Rabu, 22 Januari 2025

KENALI EDWARD SAID PEMIKIR INTELEKTUAL PALESTIN

 

KENALI

EDWARD SAID

SOSOK PEMIKIR 

INTELEKTUAL

PALESTIN

AMIN

BUDAYA MELAYU BARU


CURI DUIT

KEMUDIAN PERGI

MEKAH ADALAH

BUDAYA MELAYU

 BARU

KAH KAH KAH

AMIN

TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHAN RAYA



Jangan lupa diri, Anwar diingatkan 'asal-usul PKR' di sebalik usaha halang himpunan bantah rasuah

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim sekali lagi menjadi satu-satunya suara pemimpin Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan tindakan pihak berkuasa cuba menghalang sebuah perhimpunan membantah rasuah yang dijadualkan pada Sabtu petang ini di Kuala Lumpur.

Hassan mempersoalkan mengapa kerajaan menyusahkan rakyat berhimpun sedangkan ia untuk hasrat mereka benci rasuah, dan berkata sikap itu bakal mencalar imej "kerajaan Madani".

"Kerajaan PH khususnya PKR adalah kerajaan yang dibina dari gerakan di jalan raya dan perhimpunan aman. Jangan lupa sejarah PH terutama PKR itu sendiri. Jangan lupa diri," kata Hassan, yang sebelum ini mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas pelbagai tindakan yang dilihat lari daripada prinsip dan janji beliau sebelum ini.

Sementara itu, peguam dan pemimpin Amanah, Hanipa Maidin, turut mempertikaikan tindakan kerajaan menghalang perhimpunan tersebut.

Hanipa yang pernah menjawat timbalan menteri undang-undang itu berkata tindakan itu biasa berlaku ketika pemerintahan Umno dulu.

"Di zaman ini apalagi di zaman PMX (Anwar) menjadi PM, ianya amat janggal kerana semua tahu PMX dan ramai anggota kabinetnya adalah produk himpunan jalanan," Hanipa memberitahu MalaysiaNow.

Perhimpunan yang akan diadakan pada 25 Januari itu dianjurkan Sekretariat Rakyat Benci Rasuah yang turut mendapat sokongan 50 pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan mahasiswa, dan akan bermula di luar pusat beli belah Sogo sebelum peserta menuju ke Dataran Merdeka.

Polis bagaimanapun berkata perhimpunan itu melanggar Akta Perhimpunan Aman, dengan alasan penganjur perlu mendapat kebenaran daripada pemilik premis,  tuntutan yang diselar seorang peguam hak asasi yang menyifatkan ia bukti sikap hipokrit Pakatan Harapan.

"Taktik mengenakan syarat yang melanggar undang-undang dan tidak wajar ini merupakan taktik yang kita pernah lihat sebelum ini di bawah kerajaan BN, dan ia adalah memualkan jika ia diteruskan kerajaan perpaduan yang dipimpin PH," kata Zaid Malek, yang juga peguam kepada penganjur.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengulangi gesaan polis supaya penganjur mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis di mana perhimpunan itu diadakan.

Zaid berkata kenyataan itu "paling jahil dan melulu yang pernah dikeluarkan seorang menteri dalam negeri".

"Kalau nak ikut logik ini, tiada perhimpunan awam boleh diadakan di Malaysia selagi pemilik bangunan di sekeliling membantahnya," katanya. "Tidak timbul soal kebenaran daripada pemilik atau penghuni premis kerana perhimpunan itu akan diadakan di tempat awam. Dataran Merdeka dan jalan di hadapan Sogo adalah 'tempat awam' di bawah Seksyen 3 Akta Perhimpunan Awam."

Hassan berkata akta tersebut digubal kerajaan BN untuk memudahkan rakyat berhimpun secara aman sejajar dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, kerajaan PH yang pertama di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad juga tidak menghalang orang ramai berhimpun, malah memudahkan lagi proses itu.

Beliau dipercayai merujuk pindaan dibentangkan pada 2019 oleh menteri dalam negeri ketika itu, Muhyiddin Yassin, yang antaranya memendekkan tempoh pemberitahuan sesuatu perhimpunan daripada 10 hari kepada lima hari.

"Di bawah Perkara 10 yang sama dinyatakan hak rakyat untuk bebas bersuara dan menyatakan fikiran. Apa yang kerajaan Madani sekarang takutkan?" tanya Hassan.

Hassan menggesa Saifuddin memudahkan rakyat berhimpun secara aman. 

"Itu hak rakyat. Tujuan mereka hendak lawan rasuah.

"Menteri dalam negeri perlu bimbing pihak polis supaya menyedari zaman dulu-dulu sebelum 2012 memang kuasa polis di bawah Akta Polis 1967 untuk mengeluarkan permit polis boleh atau tak boleh rakyat berhimpun.

"Sekarang kuasa polis di bawah Akta Polis telah dibatalkan dan diganti dengan Akta Perhimpunan Aman 2012."

Hassan, yang juga seorang peguam, turut menjelaskan bahawa akta tersebut hanya melarang lokasi tertentu daripada dijadikan kawasan perhimpunan, seperti stesen minyak.

"Apa bahayanya perhimpunan anak-anak muda dan anggota masyarakat yang ingin menyatakan fikiran mereka benci kepada rasuah?

"Tidakkah kerajaan perpaduan dan kerajaan Madani ini menjadikan tema benci kepada rasuah adalah perjuangan nombor satu?"


TURUN JALAN

RAYA

MENANG PILIHAN

RAYA

AMIN

TAK TURUN

JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHAN RAYA

KHALAS

LAGI DI TEKAN LAGI DI LAWAN


'Memualkan', peguam bidas cubaan kerajaan, polis halang himpunan anti-rasuah di KL


Tindakan pentadbiran Anwar Ibrahim cuba menghalang perhimpunan anti-rasuah yang dijadualkan pada 25 Januari ini di Kuala Lumpur diselar seorang peguam, mengatakan menteri dalam negeri dan polis membuat tuntutan yang tidak masuk akal, di samping menyifatkan Pakatan Harapan bersikap hipokrit.

"Taktik mengenakan syarat yang melanggar undang-undang dan tidak wajar ini merupakan taktik yang kita pernah lihat sebelum ini di bawah kerajaan BN, dan ia adalah memualkan jika ia diteruskan kerajaan perpaduan yang dipimpin PH," kata Zaid Malek, peguam Sekretariat Rakyat Benci Rasuah yang menganjurkan perhimpunan yang akan bermula di pusat beli-belah Sogo sebelum menuju ke Dataran Merdeka pada petang Sabtu ini.

"Semasa Bersih 4, pemimpin PH mengecam tuntutan serupa oleh polis untuk mendapatkan kebenaran memasuki Dataran Merdeka. Oleh itu, Saifuddin Nasution dan kerajaan Madani bersikap hipokrit dalam mendesak kami mendapatkan kebenaran untuk berarak ke Dataran," katanya merujuk kepada kepada perhimpunan anti-kerajaan anjuran PH sebelum ini.


Semalam, Saifuddin yang juga menteri dalam negeri mengulangi tuntutan polis supaya penganjur mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis di mana perhimpunan itu diadakan.

Zaid berkata kenyataan Saifuddin merupakan "paling jahil dan melulu yang pernah dikeluarkan seorang menteri dalam negeri".

"Kalau nak ikut logik ini, tiada perhimpunan awam boleh diadakan di Malaysia selagi pemilik bangunan di sekeliling membantahnya."

Beliau berkata pihak berkuasa sepatutnya memastikan perhimpunan itu dapat diadakan tanpa gangguan, dan bukan bertindak menghalang orang ramai melalui amaran untuk tidak menyertainya. 

"Mengapa kerajaan begitu takut dengan perhimpunan anti-rasuah sedangkan ia bangga mengaku memerangi rasuah?" soal Zaid.

Semalam, polis menyifatkan perhimpunan itu melanggar Akta Perhimpunan Aman (PAA) dengan alasan penganjur tidak mendapat kebenaran pemilik premis.

Zaid bagaimanapun berkata tuntutan polis itu tidak berasas dari segi perundangan kerana perhimpunan itu diadakan di tempat awam, sambil menambah akta tersebut hanya memerlukan penganjur memberi notis kepada polis.

"Kalau pun ada ketidakpatuhan berhubung notis itu, ia masih tidak menjejaskan hak sesiapa yang ingin berkumpul secara aman."

Zaid berkata penganjur sudah pun mematuhi sepenuhnya akta itu.

"Tidak timbul soal kebenaran daripada pemilik atau penghuni premis kerana perhimpunan itu akan diadakan di tempat awam. Dataran Merdeka dan jalan di hadapan Sogo adalah 'tempat awam' di bawah Seksyen 3 Akta Perhimpunan Awam."

Beliau turut mempersoalkan polis kerana tidak melayan permintaan penganjur untuk bertemu berbincang perkara itu.

"Ia menunjukkan niat mereka untuk menghalang perhimpunan itu daripada berlangsung."

LAGI DI TEKAN

LAGI DI LAWAN

AMIN

HANYA SATU

JAWAPAN

TURUN TURUN

TURUN

AMIN

LAWAN LAWAN

LAWAN

KHALAS

DEMO SABTU INI


DEMO 

SABTU INI



BERI RUANG RAKYAT BERHIMPUN BENCI RASUAH

oleh Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 

Tidak elok kerajaan madani susah-susahkan rakyat untuk berhimpun secara aman.


Lebih-lebih lagi tujuan mereka berhimpun untuk menyatakan hasrat mereka benci pada rasuah.

Apa bahayanya perhimpunan anak-anak muda dan anggota masyarakat yang ingin menyatakan fikiran mereka benci kepada rasuah?

Tidakkah kerajaan perpaduan dan kerajaan madani ini menjadikan tema benci kepada rasuah adalah perjuangan nombor satu.

Akta perhimpunan aman 2012 pada masa kerajaan BN memerintah digubal dengan tujuan untuk memudahkan rakyat berhimpun secara aman.kerana kerajaan menghormati hak rakyat di bawah perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak untuk berhimpun.Di bawah Perkara 10 yang sama dinyatakan hak rakyat untuk bebas bersuara dan menyatakan fikiran.Apa yang kerajaan Madani sekarang takutkan?

Kerajaan PH 1.0 pada tahun 2019 telah meminda akta perhimpunan itu untuk memudahkan lagi rakyat berhimpun.Malah kerajaan PH 1.0 telah menyediakan Padang Merbok tak jauh dari Bangunan Parlimen sebagai tempat untuk berhimpun.

Jadi Menteri Dalam Negeri perlu membantu para aktivis, NGO dan anggota masyarakat untuk berhimpun secara aman.Itu hak rakyat.Tujuan mereka hendak lawan rasuah.Ia selari dengan matlamat kerajaan sekarang pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri perlu bimbing pihak Polis supaya menyedari zaman dulu-dulu sebelum 2012 memang kuasa Polis di bawah Akta Polis 1967 untuk mengeluarkan permit polis boleh atau tak boleh rakyat berhimpun.

Sekarang kuasa Polis di bawah Akta Polis telah dibatalkan dan diganti dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jadi Menteri Dalam Negeri perlu menasihati pihak Polis supaya menjadi fasalitator atau Pemudah cara untuk orang ramai berhimpun secara aman.

Lihat perhimpunan aman pada 6 Januari lalu di Istana Kehakiman di Putrajaya berjalan dengan aman.Ini menunjukkan rakyat Malaysia adalah rakyat yang aman bukannya perusuh.Polis harus hadir dalam perhimpunan aman benci rasuah ini sebagai pasukan pengaman yang bertujuan untuk mempermudahkan rakyat berhimpun. 

Di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 itu terdapat tempat-tempat atau lokasi yang perhimpunan aman tidak boleh diadakan seperti di kawasan petrol station misalnya.Jadi pihak Polis boleh nasihatkan pihak penganjur supaya memilih tempat lain Yang tidak dilarang oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 tersebut.

Nama baik kerajaan madani akan jadi buruk jika menekan hak rakyat untuk berhimpun.

Kerajaan PH khususnya PKR adalah kerajaan yang dibina dari gerakan di jalanraya dan perhimpunan aman.Jangan lupa sejarah PH terutama PKR itu sendiri.
Jangan lupa diri.

Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 
21 Januari 2025.

KENALI SAPA KAWAN


MUSUH KEPADA

MUSUH KITA

ADALAH KAWAN

AMIN

Unknown commented on
 "TRUMP AKAN 
HURU HARAKAN DUNIA"

kalau trump huru-harakan malaysia adakah kamu akan menyanjunginya lagi? tanya je.

KIM JONG NON

  

MALAYSIA

NAK DIJADIKAN

KOREA UTARA

AMIN

Unknown commented on 

"KITA MALAYSIA BUKAN ARAB"

kita malaysia bukan korea utara

LOKMAN ADAM TETAP LOKMAN ADAM

 

PEMIMPIN

GEROMBOLAN 

INI TAK KENAL

SAPA DIA

LOKMAN ADAM

AMIN

LOKMAN ADAM

TETAP TERUS

LOKMAN ADAM

KHALAS

KUASA ISRAEL DAN POLITIK LOBI

 

KUASA ISRAEL 

DAN 

POLITIK LOBI


Sesiapa saja yang mahu bertanding untuk menjawat kerusi Presiden Amerika wajib memberi ucapan di majlis AIPAC – American Israel Public Affairs Comittee. Ini lembaga lobi  politik yang terulung di Amerika. 

Punca kuasa dalam politik di Amerika selain dari Presiden  ada  Dewan Kongres yang dalamnya terdapat dua dewan – Dewan Senate dan Dewan Perwakilan. Sosok dari dua dewan ini  atau yang mahu bertanding akan  di jemput ke majlis AIPAC. Di jemput berucap di AIPAC adalah satu kejayaan dan akan menjamin kerusi  kemenangan.

Lembaga AIPAC ini boleh menaik atau menurunkan para politikus di Amerika. Malah tidak silap jika saya katakan siapa naik dan siapa turun dalam politik Amerika akan di tentukan oleh AIPAC.

Contoh terbaik ialah ahli Dewan Perwakilan Kongres Cory  Bush dari St. Louis. Dia gagal   mempertahankan kerusi kerana mengkritik  projek genosid Israel di Gaza.

Bagaimana ini  boleh berlaku dalam negara yang klim sebagai contoh terulung negara demokrasi?

Ini berlaku kerana ada politik lobi. Budaya politik lobi dan pengaruh AIPAC ini bukan datang dengan sekelip mata.   Amerika telah wujud lebih dari 200 tahun. Zionis Israel hanya wujud semenjak  14 Mei 1948. Proses lobi ini telah meresap masuk perlahan-lahan ke badan politik Amerika.  Hari ini AIPAC telah  menjadi lembaga lobi   penentu arah dan garis politik Amerika.

Bersekutu bekerjasama dengan AIPAC ialah kumpulan Zionis Kristian. Mereka ini penganut agama  Kristian.  Ideologi politik dan agama  kumpulan ini ialah  menyokong kepulangan orang Yahudi ke Tanah Suci. Tanah suci ini ialah Palestin atau  semenjak 1948  diberi nama Israel.

Dari data 2023 ada 7.5 juta Yahudi di Amerika. atau 2.4% dari jumlah  penduduk Amerika. Di Israel ada 7.2 juta Yahudi Di seluruh dunia terdapat 15 juta Yahudi.  Jumlah Yahudi  tidak  ramai  tetapi huru hara yang di rancang dan di jalankan oleh  bani Israel ini sedang memporak perandakan dunia.

Tidak salah jika saya katakan dunia kita hari ini di kendali , di teraju dan di jana oleh Zionis Yahudi.

Dari mana kuasa dan pengaruh Zionis Yahudi ini datang?  Yahudi dalam dunia ini tidak ramai. Bagaimana Zionis Yahudi boleh mendominasi dan menghuru harakan dunia? 

Jawabnya amat mudah. Kuasa dan pengaruh Zionis Yahudi  datang dari dolar, ringgit, dinar, riyal, peso, rupiah, yen dan yuan. 

Duit wang dan fulus. Semua kuasa dalam dunia ini berpunca dari duit.  Tanpa duit kuasa lesap.

Larry Ellison, Mark Zuckerberg, Larry Page, Sergey Brin,  dan Michael Bloomberg adalah  antara nama-nama  Yahudi yang terkaya di America. Di Amerika terdapat  132 bilionair Yahudi. Mereka ini bukan sahaja Yahudi malah mereka juga Zionis.

Apa dan siapakah Zionis?

Secara ringkasnya : Zionis adalah gerakan nasionalis yang memperjuangkan tanah air untuk orang Yahudi di Palestin. Ia adalah organisasi idea yang secara aktif mencari dan mencapai kewujudan negara Israel pada tahun 1948

Zionis bermakna menyokong negara bernama Israel. Melayu, Arab, China, Benggali atau sesiapa sahaja yang menyokong dan mempertahan entiti haram bernama Israel adalah Zionis.  

Di Amerika dan dari seluruh dunia para  Zionis yang kaya raya ini memberi dana kepada AIPAC sebagai sedekah jariah. Dari dana ini AIPAC menjalankan jarum untuk melobi para politikus Amerika agar menyokong wujudiah Israel.

Untuk mendapatkan sokongan massa yang ramai AIPAC bekerja sama dengan Zionis Kristian. Penganut Zionis Kristian inilah yang akan mengundi  Presiden atau Ahli Kongres. Hasil kerjasama intim antara Yahudi Zionis dengan Zionis Kristian menjadi satu pasukan yang ampuh yang boleh meneraju arah tuju politik Amerika.

Contoh paling afdal ialah ucapan Donald Trump di majlis AIPAC ketika berkempen untuk menjadi Presiden pada tahun 2016.  Jika menang kerusi Presiden Trump berjanji akan menjadikan Baitul Mukaddis – Juruselam – sebagai ibu negara Israel.

Trump menang maka pada 6 Disember 2017 Presiden Amerika mengiktiraf Juruselam sebagai ibu kota Israel. Kedutaan Amerika akan dipindahkan dari Tel Aviv ke Juruselam.

Memiliki  dana dan sokongan massa sahaja tidak mencukupi untuk dasar dan politik Zionis bergerak. AIPAC memerlukan para pemikir dan para intelektual Zionis.

Justeru di Amerika dan di Washington DC terdapat banyak badan pemikir – think tank.  Badan NGO dan lembaga pemikir ini juga mendapat dana dari para Zionis yang kaya raya.

Sebagai contoh Institut Washington untuk Dasar Timur Dekat (WINEP), juga dikenali sebagai The Washington Institute (TWI), ialah sebuah badan pemikir Amerika pro-Israel yang berpangkalan di Washington, D.C.

Kita lihat bagaimana Zionis bergerak dengan halus dan teratur mempengaruhi dasar politik Amerika.

Negara Arab paling besar kekuatan tentera ialah Mesir. Sejarah memperlihatkan bagaimana Mesir di bawah pimpinan Anwar Sadat menang Perang Ramadan 1973.  Mesir merampas kembali Semenanjung Senai dari Israel yang di rampas oleh Israel dalam Perang 1967.

Muncul Henry Kessinger  seorang  Zionis Yahudi - profesor lulusan Havard. Sosok ini menjadi Setiausaha Negara (1973-1977)  dalam kabinet Presiden Nixon dan Presiden Ford.  Kejayaan  utama  Kessinger ialah memandulkan Mesir.  Kessinger berjaya melalui diplomasi  memisahkan Mesir dari keluarga besar Arab melalui Perjanjian Damai Camp David. Presiden Mesir  Anwar Sadat dan Menachem Begin Perdana Menteri Israel bersalaman di Camp David pada 17 September 1978.

Zionis Israel berjaya memandulkan Mesir. Ketika itu negara Arab yang berpotensi melawan Israel ialah Iraq, Syria dan Libya.  Hanya tiga negara ini  yang  menentang Perjanjian Damai Camp David dan terus memperjuangkan hak rakyat Palestin.  Negara Arab lain seperti Saudi , Jordan dan Negara Telok semuanya menjadi boneka dan budak suruhan Amerika dan  Israel.

Para Zionis di Amerika terus merancang. Kali ini muncul Paul  Wolfowitz seorang Yahudi Zionis  yang juga  profesor dari Johns Hopkins University. Sosok ini  telah menyerap masuk ke dalam pentadbiran Bush  Senior dan Bush Junior.

Paul Wolfowitz bersama para Zionis seperti William Kristol, Donald Rumsfled dan Dick Cheney  telah merancang dengan  licik untuk memastikan Zionis Israel selamat. Kumpulan yang dikenali sebagai Neocon.

Neocon potongan singkat dari  Neokonservatif. Kumpulan ini  menyokong promosi unilateral demokrasi. Mereka menganjurkan  campur tangan dalam hubungan antarabangsa. Mereka menganut  falsafah ketenteraan dan  "keamanan melalui kekuatan". 

Kumpulan inilah yang dilaporkan sebagai orang dalam yang menjalankan projek  9/11 di mana Bangunan World Trade Center (WTC) di New York telah meledak runtuh pada 11 September 2001. 

Pengganas Al-Qaeda dituduh sebagai dalang 9/11. Hari ini seluruh dunia tahu bahawa Al-Qaeda adalah anak didik Zionis Amerika.  Tujuan projek 9/11 ini ialah untuk  melahirkan projek War on Terror yang dirancang oleh kumpulan Neocon.

Perang melawan keganasan, secara rasminya Global War on Terrorism (GWOT), ialah kempen ketenteraan global yang dimulakan oleh Amerika Syarikat sesudah 9/11. Ini  merupakan konflik global terbaharu yang merangkumi pelbagai peperangan. Projek ini   menggantikan Perang Dingin.

Justeru melalui projek War on Terror ini  Amerika akan dijerut  untuk  memerangi Iraq Syria dan Libya. Negara-negara Arab ini masih  ada kekuatan untuk memusuhi Israel. Ledakan WTC di New York di perlukan untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika untuk memerangi pengganas yang dikatakan dari negara-negara ini.

Akhirnya Amerika di bawah Bush Senior dan Bush Junior telah menyerang Iraq.  AIPAC bersama lembaga pelobi di Washington DC telah berjaya memujuk Presiden Bush untuk  menyerang  Saddam yang  dituduh memiliki senjata pemusnah. Hari ini terbukti ini hanya propaganda untuk memusnahkan Iraq bagi pihak Israel.

Sesudah Iraq para Zionis Neocon telah  beralih  ke  Libya.  Muamar Gadaffi  adalah penyokong teguh perjuangan rakyat Palestin. Justeru Israel melalui kumpulan Zionis Neocon telah berjaya melobi Presiden Amerika untuk  menyerang Libya.  Gadaffi dibunuh mati dan Libya dimusnahkan untuk memastikan Israel selamat.

Paling akhir ialah Syria  dimana  Presiden Bashar al-Assad  telah di tumbangkan oleh kumpulan pecahan dari Al-Qeada.  Ini juga adalah projek yang di rancang oleh para Zionis untuk memastikan  Israel selamat.

Amat jelas semua   dasar luar Amerika  dilakukan demi kepentingan dan keselamatan Israel. Dengan bijak lagi terancang kaum Zionis dan para pelobi telah berjaya melobi   Presiden  Nixon, Ford, Carter,  Reagan.  Bush, Obama dan Biden untuk memastikan Israel selamat.

Dalam masa yang sama para pelobi ini juga bekerjasama dengan Industri Senjata  yang akan mengaut keuntungan dari kancah perang. 

Portal Conversation pada 24 Jul 2023 telah melaporkan — Presiden Joe Biden mengulangi kata-kata  yang terkenal beliau katakan pada tahun 1986: “Jika tidak ada Israel, kita perlu mencipta satu Israel.”

Mesir, Iraq, Libya dan Syria semuanya telah di mandulkan. Negara-negara ini telah hancur musnah atau bala tentera mereka tidak ada keupayaan untuk melawan Zionis Israel.

Bumi Palestin  hanya tinggal Gaza dan Tebing Barat. Gaza telah hancur musnah. Tebing Barat di bawah  Mahmud Abbas dan PLO telah menjadi mata-mata dan tali barut Israel.

Hari ini hanya satu negara Arab yang tegak berdiri dan  mengangkat senjata melawan Zionis Israel -   Houthi dari Yaman.  

Jangan lupa Houthi, Hizbullah, Hamas dan kumpulan penentang Israel semua mendapat bantuan senjata dari Iran. Iran – yang bukan Arab -  masih tegak berdiri menyokong Palestin. 

Justeru saya yakin  projek baru dari AIPAC dan pelobi  Zionis ialah menghancurkan Iran. Projek memerangi dan memusnahkan Iran ini akan menjadi agenda utama para Zionis di zaman kerajaan baru Donald Trump. Kita lihat dan tunggu. Amin. (TT)

 

TULISAN INI DI SIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI .COM
https://www.malaysiakini.com/columns/732373










PERANG GAZA PINDAH KE TEBING BARAT




Peneroka haram Israel bakar bakar rumah, kenderaan penduduk Palestin

RAMALLAH: Peneroka haram Israel menyerang beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dengan membakar rumah, kedai, dan kenderaan, ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyuarakan keraguan gencatan senjata di Gaza dapat bertahan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau yakin ketiga-tiga fasa perjanjian yang dipersetujui itu akan dilaksanakan sepenuhnya.

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Oval ketika menandatangani perintah eksekutif, Trump berkata kawasan Palestin yang padat penduduk itu kelihatan seperti 'tapak pembersihan' dan perlu dibangunkan semula dengan cara yang berbeza.

Sementara itu di Tebing Barat, Datuk Bandar Al-Funduq, Loui Tayem, memberitahu Anadolu bahawa puluhan pendatang haram menyerang rumah dan kenderaan penduduk di pinggir kampung, membakar sebuah kereta dan kenderaan lain serta merosakkan banyak kedai.

Penyerang Saif Ali Khan tak sentuh barang berharga, apa motifnya?
Beliau menggambarkan suasana di kawasan itu sebagai tegang, sambil menambah: "Kami mendengar bunyi tembakan dari semasa ke semasa, tetapi tidak dapat mengenal pasti puncanya".

Stesen radio kerajaan Palestin, 'Voice of Palestine' melaporkan bahawa pendatang haram melakukan serangan ke atas kampung Al-Funduq dan Jinsafut, menyebabkan kerosakan besar termasuk membakar rumah, kenderaan dan premis perniagaan.

Serangan berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu, dengan kekerapan pertempuran dan peningkatan keganasan oleh pendatang Yahudi.

Ketegangan meningkat di Tebing Barat yang diduduki akibat perang Israel di Semenanjung Gaza, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 47,000 nyawa sejak 7 Oktober 2023.

Serangan di Tebing Barat itu berterusan walupun perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tawanan antara Hamas dan Israel berkuat kuasa pada Ahad di Gaza.

Pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad ke atas tanah Palestin sebagai haram dan menuntut semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dikosongkan. - AGENSI

BILA DISERANG

JAWABNYA LAWAN

AMIN

JANGAN IKUT

AL- FATAH PLO

MAHMUD ABAS

 AMIN

MEREKA BARUA

ZIONIS ISRAEL

AMIN

IKUT CARA

HAMAS HOUTHI

HIZBULLAH

AMIN

LAWAN DAN

ANGKAT SENJATA

KHALAS