Selasa, 20 Januari 2026

INDAH BANGGA JADI WARGA MALAYSIA


INDAH BANGGA

JADI WARGA  

MALAYSIA

AMIN

BERITA BAIK UNTUK UMNO



‘Umno boleh tembus 40 kerusi jika tinggalkan PH, berpakat dengan PN’

PAS mendakwa Umno berpotensi memenangi lebih 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang sekiranya parti itu memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), berbanding meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, berdasarkan kira-kira mudah keputusan PRU15 lalu, gabungan undi Umno dan PN boleh memberikan kelebihan ketara kepada Barisan Nasional (BN), khususnya di kerusi-kerusi marginal yang kini dikuasai PH.

Dalam kenyataannya hari ini, Fadhli menegaskan Umno yang hanya memenangi 26 kerusi pada PRU15 boleh menambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi jika “Kolaborasi Agung” dan “Rumah Bangsa” yang digagaskan presidennya dilaksanakan bersama PN.

“Walaupun kira-kira pilihan raya tidak seperti kira-kira asas matematik, tetapi sudah difahami dengan jelas bahawa pengundi PN boleh mengundi BN seperti yang berlaku di siri-siri PRK selepas PRU2018.

“Ia dengan ketara berlaku di PRK Cameron Highland dan PRK Tanjung Piai,” katanya.

Fadhli seterusnya menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen yang dimenangi PH tetapi berpotensi dimenangi Umno jika undi BN dan PN digabungkan.

Antara yang disenaraikan adalah Lembah Pantai, Sungai Buloh, Hulu Langat, Sekijang, Ledang, Sri Gading, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Johor Bahru.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menggunakan Johor Bahru sebagai contoh, dengan menunjukkan potensi kemenangan jika kedua-dua parti itu berkerjasama.

“Ambil contoh Johor Bahru yang dimenangi oleh calon PH (Akmal Nasir) pada PRU15 dengan 43,252 undi, manakala calon Umno (Johan Ropi) memperoleh 27,211 undi dan calon PN (Mohtaj) memperoleh 22,075 undi.

“Namun dalam senario akan datang, sekiranya undi Umno dicampur dengan PN, jumlahnya menjadi 49,286 undi, sekali gus mengatasi undi PH dan membolehkan kerusi ini dimenangi oleh gabungan tersebut,” katanya.

Selain kerusi Umno, PAS turut mendakwa beberapa kerusi tradisi BN yang ditandingi MCA dan MIC seperti Bentong, Labis dan Sungai Siput juga boleh dirampas semula jika wujud kerjasama BN–PN.

Menurut Fadhli, strategi gabungan PH-BN pula berdepan masalah penerimaan pengundi akar umbi, yang menurutnya telah terbukti pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 2023 apabila sebahagian pengundi BN menolak kerjasama tersebut.

“Secara realitinya, pengundi BN sebenarnya lebih mudah untuk mengundi gabungan BN-PN berbanding gabungan PH-BN dengan sentimen dan semangat yang sama.

“Justeru, Kolaborasi Agung dan Rumah Bangsa perlu digagaskan ke arah kerjasama politik yang boleh membuka ruang luas untuk memenangi PRU16, bukannya menjadikan Umno dan BN semata-mata alat kepada PH,” katanya.

Pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan jawatankuasa penyatuan ‘rumah bangsa’ untuk menerima penyertaan semula bekas ahli-ahli parti dan ‘kolaborasi agung’ melibatkan kerjasama parti-parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

Semalam, Ahmad Fadhli mendakwa cadangan ‘kolaborasi agung’ dan ‘rumah bangsa’ oleh Umno sebagai tidak menyakinkan walaupun hebat kedengaran dari segi istilahnya.

RUMAH BANGSA

RUMAH BESAR

KEMAH BESAR

YANG UTAMA

SATU TUJUAN

AMIN

MENGHUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

PANDANGAN KADIR JASIN


GLIC , GLC 

WAJIB PROAKTIF


1. Dulu, zaman awal tabung dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC dan GLC) pada tahun 1970-an, ada kementerian khusus untuknya.
2. Masa itu tidak dipanggil GLIC dan GLC. Tabung-tabung pelaburan dan syarikat-syarikat tajaan kerajaan ini dikenalil sebagai agensi amanah Bumiputera.
3. Kementerian khas itu
dipanggil Kementerian Perusahaan Awam (Ministry of Public Enterprises) diasaskan pada tahun 1974 apabila jawatan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam diwujudakan dengan Almarhum Hussein Onn sebagai penyandang.
4. Perbadanan Awam adalah kaedah Pentadbiran Almarhum Abdul Razak Hussein membabitkan kerajaan dalam ekonomi dan perniagaan bagi mengisi matlamat kedua Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu menyusun semula masyarakat.
5. Adalah amat wajar generasi muda Bumiputera mengenali dan mengingati peneroka-peneroka ekonomi Bumiputera seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Almarhum Ismail Ali, Almarhum Raja Mohar Raja Badiozaman, Junus Sudin, Desa Pachi dan Hanafiah Hussain. Jasa dan kewibawaan mereka wajib dicontohi.
6. Saya sangat-sangat bernasib baik mengenali dan berkoloborasi dengan mereka sebagai pemberita ekonomi mulai tahun 1972.
7. Malangnya, banyak orang Melayu, sama ada tidak tahu atau tidak peduli, sumbangan serta pengorbanan wira-wira ekonomi ini.
8. Jenama agensi amanah Bumiputera ini semakin hari semakin pudar dan terus hapus apabila Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, pada tahun 2004, mengubahnya menjadi Tabung Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
9. Hari ini, nampak seolah-olah GLIC dan GLC semakin hilang arah tujuan. Ya, keuntungan penting. Tetapi matlamat pengukuhan ekonomi Bumiputera masih boleh dicapai tanpa menjejas keuntungan.
10. Saya akui yang GLIC dan GLC telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan dalam sektor korporat kepada Bumiputera.
11. Tetapi sumbangan ini boleh diperbesarkan jika GLIC dan GLC mengambil peranan proaktif dalam syarikat swasta yang mereka mempunyai pegangan saham.
12. Contohnya IJM Corporation di mana GLIC memiliki 46.63 peratus saham, boleh kata, semua pengurus kanannya adalah Cina. Kalau ada Melayu pun hanya dalam Lembaga Pengarah.
13. Seperti yang saya tulis dalam akhbar Sinar Harian Ahad (18 Januari), IJM ini sedang cuba dibeli oleh sebuah syarikat milik Cina yang lain iaitu Sunway Berhad.
14. Pengulas ekonomi sudah pun mengatakan GLIC memainkan peranan penentu dalam cadangan bernilai RM11 bilion itu.
15. Kita wajib bagi perhatian rapi kepada urusan M&A itu. Dengan pegangan saham yang begitu besar, GLIC yang terlibat - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan, Urusharta Jemaah dan Tabung Haji - wajib memainkan peranan cergas. Mereka wajib berusaha mendapatkan tawaran terbaik.
16. Mohon baca rencana akhbar Sinar Harian yang dikepilkan untuk kefahaman yang lebih mendalam.
Terima kasih.
KADIR JASIN

AWAS !!! ZIONIS TEMPATAN DAN AJEN MOSSAD !!!



Mat Sabu selar tindakan 


Beberapa negara Islam 


sertai Perjanjian Abraham



SHAH ALAM: Adalah menyedihkan apabila beberapa negara Islam menandatangani Perjanjian Abraham bagi menormalisasi hubungan dengan Israel, kata  Mohamad Sabu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata tindakan tersebut boleh melemahkan moral umat Islam.
Katanya, langkah negara Islam terbabit jelas berbeza berbanding negara-negara berideologi kiri dan bukan Islam yang lebih lantang menentang Israel.

“Kita menyaksikan satu perbandingan ketara, negara-negara di luar dunia Islam malah tiada kaitan dengan agama atau sejarah Palestin mengambil pendirian bertentangan dengan memutuskan hubungan dagang dan diplomatik dengan Israel.

“Tindakan ini seharusnya membuka mata kita (umat Islam),” katanya ketika menyampaikan ucap tama di Persidangan Antarabangsa Penyatuan Umat Islam dan Palestin di sini hari ini.
Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut menyatakan kekaguman terhadap masyarakat di Eropah yang berdemonstrasi dengan jumlah yang besar tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Aksi mereka wajar untuk mendorong umat Islam bermuhasabah dan menaikkan semangat perlawanan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel yang telah berlaku lebih 70 tahun, ujar Mohamad.
“Selama lebih dua tahun, rakyat Eropah bangkit menyatakan solidariti bersama Palestin. Saya sendiri telah pergi ke sana sebanyak tiga kali untuk menyaksikan demonstrasi di Eropah,” katanya.
Beliau turut mengulangi gesaan agar negara-negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai langkah paling kecil yang dapat dilakukan untuk melemahkan rejim Zionis.
“Bagaimana kita menterjemahkan iman, kemarahan dan keprihatinan kepada hasil yang bermakna? Sekurang-kurangnya, negara-negara Islam mesti memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya.
Pada masa sama Mohamad turut mengesyorkan agar penyatuan umat Islam harus melangkaui mazhab dan bangsa untuk mengenal musuh sebenar iaitu Israel.
Beliau turut menyambut baik usaha NGO pro-Palestin seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menganjurkan persidangan bertemakan penyatuan umat Islam sebagai strategi untuk menyedarkan orang ramai mengenai situasi di Palestin.
“MAPIM memainkan peranan di antaranya, membawa isu Palestin ini ke arah penyatuan umat daripada pelbagai kaum, negara, mazhab dan sebagainya agar kita kenal musuh bersama,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang media di acara yang sama.
Antara yang hadir di persidangan tersebut ialah Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar; Senator  Mujahid Yusof; Bekas Menteri Luar,  Hamid Albar dan Presiden MAPIM, Azmi Abd Hamid.
Malah, delegasi antarabangsa turut hadir termasuk Ketua Seksyen Konsular, Kedutaan Negara Palestin, Amjad Khamaysa; Kaunselor Kebudayaan, Pusat Kebudayaan Iran, Habibreza Arzani; dan Setiausaha Agung, World Forum for Proximity of Islamic Schools of Thought (WFPIST), Hamid Shahriari.
Sejak 7 Oktober 2023, jumlah korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 71,455 orang susulan serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestin.
Sementara itu, sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, serangan Israel dilaporkan telah meragut 463 nyawa serta mencederakan 1,269 individu.

AWAS!!!

APAKAH AJEN

MOSSAD DAH

ADA BERSAMA

DALAM NEGARA?

JENG JENG JENG

SILA TANYA

BAGAIMANA

PALESTIN DARI

UIA GOMBAK

DAPAT DI BUNUH ?

KHALAS

MUSTAHIL TAK ADA WARGA MALAYSIA ?



Lebih 400 warga Indonesia 'dibebaskan' industri scam Kemboja


PHNOM PENH: Lebih 400 warga Indonesia dibebaskan rangkaian penipuan siber di Kemboja semalam, selepas Phnom Penh mengumumkan operasi baharu terhadap industri haram itu.

Individu bekerja di hab penipuan siber Asia Tenggara, sama ada secara sukarela atau melalui pemerdagangan manusia itu menjerat pengguna internet di seluruh dunia melalui skim percintaan palsu dan pelaburan kripto, menghasilkan puluhan bilion dolar Amerika Syarikat (AS) setiap tahun.

Duta Indonesia ke Kemboja, Santo Darmosumarto, berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang baharu di Kemboja mengakibatkan 'banyak sindiket penipuan dalam talian memberhentikan pekerja'.

Katanya, seramai 440 warga Indonesia datang ke kedutaan di Phnom Penh selepas 'dibebaskan sindiket penipuan dalam talian' dengan kebanyakannya mahu pulang ke tanah air, antara 1 Januari hingga Ahad lalu.

Beliau berkata, pihak kedutaan akan menyegerakan proses menghantar pulang, selain berharap kumpulan warga Indonesia terbabit 'kembali ke tanah air secara sendiri'.

"Mereka 'terbabit dalam penipuan siber' bagi tempoh antara beberapa bulan atau tahun, selain ada kes yang pasport mereka dirampas.

"Susulan operasi tegas berterusan Kemboja, kedutaan menjangkakan ramai lagi akan datang dari luar bandar," katanya menerusi video dimuat naik di Instagram.

Beberapa warga asing meninggalkan kawasan disyaki lokasi penipuan di seluruh Kemboja bulan ini, apabila kerajaan berjanji 'menghapuskan' isu berkaitan penipuan perdagangan dalam talian, yang menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), membabitkan sekurang-kurangnya 100,000 orang di Kemboja sahaja.

Kebanyakan kumpulan jenayah rentas negara berpusat di Kemboja dan Myanmar asalnya menyasarkan penutur bahasa Cina, tetapi kini mengembangkan operasi penipuan ke pelbagai bahasa.

Semalam, puluhan warga Indonesia dan sebahagian dilapor membawa beg serta beratur di luar kedutaan republik itu.

Kira-kira 100 orang pula beratur di luar Kedutaan China di Phnom Penh, tetapi enggan mengulas apabila dihampiri AFP.

Sementara itu, remaja lelaki berusia 18 tahun dari Sumatera, Indonesia, berkata dia melarikan diri dari kawasan di bandar Bavet, berhampiran sempadan Kemboja-Vietnam, di mana dia dipaksa menipu orang secara dalam talian selama lapan bulan tanpa gaji walaupun dijanjikan AS$600 (RM2,431.50) sebulan.

Katanya, dia tiba di Phnom Penh kelmarin, sebelum mengunjungi kedutaan untuk memohon pasport baharu kerana dokumennya itu 'dirampas oleh bos China'.

"Mereka membebaskan semua orang selepas dengar polis akan masuk ke kawasan terbabit," katanya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun, ketika ditanya mengenai ratusan orang beratur di luar kedutaan republik itu di Phnom Penh, berkata Beijing 'memberi perhatian serius ke atas tahap keselamatan warga China di luar negara'.

Baru-baru ini, Kemboja menahan dan menghantar pulang hartawan kelahiran China, Chen Zhi, yang disyaki menjalankan operasi penipuan internet dari Kemboja, ke Beijing.

Zhi yang juga bekas penasihat Kerajaan Kemboja, sudah didakwa oleh pihak berkuasa AS, Oktober lalu.


AWAS!!!

JAGA JAGA

PERANAN

WARGA CHINA

BUAT KERJA

SCAM

AMIN

MUSTAHIL INDON

SAJE KENA TIPU

AMIN

DARI MALAYSIA

DAN NEGARA LAIN

PASTI ADA

AMIN

JAGA BURIT BUKAN KERJA AMAL BAKTI


JAGA BURIT

BUKAN KERJA

AMAL BAKTI

AMIN

BERI MAKANAN

PADA YANG MISKIN

CONTOH 

KERJA AMAL

KHALAS

Unknown commented on 
"BUATLAH KERJA AMAL BAKTI - BUKAN JAGA BURIT RAKYAT"

releks sudah.. semua jabatan ada pengkhususan.. yang jaga burit yang jaga rasuah ada.. tukartiub ada tugas sendiri.. semua orang berkerja mengikut kelayakan masing2..

JANGAN BERGANTUNG PADA TENAGA BURUH IMIGRAN


MALAYSIA JANGAN

JADI AMERIKA

AMIN

BERGANTUNG

PADA TENAGA

BURUH IMIGRAN

KHALAS

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Satu manusia mampu merubah segalanya, sistem kapitalis yang berjalan lancar akan rosak, adakah Trump dijimatkan kelak? Kah kah kah atau dibiarkan meroyan saban hari kerana menganggap Amerika terpaling hebat di dunia? 

Trump gagal sebagai Presiden yang tidak menjaga kebajikan warga Amerika, semakin ramai merempat tepi jalan, mengambil jalan mudah meminta sedekah hidup gelendangan, manakala warga asing masuk mencari kekayaan dengan bekerja, ini mungkin sudah berlaku di negaraku sekarang, 

orang tempatan semakin malas bekerja, mengharapkan warga asing untuk semua pekerjaan, tiada lagi kekuatan orang tempatan dalam sektor pertanian, sektor pembinaan, sektor lain semuanya dimonopoli oleh warga asing, orang kita mahu selesa mahu sejuk mahu sembang politik mahu TikTok berteriak slogan tetapi akhirnya rugi,

Wang aliran keluar semakin banyak, pun mengharapkan bantuan setiap perkara amin amin amin, lambat laun makanan pun kena dibeli dari luar kah kah kah lembu gostan gohead woit kah kah kah

BILA NAK TANGKAP AZAM BAKI ?


MASA 

PEMBANGKANG

MADAFAKA 

NAK TANGKAP

AZAM BAKI

AMIN

DAH BERKUASA 

AZAM BAKI JADI

BARUA SETIA

KHALAS

Unknown commented on
 "DENGAR !!! DENGAR APA
 NASIHAT CIK GU INI !"

Jangan risau sangat dementia ini, sekarang ada www, boleh ingatkan cerita berpuluh-puluh tahun, apa Anwar Ibrahim cakap boleh dimainkan semula, tak boleh tipu tak boleh pusing pusing, semuanya dicatat direkodkan, manusia memang pelupa sejarah, 

asal usul dipusingkan diselitkan dengan hujah sendiri bagi menyakinkan orang, tetapi jerat tidak pernah lupa pelanduk amin, jangan risau manusia zaman moden semakin cerdik dapat menilai sikap dapat menilai cakap pusing putaran bumi kah kah kah

HUMBANKAN BARUA AMERIKA


HUMBANKAN

BARUA AMERIKA

KHALAS


Unknown commented on 
"TRUMP BERJAYA RUNTUHKAN NATO"

amerika dah ada sekutu baru.. kerajaan madani..

senjata cnggih lubang jubo non

kah kah kah

HURU HARA DI IRAN KERJA MOSSAD & CIA


AJEN MOSSAD

AJEN CIA

BERSAMA ZIONIS

TEMPATAN TIMBULKAN

HURU HARA

AMIN

BUATLAH KERJA AMAL BAKTI - BUKAN JAGA BURIT RAKYAT

 



JAIS siasat wanita bertudung, pakai baju tanpa kain semasa senamrobik


KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat rakaman video tular aktiviti senamrobik yang melibatkan wanita berbaju kurung, bertudung tetapi tidak memakai kain yang didakwa berlaku di Bukit Badong, Selangor.

Jabatan itu menegaskan, ia memandang serius perbuatan tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.

Katanya, perbuatan yang ditunjukkan menerusi video tular di media sosial itu sangat tidak beradab dan mengandungi beberapa elemen perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.

“Sehubungan itu, JAIS sedang menyiasat kejadian tersebut termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu-individu yang terlibat.

“JAIS memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian Hotline JAIS di talian 1800-88-2424,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu tular di platform TikTok dan Threads yang memaparkan sekumpulan wanita melakukan senamrobik di atas pentas dengan memakai pakaian ‘pelik’.

Menerusi siaran langsung di TikTok, terdapat dua wanita dilihat memakai baju kurung sekolah dengan seluar ketat, manakala seorang lagi dipercayai hanya memakai seluar pendek.

Perbuatan itu menimbulkan kecaman dan kemarahan ramai pengguna media sosial. -

WOIT

BUATLAH KERJA

AMAL BAKTI

 YANG BERFAEDAH

KEPADA ORANG

RAMAI

AMIN

TAK PAYAHLAH

JAGA RAMBUT

JAGA BURIT

JAGA  KOTE

JAGA BUAH DADA

JAGA PUNGGUNG

ORANG RAMAI

AMIN

DI IRAN RAKYAT

DAH BENCI MUAK

DAN MENYAMPAH

DGN KERJA TAK 

BERFAEDAH INI

KHALAS