Sabtu, 28 Disember 2024
ADDENDUM AGONG TAK WUJUD ?
Permohonan tahanan di rumah perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan
KUALA LUMPUR – Semua permohonan pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong mengikut tatacara dan saluran yang ditetapkan di bawah undang-undang dan bukannya mana-mana saluran lain.
Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan termasuk Najib Razak menghabiskan baki tempoh hukuman di rumahnya, permohonan hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan.
Katanya, ia akan mengikut tatacara dan saluran yang telah ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
“Berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
“Perkara 42(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan antara lain bahawa Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
“Dalam hal ini, keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai bagi mengelakkan tindakan sedemikian dicabar di mahkamah kerana tidak sah dari segi undang-undang,” demikian menurut kenyataan itu.
Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022. –
WOIT
APA MAKNA
BERIAT INI
JENG JENG JENG
APAKAH INI
TANDA ADDENDUM
AGONG TAK WUJUD
KAH KAH KAH
NAJIB KENA
RAYU SEKALI
LAGI
KAH KAH KAH
KHALAS
TALIBAN SERANG PAKISTAN
Pasukan Taliban Afghanistan sasar beberapa lokasi di Pakistan sebagai tindakan balas serangan udara
KABUL: Tentera Taliban Afghanistan hari ini menyasarkan beberapa lokasi di negara jiran Pakistan, kata Kementerian Pertahanan Afghanistan, beberapa hari selepas pesawat Pakistan melakukan pengeboman udara di kawasan Afghanistan.
Kenyataan daripada Kementerian Pertahanan itu tidak menyatakan Pakistan tetapi berkata serangan itu dilakukan melangkaui 'garis hipotesis satu ungkapan yang digunakan oleh pihak berkuasa Afghanistan merujuk kepada sempadan dengan Pakistan yang sekian lama dipertikai mereka.
"Beberapa lokasi di luar garis hipotesis, berfungsi sebagai pusat dan tempat persembunyian bagi unsur-unsur berniat jahat dan penyokong mereka yang mengatur dan menyelaraskan serangan di Afghanistan, disasarkan sebagai tindakan balas dari arah tenggara negara itu," kata kementerian itu.
Ditanya sama ada kenyataan itu merujuk kepada Pakistan, jurucakap kementerian, Enayatullah Khowarazmi berkata negaranya tidak menganggapnya sebagai wilayah Pakistan.
"Oleh itu, kami tidak dapat mengesahkan wilayah itu, tetapi ia berada di sebalik garis hipotesis," katanya.
Bagaimanapun butiran mangsa atau kawasan tertentu yang disasarkan tidak diberikan.
Sayap Perhubungan Awam Tentera Pakistan dan jurucakap Kementerian Luar Negeri juga setakat tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas.
Rabu lalu, pihak berkuasa Afghanistan memberi amaran pihaknya akan bertindak balas selepas pengeboman Pakistan, yang dikatakan mereka membunuh orang awam.
Dalam pada itu, Islamabad berkata pihaknya menyasarkan tempat persembunyian pejuang Islam di sepanjang sempadan.
Negara jiran itu mempunyai hubungan dengan Pakistan, mengatakan bahawa beberapa serangan pejuang yang terjadi di negaranya dilancarkan dari kawasan Afghanistan namun tuduhan itu dinafikan Taliban Afghanistan. - REUTERS
KAH KAH KAH
DULU PAKISTAN
YANG PILIHARA
TALIBAN
KAH KAH KAH
SEKARANG DAH
MAKAN TUAN
KAH KAH KAH
PADAN MUKA
JADI AJEN
ZIONIS BLACKROCK
KHALAS
PASAR CHOW KIT HARI INI
PASAR
CHOW KIT
HARI INI
KUALA LUMPUR
INDAH CERIA
MATA HARI BERSINAR
AWAN BERKUMPUL INDAH
TALAPIA MERAH
SIAKAP
ANAK TONGKOL
IKAN KEMBUNG
IKAN SARDIN
SOTONG BESAR
PALING MURAH
TALAPIA HITAM
JANGAN JADI ARAB
MENIKMATI
BUDAYA ASING
TAK SALAH
TAPI JANGAN
JADI ARAB
KHALAS
Unknown commented on
"MELAYU BUKAN ARAB"
Lupa diri sekejap dulu nak jadi orang putih, kemudian ikut budaya belanda kemudian nak jadi orang Perancis kemudian nak ikut Jepun kemudian nak ikut budaya Korea, akhirnya sekali pakat pakat semua nak ikut budaya Arab kah kah kah sampai lupa asal usul sendiri, kah kah kah nak serumpun atau nak sejemput akhir sekali tinggal kosong dengan budaya rasuah saja kah kah kah
DUTA TUHAN
Hannah Yeoh serang 'pelampau agama' selepas tular pengakuannya sebagai 'duta Tuhan'
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempertahankan dirinya selepas petikan daripada buku karangannya, di mana beliau mengaku memainkan peranan sebagai "duta Tuhan", tersebar luar susulan keputusan kes fitnah terhadap bekas ketua polis Musa Hassan.
Yeoh, yang terlibat dalam kontroversi melibatkan urusan perniagaan suaminya dengan kerajaan Selangor, baru-baru ini gagal dalam saman fitnah terhadap Musa berhubung kenyataan di sebuah forum empat tahun lalu yang mendakwa di mana pemimpin DAP itu dikatakan mempunyai kaitan dengan golongan evangelis yang boleh menggugat Islam di Malaysia.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata akan membuat laporan polis berhubung "mesej-mesej dan video-video Whatsapp yang bersebaran di luar sana yang telah mempolitikkan keputusan ini", sambil menambah ia merupakan kerja "pelampau agama".
"Sepertimana yang telah berlaku berkali-kali dalam kerjaya politik saya, kepercayaan saya sekali lagi dijadikan senjata politik oleh pelampau-pelampau agama di luar sana," tambahnya.
Yeoh berkata beliau menghormati status Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Terdapat sekatan undang-undang yang jelas terhadap penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam di Malaysia. Saya telah mengangkat Sumpah Jawatan saya serta bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah Sumpah yang saya ambil dengan serius dan akan saya patuhi pada setiap masa," katanya.
Sementara itu, pelbagai pihak menggesa Yeoh dilucutkan daripada Kabinet.
Antaranya kumpulan Gerakan Pembela Ummah yang menggesa beliau meletak jawatan.
"Pihak terbabit juga perlu bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang diambil terutama ketika melibatkan isu-isu yang boleh merosakkan reputasi dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin kerajaan," kata kumpulan itu.
Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin pula menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tindakan tegas terhadap Yeoh, sambil menambah pemimpin DAP itu telah melanggar undang-undang menghalang pengembangan agama bukan Islam di kalangan umat Islam.
"Sehubungan itu, Bersatu ingin menyembah perkara ini kepada pengetahuan dan perhatian Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya.
Pada Isnin, peguam Musa dalam mengalu-alukan keputusan mahkamah berkata Yeoh sendiri telah mengaku dalam bukunya "Becoming Hannah" bahawa beliau "mengajar agama Kristian secara halus" di Malaysia sekembalinya dari pengajian di luar negara, di samping mengaku memainkan peranannya sebagai "duta Tuhan" dalam "menyebarkan ajaran Tuhannya melalui jawatan politik".
Beberapa petikan penulisan Yeoh yang menjadi sebahagian daripada hujah pembelaan kemudian tersebar luas di media sosial dan mencetuskan perdebatan mengenai kesesuaiannya untuk kekal dalam Kabinet.
"Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang.
"Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini.
"Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya," menurut terjemahan beberapa petikan buku Yeoh.
Yeoh turut menulis dalam bukunya mengenai keahliannya dalam sebuah kumpulan Kristian ketika menuntut di Australia, Felo Kristian Seberang Laut (OFC) yang melatih ahlinya untuk mendekati orang ramai selepas kembali ke negara asal mereka.
"Aspirasi OFC ... yang dikendalikan dan dipimpin oleh pelajar adalah 'Mendekati, Melatih dan Menghantar Pulang'.
"Ia ditekankan dengan sangat jelas kepada semula ahli OFC Australia bahawa selepas menyelesaikan pengajian kami, kami harus kembali semula ke negara asal sebagai 'duta Tuhan' dan menjadi pengikut kepada yang lain," tulis Yeoh dalam bukunya seperti mana dipetik peguam Musa.
Yeoh tidak asing dengan kontroversi melibatkan dakwaan cuba menyebarkan dakyah Kristian.
Hanya empat bulan selepas pelantikannya sebagai menteri, beliau dikecam kumpulan Islam apabila mempertahankan program melawat gereja yang dianjurkan sebuah agensi yang dikaitkan dengan kementeriannya.
Program anjuran Impact Malaysia di bawah Projek Artikel 11 itu turut diserang Pemuda Umno dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), sementara PAS bersetuju dengan program seumpama itu dengan syarat ia melibatkan pakar Islam.
WOIT
NAK TANYA
DI MANA PEJABAT
KEDUTAAN TUHAN?
AMIN
DI PEJABAT DAP
ATAU
DI KEMENTERIAN
BELIA & SUKAN ?
AMIN
BOLEH MINTA
VISA KE NAK
LAWAT SYURGA
KAH KAH KAH
KHALAS
ZIONIS BLACKROCK BAKAR HOSPITAL
Tentera Israel bakar Hospital Kamal Adwan di utara Gaza
BAITULMAQDIS: Tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan semalam dan mengarahkan puluhan pesakit dan ratusan yang lain keluar, sementara sebahagian kawasan hospital dilaporkan terbakar di utara Gaza, menurut pegawai Kementerian Kesihatan Palestin.
Menurut kakitangan perubatan Palestin, seperti mana hospital Indonesia dan Al-Awda, Hospital Kamal Adwan sudah berulang kali diserang oleh tentera Israel yang menyerbu kawasan utara Gaza selama berminggu-minggu.
Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, Munir Al-Bursh, berkata tentera Israel mengarahkan 350 orang meninggalkan Hospital Kamal Adwan dan berpindah ke sekolah berhampiran yang menempatkan keluarga pelarian, termasuk 75 pesakit, peneman mereka dan 185 kakitangan perubatan.
Rakaman yang tersebar di media Palestin dan Arab yang tidak dapat disahkan segera oleh Reuters, menunjukkan kepulan asap menjulang ke ruang udara dari kawasan Hospital Kamal Adwan.
Kelmarin, pegawai kesihatan mendakwa lima petugas perubatan, termasuk seorang pakar pediatrik terbunuh akibat tembakan daripada tentera Israel di kawasan Hospital Kamal Adwan.
Tentera Israel berkata, mereka tidak menyedari serangan di hospital itu dan laporan mengenai kematian itu akan disiasat.
Dalam satu kenyataan, Hamas menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) atas nasib penghuni hospital terbabit.
Di kawasan lain di Gaza, serangan udara tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 individu di sebuah rumah di Bandar Gaza, menurut petugas perubatan dan perkhidmatan kecemasan awam.
Kementerian Kesihatan Palestin mendakwa hubungan dengan kakitangan hospital di Beit Lahiya, yang berada di bawah tekanan besar pasukan Israel selama berminggu-minggu sudah terputus.
Semalam, Kementerian Kesihatan di Gaza mendakwa tentera Israel telah menahan pengarah hospital, Abu Safiya, bersama puluhan kakitangannya.
Al-Bursh, dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel kini berada di dalam hospital berkenaan dan sedang membakar hospital terbabit.
Tentera Israel mendakwa mereka cuba mengurangkan risiko terhadap orang awam dan memastikan pemindahan selamat bagi orang awam, pesakit dan petugas perubatan sebelum operasi, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara berkenaan.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel mendakwa pejuang dari kumpulan Hamas yang sebelum ini mengawal Gaza, menggunakan hospital terbabit sebagai markas utama sepanjang perang.
Bagaimanapun, pihak Hamas menafikan dakwaan itu sebagai pembohongan dan menegaskan tiada pejuang Hamas di hospital terbabit.
Timbalan Menteri Kesihatan yang dilantik Hamas, Youssef Abu El-Rish, berkata tentera Israel bertindak membakar bahagian pembedahan, makmal dan gudang simpanan di hospital terbabit.
Dalam pada itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa terdapat kebakaran kecil di bangunan kosong di dalam kawasan hospital yang kini berada di bawah kawalan mereka.
"IDF tidak menyedari sebarang kes berkaitan dakwaan kebakaran yang disebabkan oleh tembakan daripada IDF," katanya.
Abu El-Rish berkata tentera Israel memindahkan pesakit dan kakitangan perubatan ke Hospital Indonesia yang tidak lagi berfungsi akibat kerosakan teruk dan sudah dikosongkan oleh tentera Israel sehari sebelumnya.
Sebahagian besar kawasan sekitar bandar utara Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahiya sudah dikosongkan dan dimusnahkan secara sistematik, mencetuskan spekulasi bahawa Israel berhasrat mengekalkan kawasan itu sebagai zon penampan tertutup selepas pertempuran di Gaza berakhir.
Israel menyatakan serangan itu bertujuan untuk menghalang kumpulan Hamas daripada berkumpul semula tetapi akan mengekalkan kawalan keselamatan penuh di Gaza selepas perang. - AGENSI
ZIONIS BLACKROCK
BAKAR HOSPITAL
TERAKHIR DI GAZA
AMIN
MASIH ADAYANG
TAK SEDAR BAHAYA
ZIONIS BLACKROCK
KHALAS
PUTRAJAYA BANJIR
BILA ROSMAH
KENCING
PUTRAJAYA BANJIR
AMIN
Unknown commented on
"TAK MINAT NAK MASUK SYURGA"
Bila kau nak taubat TT. Esok munkin kau dah padam. Mati atas capoi dengan ditemani 2 anjing kau. Dari itu taubat lah, semasa nafas kau masih Ada. Minta maaf Kepada Rosmah.
TEATER DENDAM
AGONG ADA
ADDENDAM
JENG JENG JENG
ANWAR
BLACKROCK
ADA TEATER DENDAM
KHALAS
Unknown commented on
"TEATER TERHAD"
teater Najib Zahid nuar madani lagi hebat bebas dnaa 3R dpt discount addendum Adendam dll
PAGI INI
PAGI INI
SABTU 28 DISEMBER 2024
KES PELIK KES PELIK
INI AMAT PELIK
PELIK YANG MEMELIKAN
KES APA?
KES HELIKOPTER
JENG JENG JENG
NEGARA KITA PERLU HELIKOPTER
UNTUK KEGUNAAN KESELAMATAN
UNTU BANTU MANGSA BANJIR
DAN DAN DAN
BIASANYA NEGARA
AKAN BELI HELI INI
TAPI KERAJAAN
ANWAR BLACKROCK
TAK NAK BELI
NAK SEWA
KALAU BELI
8 BILION RINGGIT
KALAU SEWA 16 BILION
NAMPAK TAK
NAMPAK TAK
BALACKROCKNYA
JENG JENG JENG
INI CARA
ANWAR BALACKROCK
KAYAKAN KRONI
KEMUDIAN KRONI
AKAN BERI DANA
UNTUK ANAK ISTERI BINI
DAN JUGA UNTUK PARTI
INI CARA MADEY
INI CARA PAK LAH
INI CARA NAJIB
INI CARA MUHYIDDIN
INI CARA SABRI
TAPI
ANWAR BLACKROCK
REMBAT TERANG TERANG
KALAU MASIH
TAK FAHAM
HAMPEH LAH KAMU
AMIN
AMERIKA
TRUMP NAK BATAL
CADANGAN AMERIKA
NAK HARAM TIK TOK
DARI CHINA MERAH
UKRAINE
ZELENSKIY KLIM
1000 SOLDADU KOREA UTARA
DAH MATI DAN CEDERA
DALAM PERANG UKRAINE
GAZA
HOSPITAL KAMAL ADWAN
ADALAH HOPITAL AKHIR
DI MUSNAHKAN
OLEH ZIONIS BLACKROCK
DI GAZA
SINGAPURA
SHELL TUTUP LOJI
MINYAK DI PULAU BUKUM
KERANA BOCOR
HOKKIEN
PAGI INI CERAH BASAH SEGAR
JALAN ADA TOMPOK AIR
LANGIT BIRU INDAH
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH
DI PINTU MASUK
CENGKERIK BERSIMPONI
SAYU SAYU TERDENGAR SUARA
HOW WOW
JAUH DALAM KAWASAN KWANTUNG
RUMPUT SEDANG DI POTONG
TIONG MELONCAT LOCAT
DI KAWASAN INI
MENCARI REZEKI
ULAT DAN BELALANG
YANG LARI BERTABURAN
DI BUKIT SUARA TERKUKUR
HA HA
SATU TIM PIPIT
AMAT RAMAI
MELINTAS TURUN
KE SAWAH RUMPUT
CHIP CHIP CHIP
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH BERJEMUR
DI BALKONI
GUA NAK PERGI KE PASAR
HARI INI
RUTIN MINGGUAN
BRO
SENYUM
SENYUM
PAGI SABTU
PERGI UMRAH DENGAN PAK ALI
BAWA BEKAL MAHKOTA DEWA
HELI MURAH JIKA DI BELI
JADI MAHAL JIKA DI SEWA
AMBIL PENYAPU BERSIH PELANTAR
SIMPAN PENUKUL BESI BERANI
KAKI TIPU KAKI PUTAR
SEWA HELI KAYAKAN KRONI
LAKUKAN SEKRANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI