Asyraf Wajdi bangkitkan sentimen tentang Marhamah, Adam Adli
Umno membangkitkan sentimen seputar pelantikan Marhamah Rosli sebagai timbalan menteri agama dan Adam Adli Abd Halim sebagai timbalan menteri pengajian tinggi.
Setiausaha agungnya Asyraf Wajdi Dusuki berkata Marhamah adalah personaliti yang penuh kontroversi, antaranya dalam isu kematian Zara Qairina Mahathir serta dakwaan ‘scam’ (penipuan) emas melibatkan nilai RM14 juta.
“Ini hanyalah sebahagian daripada sentimen yang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam.
“Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” katanya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Marhamah dan Adam berkaitan perkara ini.
‘Dia juga mangsa, bukan ejen’
Sementara itu, bekas pemimpin PKR dan penceramah Badrulamin Bahron, tampil mempertahankan Marhamah yang juga anak saudaranya.
Badrulamin berkata Marhamah dan NGO yang terlibat mengutip sumbangan untuk keluarga Zara Qairina mendapat permit daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.
Katanya, polis juga diberitahu dan kutipan itu diaudit.
Berkenaan tuduhan penipuan emas, Badrulamin berkata Marhamah bukan ejen tetapi juga mangsa dalam kes itu.
Dalam kenyataan sama di media sosial, Asyraf turut membangkitkan isu pelantikan menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, yang kedua-duanya berbangsa Cina.
Lagi ramai lagi rosak lagi banyak makan lagi banyak indah water dihasilkan kah kah kah, asyik makan borak makan berak, kerja malas asyik sembang syurga neraka kah kah kah siang malam woit syukur
BalasPadamWhat kinda fuck is this thinking? Melayu hilang budaya, kerana isle itu indah...when are you brothers and sisters are going to wake up? Siapa paksa macam rajapaksa di ceylon negara chola atau melaka dengan ming bawak cinta berputik peralihan fikiran..baba nyonya makan babi itu siapa? Raja negara arab? Kita kena arab? Wake up.
BalasPadamanak bapak anak sedara mak sedara bini sedara pak sedara kakak belah bini adik guan eng.. sepupu sepapat. semua dapat.
BalasPadamtapi yg cucu nak ditoron jubo nya
kah kah kah