENGGUNA
NAK TAHU
BERAPA HARGA
SEKARANG?
AMIN
RAKYAT TAK
BELI BERTAN
RAKYAT BELI
SEKAMPIT
AMIN
JANGAN BUAT
TEATER
JANGAN BUAT
SANDIWARA
AMIN
KHALAS
TENTERA HIZBULLAH
Hizbullah akan bantu tentera Lubnan memperkasakan keupayan pertahanan
BEIRUT: Ketua Hizbullah, Naim Qassem, berjanji untuk bekerjasama dengan tentera Lubnan dan membantu membina keupayaan pertahanan negara itu, ketika usaha dipergiatkan bagi melaksanakan gencatan senjata berkekalan dengan Israel.
Qassem bercakap buat pertama kali sejak bermulanya gencatan senjata pada Rabu lalu, yang menetapkan syarat Hizbullah dan tentera Israel menarik diri dari selatan Lubnan dan tenteranya dikerah bekerjasama dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).
"Kami akan berusaha untuk mengukuhkan keupayan pertahanan Lubnan," kata Qassem, pengganti pemimpin Hizbullah terdahulu, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan udara besar-besaran Israel di selatan Beirut, September lalu.
Katanya, Hizbullah akan bersedia untuk menghalang musuh daripada memanfaatkan kelemahan Lubnan bersama rakan-rakan lain, terutamanya tentera Lubnan.
Tambah beliau, dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, koordinasi penentangan dan strategi tentera Lubnan akan berada pada tahap tertinggi untuk melaksanakan komitmen perjanjian itu serta menegaskan tiada siapa yang mengharapkan masalah atau perselisihan dengan tentera.
Qassem turut mengisytiharkan bahawa kumpulannya sudah mencapai 'kemenangan besar' ke atas Israel yang 'mengatasi kemenangan pada Julai 2006', merujuk kepada kali terakhir Hizbullah berperang dengan Israel.
"Kami menang kerana kami menghalang musuh daripada memusnahkan Hizbullah dan daripada memusnahkan atau melemahkan penentangan," katanya.
Qassem berjanji bahawa sokongan pihaknya terhadap Palestin tidak akan berhenti dan akan diteruskan melalui pelbagai cara.
Dalam pada itu, semalam tentera Israel berkata mereka sudah menyerang tapak pelancar roket milik Hizbullah di selatan Lubnan selepas mengesan kegiatan pejuang di kawasan berkenaan.
"Tadi, aktiviti pejuang dan pergerakan pelancar roket mudah alih Hizbullah dikenal pasti di selatan Lubnan.
"Ancaman terbabit berjaya digagalkan dalam serangan (Tentera Udara Israel)," kata tentera dalam kenyataan yang disertakan dengan video serangan udara.
Israel berjanji untuk terus bertindak terhadap sebarang ancaman meskipun selepas gencatan senjata 60 hari diisytiharkan.
Tentera juga mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam di selatan Lubnan untuk hari ketiga berturut-turut, sekali gus memberi amaran melarang penduduk tempatan 'bergerak atau pergi ke selatan Sungai Litani' antara jam 5 petang dan 7 pagi pada hari berikutnya.
Menurut perjanjian gencatan senjata, tentera Israel akan mempertahankan kedudukan mereka tetapi dalam tempoh 60 hari, tentera Israel dan pasukan keselamatan Lubnan akan mula berundur dari kedudukan mereka menuju ke selatan," kata seorang pegawai Amerika Syarikat kepada wartawan.
Katanya, Israel sepatutnya memulakan pengunduran secara berperingkat tanpa membiarkan berlakunya kelompangan yang boleh dimasuki oleh Hizbullah atau pihak lain. - AFP
TENTERA
HIZBULLAH
LEBIH RAMAI
SENJATA LEBIH
CANGGIH
DARI ASKAR
LEBANON
AMIN
SEBENARNYA ASKAR
LEBANON IALAH
HIZBULLAH
AMIN
SAWAH PADI ROSAK
26,000 hektar tanaman padi di Kelantan ditenggelami air – Pesak
KOTA BHARU – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menganggarkan lebih 26,000 hektar tanaman padi di kawasan seliaan dan luar jelapang mengalami kerosakan susulan banjir yang melanda Kelantan sejak beberapa hari lepas.
Pengerusi Persatuan Pesawah Kelantan (Pesak) Zuha Ismail berkata, sebahagian besar kawasan berkenaan baru siap ditabur benih beberapa minggu lepas manakala sebahagian lagi menunggu waktu untuk dituai.
“Kita lewat melakukan proses tabur untuk musim 1/2025 kerana berdepan isu bekalan air sebelum ini. Namun petani berdepan kerugian sekali lagi bila banjir melanda hampir seluruh Kelantan ketika ini.
“Bagi yang baru melakukan proses menabur, mungkin benih telah dihanyutkan air kerana arus banjir pada tahun ini lebih deras daripada biasa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata setakat ini sudah tiga musim petani di Kelantan tidak dapat menanam padi dan mengalami kerugian hingga ribuan ringgit termasuk dirinya sendiri yang mengusahakan kira-kira lima hektar sawah di Peringat.
Menurut Zuha, kawasan tanaman padi yang terjejas teruk adalah di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.
Beliau berkata, petani mempetaruhkan sejumlah modal yang besar untuk mengusahakan padi buat kali ketiga selepas tergendala dua musim berikutan kemarau dan krisis bekalan air.
“Banjir luar biasa tahun ini menyebabkan petani yang mengharapkan ada hasil jualan untuk perbelanjaan puasa, hari raya dan persediaan tahun baharu sekolah, sekali lagi berputih mata.
“Kita harap pihak kerajaan dapat membantu meringankan kerugian yang ditanggung oleh petani ini dengan bantuan sewajarnya selepas ini,” katanya. – BERNAMA
MADANON AKAN
GUNAKAN INI
SEBAGAI HUJAH
KENAPA BERAS
TEMPATAN ILANG
AMIN
KHALAS
YANG BERILMU BAWA KEMAJUAN
YANG BERILMU
BAWA KEMAJUAN
AWAS
KEMAJUAN
BAWA
MALAPETASKA?
AMIN
Unknown commented on
"DI GAZA HAMAS
TERUS BERTEMPUR"
Zaman AI bukan Anwar Ibrahim tetapi AI punyai komputer canggih boleh uruskan manusia, manusia cipta komputer bukan orang sini pun, kita tumpang ciptaan orang lain orang cerdik yang tidak pakai stokin tidak pakai agenda kaum agama tetapi membuat kebaikan membawa perubahan kepada manusia,
tetapi semua moden ini bawa malapetaka kepada umat manusia kah kah kah sembang pagi petang ketika komputer Yahudi juga jangan lupa, ketik pakai tulisan Jawi boleh tak kah kah kah
HUKUM PUKUL SUAMI
HUKUM
PUKUL SUAMI
AMIN
Hukum nya Wajib kalau dia ada kekaseh
Sunat kalau dia tak bagi duit belanja
Makroh kalau nak senggama
ketika isteri pening kepala
dan Harus kalau isteri terlanggar tiang
ketika parking.
MADANON LAWAN SAPA YANG LAWAN ZIONIS
Giliran 'Papa Berry' diheret polis kerana mengkritik Anwar
Seorang pempengaruh hari ini menjadi individu terkini disiasat polis kerana mengkritik kerajaan, kali ini berkenaan komen mengenai kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersetuju dengan hak mempertahankan diri dan kewujudan Israel ketika ditemubual oleh CNN baru-baru ini.
Nurpais Ismail yang terkenal dengan podcast "Papa Berry Studios" turut dirampas telefonnya ketika dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, iaitu antara undang-undang yang kerap digunakan terhadap pengkritik kerajaan.
Peguamnya Mohd Zubir Embong, berkata Nurpais ditanya 20 soalan selama 30 minit, sebahagian daripada siasatan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Zubir mempertahankan kenyataan Nurpais mengkritik Anwar berdasarkan wawancara CNN itu.
"Kalau berlaku bicara kes di mahkamah, sepatutnya CNN menjadi pihak yang wajar disiasat, paling tidak sebagai saksi sebab video diulas berdasarkan wawancara tersebut," kata Zubir selepas keterangan Nurpais diambil pagi tadi.
Sementara itu Nurpais mempertahankan kebebasannya untuk mengkritik kerajaan.
"Cukup-cukuplah pihak polis dipergunakan dan dijadikan bahan untuk mengintimidasi suara-suara rakyat yang ingin menegur demi kepentingan awam," katanya.
Sebelum ini, beberapa pertubuhan pro-kerajaan membuat laporan polis terhadap Nurpais mendakwa videonya merupakan fitnah terhadap Anwar.
Wawancara Anwar bersama CNN baru-baru ini mencetuskan ledakan komen marah di media sosial, disusuli amaran Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bahawa kerajaan akan menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, badan kawal selia internet yang bertanggungjawab dalam siri sekatan laman web dan pemadaman kandungan yang mengkritik pentadbiran Anwar.
Dalam sedutan wawancara selama lima minit yang dikongsi wartawan CNN yang menemubualnya, Richard Quest di platform X, Anwar dilihat mengkritik media Barat kerana membawa naratif berat sebelah yang mengabaikan penjajahan wilayah Palestin, sebelum dicelah oleh Quest dengan dua soalan.
Quest: Tetapi anda akan setuju bahawa, a) Israel berhak wujud.
Anwar: Ya, ya.
Quest: Dan b) Israel berhak mempertahankan dirinya.
Anwar: Ya.
Jawapan itu bukan sahaja bercanggah dengan dasar kerajaan Malaysia untuk tidak mengiktiraf negara Zionis itu, tetapi juga mengingatkan kembali satu kenyataan kontroversi yang dikeluarkan Anwar lebih sedekad lalu untuk "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel".
Anwar bagaimanapun berkata jawapannya diputar belit, dan menjelaskan ia dibuat dalam konteks posisi Israel dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang secara de facto memberikan hak negara anggota untuk mempertahankan diri.
"Tapi kita tidak iktiraf, daripada awal, bukan saya, daripada zaman Tunku Abdul Rahman tidak iktiraf Israel sampai sekarang. Jadi dibedakan di antara pengiktirafan de facto yang saya sebut 'ya'. Dan kalau kita iktiraf (sebagai) de facto, mana-mana negara yang diiktiraf itu tidak boleh diserang," katanya dalam jawapan di Dewan Rakyat.
PAPA BERRY
LAWAN ZIONIS
AMIN
MADANON LAWAN
SAPA YANG
LAWAN ZIONIS
AMIN
DULU UMNO
LAWAN SAPA
YANG LAWAN
INGGERIS
KAH KAH KAH
KINI MADANON
AMBIL ALIH
PERANAN UMNO
KHALAS
YB UK TOLAK ISRAEL
Lebih 60 Ahli Parlimen gesa kerajaan UK kenakan sekatan ke atas Israel
LONDON: Lebih 60 Ahli Parlimen Britain daripada tujuh parti politik menggesa Setiausaha Luar, David Lammy supaya mengenakan sekatan ke atas Israel, atas dakwaan Israel berulang kali melanggar undang-undang antarabangsa.
Menurut Agensi Anadolu, surat itu dihantar kepada Lammy pada malam Rabu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas, Richard Burgon dan Imran Hussain.
Surat itu merujuk kepada pendapat penasihat penting Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Julai yang mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai tidak sah dan menggesa ia segera ditamatkan.
Antara pemimpin yang menandatangani surat itu ialah tokoh politik terkenal termasuk bekas Setiausaha Dalam Negeri Bayangan, Diane Abbott, bekas Canselor Bayangan John McDonnell, pemimpin bersama Parti Hijau Carla Denyer dan bekas pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn.
Ahli parlimen lain yang mewakili Parti Buruh, Demokrat Liberal, Plaid Cymru dan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) turut menyertai gesaan itu.
Anggota gabungan pro-Gaza, Independent Alliance dan tokoh seperti Baroness Sayeeda Warsi, yang pernah menjadi pengerusi bersama Parti Konservatif, turut menandatangani surat itu.
Pendapat penasihat ICJ itu menegaskan bahawa semua negara, termasuk UK, mempunyai kewajipan undang-undang untuk menahan diri daripada tindakan yang mengiktiraf atau menyokong pendudukan Israel di wilayah Palestin.
Surat Ahli Parlimen itu menggesa kerajaan UK mengambil langkah segera untuk mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Kami menulis untuk menggesa kerajaan UK mengenakan sekatan dan mengambil langkah konkrit lain untuk memberi kesan kepada pendapat penting yang dikeluarkan oleh ICJ mengenai kehadiran haram Israel yang berterusan di wilayah Palestin yang diduduki," menurut surat itu.
Surat itu menegaskan bahawa komitmen yang dinyatakan UK terhadap undang-undang antarabangsa perlu diterjemahkan dalam tindakannya.
"Bertindak menyokong pendapat penasihat ICJ akan menjadi langkah penting dalam menunjukkan komitmen itu," tulis ahli parlimen itu.
Penggubal undang-undang itu juga menyeru Britain "mengambil langkah-langkah untuk menghalang hubungan perdagangan atau pelaburan yang membantu mengekalkan situasi haram yang diwujudkan oleh Israel di Wilayah Diduduki" dan "mengelak daripada terlibat dalam urusan ekonomi atau perdagangan dengan Israel mengenai Wilayah Diduduki yang boleh mengukuhkan kehadiran haramnya di sana."
Israel melancarkan serangan genosid ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lalu, mengorbankan hampir 44,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 104,700 orang.
Tahun kedua genosid di Gaza telah mencetuskan kecaman antarabangsa yang semakin meningkat, dengan pegawai dan institusi melabelkan serangan serta sekatan penghantaran bantuan sebagai percubaan yang disengajakan untuk memusnahkan populasi.
PERKEMBANGAN
BARU
AMIN
UK KAWAN
SETIA AMERIKA
KINI MENENTANG
ISRAEL
AMIN
YB UK NEGARA
YG MEWUJUDKAN
NEGARA ISRAEL
KHALAS
DIMANA WAHAB DI MANA AGUS
DI MANA WAHAB
DI MANA AGUS
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"KES PELIR KERAS
WAHAB DAN AGUS"
Politaik, pukitaik melayu 110% akan berpaksi kat pelir, kote, burit, jubo, tetek, raba peha dan perbuatan sewaktu denganya. lanchow ini dipanggil dgn nama canggih tatakelola.. TTsuruh dbp tukar jadi teteklolos..kakakak
Awaiting moderation
Unknown commented on "KES PELIR KERAS WAHAB DAN AGUS"
4 hours ago
jadi betulah agus kaki jubo ? ke macam mana ?
TUTUP JUBO DAPAT GANJA
TUTUP JUBO
DAPAT GANJA
AMIN
Unknown commented on
"KEBEBASAN BERSUARA"
nak bebas sila bagi jubo... kah kah kah