Khamis, 23 Januari 2025

KEMPEN BOIKOT BERJAYA - SILA TERUSKAN !!!


KEMPEN BOIKOT

BARJAYA SILA

TERUSKAN

AMIN

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Kalau cakap KK Mart rancang kacau agama memang tidak boleh dipercayai, tetapi kalau KK Mart digunakan sebagai aparcik membantu membawa undi mungkin kemungkinan terpaling hebat memang dipercayai kah kah kah, 

yang kacau yang selalu ungkit selalu cari masalah orang sendiri bangsa sendiri agama sendiri bukan orang lain kah kah kah plot cerita sama digunakan sejak zaman berzaman untuk raih undi ikut bangsa agama kaum amin kah kah kah dahulu sebelum kah kah kah diharamkan amin


Unknown commented on
 "KENALI EDWARD SAID PEMIKIR INTELEKTUAL PALESTIN"

Banyak syarikat dari china akan berpindah dan menutup operasi di Malaysia. Syabas kempen menghalau orang china dari malaysia telah berjaya.

DEMO LAWAN RASUAH SABTU INI

 

DEMO LAWAN

RASUAH

SABTU JAM 2 PTG

DARI SOGO
BERARAK KE

DATARAN MERDEKA

KHALAS



DEMO SABTU INI DI DATARAN



DBKL tak miliki Dataran Merdeka, kata peguam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan pemilik Dataran Merdeka seperti yang ditegaskan oleh kerajaan baru-baru ini, kata seorang peguam.

New Sin Yew berkata undang-undang adalah jelas bahawa dataran itu adalah ruang awam yang hanya diselia oleh DBKL.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, dan polis menegaskan bahawa penganjur perhimpunan antirasuah pada Sabtu ini perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis sesuai dengan kehendak Akta Perhimpunan Aman (PAA).

New menyatakan persetujuan pemilik atau penghuni tempat perhimpunan seperti yang dinyatakan Seksyen 10(c) PAA adalah khusus kepada "jika berkenaan".

Bagaimanapun, katanya, dalam konteks Dataran Merdeka, Akta Kerajaan Tempatan (LGA) adalah jelas bahawa DBKL bukanlah pemilik dataran itu mengikut Seksyen 63 Akta tersebut, yang menyatakan:

“Sesebuah pihak berkuasa tempatan hendaklah mempunyai kawalan dan penjagaan am ke atas semua tempat dalam kawasan pihak berkuasa tempatan yang telah atau hendaklah pada bila-bila masa diasingkan dan terletak hak kepada pihak berkuasa tempatan untuk kegunaan orang ramai atau yang mana orang awam hendaklah pada mana-mana masa telah atau telah memperoleh hak bersama."

Tambah New, LGA menyifatkan tempat awam sebagai "mana-mana kawasan lapang, tempat letak kereta, taman, padang rekreasi dan hiburan atau dataran, sama ada tertutup atau tidak, diasingkan atau diperuntukkan untuk kegunaan orang ramai atau yang orang ramai akan masa mempunyai akses".

Hal itu, katanya, meliputi Dataran Merdeka yang jelas boleh diakses oleh orang ramai pada bila-bila masa.

“Sebab itu tiada keperluan untuk mendapatkan persetujuan daripada DBKL untuk perhimpunan antirasuah yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

“Sebarang penolakan terhadap notis yang diberikan oleh penganjur atas dasar ini adalah salah di sisi undang-undang.

"Saya harap kerajaan akan membetulkan kesilapannya sendiri," katanya.

WOIT

JELAS 

DATARAN MERDEKA

BUKAN MILIK

DBKL

JENG JENG JENG

DATARAN MILIK

RAKYAT MALAYSIA

AMIN

KERANA ITU

TIAP MALAM

RAMAI ORANG

BERCANDA CANDA

DI DATARAN 

AMIN

TAK PERLU

MINTA IZIN

DARI SESIAPA

KHALAS

PERANG BERAKIH DARI GAZA KE TEBING BARAT



Israel lancar serangan besar-besaran di Tebing Barat pula, 10 maut

RAMALLAH: Pasukan keselamatan Israel hari ini menyerbu bandar Jenin di Tebing Barat, membunuh sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkannya sebagai operasi ketenteraan berskala besar lagi penting dan mengumumkan ia adalah serangan baharu terhadap kumpulan yang disokong Iran.

Tindakan itu dilancarkan sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan beliau menarik balik sekatan ke atas peneroka ultranasionalis Israel yang menyerang perkampungan Palestin.

"Kami bertindak secara sistematik dan tegas terhadap proksi Iran di mana sahaja ia membekalkan senjatanya. Di Gaza, Lubnan, Syria, Yaman dan Judea serta Samaria," kata Netanyahu.

Judea dan Samaria adalah istilah yang digunakan Israel untuk Tebing Barat yang diduduki.

Sasaran di Jenin itu, di mana tentera Israel sudah melakukan beberapa serbuan dan pencerobohan besar-besaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku hanya dua hari selepas bermulanya gencatan senjata di Gaza.

Tentera berkata, pasukannya, polis dan perkhidmatan perisikan sudah memulakan operasi memerangi keganasan di Jenin.

Ia susulan operasi selama berminggu-minggu oleh pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat untuk mengambil semula kawalan di kem pelarian bersebelahan, pusat utama kumpulan bersenjata termasuk Hamas dan Jihad Islam, kedua-duanya mendapat sokongan daripada Iran.

Hamas, yang berpangkalan di Gaza, sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah meluaskan jangkauannya ke Tebing Barat, di mana Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang didominasi Fatah, menjalankan tadbir urus terhad.

Pada Selasa, Hamas menyeru rakyat Palestin di wilayah itu untuk meningkatkan pertempuran menentang Israel.

Ketika operasi bermula, pasukan keselamatan Palestin berundur dari kem pelarian dan bunyi tembakan yang kuat kedengaran dalam rakaman telefon bimbit yang dikongsi di media sosial.

Perkhidmatan kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terbunuh dan 35 cedera dalam serbuan Israel, yang berterusan sehingga ke malam.

Seminggu sebelum itu, serangan udara Israel di kem pelarian Jenin membunuh sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin dan mencederakan lebih ramai lagi.

Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich, yang pro kumpulan peneroka haram dan bertanggungjawab untuk sebahagian besar dasar Israel di Tebing Barat, menyatakan operasi itu hanya permulaan kepada kempen kuat dan berterusan terhadap kumpulan itu bagi tujuan perlindungan penempatan dan peneroka.

Sebelum ini, Smotrich mengalu-alukan keputusan Trump untuk menarik balik sekatan ke atas peneroka yang dituduh melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Beliau berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran baru AS dalam memperluaskan penempatan, yang dianggap kebanyakan negara sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Beberapa hari sebelum operasi ketenteraan Israel di Jenin itu, penduduk Palestin di Tebing Barat memberitahu beberapa sekatan jalan raya dibuat di seluruh wilayah, di mana keganasan meningkat semula sejak permulaan perang di Gaza.

Lewat Isnin, sekumpulan peneroka Israel menyerang rakyat Palestin, menghancurkan kereta dan membakar harta benda, di sekitar perkampungan al-Funduq, berhampiran Qalqilya, kawasan di mana tiga warga Israel terbunuh dalam tembakan awal bulan ini.

Kira-kira 700,000 peneroka Israel tinggal di kalangan 2.7 juta rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, tanah yang ditawan Israel pada 1967.

Kebanyakan negara menganggap penempatan Israel di wilayah yang dirampas dalam peperangan sebagai haram.

Bagaimanapun, Israel menolak tanggapan itu dengan memetik hubungan sejarah mengenai pemilikan tanah itu. - REUTERS

 WARGA PALESTIN

DI TEBING BARAT

WAJIB ANGKAT

SENJATA

AMIN

BELAJAR DARI

HAMAS

DARI HIZBULLH

AMIN

BUKA PERANG

BARU 

LAWAN ZIONIS 

BLACKROCK

KHALAS

CIA AKAN JIMATKAN TRUMP



SEBELUM TRUMP

BUKA FAIL JFK

CIA AKAN 

JIMATKAN TRUMP

AMIN

Unknown commented on 
"TRUMP AKAN 
HURU HARAKAN DUNIA"

Semoga teram panjang umurnya, lanjut telurnya. Terima kasih teram. Kredit karbon tu menipu. Negara besar buang sampah negara miskin. Negara miskin kena bayar kerana tiada mesin mencuci sampah yang kena beli dari negara kaya. Alang alang kena fak, biar fak yang sedap terus.

Unknown commented on
 "TRUMP DALAM BAHAYA - CIA DAN FBI AKAN JIMATKAN TRUMP"

Swmua orang tahu kerja cia cia. KanAdi nak hentikan perang sia sia. Mati katak. Tapi masih debaran juga. Monroe adik angkatnya atau adik kena angkatnya?

TURUN DEMO LAWAN RASUAH - SABTU INI


DEMO LAWAN

RASUAH

SABTU INI

AMIN

Unknown commented on 
"DEMO LAWAN 
RASUAH SABTU INI"

Syabas TT semakin terang semakin berani semakin tegas melawan rasuah, tahniah, memang rasuah jadi aku umbi jadi urat jadi daging jadi darah kepada orang-orang kita yang semakin teruk perangai, terbaru tol semasa musim perayaan tidak percuma, bagus terbaik lurus macam pembaris kah kah kah 

yang tidak sokong akan tidak sokong selama-lamanya tidak kisah tidak peduli sebabnya yang berkuasa yang boleh mencuri merasuah merompak segalanya di negara ini, yang tidak berkuasa hanya mampu melihat dan merungut kah kah kah

PAGI INI

 

PAGI INI

KHAMIS 23 JANUARI 2025
HEBOH
BERITA JUAL BABI DI KK MART
BERITA HARIS ISKANDAR
BUAT KOMIDI BABI

TAK HABIS HABIS
KESAH BABI
TAK HABIS HABIS
PERANGAI KK MART
GANGGU ISLAM

ADA SESUATU 
SEDANG BERLAKU
ADA SATU RANCANGAN LICIK
ADA PROJEK SEDNAG
DI RANCANG
NANTI GUA STORY

HEBOH PASAI
DEMO SABTU INI
SEBENRNYA HEBOH INI BAIK
MAKIN HEBOH
MAKIN RAMAI WARGA TAHU
SABTU INI DEPAN SOGO
ADA DEMO LAWAN RASUAH

KAH KAH KAH
APAKAH ADA SUARA LARANG
JENG JENG JENG
YANG MELARANG INI
APAKAH MEREKA SOKONG
RASUAH
JENG  JENG JENG

AMERIKA
PELABURAN 500BILION DOLAR
UNTUK STARGATE
PROJEK  PINTAR BUATAN
DI UMUM OLEH TRUMP

ISRAEL
PERANG GAZA DI TANGGUH
KINI ZIONIS BLACKROCK
BERALIH MENYERANG
TEBING BARAT

TURKI
76 TERKORBAN
DALAM  HOTEL YANG TERBAKAR
DI WILAYAH PERANGINAN
MUSIM SEJUK

YAMAN
PASOKAN HOUTHI
MEMBEBASKAN 25 KRU KAPAL LAUT
YANG ADA HUBUNGAN
DENGAN ZIONSI BLACKROCK
MEREKA DI TAHAN LEBIH SETAHUN

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR SEJUK
CAHAYA MATA HARI TERLINDUNG
AWAN GELAP
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
MALAM KEMARIN
RENYAI RANYAI

DI KIRI KANAN BUKIT
SUARA TERKUKUR
MENYAMBUT PAGI
TIONG BERLARIAN
MENCARI REZEKI

HA HA
PAGI INI
TAK TAK BERBAIK BAIK
DENGAN 4 EKOR WARGA HOKKIEN
KALI INI MEREKA
TIDAK BERGADUH
DAN TIDAK MENYALAK

DI JALAN PULANG
MELINTAS SEBUAH HELI
WOW
SUARA HELI AMAT KUAT
TERTUTUP SEMUA
SUARA UNGGAS

HARI INI
AKAN PANAS
CAHAYA MATA HARI DAH MUNCUL
TUAN TAK TAK
SEDANG MENJALAR DI BALKONI
MENUNGGU CAHAYA

PETANG JIKA HUJAN
MALAM AKAN  ENAK

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
DUA EKOR SEMUT
AKAN BERJAYA MENGANGKAT
SAEKOR BELALANG

BRO
LU NAK CEPAT BERJALAN
LU BERJALAN SEORANG
LU NAK BERJALAN SANTAI
BAWA ANJING

BRO
SEBATANG KAYU
LU BOLEH BAKAR
TAPI TIDAK AKAN MENGHASILKAN
ARANG UNTUK DI JUAL
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA